Friday, September 16, 2011

untuk awak... Tiqa! -part 2-

video


seperti yang telah dijanjikan. inilah adalah entry kedua aka entry pertunaian janji oleh aku.
 aku dah tak tahu nak buat apa to make more valuable untuk Tiqa. lagipun otak aku dah tak tahu nak tulis apa. sebab entry sebelum ni dah banyak aku berpuisi pasal si Tiqa ni tak kan yang kedua ni aku nak puisi gak ye dak?


then tiba-tiba dapat idea nak buat video. hehe. padahal aku tak pernah la nak buat video bagai. selalu buat slideshow ja. tapi untuk Tiqa, aku sanggup cuba. =p walaupun nampak buruk ke apa, buat tak tau ja ok.

my wishes :

  • Selamat Hari Lahir Tiqa! dah 21 umur kau. tak sangka dah tua rupanya kita.
  • May Allah bless you always.
  • Be strong no matter what obstacles come to your life.
  • aku berharap kau berjaya dunia dan akhirat dan jugak dalam love life kau. hekhek.
  • makan kek jangan lupa aku. =p


p/s: Tiqa, sorry kalau video ni tak cantik. 1st attempt ni buat benda alah ni. but i think it turns out good. hahaha. ok fine. aku kena puji diri aku sendiri,kalau tak,takada siapa nak puji.

p.p/s : birthday Tiqa pada 15 September. sorry upload lambat. banyak hal pulak semalam. hik.




Wednesday, September 14, 2011

untuk awak.... Tiqa!

eh kamu! ye..... kamu la. si NOOR ATIQAH ABDULLAH.
dah tua yek kamu. tengok muka kamu,sepatutnya kamu lagi tua dari saya dan Dot.
tapi umur kamu berbeza sebulan dari kami berdua. apedehel la kan?

seperti yang dijanjikan, tahun lepas aku lupa nak buat entry masa birthday dia. kawan-kawan aku yang lain semua aku dah buat. hikhik. sorry.
so nak tunaikan janji,tahun ni kena buat dua la kan. tak pa,tak pa. aku tak busy lagi minggu ni sebab biasa lah kelas baru start. boleh la relax-relax, buat persediaan mental dulu kan.

aku kenal Tiqa waktu PST. means betul-betul kenal la sebab satu praktikum dengan dia. masa PDT dulu sebenarnya dah kenal,kenal muka ja la. tapi tak tau nama. biasalah. aku memang jenis macam tu. muka kenal,nama tak tau.

mula-mula aku risau gak. boleh masuk ke tak dengan Tiqa ni. sebab nampak dia macam garang je kan. nampak je macam garang. tapi tak ada maknanya. aku lagi garang okaii. semua yang jahat-jahat pass kat aku. hohoho.

then, dah dalam kelas tu,yang budak ex-PDT aku,Dot dan Tiqa je. means kami ni sahaja yang sama umur. yang lain semua adik-adik la kiranya. so mestilah rapat kan. sampai Ina gelarkan kami 'Kakak Tiga Serangkai' =.=' ye la dikkkk.

dah lama kenal,tiap-tiap hari jumpa, kalau tak ngam jugak tak tau la kan. siap ada telepathy jugak tu. kadang-kadang je la. tapi bagusnya pasal Tiqa,dia suka bagi nasihat dan aku suka setiap ayat yang keluar dari mulut dia atau dari hasil jari dia menaip *komen kat FB,Twitter la maksudnya* penggunaan words dia tu sangat bagus. hasil baca novel banyak.

hah sebut pasal novel, aku dan dia sama-sama gila novel tapi dia paling banyak beli novel dari aku. dan Tiqa! terima kasih sebab kenalkan Azril Mustaufi kat aku. disebabkan kau, aku suka dia. dan happily everafter akhirnya kami. *kehkeh*

kau suka gaduh dengan aku. oh bukan-bukan! aku suka carik gaduh dengan kau, *bukan gaduh tumbuk-tumbuk,caci maki semua tu yek* aku suka usik-usik kau. ala apa orang kata? gurau-gurau manja. hah yang tu la. mintak maaf kalau terasa yek. aku gurau-gurau je. suka tengok kau marah. hahaha. *gila jahat kan*
 walaupun kau ambil Mohamad Firas Adam dari aku,  tapi tak pe. aku ok je.*terpaksa mengalah je sebenarnya* sebab aku dah ada Taufik. ngehngeh. 

then aku ingat lagi,kau hampir-hampir merajuk dan nak sentap dengan aku sebab aku tak bagitau kau aku masuk hospital sebab operate mata kan. dekat sapa pun aku tak cakap sebenarnya. sebab ala sikit je benda yang aku operate tu. tak kena tahan wad pun. hari tu jugak aku balik. sebab tu la aku berdiam diri. hik.

aku tahu kau baru hadapi dugaan past few months, tapi aku tahu kau kuat Tiqa! macam mana kau bagi kekuatan kat aku bila aku ada masalah,macam tu la aku nak bagi kekuatan untuk kau jugak bila kau ada masalah. anything kau boleh rely on me. kau tahu nombor handphone aku tak pernah bertukar,sentiasa on, mungkin kadang-kadang silent mode je. biasalah orang solo,handphone jarang bunyi,letak merata je handphone. *ehh??* tapi kau tau mana nak cari aku kan kalau kau ada masalah? aku akan sentiasa ada untuk kau. jangan risau.

macam yang kau pernah kata, "aku tak nak jadi kawan kau waktu senang je" buat aku sangat-sangat terfikir yang aku sangat beruntung dapat kawan macam kau. dan aku bersyukur sangat-sangat, kawan-kawan aku semua baik-baik,ambil berat pasal aku dan terima aku seadanya. terima kasih kawan-kawan! 


  selepas setahun tidak ketemu. =))

























Saturday, September 3, 2011

entry songsang



ok la ni aku nak cerita hal raya aku pulak. masa raya pertama. mentang-mentang la beranak songsang,habeh terbalik aku buat entry kali ni.hahhaa.




ni gambar masa raya pertama. aku pegi beraya rumah tok-tok sedara aku. dok sebelah rumah ja pun. disebabkan aku jadi photographer untuk sesi photoshoot family Tok Lang aku,lepas tu mak aku pun datang nak beraya,so kami pun join la sekali tangkap gambar. kenang-kenangan la katakan.


aku ja yang pelik. tiba-tiba warna kuning kat depan kan. kehkeh. tu semua pak-pak sedara dan mak-mak sedara dn tok-tok sedara. hamboih banyak sungguh sedara. tp yang kat belakang atas belah kanan bukan mak sedara aku. tapi kakak-kakak ku.

 dah berpeluh sampai banjir ketiak tangkap gambar, haruslah pegi serang meja makan. tapi makan kuih ja la. diet la katakan. ihik.


raya kedua dok rumah ja. tak pi mana pun.

raya ketiga balik kampung, Kuala Nerang,Kedah. sampai dalam tengah hari. tu pun tak tidoq sana. petang dalam pukul 630 dah bertolak balik. tapi humangaih, highway jammmmm sangat. sebelum-sebelum ni tak pernah la jam seteruk tu.

mula-mula sampai,pi rumah Mak Njang dulu. pekena kuetiau goreng,kuih-kuih sikit. lepastu baru pi rumah Tok. dok sat, sembang-sembang. cipika cipiki sedas dua lepas tu pi rumah Mak Lang pulak. balun almond loncon secukup rasa. rumah mak-mak sedara aku semua dekat-dekat ja dengan rumah tok aku. so tak dak hal la nak beraya kan. 

lepas tu pi rumah Cuyah aku pulak. makan kuih ja la. sebab mak-mak sedara aku pakat puasa enam. tapi tak pa la. aku pun nak diet kan. mana boleh makan banyak sangat.hehe. sebab Cuyah aku baru dapat title Tok Ma,berseri-seri muka dia. tapi tu la aku ni nama ja bawak kamera tapi malas nak tangkap gambar. dah dok belek si baby Airis tu memang tak la aku nak bawak keluaq kamera kan.

last sekali pi rumah Mak Ndak. dok kat sana lama sikit. tu pun berapa kali Mak Ndak call bila nak sampai rumah dia ni. dia kata dia masak banyak. nak suruh kami semua pi perabih. amboihhh. buncit i. tengah dok makan,Mak Njang dan Kak Ieta pun sampai. padahal dekat rumah Cuyah pun dah jumpa. dah kata Mak Ndak masak banyak,dia panggil semua pi makan.


 aku ni nama ja kerja kat kedai spek,tapi asyik kena ulang alik dari kedai pi ke main branch hantar job tengah-tengah panas pulak tu dengan asap lori,kereta. hah apa lagi,mengamuk la muka aku. nah hang habeh jerawat keluaq,la ni tinggal parut ja. dah la muka aku jenis parut susah nak hilang. sabaq ja la. dok buat muka tebal ja kalau keluaq mana-mana.


 kuetia +laksa goreng. sedap. dua kali aku tambah. kuah kacang + rendang. Mak Ndak aku ni suka suki ja campuq-campuq makanan.tapi sedap. tak pa dimaafkan.


minal aidil wal faidzin

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
 hari ni dah masuk raya ke 5. banyak hari gak aku tak update blog ni. busy nak raya la katakan. ehem. padahal busy berjalan-jalan ja. tiap-tiap tahun memang acara yang sama, raya ke 3 beraya ke rumah cikgu-cikgu sekolah menengah dulu. tapi tahun ni tak dapat join sebab aku balik kampung. sedih jugak la rasa. tapi dengar kata geng perempuan sapa pun tak pegi sebab tak ada sapa yang plan. alahai.
 
so raya ke 4 aku berkonvoi ke rumah kawan-kawan. memang hingaq habis bak kata orang Penang. apa yang tak hingaq nya, setahun sekali baru nak jumpa, sekali jumpa memang nampak macam jejak kasih la. riuh serumah. tak padan dengan umur dah masuk 20-an. yang dah kahwin pun 2 x 5 ja.
 

4 sekawan

 rumah yang ketiga. cik Zun. kat rumah dia makan mee sayur.

depan rumah Mun. rumah last. makan tomyam pulak.

rumah kedua- Ada. makan mee goreng. 

 ni bakso. makanan kat rumah Lia. dua kali aku tambah. baru cukup syarat.


yang ni kaki Lia.  *perlu ke gambar ni?? =p * disebabkan dah nak bukak fiber tu,so aku pun tergedik-gedik la nak sign. tengok bukan main besaq nama aku.hahaha. special case. but don't worry no infection occur.haha. tolong laaaa. =.='



lepak kat rumah Mun sampai pukul 530, ye kalau pegi rumah budak ni memang selalu lupa nak balik rumah. 
balik rumah ja, Kak Ngah ajak keluar. ok set! dah lama tak keluar jalan-jalan sebab busy kerja kan. tambah-tambah minggu depan dah nak balik U. lagi la kerinduan sama Penang nanti. hmmm.