kali nak cerita pasal satu muzium yang aku pegi ni.
nama nya - Trick Eye Museum-
terletak kat Hongdae, naik subway line 2. yang warna hijau tu.
Hongdae ni stands for Hongik University.
cantik tempat dia. dan juga terkenal dengan kelab-kelab malam.
kelas kau jah Universiti dekat kawasan kelab-kelab malam.
aku pegi dengan Fara. aku siap google macam mana nak pergi ke sana.
sampai-sampai, cari tak jumpa.
nasib baik ada information center kat situ, pegi tanya.
rupa-rupanya dekat ja pun. jalan pusing cari macam apa lagi.
aku ingatkan tempat tu besar gila la. dah nama pun muzium kan.
tapi kecik je pun. terletak dalam bangunan macam deretan kedai ja, dan boleh kata muzium ni kat basement la kira.
bukan besar mana pun.
nak masuk kena bayar 13k won.
mahal la jugak sebab dalam tu kecik ja. hahaha.
hah yang ni la maksud Trick Eye Museum.
ala-ala macam lukisan 3D la.
bila tangkap gambar nampak macam real la. *kunun*
yang bagusnya, dalam muzium ni,
ada pekerja yang ready la nak tolong tangkap gambar kita.
sebab tu ada gambar berdua aku dan Fara sebab pekerja tu datang nak volunteer tangkap gambar kami. hikhik
tiba-tiba keluar sayap? |
seksi gak depa ni pakai baju macam tu kan dulu. hahaha |
lepas masuk Trick Eye Museum tu, jalan-jalan kat Hongdae tu.
dan lagi satu, Hongdae tu terkenal dengan fashion street. so banyak kedai-kedai.
boleh shopping la situ.
dekat situ gak ada Hello Kitty Cafe
walaupun aku tak minat kucing ni kan, tapi aku pergi je la.
dah alang-alang sampai kan.
tapi yang bestnya pasal Hello Kitty Cafe ni ialah...
aku dan Fara sesat nak dekat 1 JAM ok!!!
sebab nak cari benda ni je!
punya la pusing dekat area situ sampai sejam. jalan kaki ok!
tanya habis orang. alahai.
rupa-rupanya kedai ni kat belakang Watson yang aku masuk je nak beli barang tau tak?
nampak tak kebengangan nya di situ?
lepas tu sebab kedai ni terkebelakang sikit, macam tersorok la sikit.
nasib la Korea tu negara penuh bukit, jalan pun berbukit-bukit. memang tak rata la keadaan jalan kat sana
bangunan pun ada kat kawasan berbukit sikit. haha
comel kan??? tapi rasa biasa-biasa ja pun. |
wafel aku tu bentuk muka hello kitty tau tapi dah tersorok pulak. |
masuk kedia ni ja semua warna pink!!!
aku dah la tak minat pink langsung langsung.
hahaha. nasib la kan.
ok bai.
No comments:
Post a Comment