Friday, December 28, 2012

Negara K - Lotte World

next destination - Lotte World!
aku rasa semua dah tau kot pasal Lotte World. famous kot tempat ni
ala-ala Disneyland gitu. acehhh~
oh sapa peminat cerita Korea, dulu cerita Stairway to Heaven berlakon kat sini la.

comel sangat doh tempat ni tapi bagi aku la, Everland lagi best la.
time ni aku pi dengan Eida je.
Eida nak sangat pi, so aku temankan je la.
nak bagi cukup syarat je pegi ni. konon!
hahaha

naik subway aku tak ingat line berapa, tapi memang direct terus sampai sini la.
sebab kat luar dia shopping mall, bersambung terus dengan Lotte World.
Lotte World ni dia ada indoor dan outdoor rides.
sapa tengok Running Man ada la episode yang dorang rakam kat sini.
sampai-sampai ja terus pegi outdoor rides.
memang ambil yang challenging punya la.
adala dalam 3 kot yang betul-betul challenging, tapi still tak boleh lawan Everland la.
hahhahaha. gila la pilih kasih.


harga tiket 25k won untuk 1 Day Pass. sebab guna student card. hahahhaa
harga asal 40k won.
nak tau tak, kitaorang habiskan masa dalam ni dalam setengah hari je. ke kurang?
masuk dalam pukul 10 am ++ dan balik pukul 3 pm +++
hahaha. aku siap menguap lagi dalam tu ok.
mengantuk yang amat.
sebab banyak rides yang boring dan tahap untuk budak-budak ja banyak.

nampak macam istana kat Disneyland



kalau aku naik rides kat Everland, yang mencabar punya kan.
aku nak buka mata pun tak boleh. serius
tapi kat sini, aku boleh bukak mata, pastu jerit pun macam main-main je bagi cukup syarat. hahaha
yang kat atas ni Gyro Swing, best !
yang aku risau nya time naik benda ni, adalah ride dia dekat sangat dengan ride yang lagi satu.
rasa macam nak terkena je kaki aku kat ride sebelah tu.
nampak macam tak selamat je, tapi best la. hahaha. kejap je naik benda ni.




aku naik Gyro Drop ni kan, turun-turun je terus lemah kaki. hahhahaha
yang ni macam Solero Shot kat Genting Highland la tapi dia just sekali je jatuh.
pastu habis. kejap sangat je.

yang ni Juggler. gila tak best. aku tengok pun tak best sebab tu aku tak naik. hahaha.
lambat gila. aku nampak ada pompuan yang naik benda ni siap boleh kipas-kipas lagi.

show time! comel jek.


sampai-sampai je kan terus pegi outdoor rides, habis je main terus lari masuk dalam.
panas bhai!
time tu dah start summer, actually dah nak balik Malaysia pun sebenarnya. heheheh



rollercoaster ni tutup time ni. 

time ni Merry Go Round pun tutup.
baru nak feeling - feeling macam Choi Ji Woo naik kuda pusing tu macam dalam citer Stairway to Heaven. 





Fantasy Parade. ni semua watak-watak kartun Disneyland. ada Aladdin, Sinbad. etc.

agak-agak korang aku naik tak benda ni?




acehhh.. Eida pakai baju pancoat macam Ji Hyo pakai. gigih dia mencari baju ni.
dan aku menyesal sebab tak beli baju FuBu.... huhuhu

4 comments:

lylla_abby said...

Salam..
Nak tanya, antara Lotte World dengan Everland, mana lagi best especially untuk bawa budak2? tq.

laila latif said...

salam....
kalau untuk budak2 lebih baik bawak pegi Lotte World sbb tempat dia kecil,indoor, dan banyak rides untuk budak2.
kalau everland, tempat dia luas sangat, outdoor, rides untuk budak2 mcm tak best sangat. tapi view everland cantik. =)

lylla_abby said...

Salam...
oo..lotte world from myeong dong lagi dekat compare to everland kan? saya pergi nanti time autumn..so, everland x secantik time awak pergi kot..cntik giler bunga2 dia..hehehe...

laila latif said...

salam. =)
lotte world lagi dekat la nak pegi,naik subway,terus sampai.
kalau Everland kena naik subway,pastu transfer naik bus lebih kurang sejam baru sampai. tapi saya lagi suka Everland sbb rides dia lagi best~!! =D
kalau pegi time autumn mungkin pokok semua daun warna koko.
cubalah search kat google,view Everland time autumn.
oh tapi autumn sejuk jugak tau, jangan lupa bawak jaket tebal. =)