[ entry ni ada banyak gambar, mohon tabah nak scroll sampai bawah ye]
ok nak sambung balik pasal Korea. sory tertangguh lamaaaaaaaaa gila. hehee.
time ni kitaorang pegi amusement park - Everland.
sebenarnya kitaorang ( budak-budak Inha + budak-budak UOS ) plan nak pergi Lotte World.
lepas check website Lotte World, harga tiket tak ada pun untuk student price punya.
so Erica kata jom la pergi Everland. cantik tempat dia sebab parents dia dah pernah pergi kan.
lepas check kat website Everland, wow!
kebetulan time tu baru masuk spring, ada Tulip Festival.
aku ni dah memang suka tulip, memang menggedik la nak pergi tengok bunga-bunga tulip ni.
lepas tu try tanya kat Eida kita tukar plan nak tak?
suruh dia cuba cakap kat budak-budak Inha lain.
Alhamdulillah dorang nak pergi Everland. yay!
|
sama-sama belajar kat UM, tapi datang Korea terpisah pulak. |
|
parade |
|
something like Juggler kot. tak ingat nama! |
|
taman tulip. wow! |
so plan punya plan.... kitaorang decide nak gerak awal.
pegi amusement park kena gerak awal. rugi kalau sampai lambat.
bangun awal, masak untuk bawa bekal.
naik subway turun kat Jamsil
tukar naik bas 5800 kalau tak silap. bas ni direct ke Everland.
aku tak ingat kena bayar ke tak, tapi rasanya free. hehehe
almost 1 hour jugak la perjalanannya nak sampai sana.
sampai dalam pukul 10 pagi atau awal lagi la.
dah sampai, bas parking, then kena amek shuttle bus untuk pergi ke Everland.
dalam 5 minit macam tu la tapi kalau jalan mau gak nak dekat setengah jam.
sampai kat depan Everland, umakaih! banyak gila orang.
padahal kitaorang pergi time weekdays kot!
setahu aku tak ada pulak cuti umum time tu. alahai....
|
time ni naik gondola turun ke bawah. gondola ni serius lembap! kat depan tu adalah T-Express rollercoaster. |
|
before nak masuk 4D punya ride. aku tak ingat nama buat kesekian kalinya. |
|
pintu masuk |
|
tulip tulip!!! |
|
kat bahagian depan, masa mula-mula masuk. nampak tak betapa ramai manusia kat situ. |
walaupun ramai orang, tapi sebab kawasan Everland tu seriously punya besar,
so tak ada la kena beratur lama sangat.
cuma tang T-express rollercoaster tu la kena beratur almost sejam!
tapi berbaloi - baloi la sebab lepas tu memang kau tak rasa nak naik lagi dah benda tu
ok info pasal T-Express ni kan.
waktu berjalan-jalan dalam tu,
Erica kata,"di Korea, ada satu rollercoaster yang paling curam di dunia"
lepas dah balik dorm malam tu,
rupa-rupanya rollercoaster T-Express yang kitaorang naik itu ada lah
THE WORLD'S STEEPEST WOODEN ROLLERCOASTER ! (-.-')
memang gila! tu ada lah pertama kali aku naik rollercoaster, tapi terus naik yang world's steepest rollercoaster terus. kau mampu??
hahahhahaa. tapi masa tengah beratur tu, banyak la signboard instruction before naik atas.
buat senaman kepala. memang berulang-ulang kali aku buat walaupun aku tak tau time tu
mesti ada sebab kenapa dorang letak kan signboard tu? hehe.
so lepas naik tak ada la sakit sangat tengkuk.
masa naik T-Express tu,
masa mula-mula memang ok la kan
dah dia start menjunam ke bawah, aku tak tau nak buat posisi kepala aku macam mana!
memang aku kena mendongak je!
dan mata tak boleh bukak sebab terlalu laju.!
walaupun Fara disebelah paksa suruh buka mata, aku menjerit-jerit," tak boleh buka!"
tak memang menjerit bersungguh-sungguh aku time tu.
ke memang semua rides aku menjerit?? hahaha
release tension kot! serius best menjerit,
orang tak heran pun kalau kau menjerit kuat-kuat kat sini. hahahahaha
masa kat sana, memang kami naik semua rides yang adventure gila la.
tak main la yang biasa-biasa punya.
punya la berlagak kan. hahaha
tapi ikut standard umur dan kekuatan jantung la kan.
memang aku naik semua yang gila punya adventure, non stop
sampai yang rollercoaster X-trail tu aku tak dapat naik sebab denyutan jantung aku macam tak stabil.
hahahaha. lame excuse! :P
dari siang sampai ke malam, sampai most rides dah nak tutup, around 8 malam
baru kitaorang gerak balik.
actually dia buka 24 jam,
oh pasal tiket kan.
kitaorang beli 1 Day Pass - 40k won
tapi sebab kitaorang ada student card, so tiket hanya berharga - 29k won.
ada jugak 2 Days Pass, so sapa yang rasa tak cukup nak jelajah Everland satu hari je, boleh la beli tiket tu.
so apa2 hal better pergi awal, sebab tempat dia sangat besar! penat hoih!
time tu Spring sejuk gila, tapi masa kat Everland ni agak panas, dan aku berpeluh sedikit! yay!
tapi tak ada la panas nak meninggal macam kat Malaysia kan.
panas yang kau boleh tadah muka bawah matahari ala-ala macam dalam iklan la kan.
|
Amazon Express |
|
tengah tunggu bas merah 5800 kat Jamsil |
|
naik-naik bas je terus makan. nampak sangat lapar sebab keluar awal. haha |
|
patung tu agak sexy. hihihi |
|
terkejut! nama aku pun famous gak kat sana. hahaha |
masuk dalam ni, memang enjoy gila. sebab pekerja-pekerja kat sini pun
ramah dan sangat mesra alam.
tiap kali nak naik rides dorang ada buat gesture tangan, dua-dua tangan diorang lambai dan sentiasa tersenyum
tak macam kat Malaysia, penat sikit je muka nak ketat macam asam jeruk!
|
masa tengah beratur untuk T-Express. <3 br="br">3> |
|
time ni kitaorang dua je yang naik. gigih cari rollercoaster ni dalam map tau tak. almaklum la tempat besar. |
|
wuuuuuu! |
|
sapa-sapa pompuan yang tetiba ter'period' time kat sana, boleh beli pad kat situ. siap ada vending machine lagi okay. bagus. |
|
tiap kali datang tempat-tempat macam ni, jangan lupa ambil map ye. agar tak sesat. |
|
time malam. cantik je bunga tulip tu keluar cahaya! |
|
tengok dalam map pun dah boleh agak besar ke tak tempat ni. |
so daripada Jamsil, kitaorang naik bas je balik UOS.
nampak tak kat sini kitaorang dah semakin pandai guna bas kat sini. selalu naik subway je. hahaha
sebenarnya lagi dekat naik bas dan lagi murah.
kalau naik subway kena transfer line, malas, dah la penat. huhuhu
another info - disebabkan Korea ni negara 4 musim,
so setiap musim akan ada theme dia tersendiri untuk setiap amusement park.
so disebabkan aku pergi time Spring, so ada la Tulip Festival.
kalau musim lain, tema lain pulak. hah macam tu la.
kalau nak pergi mana-mana sila bawak bekal,
tak pun sediakan duit yang banyak sebab susah nak cari makanan jugak satu hal, dan sangat mahal.
so better prepare ye.