Monday, April 2, 2012

Negara K - Vivaldi Park: ski time!!!!

pertengahan bulan lepas, bulan 3 la kan
kawan-kawan aku yang exchange kat Inha University ajak pegi main ski kat Vivaldi Park
Fara dan Wawa memang confirm pegi. aku je macam waswas kan
pikir punya pikir, hmmm.. pegi je la. 
lagi pun boring asyik dok dalam bilik kan.
Erica tak ikut sebab parents dia datang Korea ada company trip.
untunglaaaaa. XD

Awal gila aku bangun pagi tu. sebab tempat tu jauh so kena gerak awal.
terima la bangun pukul 6 pagi mandi semua,bersiap,dalam pukul 7 terus gerak.
dorang tunggu kat mana tah tempatnya.tak ingat.tapi jauh la.
so sampai situ,naik bas pulak nak pegi Vivaldi park.
bas pelancong la kiranya.memang disediakan . free pulak tu. bagus bagus.


dah tukar uniform semua. memang nampak gemuk sebab berlapis lapis baju tu. lepas tu baju sewa pulak kan. terima ja la.

masa ni kat Information counter. kena isi form untuk nak sewa peralatan ski tu kan. isi tinggi berapa, panjang kaki berapa. =.='

ni kat atas puncak.kalau nak panggil gunung boleh tak? memang tinggi gila. naik guna gondola. gila la sejuk atas ni. brrrr!

first time main ski, ambil lane yang paling senang sekali.
sekali dah naik cable car sampai atas,
turun dari cable car terus jatuh.hahaha.
gila la laju masa ski tu then tak tau nak brake macam mana. T.T
memang terjatuh terlentang tergolek kat situ la.
dah la situ salji buatan, gila sakit tangan sebab tak pakai glove mula-mula tu. tsskkk!
takut sangat sebab sangat sangat laju sampai tak sampai 5 kali try benda tu terus give up.
ye memang mudahnya aku give up. hahaha. tak sanggup !
last last sekali aku buka benda ski kat kaki aku tu then seret ja turun bawah.
puas! tapi pada juga la nak turun bawah jalan kaki pun. T.T

jumpa budak dari China. tangkap je gambar. haha.

masa ni dah habis main. muka semua penat sejuk lapar. complete set.


tengah tunggu yang lain-lain solat dalam changing room. neil la ni yang snap. ishh2. XD


Aku Fara Malin



dengan Ieda. dia exchange kat Inha.

3 orang lagi missing sebab dorang tak ikut kitaorang sekali. seronok main skateboard tu.

motif ada patung kat belakang? ???

dalam gondola. muka pucat dah weyh. sejuk!

tengah tunggu dorang beli tiket. lama tak tangkap gambar mulut macam tu. bajet comel ye Laila? *muntah*


lepas main ski,tukar everything,hantar balik semua peralatan,baju
then terus pegi makan! disebabkan last day so banyak kedai yang tak bukak.
aku makan ddukramyun je. =(
then dorang decide nak naik gondola. so on ja la kan.
lagipun ada waktu lagi before bas bertolak. so ke puncak kita.
posing-posing, menggedik-menggedik kat atas tu.
gila sejuk!

ni la alatan ski. berat oooo. tambah-tambah kasut tu. gila berat. time pakai kasut tu rasa macam tak jejak tanah. nak jalan pun susah macam robot je rasa.

dengan Para. XD

masa ni aku ingatkan dia tengok gambar-gambar dalam kamera aku rupa-rupanya tengah camwhore. =.='


pertama kali pakai benda tu. semua tak tau macam mana nak pakai dan gerak.

macam kaki itik.

tengok semua orang jatuh! aku pun termasuk sekali. dah la nak bangun sikit punya susah. macam nak patah kaki ja. T.T

ni gambar dari atas. lane yang aku naik memang paling senang sekali. tapi still kitaorang rasa paling susah. huhu. lane lain ada yang laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi curam! siap ada orang berhenti kat tengah-tengah tu lagi. jeles gila! terer sungguh depa main.

lunch aku hari tu. sempoi tak served dalam periuk? hahaha





masa ni kat atas puncak dah. kabus ja kat belakang.




bas bertolak pukul 530 petang.
lebih kurang satu jam setengah jugak nak balik nya.
memang semua terbongkang tido. penat oih!
then driver bus tu tinggalkan kitaorang kat Cheonho station.
adoii dah la tak pernah sampai situ.
nasib baik bawak map.
then Fara dan Wawa nak makan pajeon dekat dengan Hoegi Station. aku on ja.
pegi situ ramai gila orang.
then tunggu few minutes, baru ada tempat kosong.

Fara call Hyun Young minta tolong dia orderkan untuk kitaorang sebab pekerja situ tak pandai cakap English
after makan terus balik naik teksi.
tak mampu nak jalan walaupun dekat sebab sejuk sangat.
terbawa-bawa dari Vivaldi Park sampai la ke hostel. =.='
balik terus online, dalam pukul 1030 tido.
aku tido sorang malam tu sebab Erica overnight dengan parents dia
memang pasang radio Erafm online la aku malam tu. hikhik.

6 comments:

Nasiha Y. said...

nak mi sos kacang!

laila latif said...

nnt aku beli. tapi kalau basi xjamin arr. hahaaha

MS said...

Mcmane nak booking bus dari seoul ke vivaldi park eh?? Bleh bgtau x..

laila latif said...

check kat sini. hari tu pun kawan yg reserve kan sbb pegi ramai2 kan. http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=266845

Anonymous said...

hai..just nak tny. brapa RM rental equipment dgn entrance masuk ski ni? thankss

laila latif said...

saya dah lupa tapi saya try ingat balik ye. hurmmm... before pegi,my friend asked us to prepare 60k won= RM180.entrance masuk,20k won=RM60, sewa baju bayar 10k won=rm30, naik gondola ke puncak,8k won=RM24.equipment kalau tak silap sekali dgn entrance kot. bus actually kena bayar, tapi tah la tak kena bayar pape pun time kitaorg naik. =)