Monday, September 27, 2010

renungan untuk kita semua!

PELIK TETAPI BENAR!!!!!!

Alangkah Peliknya Kita......

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.


Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Puisi Muhasabah Diri oleh Pak NORA


Bagaimanakah hidupku? Usia hidupku cuma tiga hari saja

Semalam, hari ini dan esok
Semalamku sudah menjadi sejarah
Hari ini apa yang aku lakukan
Esok hari yang belum pasti.
Hidupku cuma ada dua nafas
Nafas naik Nafas turun.


credit to : BuDakPreBet - www.syok.org/portal/readarticle.

Friday, September 24, 2010

snap! snap! snap!

mesti korang perasan kan, blog aku kurang ada gambar. tulis je macam karangan budak sekolah menengah. tsk. aku kan seorang yang pemalas. tambah2 lappy kesayangan aku ni, cik Acer, mana ada bluetooth device dalam dia. kena transfer guna kabel. dah la handphone kesayangan aku ni (ye! aku memang sayang harta benda aku, adakah anda jugak?) susah sangat nak di detect oleh lappy aku. sabar ja la. kadang2 kena bertarung,bergelut,berperang semua baru lah boleh sambung ke lappy bagai. tsk. sedih gilak!

tapiiiiiiiiiiii sekarang dah tak susah lagi. kalau macam korang yang asyik susahkan diri nak tangkap gambar pastu nak crop pulak, banyak keja oh! tengok macam aku ni, lepas aku jumpa satu benda ni, terus rasa best macam tengah terbang pusing2 Bumi. ceh! hiperbola gilak ayat itu. kalau aku jumpa gambar yang best2 waktu tengah surf internet ke, blogwalking ke, apa ke, aku boleh terus snap kat screen. haaa. terkejut tak? terkejut tak? sila terkejut sekarang jugak aku nak tengok! =D

mai! mai! kita usha dulu apa kebenda tuh!


first time guna benda tu, try kat FB Siha la! oopps! Mariyam Nasiha la. =.='


cuba lagi sekali!

tak boleh tengok penuh2, nanti korang nak ngorat abang aku lak. mana bolehhh!

artistik tak? tak pun ar'teruk'tik?


akhirnya! aku nak tunjuk kat korang, ni la one of my wallpapers. gambar abang2 aku la! sila jangan termuntah sekarang kat blog aku!



korang dah tau ke benda apa tuh? tak dapat tembak lagi? aiyoo! bak kata BIOL- pending betul.
itulah software terbaru meyh! aishh~ aku jugak nak kena bagitahu jawapan. penat nokk!

SnapIt Screen Capture 3.7.9876

nak cuba jugak ke'best'an yang aku alami sekarang? sila jangan segan silu malu2 hamster tutup muka dengan bantal bucuk, masuk laman web ni untuk maklumat lanjut. masuk sekarang jugak!
klik di sini.

p/s: for those yang nak review this thing in any fb/blog/twitter/forum, jangan rasa malu2 cicak send email kepada julia.taylor@digeus.com untuk mendapatkan licence of registration for freeeeee!!!! percuma weyh percuma. dan dan dannnn jangan lupa send ke dia link yang korang buat tu ya! =)

aku pohon kekuatan Ya Allah!

doa aku tak dimakbulkan Allah. tak pa. mungkin Dia lebih mengetahui apa yang berlaku. ada hikmah disebalik semua benda ni berlaku dekat kami sekeluarga. sedih memang sedih sampai aku tak boleh duduk sorang2, nanti mesti aku menangis.

tapi aku kena kuat depan semua orang. terutama depan keluarga aku. its just temporary seperate, not eternally yet. lets pray we'll back together soon ya! i love u all my family. <3<3<3

to all my friends, aku perlukan kekuatan nak face semua ni. tolong SUPPORT aku. aku tau korang tak kan biarkan aku sedih sorang2 kan. i love you all because being here for me. <3<3<3








"Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi dugaan yang Kau berikan ini. Aminn."


Notis: dont ask me why.


Friday, September 17, 2010

aiyark! kenyang gilak~

cuti raya dua minggu ni memang memakbulkan impian aku nak me'naik'kan berat badan. dah la puasa kali ni berat badan turun 1 kg je. sekali naik mak aih 4 kg!!!! memang melampau nokk! tak pa nanti balik U kena diet nih. mana boleh tengok kawan2 aku badan makin kurus, aku je yang makin naik. tak boleh! tak boleh!


raya ke3 - aku + kawan2 sekolah menengah campur laki dan pompuan pegi beraya ke rumah cikgu2. memang tiap2 tahun dah macam acara wajib masuk dalam kalendar dah kalau raya ke3 mesti kena pegi rumah cikgu. dari Form 5 dah start buat acara ni sebab masing2 dah ada lesen so apalagi memang merempit gilak la kan. konvoi naik motor memang best dari konvoi naik kereta. tapi tahun ni macam kureng sikit kemeriahan sebab ramai yang tak pegi. kalau tahun2 lepas memang ramai sangat sampai rumah cikgu pun jadi sempit tapi tahun ni sikit je. pompuan pun 6 orang je yang pegi. laki lak aku tak kira berapa orang yang pegi. yang lain2 banyak balik kampung. tapiiiii best tetap best. bukan senang nak jumpa muka kawan2 aku ni secara live. asyik tengok kat FB je. borink siot!

rumah cg yuhanis

rumah cg noni

depan rumah cg norafiza - posing dulu before masuk sebab rumah cg dah penuh dengan orang

cikgu norafiza

rumah abg syah! (cg syahrul izat)

rumah cg noni

budak2 laki yg konvoi dengan motor

amboi sufi mentang2 la dah tak da sapa boleh marah dia dah sekarang. sakan noo!

3 stooges - tolong la daniel jangan tangkap pic cam tu!

raya ke 6 hari tu, aku join kawan2 aku masa sekolah menengah konvoi raya. kiranya girls' day out la. memang best sangat2 sebab dapat makan makanan yang sedap2 sampai nak pecah perut aku weyh! perut masa bulan puasa dah berlainan sungguh dengan perut masa raya. tsk! risau jugak bila pikir tapi bila pikir2 banyak kali bukan selalu dapat makan shedap2 ditambah pula dengan setahun sekali baru boleh buat marathon makan dari rumah ke rumah so aku pasrah je la. best sangat2 dapat jumpa kawan2 lama. yang paling best ada yang dulu tak pernah langsung nak kapel2, sekarang ni dah kapel, siap dah rancang nak bertunang lagi. yang dah bertunang pun dah ada. dna yang paling shocked! ialah ada junior aku dah kahwin! tergugat kedudukan aku sebagai orang yang sikit tua dari dia ni. haha. dah jodoh dia kan nak buat macam mana. balik rumah dengan perut yang kenyang sampai rasa nak keluar balik memang setahun sekali je aku alami. tak pa aku redha je. huhu.
rumah efa

rumah farah

dengan Mun depan rumah dia

dengan Huda - dia ni bakal menjadi tunangan orang insyaAllah tahun depan. nanti dah tak boleh join konvoi la. hukhuk.

rumah Nadia

depan rumah Sue

raya ke8 - tak pegi mana2 pun. aku just buat closed house untuk kawan2 rapat aku masa sekolah menengah. diorang hairan kenapa aku tutup pintu rumah padahal open house, so aku kata, 'aku panggil hangpa2 ja, bukan nak panggil ramai2. malas!' haha. boleh pulak kan. tak la aku saja nak spend masa dengan kawan2 aku yang 4 orang ni. sebab selalu tak sempat nak sembang dari hati ke hati masa konvoi. ye la sibuk nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat + ramai pulak kawan2 yang lain, so macam tak ada privacy antara kami 4 orang. cewaah! so aku masak la laksa Penang untuk diorang. first time masak nih! mak aku nak tolong2 pun aku halau suruh dok jauh2. haha. anak derhaka betol. ampun mak! =D then Kak Ngah buat chocolate moist cake dan puding caramel. nyum2! oh aku nak berterima kasih kat Abah dan kawan2 aku yang puji laksa aku sedap. hihi. Abah aku siap kata, ' pandai gak anak dara aku ni masak, sedap!' heh tengok tangan la. bukan senang aku nak tunjuk skill ni. memang dah boleh kahwin sangat2 dah ni. makcik2! tolong la pinang saya untuk anak makcik ye! hahaha. ooppss! memang betul la sembang dari hati ke hati, Mun dan Saadiah datang dari pukul 3, pastu Huda datang nak dekat pukul 5, then Awalia datang dengan pakwe dia dalam kul 5ish, dan diorang balik pukul 7. Awalia je balik awal sikit. yang lagi 3 orang tu memang balik lambat la. bukan senang nak jumpa. sembang punya sembang sampai tahun depan pun tak habis. haha.

Mun + Huda

Mun + Saadiah

bahan2 untuk laksa penang je aku sempat tangkap.


Notis: saya sangat berpuas hati dapat makan banyak3! biar badan naik nanti saya diet balik ok.

oh dah cukup setahun ek?

entry ni sepatutnya di post pada 6 Syawal yang lepas tapi disebabkan aku begitu khusyuk berkonvoi dengan kawan2 sekolah aku sampai aku terlupa. ye la dah la makan sampai nak pecah perut, balik rumah dah konpem2 letih terus terlupa. dan disebabkan itulah entry ni kena post bukan pada 6 Syawal. huhu.

ok back to the story. sebenarnya ada something terrify happened to me and my family pada 6 Syawal tahun lepas. even dah setahun kalau mengikut kalendar Islam, tapi memang bawa banyak memori yang aku susah nak lupa la. nyawa aku + family aku hampir2 melayang sebab accident. Syukur Alhamdulillah aku + Kak Ngah + Mak + Adik aku tak ada apa2. just mak aku kena tahan kat wad sebab darah tinggi dia naik maybe terkejut due to accident.

oh aku accident masa kat kampung. masa tu memang dah keluar dari rumah mak njang nak ke rumah tok aku. rumah mak njang aku sebelah rumah tok aku je, tapi sebab kitaorang dah nak balik rumah so Kak Ngah kata kita jumpa tok lepas tu terus balik. sebab tu la pegi naik kereta even sebelah rumah je. tsk! tapi benda dah nak jadi kan. memang kitaorang accident betul2 depan rumah tok aku. dan luckily mak2 sedara aku + sepupu2 aku still kat hadapan rumah mak njang aku menghantar kitaorang balik la kiranya dan diorang nampak apa yang berlaku. kata orang saksi kejadian la. dan syukur juga kak2 sepupu aku yang keja polis + tentera jugak ada. so diorang yang tolong dan settle dan pantas menyelamatkan kitaorang yang stuck dalam kereta. memang aku bersyukur sangat2 nothing bad happen even orang2 yang tengok kereta kitaorang ingat orang2 yang kat dalam kereta tu that is kami dah tak selamat. sebab nampak teruk sangat. dan aku bersyukur sangat2 sebab berlaku depan rumah tok aku + sedara2 aku still ada dan boleh tolong. aku hanya dengar sedara2 aku menjerit je sebab masa tu aku dah tak sedar apa2 dah dalam kereta.

tapi Allah Maha Besar. even ada orang cuba nak buat something kat kami, tapi sebab kami ni dikira orang yang teraniaya, Allah lindungkan kami sekeluarga. Alhamdulillah. kalau tak berlaku benda ni mungkin kebenaran tak akan terbongkar. memang setiap perkara yang berlaku even baik atau buruk memang ada hikmah disebaliknya. cuma kita sedar atau tak je.

mungkin orang kata buat apa nak ingat benda buruk yang dah berlaku kat kita. tapi benda ni kadang2 terlintas kat kepala otak dan buat aku terpikir balik. memang tiap kali tengok gambar ni aku akan sedih sebab aku kehilangan Cik Kenari aku + mak aku pun tak berapa sihat + ni 1st time aku alami benda ni. memang sangat2 shocked! nyawa aku sekeluarga hampir melayang disebabkan benda ni. dan dalam sejarah family aku ni adalah kali pertama. tapi havocnya waktu kejadian kejap je. pastu semua bersembang2 like nothing happen till Pak Su bawa kitaorang pegi buat check up kat Hospital Kuala Nerang, Kedah. takut ada kecederaan dalaman. tapi syukur Alhamdulillah tak ada. dan sekarang aku kembali merempit sebab Cik Kenari aku dah tak ada. dah selamat dikebumikan, tak dapat diselamatkan lagi. hmm. dugaan kan. tak apa yang penting kami semua selamat, dah bersyukur dah.





popular la Cik Kenari masa tu sebab ramai nak ambil gambar dia. huhu



Notis : kenangan raya yang paling susah nak lupa kott! tahun ni tak balik raya kampung sebab still trauma!! sorry tok!

Thursday, September 9, 2010

salam lebaran!


selamat hari raya aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat. maaf zahir dan batin.

p/s: raya jangan over sangat yek! sederhana je sudah. kita nak meraikan kita dah berjaya puasa sebulan (aku tau aku puasa tak penuh.huhu) je bukan nak sambut lebih2 sampai membazir. salah tu nok! nak tukar langsir baru, sofa baru, rumah baru, tingkap baru, subang baru, shopping bagai nak rak. tak betul3! all that kind of things anytime boleh buat, tak kan nak tunggu raya kott! tak baik menunjuk2. astagfirullahalazim.


Notis: aku simple je sambut raya tahun ni mungkin sebab dah besar. yang penting nak jumpa kawan2 je. rindu ngek!

Wednesday, September 8, 2010

menjelang raya~

malam ni last tarawih + last sahur. sedih pulak rasa Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa kejap je Ramadhan tahun ni. aku rasa amal ibadat aku dalam bulan puasa tahun ni macam kureng je. huhu. astagfirullahalazim. tapi at least aku sedar. hikhik!

semalam ada kenduri malam 27. supposed buat waktu malam 27 la kan tapi sebab ada masalah teknikal kena la tukar jadi malam semalam. penat oo. aku balik dari hospital terus tolong mak aku dan Mak Ndak Norma masak untuk kenduri. sepatutnya ramai2 la kan yang tolong tapi macam biasa la. kalau ramai2 pun semua pakat menyumbang mulut daripada tenaga baik tak payah datang kan. less is better. nak tau aku tetak lebih kurang 30 ekor itik sorang2! dah la pisau penetak tu berat dan conclusionnya tangan kanan aku dah lebam2 + sakit. so esok boleh la aku excuse buat kerja rumah ye sebab kakak aku dah balik. hoyey2!

mak dan Mak Ndak Norma cakap kalau dah pandai tetak ayam atau itik, orang tu dah boleh kahwin. waahh! so aku dah boleh kahwin la ni ek. tapi sorry la yek tak ada sapa nak datang masuk meminang aku buat masa sekarang. huhu. sobsobsob. T.T

oh oh siang tadi aku kemas2 rumah, buang langsir (hajat kat hati tak nak basuh langsir tapi tak sanggup lak tengok langsir tu dah tak macam rupa langsir rumah orang dah layak dapat pengiktirafan kain buruk je! =D) memang penat ya amat! ye aku sorang2 je yang buat semua tu. rasa macam bawang putih lak. huhu. berangan kau ek Laila! hahahaha.

part ni paling best. aku nak cerita sikit. aku punya la teringin nak makan tomyam tapi mak aku kata masak esok je sebab kakak aku ada. so aku pun macam dah pasrah la kan tak dapat makan hari ni. thennnnnn mak aku kata suruh masak je tomyam buat berbuka. haruslah gembira tahap nak lompat2 kan tapi puasa so sabar sikit. tapi yang tak best nya aku kena masak sendiri. mak aku kalut nak goreng nasi goreng untuk nak sedekah kat surau malam ni. haila... aku nak makan tomyam air tangan mak aku. hmmm. so aku masak je la. first time masak dalam bulan puasa ni. aku main campak2 je. garam pun aku main agak2 je sebab tak boleh rasa kan. tawakal je la. tapiiiiii hasilnya amat memberangsangkan! marvellous punya sedap! izinkan saya nak kembang kempis hidung jap ek. haha. kira much better dari aku masak tomyam waktu bukan dalam bulan puasa. so kesimpulannya aku dah lulus ujian masakan. so kepada makcik2 kat luar sana yang teringin nak ambil saya jadi menantu, sila isi borang untuk anak makcik ye! saya nak laki yang macam Joe Jambul je. hikhik.(ehh2 kau... demand la pulak!). malu lak rasa. =$

Notis : dam dam dum bunyi mercun, kanak2 lari berduyun2~

Tuesday, September 7, 2010

eh tertinggal la yang ni!

another video of last ramadhan with BIOL. ngehngeh! =p

\ video


Notis : rasa incomplete sebab ada sorang lagi umat manusia yang tak pegi. sapa? alaaaaa.... manusia berhuruf B! =D

Sunday, September 5, 2010

ajal maut bukan kat tangan kita~

menerima berita kematian memang buat aku terkedu + tergamam + meremang bulu roma aku. serius aku memang tak boleh dengar pasal ada orang meninggal dunia ni. dan2 rasa takut + sedih + tak dapat bayangkan kalau benda tu happen kat family aku. uishh. seram2.

hari jumaat lepas aku balik Penang. first time dalam hidup aku, aku bangun tido hari sabtu tu pukul 1 petang. PUKUL 1 WEYH!! aku rasa mak aku lupa yang aku dah balik sebab tak dengar siren mak aku berdendang riang suruh aku bangun. hikhik. tak pa la penat kan naik bas. huhuhu.

lepas mandi tah2 abah aku cakap yang tok imam kampung aku atau nama glamour dia kat kampung aku adalah Tok Su Ya dah meninggal dunia pagi tadi dalam pukul 10. innalillah.. then abah aku sambung lagi. ada lagi sorang orang kampung aku meninggal dunia. perempuan dalam pantang. innalillah.... anak2 masih kecil kot + ramai. tapi Allah lebih sayang kan arwah. anak dia yang kecil tu yang paling kesian. tak dapat menerima kasih sayang seorang mak dari kecik. memang sedih aku rasa. tapi ajal maut semua dalam tangan Allah SWT.

kak ipar aku kata kalau dalam satu tempat ada dua kematian, akan ada lagi satu yang akan menyusul. macam bagi complete 3 la. tah la korang paham2 sendiri la. sebab susah nak explain. abah aku kata sepanjang dia hidup kat kampung tu dari kecil tak pernah berlaku dua kematian dalam satu hari dan jarak lebih kurang 2 3 jam macam tu je. penat jugak la abah aku nak uruskan dua2 tu sebab before ni memang tok imam yang uruskan then dah tok imam meninggal abah aku terpaksa ganti sebab abah aku pengerusi JKK kampung (bukan JKKK kat kolej aku tu tau!)

aku rasa macam agak terkejut sebab arwah tok imam tu pernah mengajar aku mengaji al-Quran dari kecik dan family aku macam ada bau2 durian la dengan diaorg. tah la. malas nak taip panjang. tapi raya kali ni agak terasa kehilangan la sebab selalu arwah tok imam yang bacakan khutbah, imamkan sembahyang raya. hmmm.. ajal kan. tak siapa tahu. ajal aku pun tak tau bila. amal pun tak cukup lagi. huhu. ingat pasal mati tu sunat. so jangan la nak lalai sangat, ingat perintah Allah SWT. amar makruf nahi mungkar. insyaAllah hidup kita akan lebih berkat + aman damai tenang bahagia.

sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah2~


Notis: enjoy2 jugak, akhirat jangan lupa ya!

Saturday, September 4, 2010

malam tanpa bulan men'BAMBANG'!

khamis lepas malam last untuk aku dan kawan2 aku. ala budak2 batu tu. mesti korang pelik kan. aku ambil course Mikrobiologi tapi kenapa boleh rapat dengan budak2 Geologi ni? haaaa.. panjang ceritanya. aku malas nak cerita panjang sebab aku pun dah lupa macam mana boleh rapat. apa2 hal pon kitaorang memang the best sampai ada orang jealous! kan Bambang? haha.

ok sambung cerita. dah disebabkan malam last so kitaorang plan nak keluar untuk kali terakhir before masing2 pakat balik rumah untuk sambut raya ni. sebenarnya tak tau pun nak pegi mana, dalam kereta Odyssey milik Boboy aka Dzul Asrul baru la decide nak pegi One Utama. punya la penat pujuk si Boboy tu suruh pinjam kereta family dia sebab boleh muat lapan orang sekaligus so tak payah nak naik 2 biji kereta kan. tapi malangnya Bambang tak ikut kitaorang sekali. dia kata hati dia tak sedap pasal plan nak keluar ni. ye la aku rasa hati dia tak sedap sebab masa buka posa, dia sorang ja yang tak makan hati ayam masak kicap tu. sebab tu dia rasa macam tak sedap hati je. eh apa yang aku merepek ni? ah abaikan. huhu.

sampai kat OU lebih kurang pukul 9.30 malam. tu pun lepas sesi membuat Boboy bengang sebab masing2 mulut hingaq nak bagitau jalan padahal masing2 tak tau pun jalan nak pegi OU tu. ingat2 lupa la pulak kan. sampai kat sana plan nak pegi main bowling tapi masa tu la boling tu nak tutup. masa tu jugak la nak buat renovation kan. Syiqin dah excited nak berkaraoke. tapi macam tak best sebab karaoke jamban je. ak boleh muat semua orang ditambah pulak Arif tak nak. then pusing2 temankan si Ayin tu nak beli baju. dah nangis2 hentak kaki dah nak suruh orang temankan dia. kena cepat sebab kedai dah nak tutup. ye la OU tu tak ada share dengan bapak kitaorang pun. kalau ada kan senang, boleh bagi arahan jangan tutup mall tu sampai kitaorang keluar. haha. kan best kalau macam tu. pastu berpecah dengan si Boboy dan si Arif. penat oh nak cari pusing2 si budak dua ekor tu. kata kat McD, tapi punya la penat jalan tak jumpa2. nasib baik la jumpa gak. tapi McD dah tutup. so peluang nak beli aiskrim terbantut pulak dah.

then dalam kereta decide nak pegi i-City kat Shah Alam. so teros pegi sana la. sampai sana lebih kurang pukul 1130ish. buat photoshoot kat sana. memang best. sempat kat sana lebih kurang setengah jam ++ sebab kemasinan mulut si Boboy yang kata lagi setengah jam akan hujan berdasarkan velocity angin di udara. memang konpem setengah jam lepas tu hujan! apa lagi jadi sprinter la kejap kan nak cari tempat teduh. pastu pegi kedai makan jap. nak lapik perut. acece lapik perut la sangat kan. pastu terus balik kolej sebab nak sahur kat sana + Bambang dah menunggu kitaorang dengan resahnya. =D

the point is. aku rasa agak sedih (agak2 la pulak kan) sebab nanti dah susah nak bersama2 macam dalam bulan posa ni. ye la sahur sekali, berbuka pun sekali. nanti lepas raya dah susah la. tambah2 aku pulak course lain. memang susah nak lepak2 sekali macam ni. apa2 pun kenangan puasa kat U memang best ini tahun. tah la memang sedih aku rasa, sebab dalam bulan posa ni la aku close dengan budak2 ni. banyak benda kitaorg buat sekali, together gether. huhu. eh aku rasa kalau letak nama kumpulan BIOL ok tak? gabungan nama BIologi + geOLogi = BIOL???
hahaha. memang macam lawak tapi sorang2 lebih kurang je perangai biol nya. haha.

aku malas nak tepek gambar, kalau nak tengok sila susahkan diri masuk ke FB aku ok. aku nak letak video je. Fatan kata jangan upload kat FB, so aku upload kat sini la. boleh jugak kan Fatan? grr! grr! hahaha. sengal doe!



Notis: kenangan ini yang terbaik!


video