Monday, May 12, 2014

My Bestfriend Wedding

Assalamualaikum wbt~! okay rehat sat, nak simpan oksigen penuh-penuh jap. 
tak cukup nafas weyh banyak assignment mai bertubi-tubi, lepas satu, satu dengan semua nya due date hari Khamis ni! *pengsan*
nasib baik Isnin dan Rabu aku tak ada kelas, Selasa pulak cuti Wesak. phewww~!
tinggal sikit lagi. fighting Laila! 

baru lepas buat pamphlet untuk Public Health, nak rehat sat. baru teringat gambaq time Lia kahwin dah transfer masuk laptop. so letsssss story mory!

Lia ni atau Awalia Hanif, kawan sekolah menengah aku. sama kelas dari Form 4 dan Form 5. betul-betul rapat time Form 5 kot. hahaha. rumah dia la aku suka pi time raya sebab mak dia akan buat bakso. menu wajib tiap-tiap tahun weyh. kalau raya memang nak pi rumah dia ja la. ni dah dia kahwin... sobbbbbssssss!

Akad nikah dia dua minggu sebelum kenduri kahwin dia 4/5/2014. kebetulan hari Khamis 1/5 tu cuti Hari Pekerja, terus shoot balik Penang. boleh dok lama sikit sebab Isnin pun aku tak ada kelas kan. hehehehe

hari sabtu, 3/5 tu ada dua kenduri kawan aku kahwin. aku pi satu ja yang lagi satu tu aku tak pi pun sebab konpius dia panggil aku dengan Mun ke tak. whahahahaha. dah la lepas pi kenduri kawan aku sorang ni, kami decide nak pi rumah Lia, lalu la depan satu kenduri ni, tengok-tengok banner, kenduri kawan aku lagi sorang rupanya! tapi tak stop pun la sebab dok konpius lagi kan dia panggil ke dak. whahahhahha.

esok tu time kenduri Lia, memang dah janji dengan dia nak jumpa dia kat butik pengantin. asalnya Mun la yang jadi pengapit Lia, tapi tiba-tiba Lia kata kak sepupu dia nak jadi pengapit pulak. so okay je la mana-mana. arounfd 12pm aku dan Mun gerak pi butik pengantin kat Kepala Batas. Mun pernah teman Lia mekap kat butik tu time akad nikah so takada sesat ke apa kan. berani sesat, area bertam kot. lols


Lia habaq dia mekap dalam pukul 10.30 ke 11 pagi macam tu la. so elok aku dan Mun sampai, dia dah siap mekap, tinggai nak pakai tudung je la. tak pa la tunggu sat ja la sini. so aku ajak la Mun tangkap-tangkap gambaq sat kan. so ni la hasilnya. kah!


kah! tangan tuuu tangan tuuu. konon-konon nak praktis dok atas pelamin la sangat? puihhh!

part lawak la dalam butik tu kan, banyak gak la aku macam berkerut-kerut dahi tengok Lia ni haaa. macam aku tengok Lia punya veil, mak andam tu bagi pakai ke depan gila sampai kacau bulu mata palsu dia tu la. Lia senyap je, lepas tu dah elok pin semua baru la kalut dok tarik-tarik ke belakang nak ubah. hahahaha. veil dia dah sarat dengan manik-manik, lace bagai, so bila pakai crown aku tak nampak naik pun crown tu. paham tak? macam tenggelam. bila tangkap gambar pun tak clear sangat, tambah-tambah guna camera 360 kan *ehem* lagi laaa tak nampak. so better tak payah pakai. pendapat aku la. 

then pak andam ada la pilih-pilih hand bouquet kat si Lia ni. mula-mula dia pilih yang warna warni okaaay bunga dia. aku dah usha pelik dah. pastu dia datang lagi sekali bagi yang bunga warna light green. aku usha pelik juga lagi sekali. lepas tu aku usha-usha la kat rak hand bouquet dia. aku tertarik kat satu ni. warna putih. cantik gila. dan aku rasa sesuai. sebab baju Lia, mint green kan, pakai bunga putih nampak la sikit bunga dia. haaa tengokkkkkk. aku yang fussy kan. mesti la I want the best for my girl. 

takkan nak tadah je muka bagi mak andam buat pape je kat kita, then dah blah dari butik tu baru nak bising. no no nooo! we paid them, so kita ada hak nak ikut citarasa kita okay. macam kalau kita nak mekap simple je, tak nak smokey eyes. ikut je la. ni siap cakap, nanti dalam gambar tak nampak pun mata tu terang la bla bla blaaa. the less is more u know. jangan hilangkan seri pengantin natural ada kat pengantin tu sendiri. mekap tebal-tebal dalam gambar nampak okay, kat luar seram nak tengok bedak bertepung. sebab tu mission aku, aku kahwin nanti aku nak mekap sendiri je. jimat kos. hmmpph!

tengokkk banyak pulak aku membebel. okay sambung balik. hahahhaha
dalam pukul 1 lebih kitaorang dah sampai kat dewan. tapi pengantin lakinya tak sampai lagi. pukul 1.30 pm call cakap tengah tunggu pengapit. amboih pengapit lawan pengantin nampak??? ayah Lia dah bising-bising dah laa. dah pukul berapa tak sampai-sampai lagi. padahal kitaorang ni nak sejam jugak tunggu dalam keta tau tak. dah la panas gila. 


cantikkan pelamin? ala-ala kereta kuda. sepenuh-penuh stage tu pelamin Lia ni tau tak. cantik gila! 
lepas pengantin laki dah sampai, aku Mun dan Shuhada follow rombongan pengantin masuk dewan. kebetulan Huda pun sampai time kitaorang dapat meja. aku terus pi makan bakso. mak menakan Lia dari Indonesia datang dan masak. tapi sedih la depa jamu dalam mangkuk polisterin kecik gilaaa. T___T tak puas aku makan. 

lepas tu aku makan nasi pulak. lepas tu makan bubur pulut hitam pulak sambil minum air sirap ais. nyummmeyhhh! all out makan weyh. hahahaha. jumpa kawan-kawan lama, sembang-sembang jap. aku lagi suka lepak dengan Mun, Huda, Ada, Zirah dan Lia sebenarnya. whahahhaa.

dalam 3 lebih pi cari surau. nak solat Zuhur. best gilaaa sejuk je rasa bila amek wudhu. kat dalam dewan punya la panas. memang belengas la badan. tak selesa aku o. dgn kat pelamin tak ada kipas. panas gilaaaa. macam mana la Lia boleh tahan. 

selfie dengan Zirah. okay sebenarnya nak selfie 3 orang, ada Mun jugak sekali. tapi muka dia tak masuk! whahahaha. almaklum la hp tak ada front camera. okay takpa kita try lagi sekali.

okay la macam ni kot Mun? nampak gak muka hang sikit. hahaha

gambaq dengan pengantin. peluk dia sebab sayang dia sangat-sangat! 

ahh malas betoi tangkap gambaq dengan Mun ni. putih melepak. tambah-tambah mekap pakai foundation tebai lagi laaa putih. dayang senandung teruih aku dok sebelah dia. sobss. muka dah lesu, time ni dah petang, dengan panas nya bagai. 

dengan Zirah. macam ni la hang Zirah. penat aku lentok-lentok kepala nak tangkap gambaq, hang macam ni ja ? hahahhaa




ni la kawan-kawan rapat aku time sekolah. alhamdulillah ukhuwah still terjalin sampai sekarang. aku suka buli Mun, kutuk-kutuk dia. sebab dia sangat adorable. dan aku tak kan puji depa ni depan-depan. sama la depa bukan nak puji aku depan-depan pun, siap kutuk lagi ada la. hahahhaa. sebab tu la kami rapat, boleh cakap lepas ikut suka hati tanpa sentap. kalau aku balik Penang, aku akan jumpa depa ni ja. eh tak depa yang nak jumpa aku. whahhahaa.


gambaq potong kek. tak dan nak rasa kek tu wey. sobbs. hmmpph!

dalam pukul 5 pm, kami mintak kebenaran nak balik. tak ikut pun Lia pi shoot kat luar. panas weyh. tak selesa kami pun nak dok lama-lama. rasa nak balik mandi ja semua. hahaa. 
tapi sebelum balik rumah, pekena ais kacang duluuuu! tak sempat cair ais kacang tu, habeh aku telan. punya laaa panas dan legaaa gila dapat makan ais kacang bila badan tengah panas-panas ni. 

ucapan mutual untuk Lia, Lia mungkin tak kan baca ni. hahahhaa.

Selamat pengantin baru , Lia! macam mana aku nak pi makan bakso raya tahun ni? nak suruh hang masak, dah la hang malas. siap pesan jangan bagi pinggan ka periuk ka apa as hadiah kahwin sebab hang tak kan masak. whattt??? hang pun tau kan, kami semua tak suka pun laki hang dari dulu lagi. sebab-sebabnya hang tau kan. tapi love is blind. turun naik relationship hangpa, hangpa still bersama. walaupun dah penat dah brainwash hang, jangan ikut hati sometimes, look for your future but still jodoh hang dengan dia kuat. kami bising sebab nak tengok hang bahagia ja Lia. tak mau tengok hang sedih-sedih. aku tau hang takut nak habaq kat aku bila hang nak kahwin dengan dia. Mun cerita. hahahaha. it;s your choice dear. aku tumpang happy untuk hang, aku tau hang dah pikiaq habeh-habeh dah dan it is the best for you.
aku doakan bahagia dengan dia dunia akhirat. harap lepas ni boleh jumpa hang lagi. hiks.



sebelum mengakhiri entry ni. nak belanja satu benda.............



nah gambaq tuan blog posing gedik. padan muka hangpa kena tengok. whahahahhaa.

Saturday, April 19, 2014

Negara K - BBQ anjuran Kedutaan Malaysia

Assalamualaikum wbt
aku baru teringat ada benda lagi aku tak cerita time aku dok kat Korea dulu.
whahahhaa. asyik lupa je laaa makcik ni!
time dah nak hujung-hujung sem tu kan, Kedutaan Malaysia ada buat majlis BBQ untuk semua students Malaysia yang belajaq kat Korea. aku tau pun sebab Eida habaq kot.
tak ingat dah aku. aku nak pi pun segan, ye la budak exchange je kannn. huhuhu
tapi dah Wawa nak pi, so aku pun pi ja la.
dah budak-budak Inha dok ajak soh pi. depa tu nak ajak berjalan pulak lepas tu.
depa ni memang kuat berjalan. aku yang penat.
sebab memang betoi2 kena berjalan kaki pun weyh. penat tau tak! sebab tu la time kat Korea kaki aku kecik je ala-ala Girls' Generation sebab aku banyak berjalan. kahkahkah!


entry ni dimulakan dengan gambar duta Donyang Mirae Unversity. 
ehem.
BBQ ni depa buat kat Donyang Mirae University. aku tak ingat kat mana. dan aku tak ingat jugak aku naik subway turun kat stesen apa. whahahahaha.
yang aku ingat kat stesen tu ada mall la. aishhh apa tah nama stesen tu lupa betoi laaa.
tak pa kita proceed ja. yang dah berlalu biarkan. XD
yang aku perasan la kan, semua events yang Kedutaan Malaysia buat atau yang students punya buat, semua buat kat University ni. aku pun tak tau pasepa.
sebab aku pi dok sana sat ja, so aku malas nak ambil tau. hahahaha
tapi pengarah kedutaan tu ada cakap la, budak-budak yang datang exchange tak melapor diri pun kat dorang.
huhuhu. mana la kami tau. mai pun sat ja. segan nak p jumpa habaq. hahahahaha


ni..... aku tak tau sapa. sebab aku sampai lambat. majlis ucapan pun dah habeh. elok aku sampai budak-budak ni dah keluaq. so teruskan agenda utama untuk makan ja. hahahaa.


time ni kat kafeteria. makan-makan semua kat sini. yang kami excited nak pi sana sebab boleh makan ayam dan daging panggang.
uihhh mengidam weyh lama tak boleh makan makanan macam ni. tersiksa jiwa raga tau dak! wuwuwuuww.
dah jumpa tu memang makan puas-puas la. XD

ni sebelum majlis start rasanya. 
aku gerak dengan Wawa lambat sikit. lepas sampai kat stesen tu kena naik bas pulak p universiti tu.
dah la semua dalam bahasa Korea. nasib baik aku pandai baca bahasa Korea jg.
tu pun dok potpet jugak la dengan Wawa, sebab dia kata, arah nak pi unversiti tu arah sebelah sana.
tapi yang aku baca arah lain.
takpa, bas dah mai, aku pi tanya kat driver bas tu. pastu ahjussi kata bas tu kena tunggu arah yang aku cakap tu.
hmmppph! terus flip tudung. hahahhhaa.
kemain aku cakap dengan drebar bas tu bahasa Korea. 
dulu laaaa. la ni dah lupa dah aih. T____T

budak-budak Inha. nasib baik dok 4 bulan ja kat sini. kalau dok setahun ka dua tahun ka, mau semua pakat bertukaq jadi artis Korea.
dressing semua dah macam Korea dah.
aku pun sekali gak la. whahahaaha
balik Malaysia pun dok terikut jugak la. tapi la ni ikut style yang sopan-sopan ja la. hihihi.

time ni dah habeh makan. dengan Mek Yusma. 

dengan budak-budak Inha. depa plan nak pi Ewha Women Unversity. 
bukan nak p masuk dalam tu pun.
nak p shopping kat luaq U tu.
kat luaq U situ ada macam banyak-banyak kedai jual baju, kasut, handbag semua laaaa.
kedai makan semua la .
aku pun tak pernah pegi kan, so aku ikut ja la sebab dekat la jg dengan Donyang Mirae Univeristy tu.
lagipun aku  nak tebus baucer Starbucks yang aku dapat tu. boleh juga p cari Starbucks kat sana kan.

sebelum nak bergerak pi Ewha, dah lepas solat semua, bergambaq sat.
aku tak ingat berapa lama tergendala hajat nak Ewha sebab dok kalut tangkap gambaq ja. 
biasa la, dah dok macam tu dah punnnnn. hahhaa


gerak pi Ewha, sampai sana, semua berpecah.
aku jalan dengan Eida. banyak kedai kosmetik Korea dekat area situ pakat buat promosi!
menggila weyhh! the face shop, holika holika, tony moly, etc
memang habeh aku borong beli pencuci muka.
murah gilaaaaa compare dengan harga kat Malaysia.
memang tak mampu la aku nak beli. tengok harga pun dah sebak kat dalam dada ni.

lepas tu pegi cari Starbuck. tebus baucar, aku ambil air yang paling mahai sekali. hmmmppph!
sebelum ni aku tak pernah beli kat Starbucks pun.
sedih kannn? selalu bancuh nescafe je kat rumah.  

so dah beli Starbucks, harusla ada gambaq dengan ayaq Starbucks. kihkihkih

lepas tu jalan-jalan lagi dengan Eida. asai nya nak window shopping ja.
tiba tibaaaaaaa!
aku terjumpa kasut yang aku minat gilaaaa
kasut macam heroin Korea pakai time dia berlakon dalam drama yang aku follow tengok la.
dah jumpa beli la kan.
tak silap aku harga 43000 won bersamaan RM 129 la lebih kurang.
whahahahahaha. 
haaaa ni la kasut diaaaa
aku baru pakai 3 kali kot. hari tu balik cuti aku check masih dalam keadaan yang elok lagi kasut ni. alhamdulillah.
aku simpan dalam beg plastik biasa tapi aku boh silica gel tu. 
satu lagi heels yang aku beli kat Korea, aku boh dalam beg plastik tapi tak boh silica gel tu, lekang weyh tapak dia!! kulit dia pun macam tertanggal sikit. sedih.... hummm.

dah habeh shopping, balik dorm, dengan hati gembira walaupun rasa macam nak nangis sebab duit keluaq banyak. whahahha. padan muka! 

Sunday, April 13, 2014

My new cutie pie

Assalamualaikum wbt.
mid sem break dengan rasminya berakhir hari ni untuk budak-budak lain
aku punya cuti habes esok sebab aku tak ada kelas hari Isnin. jyeahhh!
tak ada apa sangat la nak hupdate. just rasa lama tak ngepost entry baru ye dokkkk

aku pernah habaq kan Kak Ngah dah beranak, baby girl. 
nama baby dia : Nur Damia Zahra bt Mohd Faisal
kemain kan Damia Zahra, dah macam nak watak-watak dalam drama dah haa
hari tu sembang dengan Kak Ngah dia tanya, ada nama untuk baby boy best-best tak? yang kat dalam novel tu mesti banyak nama mantap-mantap kannn
aihhh, Damia baru 4 bulan dah planning untuk next ke? ngehngeh
bagi Kak Lang menyumbang cucu ke 4 untuk Mak Abah boleh? whahahahha!

masa aku tinggalkan Damia, dia baru masuk 2 bulan.
2 bulan aku tinggalkan dia, haaa kemain terkejut bila aku tengok dia.
memang la Kak Ngah ada whatsapp gambar-gambar latest Damia. 
tapi bila tengok depan-depan! Ya Allah isi dah semakin banyak terkumpul!
pergelangan tangan pun jenuh cari tak jumpa. 

ni muka bahagia baru bangun tidoq. dia tidoq dari petang sampai laaaa pukul 10.30 pagi esoknya. Kak Ngah cerita time ni depa ikut Abang Ngah outstation, tidoq hotel kan aircond melampau-lampau sejuk.
si Damia bambam ni memang suka tempat ada aircond. 
memang tak banyak ragam la dia.
tu yang all out tidoq. bangun-bangun pagi muka nak gembira jaaa.


time ni baru masuk sebulan. kecikkkk jeee. mata bulat spotlight Damia ni
suka aku dukung dia kalau keluaq p mana-mana dah macam anak aku kan. 
kahkahkah
tapi la ni kalau dukung lama-lama mau terasa gak la kat lengan. muatan padat la ni kann. *cubit paha*

headband Mama dia buat. ni bukan dia saja-saja kembungkan pipi dia eaaa. ni memang semulajadi tembam bamm bammm bammmm!


nampak spotlight tak spotlight mata dia? lalat pun boleh masuk rehat sat.


tiap kali aku tengok gambaq ni mesti aku nak tergelak. 
lawak gila muka Damia, macam penat sangat-sangat laaa berjalan. padahal orang dukung dia ja pun. 
ishhh2 *geleng-geleng kepala*

ni dah nak masuk 4 bulan. dah pandai gelak-gelak bila orang acan. dah keluar suara dah.
dia suka kalau orang nyanyi kat dia, nanti dia pun macam ala-ala ikut sekali.
dok humming bagai. comels jeeee
aku nyanyi lagu dangdut depan dia pun dia tergelak besar, macam happy sangat jeee
dia gelak sebab dia suka lagu tu ka atau dia gelak tengok aku yang konpiden nyanyi walau suara sumbang. 
aku pun dah konpius dah.

sama la kalau aku panggil dia pwincess, kemain gelak.
macam paham je. hahaha

bantal yang aku buat kat dia. gigih jahit sendiri nama tuuu. comels kan? kahkahkah!

look into my eyes~~~ be a good + solehah girl okay dear ;)

Sunday, February 23, 2014

Negara K - National Science Museum + Seoul Zoo

Assalamualaikum wbt~~
dok belek-belek album gambar time kat Korea dulu baru perasan ada lagi benda aku tak cerita.
pasai aku pegi National Science Museum dan Seoul Zoo. hahahahaha.
punya la lama. banyak dah aku tak ingat tapi aku cerita ja apa yg aku ingat la nooo.

asalnya aku dan Fara plan dengan Eida dan fews budak-budak Inha nak pegi Seoul Zoo. almaklum la dah masuk summer, cuaca tak sejuk terketaq-ketaq. best sikit nak jalan-jalan. 
dua-dua tempat ni terletak kat Gwacheon. naik subway Line 4 yang warna biru muda tu turun kat Gwacheon okay.

sambung balik. disebabkan aku dan Fara sampai awal, Eida and the gang tak sampai-sampai lagi sebab dari tempat dorang lagi jauh Gwacheon ni. dorg kata lagi sejam nak sampai. kebetulan pulak keluar dari subway station nampak signboard National Science Museum ni. terus aku ajak Fara jom usha-usha jap Science Museum ni. nak tunggu Eida lambat lagi.

plan asal nak pegi tangkap gambar je kat luar-luar Museum ni. besar gilaaaa kawasan dia. lepas tu lalu kat depan kaunter tiket. tengok harga tiket 4000 won ja bersamaan +/- RM12. murah gilaaaa kan?
terus la aku dan Fara nak masuk. whahahaa.

P/S : banyak gambar tapi malas la aku nak letak gambar banyak-banyak. penat nak resize. whahahhaa.

Gwacheon Station Exit #2
 National Science Museum ni kalau kat Malaysia macam gabungan Muzium Negara + Petrosains + Pusat Sains Negara + Planetarium Negara. haaa gabung semua. save tempat dan jimat harga tiket.
senang orang nak pegi. bayar untuk sekali masuk, haaa belajar la semua dalam tu.
tapi dalam dia memang luas gilaaaaaa. penat jugak berjalan-jalan dalam tu. tu tak jalan kat Seoul Zoo lagi tu. nanti aku cerita.

ni mesin x-ray. kat mana cancer selalu berlaku. kita tolak dan tarik mesin tu melalui badan patung tu, then nanti dia scan la. cool kannn? tu tangan aku la tu excited dok tolak tarik. whahaha.


aku dan Fara excited gila masuk dalam ni. kat Malaysia tak pernah pun nak pi melawat tempat-tempat macam ni kan. pegi tempat orang kalut ja nak pegi melawat.
tapi yang slack nya sebab explanation kat semua board dalam bahasa Korea. susah la sikit. dorang Sains pun ajar dalam bahasa Korea. mana nak ajar dalam English macam kita.

ni apa tah. berpusing-pusing kayu ni. seronok tengok, aku tangkap gambar je la kan. eh ke Fara yang tangkap eaaa. lupa pulak.

tangan gergasi
Konon-konon



ni pelantar minyak ke apa tak. tak ingat la.






tandas kat dalam roket.
 Korea Selatan pun dah hantar angkasawan dorang lagi awal dari Malaysia kan. so dalam tu pun ada la depa tunjuk bahagian dalaman spacecraft tu. lepas tu ada macam pusat kawalan la. macam real kot. teruja aku tengok.


keta idaman. lewls.


okay ni dah sampai part zaman-zaman dahulu kala.
boleh tau la banyak la pasal orang zaman dulu-dulu kat Korea ni punya lifestyle. macam kita tengok kat dalam citer-citer Korea kan. haaa macam tu gak la depa display kat dalam ni. lebih kurang ja la.

ni alatan membajak kot. 
siap letak patung uols tunjuk macam mana depa bina rumah dulu. 

Korea Selatan famous dengan fermented thingy kan. kat sini depa tunjuk jugak makanan apa yang ditapaikan kan dan macam mana proses tu berlaku. nampak tak aku begitu excited tangkap gambar. konon-konon balik bilik nak transfer semua gambar dalam laptop dan baca. haram.

orang dulu-dulu bina bahagian dalam rumah.
herba-herba ubatan


ni robot. time ni ada show robot-robot ni menari lagu Big Bang - Boom Shakalaka , Boom Shakalaka. comel okayyyyy! video pun ada tapi aku malas nak letak. whahahaha

ni pun robot. robot main drum. hahahaha. 


gambar dua kat atas, depa tunjuk kain yang depa guna buat baju daripada daun apa tah. hangpa baca la sendiri. kecik sangat la pulak. 



tiba-tiba ada pulak kamera untuk camwhore depa letak. tunggu lagiiiiii.

nampak kesian sangat kat pompuan ni dok sorang-sorang, makan sorang-sorang. wuwuwuwuuw. tengah tunggu show robot nak start. time ni aku dok terpisah dari Fara sebab Fara nak rakam video robot-robot tu menari.
 dah habeh pusing dalam tu, dok kat luar pulak. kat luar depa letak patung-patung besar dinasour, lepas tu cari port nak makan. dok kat sana, kalau nak keluar jalan-jalan macam ni kan, kami lagi suka bawak bekal sendiri. masak lauk, nasi then makan. almaklum la nak cari makanan yang boleh di makan susah kan. kalau ada yang boleh dimakan pun, masya Allah punya la mahal harga. so nak jimat kos, marilah kita memasak. gittewww~~
masa still dalam Museum tu , Eida mesej kata dia dah sampai. so kitaorg suruh ja dia masuk Zoo dulu, later baru kami masuk. at last tak berjalan jugak dengan si Eida ni. jumpa pun time show Penguin kot. Dolphin punya show tak ada pulak hari tu. sobsobsobsss~~

sebab tak tau macam mana nak naik tram pegi ke Zoo dan berlagak tak nak naik gondola, moh le berjalan kaki naik bukit ke Zoo ittewww. 1.9 km uolsssss! 
 tapi bukan kitaorang je yang jalan kaki. ce tengok kat belakang Fara tu. ramai gilaaaa yang berjalan kaki. memang orang-orang Korea suka berjalan-jalan uols. kat dalam Zoo pun walaupun ada tren tapi sapa pun tak naik. semua nak jalan kaki je. tapi suasana dalam zoo memang tenang walaupun ramai orang. semua orang macam menikmati alam semulajadi dikelilingi haiwan-haiwan. serius best. yang tak bestnya kaki gila lenguh.

maunya tak lenguh, awal-awal dah pegi jalan-jalan dalam Museum yang besar gedabak tu. then jalan pegi ke Zoo tu. keluar dari subway station tu, kena berjalan lebih kurang 500 m kot sampai kat satu bangunan ni. belah kanan ke Seoul Zoo, sebelah kiri ke Seoul Land (taman tema). dari situ boleh amek tram pegi ke kaunter gondola nak naik ke zoo.

tapi kitaorang jalan kaki, lebih kurang 1 km baru sampai kat kaunter tu. then tengok ramai pulak orang beratur nak naik gondola tu, then decided nak jalan kaki je for another 1.9 km. nice experience indeed!!! =.='

kat belakang Fara tu gondolaaaa.
 dah nak sampai situ, ada rose garden. pegi ke kaunter tiket, dan harga tiket dia ada jual pakej tau. pakej Zoo + Rose Garden = 4000 won / ~ RM12 la. then kitaorang amek pakej tu.
tapi tak masuk pun dalam Rose Garden tu. ni gambar kitaorang amek sebelum tiket tu, tapi tak masuk dalam pun, just kat luar-luar je. Fara menggila curi bunga-bunga ros kat sini. selamba badak je petik. hahahaha. geram tengok weyhhh! bunga ros semua besar-besar.






bukan saja nak eksyen tangkap gambar, tapi memang wangi punnnnnn! :3



terpaksa naik gondola time nak balik. sebab masing-masing kaki dah lenguh dan penat. whahahaa
gambar kat dalam zoo saja aku tak nak letak sebab sama je haiwan-haiwan yang ada kat sini dan kat Zoo Malaysia. just environment dalam tu je lain dari Malaysia. hehe

time balik dah give up nak jalan, kaki dah lenguh-lenguh dan penat. so amek gondola la. tu pun gondola ada 2 station okay. haaaa cuba bayangkan yang kitaorang jalan ni. nampak sangat jauh nya kan. whahahhaa. balik naik subway yang penuh, kena berdiri lamaaaa gila. then transit line, baru sampai kat Cheongnyangni Station. lepas tu amek cab je balik hostel.

Seoul Zoo ni kawasan dia memang besar gila. macam kat atas bukit. best dan sejukkkkkk. harga pun murah even dah convert to duit Malaysia compare dengan Zoo Negara yang harga mencekik. tunggu harga tiket turun dulu baru aku pegi. hahahaha.

aku bukan nak exaggerate lebih, tapi boleh nampak la betapa majunya Korea Selatan compare to Malaysia. dan tempat-tempat, kemudahan-kemudahan yang government sediakan pun memang tiptop dan berbaloi la dengan cukai mahal yang dorang kena bayar. daripada buat banyak tempat-tempat menarik, pecah-pecahkan dia, better gabungkan je macam National Science Museum tu. senang orang sikit kan. bagi aku la.

jauh berjalan, luas pandangan. belajar pasal budaya negara lain. sangat best tau sebenarnya. sebab tu kalau nak pegi travel, jangan niat nak pegi shopping semata, tapi cuba lawat tempat-tempat yang boleh bagi knowledge pasal sesuatu negara tu. banyak input yang kita boleh dapat sebenarnya.


Peace~