Sunday, January 6, 2013

Negara K - Gelato + Hunting

Assalamualaikum~!
sambung lagi. penat otak nak hafal sampai tertido-tido
so sambung buat entry baru. weeeee~~!
kali ni kitaorang buat kerja gila. aku dan Eida.

waktu kat Korea dah nak sampai ke penghujung,
dah nak balik Malaysia dah la.
banyak lagi tempat tak pergi.
memang all out la kalau boleh.
so Eida ajak pergi Big Bang gate kat Gangnam Station.
baru buat je ni. so aku tengok kat subway map,
banyak lagi tempat boleh pergi ni.
so kiranya travel kali ni adalah pasal "hunting"
konon- konon la nak pergi syarikat artis-artis Korea la
tapi nak mencari pulak satu hal. jumpa SM Entertainment je.











masing-masing peminat Big Bang. group kedua aku minat selepas DBSK la. hehe.
nak cari gate ni pun jenuh berpusing dalam station subway tu tau.
dah jumpa, excited kemain,
tangkap gambar buat macam orang tak ada kat situ lalu lalang.
padahal ramai je.
tapi buat bodoh je.
ye hari tu memang kami buat muka tak malu ja.
hahaha.


lepas tu terus gerak pergi Coex Mall sebab 1 line je subway tu plus aku tak pernah pergi lagi.
so Eida bawakkan. lunch sana, solat sana.
oh solat bawah tangga okay. hahaha.
kalau kat Malaysia, kalau tak ada surau semua gelabah tak tau nak solat kat mana.
itulah dah biasa senang kan.
ok sambung balik.
dah turun subway, nak berjalan ke Coex Mall tetiba kat hallway tu nampak benda ni....
besar gila....




JYJ!!!!!!! arghhhhhh! bestnya!!!
tangkap gambar terus aku. dah la poster dorang besar gila!!
teruja sangat sampai tak boleh nak cover dah.




lunch kitaorang hari tu. sambal sotong dia rasa macam Malaysia punya sambal sotong. sedap!
telur bungkus dia pun sedap. slurrrpppp!
lepas tu teruskan perjalanan pergi Apgujeong kalau tak silap aku.
dah lupa... hukhuk






sapa yg beli aiskrim dapat sticker.



adik Micky Yuchoon. Park Yoohwan







aku ada tulis nota, lekat kat situ. hehehe. tulis apa? kena rahsia la. malu cheq!
sampai-sampai kat situ, kitaorg cari kedai aiskrim Micky Yuchoon dulu.
senang je nak cari.
kat dalam tu pun tak ramai orang. kira kosong la.
lepas kitaorg duduk, makan baru ramai datang.
aku excited tangkap gambar je. hahaha
lepas makan aiskrim, jalan - jalan cari company artistes.
jumpa la SM Town ni. tu pun dah nak sesat. siap nak bas bagai.
padahal kalau jalan kaki pun boleh.
lepas tu nak cari JYP Entertainment.
tapi tak jumpa.... sedih je.....
penat  kot jalan-jalan situ.


lepas dah berputus asa nak cari syarikat-syarikat lain,
singgah kat Dunkin Donuts,
rehat kejap
pastu gerak balik.
awal la jugak balik. sebab masing-masing balik sorang,
so bahaya kalau balik malam.
lagipun keluar awal pagi. nak balik tengah malam?
gila.... hahaha.

No comments: