now tengah exam week. hehehe. 1st paper start minggu depan, hari isnin.
nervous jugak la sikit. so nak hilang kan nervous,mari sambung entry Negara K kita ok.
tolak yang ni tinggal lagi 2 je entry. hahaha.
kali ni penggembaraan pergi ke Hanok Village!
ni tempat ala-ala rumah tradisional Korea la.
kalau kat Malaysia, kat Melaka tu hah.
kan ada muzium rumah tradisional Melayu kan.
kat sini dia panggil Hanok Village.
aku pergi dengan Fara je. ye Fara adalah travel mate aku . hahaha.
kat sini boleh pakai baju tradisional Korea. Hanbok.
berapa kali dah aku pakai tapi tak pernah bosan.
cadangnya nak beli satu bawak balik Malaysia tapi mahal kemain.
terpaksa la lupakan keinginan itu. gitu...
aku suka warna baju hanbok yang aku pakai tu. cantik je hijau tu.
nak pakai baju hanbok tu kena bayar 3000 won = RM9
lepas tu melaram la suka hati kau.
tempat ni tak besar mana pun. kejap je dah habis.
even kitaorang keluar lepas Zohor pun, tapi still balik dorm awal. haha.
hari tu aku ingat lagi panas sangat!
dah macam kat Malaysia pulak. tapi Malaysia panas lagi la. haha
macam orang mengandung pulak. |
tapi serius la aku sangat pakai hanbok ni sebab bila pakai feeling2 pakai gaun kembang gitu... hahaha |
tengah pusing-pusing kat situ tetiba dari jauh aku rasa macam kenal je tau pompuan ni.
rupa-rupanya si Widya Handini!
dia pergi exchange sama dengan aku cuma tempat dia kat Busan.
ni pun dia bawak kawan dia jalan-jalan sana.
jauh kot Busan dengan Seoul. huhu.
dia ni International Student kat UM, dari Indonesia.
bilik tidur. |
ni kawasan.... entah la. |
ni tempayan besar untuk diorang buat kimchi, soybean paste, apa2 jela makanan fermented dorang tu. |
ni dapur kalau tak silap aku |
ni kasut zaman dulu-dulu. |
dia nak cari kasut Toms.
so pergi je la. sebab awal lagi time tu. nak balik pun malas. haha
sampai kat Myeondong berpecah,
aku masuk H&M, sempat la rembat hoody varsity jacket. mihmih.
tengah sale kot, harga RM30.
nganga lagi. rembat terus! susah apa, swipe je. hehe.
gambar-gambar kat atas ni time kat Myeondong la.
aku tak tau dorang buat apa.
time aku dah keluar dari H&M mencari Fara
tetiba aku tengok sorang demi sorang keras kat situ.
ada la kot projek pape ni dorang buat.
yang lawak nya time aku tengah tangkap gambar dorang ni,
tetiba couple sebelah aku pun jadi keras jugak.
satu geng kot diorang ni.
Notis: rindu. sangat.
No comments:
Post a Comment