Monday, May 12, 2014

My Bestfriend Wedding

Assalamualaikum wbt~! okay rehat sat, nak simpan oksigen penuh-penuh jap. 
tak cukup nafas weyh banyak assignment mai bertubi-tubi, lepas satu, satu dengan semua nya due date hari Khamis ni! *pengsan*
nasib baik Isnin dan Rabu aku tak ada kelas, Selasa pulak cuti Wesak. phewww~!
tinggal sikit lagi. fighting Laila! 

baru lepas buat pamphlet untuk Public Health, nak rehat sat. baru teringat gambaq time Lia kahwin dah transfer masuk laptop. so letsssss story mory!

Lia ni atau Awalia Hanif, kawan sekolah menengah aku. sama kelas dari Form 4 dan Form 5. betul-betul rapat time Form 5 kot. hahaha. rumah dia la aku suka pi time raya sebab mak dia akan buat bakso. menu wajib tiap-tiap tahun weyh. kalau raya memang nak pi rumah dia ja la. ni dah dia kahwin... sobbbbbssssss!

Akad nikah dia dua minggu sebelum kenduri kahwin dia 4/5/2014. kebetulan hari Khamis 1/5 tu cuti Hari Pekerja, terus shoot balik Penang. boleh dok lama sikit sebab Isnin pun aku tak ada kelas kan. hehehehe

hari sabtu, 3/5 tu ada dua kenduri kawan aku kahwin. aku pi satu ja yang lagi satu tu aku tak pi pun sebab konpius dia panggil aku dengan Mun ke tak. whahahahaha. dah la lepas pi kenduri kawan aku sorang ni, kami decide nak pi rumah Lia, lalu la depan satu kenduri ni, tengok-tengok banner, kenduri kawan aku lagi sorang rupanya! tapi tak stop pun la sebab dok konpius lagi kan dia panggil ke dak. whahahhahha.

esok tu time kenduri Lia, memang dah janji dengan dia nak jumpa dia kat butik pengantin. asalnya Mun la yang jadi pengapit Lia, tapi tiba-tiba Lia kata kak sepupu dia nak jadi pengapit pulak. so okay je la mana-mana. arounfd 12pm aku dan Mun gerak pi butik pengantin kat Kepala Batas. Mun pernah teman Lia mekap kat butik tu time akad nikah so takada sesat ke apa kan. berani sesat, area bertam kot. lols


Lia habaq dia mekap dalam pukul 10.30 ke 11 pagi macam tu la. so elok aku dan Mun sampai, dia dah siap mekap, tinggai nak pakai tudung je la. tak pa la tunggu sat ja la sini. so aku ajak la Mun tangkap-tangkap gambaq sat kan. so ni la hasilnya. kah!


kah! tangan tuuu tangan tuuu. konon-konon nak praktis dok atas pelamin la sangat? puihhh!

part lawak la dalam butik tu kan, banyak gak la aku macam berkerut-kerut dahi tengok Lia ni haaa. macam aku tengok Lia punya veil, mak andam tu bagi pakai ke depan gila sampai kacau bulu mata palsu dia tu la. Lia senyap je, lepas tu dah elok pin semua baru la kalut dok tarik-tarik ke belakang nak ubah. hahahaha. veil dia dah sarat dengan manik-manik, lace bagai, so bila pakai crown aku tak nampak naik pun crown tu. paham tak? macam tenggelam. bila tangkap gambar pun tak clear sangat, tambah-tambah guna camera 360 kan *ehem* lagi laaa tak nampak. so better tak payah pakai. pendapat aku la. 

then pak andam ada la pilih-pilih hand bouquet kat si Lia ni. mula-mula dia pilih yang warna warni okaaay bunga dia. aku dah usha pelik dah. pastu dia datang lagi sekali bagi yang bunga warna light green. aku usha pelik juga lagi sekali. lepas tu aku usha-usha la kat rak hand bouquet dia. aku tertarik kat satu ni. warna putih. cantik gila. dan aku rasa sesuai. sebab baju Lia, mint green kan, pakai bunga putih nampak la sikit bunga dia. haaa tengokkkkkk. aku yang fussy kan. mesti la I want the best for my girl. 

takkan nak tadah je muka bagi mak andam buat pape je kat kita, then dah blah dari butik tu baru nak bising. no no nooo! we paid them, so kita ada hak nak ikut citarasa kita okay. macam kalau kita nak mekap simple je, tak nak smokey eyes. ikut je la. ni siap cakap, nanti dalam gambar tak nampak pun mata tu terang la bla bla blaaa. the less is more u know. jangan hilangkan seri pengantin natural ada kat pengantin tu sendiri. mekap tebal-tebal dalam gambar nampak okay, kat luar seram nak tengok bedak bertepung. sebab tu mission aku, aku kahwin nanti aku nak mekap sendiri je. jimat kos. hmmpph!

tengokkk banyak pulak aku membebel. okay sambung balik. hahahhaha
dalam pukul 1 lebih kitaorang dah sampai kat dewan. tapi pengantin lakinya tak sampai lagi. pukul 1.30 pm call cakap tengah tunggu pengapit. amboih pengapit lawan pengantin nampak??? ayah Lia dah bising-bising dah laa. dah pukul berapa tak sampai-sampai lagi. padahal kitaorang ni nak sejam jugak tunggu dalam keta tau tak. dah la panas gila. 


cantikkan pelamin? ala-ala kereta kuda. sepenuh-penuh stage tu pelamin Lia ni tau tak. cantik gila! 
lepas pengantin laki dah sampai, aku Mun dan Shuhada follow rombongan pengantin masuk dewan. kebetulan Huda pun sampai time kitaorang dapat meja. aku terus pi makan bakso. mak menakan Lia dari Indonesia datang dan masak. tapi sedih la depa jamu dalam mangkuk polisterin kecik gilaaa. T___T tak puas aku makan. 

lepas tu aku makan nasi pulak. lepas tu makan bubur pulut hitam pulak sambil minum air sirap ais. nyummmeyhhh! all out makan weyh. hahahaha. jumpa kawan-kawan lama, sembang-sembang jap. aku lagi suka lepak dengan Mun, Huda, Ada, Zirah dan Lia sebenarnya. whahahhaa.

dalam 3 lebih pi cari surau. nak solat Zuhur. best gilaaa sejuk je rasa bila amek wudhu. kat dalam dewan punya la panas. memang belengas la badan. tak selesa aku o. dgn kat pelamin tak ada kipas. panas gilaaaa. macam mana la Lia boleh tahan. 

selfie dengan Zirah. okay sebenarnya nak selfie 3 orang, ada Mun jugak sekali. tapi muka dia tak masuk! whahahaha. almaklum la hp tak ada front camera. okay takpa kita try lagi sekali.

okay la macam ni kot Mun? nampak gak muka hang sikit. hahaha

gambaq dengan pengantin. peluk dia sebab sayang dia sangat-sangat! 

ahh malas betoi tangkap gambaq dengan Mun ni. putih melepak. tambah-tambah mekap pakai foundation tebai lagi laaa putih. dayang senandung teruih aku dok sebelah dia. sobss. muka dah lesu, time ni dah petang, dengan panas nya bagai. 

dengan Zirah. macam ni la hang Zirah. penat aku lentok-lentok kepala nak tangkap gambaq, hang macam ni ja ? hahahhaa




ni la kawan-kawan rapat aku time sekolah. alhamdulillah ukhuwah still terjalin sampai sekarang. aku suka buli Mun, kutuk-kutuk dia. sebab dia sangat adorable. dan aku tak kan puji depa ni depan-depan. sama la depa bukan nak puji aku depan-depan pun, siap kutuk lagi ada la. hahahhaa. sebab tu la kami rapat, boleh cakap lepas ikut suka hati tanpa sentap. kalau aku balik Penang, aku akan jumpa depa ni ja. eh tak depa yang nak jumpa aku. whahhahaa.


gambaq potong kek. tak dan nak rasa kek tu wey. sobbs. hmmpph!

dalam pukul 5 pm, kami mintak kebenaran nak balik. tak ikut pun Lia pi shoot kat luar. panas weyh. tak selesa kami pun nak dok lama-lama. rasa nak balik mandi ja semua. hahaa. 
tapi sebelum balik rumah, pekena ais kacang duluuuu! tak sempat cair ais kacang tu, habeh aku telan. punya laaa panas dan legaaa gila dapat makan ais kacang bila badan tengah panas-panas ni. 

ucapan mutual untuk Lia, Lia mungkin tak kan baca ni. hahahhaa.

Selamat pengantin baru , Lia! macam mana aku nak pi makan bakso raya tahun ni? nak suruh hang masak, dah la hang malas. siap pesan jangan bagi pinggan ka periuk ka apa as hadiah kahwin sebab hang tak kan masak. whattt??? hang pun tau kan, kami semua tak suka pun laki hang dari dulu lagi. sebab-sebabnya hang tau kan. tapi love is blind. turun naik relationship hangpa, hangpa still bersama. walaupun dah penat dah brainwash hang, jangan ikut hati sometimes, look for your future but still jodoh hang dengan dia kuat. kami bising sebab nak tengok hang bahagia ja Lia. tak mau tengok hang sedih-sedih. aku tau hang takut nak habaq kat aku bila hang nak kahwin dengan dia. Mun cerita. hahahaha. it;s your choice dear. aku tumpang happy untuk hang, aku tau hang dah pikiaq habeh-habeh dah dan it is the best for you.
aku doakan bahagia dengan dia dunia akhirat. harap lepas ni boleh jumpa hang lagi. hiks.



sebelum mengakhiri entry ni. nak belanja satu benda.............



nah gambaq tuan blog posing gedik. padan muka hangpa kena tengok. whahahahhaa.