Tuesday, July 27, 2010

hepy besday DOt yg ke 20!!!


hari ni birthday Dot. kawan baik aku masa kat matrik dulu. kami sama2 budak PDT, then masa masuk PST dapat satu praktikum sekali. hehe. dulu masa PDT aku tak cakap dengan dia sangat, ye la dia tak sama kelas dengan aku, but kuliah sekali. tapi nampaknya kitaorg memang dah ditakdirkan untuk bersama. cewwwah!!

Dot ni la teman aku untuk ponteng kelas selalu. haha. tambah2 masa dah nak final sem 2 kan, uishh lagi la ligat ja. sama2 paham isi hati masing2 tak nak masuk kelas. lepak kat library, oops silap. study kat library la. selalunya Tiqa sorang ja yang baik masuk kuliah. haha.

then aku ingat lagi, selalu kalau assignment Maths ke, tutorial apa2 ja, kuiz ke, report lab ke apa ke, selalunya kitaorg akan bahagi2kan tugas. ala macam Dot copy assignment Math dari kawan dia, so dia akan bagi kat aku dan Tiqa untuk copy assingment Math tu bersama2. Dot selalu akan cakap, ' aku memang copy assignment ni untuk korang tiru'. haha. baik kan dia. sama la kalau nak kuiz, kitaorg akan bahagi2kan tugas sapa kena study tajuk ni, sapa yang kena study tajuk tu, then masa kuiz kitaorg akan duduk sekali. so sapa yang dah study, akan duduk tengah2 sebab lagi 2 orang akan duduk kiri kanan nak meniru. so kalau tiba2 tiga2 orang tak study, berserah kepada nasib je. eh takkkkk.. tiru junior2 lak. haha.


dannn kitaorg 2 ni tengok citer Korea- Youre Beautiful. hero nombor 2
dia, Shin Woo oppa memang sangat la kiut. tapi Dot dah cop awal2 dah dia nak kat Shin Woo tu. huh! perlu ke? haha. nak jugak kan rebut dengan aku. haha. Dot ni sebenarnya sangat la baik. sangat2. hati dia ni lembut sikit. huhu. sensitive jugak. haha. tiap2 hari dia selalu citer pasal roommate dia yang ada masalah sikit ni. huhu.


Dot ni suka menyanyi tau. dia pernah masuk KMPP Idol. wala
upun kalah tapi aku tetap sokong ko Dot! tu la kalau ko buat group sekali dengan aku konpem menang punya la. hihi. oh sebenarnya entry aku hari ni bukan nak citer pasal perangai si Dot ni tapi nak wish happy birthday kat dia je.


eh Dot! ko dah masuk 20 la. haha. nak gelak kat ko. so jangan lupaka
n pencarian jejaka idaman ye. best gilak aku rasa dapat kawan dengan ko, dah tu dapat sama U lak tu, walaupun macam susah nak jumpa tapi kita still boleh jumpa. kan?kan?kan? haha padan muka ko Tiqa ko dok jauh pastu jangan nak buat2 sedih aku kurang menggedik dengan ko ye. hehehe. aku harap Dot, ko happy selalu tau, kalau dah jumpa somebody tu gitau aku dulu tau! Tiqa tak pa nombor 2. haha. sebab dia dok jauh. hahahha.




tengok tu Tiqa nak gak menyempit kan. hahahahaha~


Notis: kita kawan sampai bila2 kan? hehe. sayang kamoo!!! <3

Sunday, July 25, 2010

beli dan belah sekarang!


dok kat kl ni everything mahal. nak banding harga barang kat sini dan kat penang harap maaf la ye. beza bebenor. tapi aku tiap2 minggu keluar gak. apa citer tu? huhu.

aku ambil kelas GTEE. ala kelas BI. tu kod kursus tu. so aku ambil yang Effective Presentation Skills. kena berlatih cakap kat depan audience so nanti aku tak la gugup + gagap especially. haha.
so Miss Choo yang comeyl tu suruh kitaorg beli buku teks dia. aku dengar Miss Choo cakap harga buku tu macam rm13 ja. rupa2nya rm30++ kotttt!! dah la nipis je. tapi aku pun beli je la dah nak belajar kan even nak guna untuk sem ni ja. tak pa nanti aku hasut junior suruh ambil course tu dan jual kat dia. haha. aku pegi Perdanasiswa dan beli la dua buah buku- buku BI tu dan buku Statistic table- both of these books cost rm48.60. yeah! rm48.60 padahal nipis gilak dua2 buah buku tu tapi aku redha ja. nak belajar kan. jangan la nak berkira sangat. ye la. =.=

last week aku puasa sebab nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas. puasa yang tertinggal tu bukan puasa yang saja tinggal ye. haha. hari khamis kelas aku dari pukul 8 sampai 9 pagi ja. buat masa sekarang la sebab tak ada lagi kelas tutorial, so Amni, my coursemate kata nak pegi ambil spek dia kat Mid. dia baru buat sebab spek dia yang lama dah hilang maybe misplaced kot. but spek lama dia jenama Baby Phat ok. Kimora Lee Simmons punya brand. Fuhhhh!!!! sayang gilak weyh dah hilang. kalau aku mau menangis sampai keluar darah putih kot.

even aku puasa tapi sebab aku boring tak da benda nak buat so aku teman je la Amni pegi sana. see??? Mid lagi. hahaha. tu je tempat paling dekat kan. tiba2 kan feel nak beli dan belah membuak2 lak. huhu. maybe sebab aku puasa so bila keluar tak payah makan kat luar so duit tu digunakan untuk membeli.

then aku pegi Popular nak usha novel. ni yang aku malas bila nak buat pilihan. selalu susah nak buat decision. haha. aku ingat nak beli novel Syud- Untuk Awak Teja Aulia- ala yang Tiqa gilak bising kat aku kalau aku beli dulu novel tu daripada dia. =.=' hahaha. tapi at last kitaorg beli on the same day. tapi dia beli lagi awal dari aku but aku dah habis baca lagi awal dari dia. haha. mula2 tengok kat rak tak ada pun novel tu. aku buat assumption mungkin dah habis. so aku pun bercadang nak beli novel lain tapi tiba2 ringan mulut lak tanya kat akak yang keja kat Popular tu,'novel Syud Teja Aulia dah habis ke?' then akak tu cakap ada kat belakang. so haruslah bergembira kan. akhirnya aku berjaya memilikinya!!!! haha. ok dah stop sekarang.

oh cerita dia rupa2nya part citer Adil, kawan si Azril Mustaufi dalam novel Tentang Dhiya, Syud jugak yang tulis. sebab ada watak2 Azril, Taufiq, Pacai, Umar, Lisa. dalam novel Tentang Dhiya ada mention yang Adil suka kat bestfriend dia sendiri, Aulia. sweet kan? oh tak lupa short cerpen Syud tajuk Tas Tangan Merah Jambu yang ada watak Nisa dan Adif pun ada gak dalam novel Teja Aulia ni. see??? best gilak baca sebab both citer kat atas tu aku dah baca. so memang happy gilak dan senyum meleret sampai ke kepala la. ok aku tipu. haha.


then aku beli gak komik manga pasal cinta2 ni. aku memang suka baca since aku pinjam dari Shera masa PDT dulu. sweet je. diorg mostly kalau nak kapel semua girl yang start dulu. ala macam kalau kita dah suka kat somebody teroslah make the first move tak kisah la boy or girl yang start dulu.

lepas tu kan aku tiba2 rasa nak beli beg. ye la aku mana ada bawa beg nak jalan2, pastu aku memang nak cari sling bag sebab senang aku nak slingkan je bag aku kat badan. senang dan selamat. around pukul 4.30pm kitaorg dah balik. serius tak rasa penat sangat puasa pon. maybe dah biasa kot. ok aku tak kata aku kuat ek. haha. certain days je kadang2 tu penat puasa macam nak buka puasa ja walaupun jam baru pukul 10 pagi. haha. ok lempang aku sekarang.



ni la buku2 yang terlibat

usha ketebalan dia macam mana. 'tebal' gilak kan. berbaloi la dengan harga. huh!

ni la novel kesayangan aku buat masa sekarang

hah ni beg aku yang baru beli kat Mid



Notis: aku dah tahu Tiqa kenapa kau nak sangat baca novel Untuk Awak Teja Aulia sebab citer tu pasal cinta antara bestfriend. hahaha. suka3 usik kau! haha



sehari bersama Ikhwan Afiq

semalam aku keluar dengan junior aku masa kat matrik dulu - Ikhwan Afiq. kitaorg memang dah plan lama nak keluar sekali kan. supposed Ding ikut tapi dia ni asyik nak balik je so just two of us.
oh mengikut planning kakak Ikhwan pun ikut sekali tapi dia malas nak keluar sebab boyfriend dia keja so end up kitaorg dua je. (Note: kakak Ikhwan sama umur dengan aku)

so around 11ish aku tunggu kat main library, after penat jalan dari kolej aku yang kat atas bukit tu dan berjalan2 nak pegi cucuk duit (-.-') then Ikhwan call kata dia dah sampai kat Daily Fresh. then teros pegi Mid Valley sebab dia nak ambil jam yang dia hantar repair. ok untuk pengetahuan sekalian rakyat jelata, aku pegi ke Mid tiap2 minggu sekarang dan hari Khamis lepas aku baru ja temankan kawan aku pegi ambil spek kat Mid. korang paham ekk aku dalam pertimbangan nak jadi duta Mid sekarang. haha. ok Ikhwan macam konpius sikit jalan nak pegi sana then aku la yang kena tunjuk jalan sampai aku kata,' sapa orang sini sebenarnya ni???'

mula2 decide nak tengok wayang, tapi as usual, peluang nak tengok wayang kat Mid amat gelap kalau anda seorang yang malas beratur panjang. jadi end up Ikhwan kata,' akak kita tengok movie kat OU ek?'. aku ok je. dia driver so ikut je la. haha. but kitaorang jalan2 dulu kat Mid sebab Ikhwan kata dia nak usha2 baju dulu. pegi ke Romp pilih2 baju untuk dia tapi dia macam pikir banyak kali nak beli ke tak then end up dia kata tunggu duit JPA masuk. haha. serius baju kemeja dark green memang smart gilak.

dah sampai kat OU, cari panggung wayang dulu. pegi ke GSC then konpius nak tengok citer apa sebab Ikhwan nak tengok sangat citer Street Dance tapi tak ada kat GSC. huh harap je besau. sementara nak pikir tu kitaorg beratur dulu then dah nak sampai kaunter kitaorang decide tak apa la kita tengok je la apa2 movie kat TGV, sebab movie yang kitaorg pikir2 nak tengok kat GSC tu semua dah nak start padahal kena beratur lagi so tak pa la.

then pegi TGV, ada citer street dance kat situ pukul 5 pm so nganga lagi mesti la teros pegi beli. so tengah beratur kitaorang decide sapa nak belanja tiket wayang dan makan. mula2 Ikhwan suruh aku je belanja tiket wayang, then bila aku tanya konpem ni? teros dia cakap,'tak pa la kak, akak belanja makan ek.' dah agak dah. =.='

pegi sembahyang dulu kat surau, then terus menuju ke Secret Recipe. kitaorg memang tengah lapar gilak2 tambah2 sekali aku la kan. so nak pilih makanan pun dah konpius. apa citer? haha
last2 sekali kitaorg pilih same menu. then ambil kek yang yummy2. oh citer pasal kek, masa waiter tu nak hantar, dia letak kek aku kat depan Ikhwan dan kek Ikhwan kat depan aku. masa mula2 tu dia konpius nak letak yang mana kat sapa,then lastly dia letak kek aku yang tebal tu kat depan Ikhwan maybe dia buat assumption sendiri yang laki makan banyak dan pompuan makan sikit sebab tu dia letak kek Ikhwan yang nipis kat aku. oh tekaan dia salah sebenar2nya. haha. nanti korang tengok ek.

then pusing2 OU, singgah kat Popular jap sebab dia nak beli fail. banyak gilak fail dia ambil then aku kata better ambil 1 fail yang ada compartment banyak dalam tu so tak payah beli banyak2 fail nipis dah. so cadangan aku diterima. haha. then jalan2 lagi sebab wayang start pukul 5pm. dah penat jalan kitaorg just lepak kat luar panggung sambil usha orang yang lalu lalang dan berasa jeles kat budak2 yang tido nyenyak dalam troli budak2 tu, tah la apa nama dia aku lupa. haha. so sembang2 pasal life masing2 kat U. cehh macam dok kat U lain2 la kan. tak la maksud aku, dia citer pasal course dia yang memang susah dan tough la aku dengar dan dia berasa sungguh risau takut tak lepas 1st year ni dan selalu meminta aku doakan dia berjaya lepas 1st year ni. ye la... =.= haha

aku dah start mengantuk then Ikhwan kata, ' kalau akak tido nanti saya gelak sorang2'. haha. start je cerita tu aku ingat macam boring la kan at the beginning tapiiiiii serius best gilak. lawak gilak citer tu. bayangkan semua yang kat dalam panggung tu rasa macam tengok live pulak waktu diorg buat persembahan dance. siap tepuk2 tangan dan bersorak lagi tu dalam panggung. bukan aku sorang je yang buat macam tu tapi satu panggung ye diulangi SATU panggung. haha. tak boleh blah betoi. tapi serius best citer tu then aku rasa better lagi kot dari citer Step Up. ala korang tengok sendiri la malas nak citer aih.

dah habeh movie, pegi sembahyang asar then singgah Big Apple sebab senior bilik aku- Kak Ika pesan donut. then Ikhwan kata singgah rumah dia dulu sembahyang Maghrib kat sana. oh parents dia tak ada sebab balik Kelantan then just tinggal kakak dia ja. sampai rumah dia lebih kurang pukul 8ish, sembahyang then tengok cerita Benci Bilang Cinta. dah sampai ke laut dah citer tu. nama je adaptasi dari citer Korea tapi macam biasala Indon kalau tak buat citer meleret2 ke laut memang bukan Indon la.

khusyuk tengok sambil makan Big Apple then masuk Isyak. aku sembahyang Isyak dulu sebab planning nanti balik kolej boleh teros tido je. so kitaorg gerak dalam pukul 9ish and around 930 dah sampai kolej. oh kakak dia ikut sekali. kakak dia ramah gilak + cute je kecik molek.

tu la sehari aku habiskan masa dengan adik aku tu. haha. so kepada kawan2 aku yang tersayang- Tiqa dan Dot- jangan nak pikir out of the box ye. kahkah.



muka tengah lapar nak mampus


posing gembira sebab aku yang belanja makan. =.='

nak jadi duta kek Secret Recipe lak

hah ni duta laki kek Secret Recipe

kek yang tebal tu yang aku punya. gilak melantak kan aku? =D

chicken grilled black pepper

bersungguh gilak dia makan pastu komplen aku makan senyap lak. kita kena menghayati makanan tu tau tak. haha



Notis: duit untuk tambang taxi dah save. hehe.











aku dah jatuh weyh!!!!!


aku tak suka la tiba2 aku terjatuh tergolek2 berguling2 lak bila tengok mamat ni. aishh~~
macam mana ni? mandi tak kenyang, tido dah tak basah, makan pun tak khusyuk dah ni, tengok tulis pon dah merepek.
eh awak kenape awak cute sangat? kurang2kan la sikit cute awak tu, jadi saya tak la jadi terok macam sekarang ni tau takkkk??
Ikhwan punya pasal la ni, jadi orang tengah lak antara aku dan dia. bawa aku pegi jumpa dia semalam. memang ni la akibatnya. aku bukan boleh tengok orang macam dia ni ha.
arghhhhhhhhh!!!



tengok ni pic yang dia bagi kat aku. tak ke hensem+cute+rasa nak cair macam aiskrim je kan?



ahhhhhh!!!! body gilak mantop! howt weyh howt. kipas kiri kipas kanan, panas Laila panas! (Dot ko mesti paham ayat tu =D)





p/s: tu la Richard Winsor- hero citer Street Dance. hencem kan dia? saya nak ngorat dia so sapa2 yang berani nak ngorat dia try la lawan smackdown dengan saya.



Notis: sila belasah saya sekarang lepas baca entry di atas. =D

Saturday, July 24, 2010

Thursday, July 22, 2010

senarai kesyukuran dan mengapa semua orang wajib wujudkannya

dalam hidup kena selalu bersyukur. sebab tu tandanya kita ingat kat Pencipta kita, Allah SWT.
jadi kat bawah ni adalah senarai kesyukuran aku sepanjang aku hidup nak dekat 20 tahun ni. =)

1. Saya bersyukur saya still hidup sampai sekarang.
2. Saya bersyukur saya dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat, sempurna dan cergas.
3. Saya bersyukur saya ada 2 mata walaupun mata saya besar sebelah (oops tercakap pulak!)
4. Saya bersyukur saya ada hidung so saya boleh bernafas walaupun hidung saya agak besar (haha lantak orang nak cakap apa)
5. Saya bersyukur saya ada kening yang tebal, boleh menghalang air hujan dari kena mata saya (erk? biar la..)
6. Saya bersyukur saya ada ramai kawan dan makin bertambah seiring dengan bertambahnya hari. (sayang korang sangat2! <3)
7. Saya bersyukur saya hidup sampai hari ni.
8. Saya bersyukur saya dulu sekolah kat SMK Guar Perahu.
9. Saya bersyukur cikgu2 saya semua baik dan sporting. (like this!)
10. Saya bersyukur saya berjaya dalam pelajaran.
11. Saya bersyukur saya boleh bawa motor dan kereta. (tapi bukan untuk berlumba ya!)
12. Saya bersyukur saya seorang yang tak gemuk dan tak kurus sangat ( Ce'ah ang kurus kering tau! kata kat aku gemuk banyak2 kali jadi isi aku akan pi kat ang sikit. haha)
13. Saya bersyukur saya masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. (walaupun dapat PDT)
14. Saya bersyukur saya dapat ramai kawan yang best2 bangat dan sekepala dengan saya. (tepuk guchi2 sikit!!!)
15. Saya bersyukur saya accident tahun lepas.
16. Saya bersyukur saya ada keluarga yang lengkap walaupun kadang2 saya rasa nak lari dari rumah ja (haha, biasa lah anak muda berdarah panas)
17. Saya bersyukur saya sentiasa ingat Allah walau kat mana saya ada.
18. Saya bersyukur Allah kurniakan akal kat saya untuk berfikir
19. Saya bersyukur saya ada rumah walaupun rumah saya bukan banglo besau asalkan boleh berteduh hujan panas.
20. Saya bersyukur saya pegi ke Langkawi sorang diri masa Form 4
21. Saya bersyukur saya dapat masuk UM
22. Saya bersyukur saya dapat stay Kolej Ke8-Kinabalu ( terpaksa je tu)
23. Saya bersyukur semasa saya menaip ni kolej saya tak ada air dah 3 hari.
24. Saya bersyukur dengar kata kolej saya bakal tiada bekalan elektrik weekend ni.
25. Saya bersyukur orang yang saya suka propose saya. =)
26. Saya bersyukur saya dapat menahan telinga dan hati saya mendengar kata2 orang yang berlagak tanpa mengutuk dalam hati.
27. Saya bersyukur makcik DM masak untuk saya tiap2 hari 3 kali sehari walaupun kadang2 tak sedap. (hahahaha)
28. Saya bersyukur saya masih tak boleh nak mengempiskan pipi saya yang lemak melimpah ruah bak kata Sinchan.
29. Saya bersyukur saya masih ada hati dan perasaan bila ada orang melakukan kejahatan macam buang bayi, bunuh2, rogol.
30. Saya bersyukur saya masih single sampai sekarang.
31. Saya bersyukur saya dapat course Bsc Microbiology
32. Saya bersyukur saya minat gilak2 sama kumpulan DBSK.
33. Saya bersyukur saya telah khatam Al-Quran.
34. Saya bersyukur dengan sempurnanya tubuh badan saya, saya boleh beribadat kepada Allah SWT
35. Saya bersyukur saya telah insaf dan sedar dan rasa bersalah atas semua kesalahan yang saya dah buat.
36. Saya bersyukur saya dah jadi seorang penyabar sekarang.
37. Saya bersyukur saya mempunyai impian yang tinggi untuk berjaya.
38. Saya bersyukur saya seorang yang rendah ( so boleh buli orang yang tinggi, hehe)
39. Saya bersyukur saya boleh makan banyak2 dan semua makanan.
40. Saya bersyukur kawan2 saya suka buat saya ketawa berdekah2
41. Saya bersyukur saya ada perasaan nak beli handphone baru- LG Cookie KM555
42. Saya bersyukur saya ada handphone jenama Sony Ericsson yang dah nak lingkup walaupun baru beli tak sampai setahun.
43. Saya bersyukur tangan saya lagi panjang dari tangan kakak saya so senang dia buli saya soh ambilkan barang untuk dia. huh!
44. Saya bersyukur muka saya macam anak2 Mami Penang sikit so saya tak boleh nak menipu saya dari negeri lain. ( urghh!!! tak suka!)
45. Saya bersyukur saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang yang tak ada masalah air sangat bukan macam sekarang. haha
46. Saya bersyukur saya handal bermain bola baling di posisi defend walaupun sekarang dah agak semput.
47. Saya bersyukur saya boleh menyanyi sorang2 bila tension
48. Saya bersyukur ada orang kata "laila muka ketat', 'laila tak cun', 'laila busuk', dll. (tak pa laila sabar je, huhu)
49. Saya bersyukur saya punya tangan yang agak kuat untuk menampar, me'smackdown' orang.
50. Saya bersyukur Allah berikan kekuatan kepada saya untuk menghadapi cabaran kat dunia ni.
51. Saya bersyukur saya dilahirkan di kampung.
52. Saya bersyukur saya berada dalam keluarga yang amat mementingkan anak2 pompuannya pandai memasak, mengemas rumah, melipat baju,basuh baju, dll sedangkan anak2 laki duduk bergoyang kaki sambil menonton tv.
53. Saya bersyukur saya seorang yang agak kasar. bak kata Aiman,"hang ni nampak ja lembut tapi ganas!"
54. Saya bersyukur saya boleh hidup bahagia walaupun hidup saya tak la mewah kaya raya
55. Saya bersyukur kereta Kenari saya accident dan tak boleh digunakan lagi. T.T
56. Saya bersyukur kakak saya seorang yang tak kedekut dan selalu belikan barang2 untuk saya walaupun saya agak berkira dengan dia.( ah mengaku gak kau berkira dengan Kak Ngah ek! haha)
57. Saya bersyukur saya dapat kakak ipar yang sporting, boleh sekepala dengan saya!
58. Saya bersyukur abang saya seorang yang sangat annoying. =.=
59. Saya bersyukur adik saya sorang yang sangat ketegaq! tapi boleh diharap kalau suruh buat kerja tu pun setelah berkali2 di minta. =.='
60. Saya bersyukur mak saya seorang yang pandai memasak sehingga menyebabkan anak2 dia 'sihat2' belaka.
61. Saya bersyukur abah saya seorang yang tak lokek duit dan selalu tunaikan permintaan anak2 dia dengan bersyarat kecuali adik saya. huh!
62. Saya bersyukur saya ada anak saudara pompuan yang sangat comel, pemalu, suka arah2 orang, kuat merajuk, panas baran bila kemahuan tidak dituruti.
63. Saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, berikan kepada saya walaupun kadang2 agak susah nak terima tapi saya terima je semua dengan senyuman. =)
64. saya bersyukur saya single sekarang daripada dapat laki yang hampeh. wekk!




Notis: saya nak tag kawan2 saya iaitu Tiqa dan Dot dan Mimi terutamanya dan followers saya supaya buat benda ni. WAJIB!

Wednesday, July 21, 2010

nenek ni boleh, kenapa aku tak???



PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! kolej saya TAK ADA AIR! diulangi TAK ADA AIR ya!
jadi kalau tiba2 terbau something yang agak pelik dan misteri usah ditanya mana datangnya bau itu. ia menjadi salah satu tanda kemisterian di kalangan siswa2 UM sekalian. hakhak

saya suka tak ada air satu kolej @ satu UM. nak tau kenapa? sebab bila tak ada air, kebarangkalian saya nak mandi selama 3 kali sehari berkurangan, kebarangkalian roommate saya nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak bilik sebelah nak mandi pon berkurangan, kebarangkalian budak satu floor nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak blok lain nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian satu kolej nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak2 UM nak mandi pun berkurangan, jadi conclusionnya,sesi soal jawab seperti, ' ko ni bau busuk la!', ' eh ko pon busuk gak kata kat aku lak!', 'owh kiranya kita sama2 busuk la ni??', ' ye laa!!!!', dah semestinya tak akan berlaku. ok sudah aku dah merepek sebab menahan sabar di atas tindakan UM yang menyebabkan ketiadaan air tanpa peringatan awal terlebih dahulu. kalau tak aku boleh berendam siap2 20 jam dalam bath tub so for the next few days dah tak payah mandi. hahaha


semalam aku pergi kelas aku tak mandi. titik. aku mandi menggunakan air sembahyang ja. lebih afdhal aku rasa. tak membazirkan? tapi tu la masalahnya, aku ni dah la tak berapa sihat sangat, badan macam panas2 ja, then air pulak tak ada so macam mana aku nak bagi panas dalam badan aku ni hilang? sapa ada penyelesaiannya sila kemukakan dekat FB saya ya. hikhik.


tadi dalam waktu Zohor dah ada air, jadi aku menunaikan kewajipan aku sebagai muslimah sejati dengan bersembahyang dahulu. tak pa lepas tido barang sejam dua tiga empat lima baru aku mandi. ya itu adalah perancangan masa depan aku yang begitu terbaik sekali. yeah!

aku bangun untuk bersembahyang Asar, masih ada harapan untuk meneruskan perancangan. oh aku tambah lagi satu perancangan aku,ingin membasuh baju yang berada di bawah katil sebab baldi telah digunakan untuk mengisi air. lepas sembahyang, oh ku sangka panas hingga ke malam, rupanya hujan selepas Asar. air dah tak ada. ok baik! saya paham...

air yang mengalir bak kata mak aku macam air kencing je amat menyesakkan hati ku. oh aku berpuasa hari ni so kena tahan sabar ye. saya tahu kamu boleh Laila! ya! tak apa. dugaan je tuh. Allah amat sayangkan hamba2Nya. ya tak salah lagi.

haruslah kali ini aku kena mengangkut air sekali lagi. aiyark! jadi masculine girl la aku lepas ni. haha~

nenek ni umur 83 tahun boleh angkut air. aku??? tak ada hal punya laaaaa!



Notis: dugaan, dugaan....... =)


Monday, July 19, 2010

hari ni hari Isnin~


second week start study kat UM ni macam ok2 la. tapi mood nak study tak mari lagi meyh. macam mana tu? nak salahkan sapa? haruskah aku salahkan makcik DM yang selalu sediakan makanan yang sedap2 sampai aku selalu mengantuk dan akhirnya aku tido je bila balik bilik, atau nak salahkan kolej yang bapak jauh gilak dari fakulti walaupun pegi kelas naik bas atau nak salahkan laptop aku yang automatik connect to wifi kolej dan aku terjebak dalam kancah FB?? yang mana satu....??? Lu Pikir la Sendiri Beb!!!! hahaa..

hari ini aku posa ganti + posa sunat. pagi tadi haruslah makan sahur dulu atau orang Penang panggil makan Soq. dulu masa aku pegi rumah ChuYah aku kat Langkawi masa Form 4, dia ada bagi souvenir, that is mug kat aku. comey tangat2. mug Dolphin. hehe. adik aku dapat mug Seahorse. pastu kat mug tu ada tulis something. tacing lak rasa. then masa nak basuh mug tu tiba2 aku baru perasan kat bawah mug tu pun ada tulis something gak. nak tau apa something tu? meyh tgk sini meyh..


aku lupa tau ChuYah aku penah bagi mug kat aku. so bila aku belek2 almari dapur aku ( yela cuti 3bulan dok rumah ja tak ada benda nak buat,almari pon boleh dibeleknya), tiba2 terjumpa so aku bertekad aku nak bawa mug ni bila sambung U nanti. yeah! I did it!!!! haha. semangat!!!!


oh hari ni baru dapat kad matrik. agak huduh gak la kad matrik tu. design dia tak sistematik langsung. warna dia biru, so boleh dimaafkan la sebab warna fav aku. hehe. aku lagi suka design kad matrik masa kat matrik dulu. smart beb. korang nak tengok tak betapa tak smart dan tak bestnya kad matrik aku?? nak ke? bayar r.. hahahaha.


abaikan size muka aku



ok aku nak buat poll sekarang. sapa kata kad matrik KMPP laaaaaagi cantik dari kad matrik UM???? kalau sapa setuju angkat lutut sekarang. haha. aku syorkan UM buat kad vertical la. bila pakai cantik doe. bukan horizontal macam tu. nak pakai pon pelik. tak penah dibuat masyarakat buat macam tu. macam mana aku nak menunjuk kat kawan2 aku yang lain? adakah mereka akan ketawa sama aku? adakah mereka akan mengutuk aku?? adakah mereka akan menghina UM kerana menghasilkan kad matrik yang sebegitu buruk rupa?? arghh!!!! aku dilemaaaaaa! maafkan saya kerana terlalu beremosi. hehe.


oh esok kelas aku habis pukul 7. yeah! straight dari pukul 3 sampai 7. syabas UM syabas! saya sangat berbangga dengan anda kerana membuat jadual waktu sebegitu teruk rupa. sampai saya berpikir mahu sembahyang Asar di dalam DK sahaja. aishh... nasib baik sehari je. oh! oh! esok boleh jumpa mamat Iran- Muhamad- yang Ieka suka tengok. woo!! dia tegur kitaorang dalam bas hari tuh. ok. kitaorang tegur dia dulu. hekhek. ala yang mana2 pun sama je. so aku dha kenal 2 orang mamat Iran. yang lagi sorang sama kelas GTEE dengan aku. nama dia Ali. classic kan? hehe.. yang paling tak tahan, Ali tu tegur aku masa aku tengah tunggu bas. memang tak tahan kan? hehe. tau tak pa. dah la malas nak tulis panjang2 sebab nak kena pegi Minggu Mesra Kinabalu lak ni. ok tatata..


Notis: menci tol la ada sukaneka ni. aishh~~


Friday, July 16, 2010

sometimes, you just can't tell anybody how you really feel... not because u don't know why, not because u don't know ur purpose, not because u don't trust them... but because... you can never really find the right words to make them understand(used 169 times)Glady Shiela Pascual

Thursday, July 15, 2010

outing kali pertama di UM~~



baru seminggu aku dok kat UM ni, aku dah pegi outing. hehe
sebenarnya aku tak nak pun pegi masa roomate aku ajak. tapi tiba2 pagi Ahad tu, rummate aku- Aishah gerak aku bangun tido dalam kul 9 then cakap, 'eh nak keluar tak? senior dah penuh kat DM'. ok aku dengan baru bangun tido terus capai tuala dan mandi. tak tahu la apa motifnya kan. semalam kata tak nak keluar. haha.
mesti korang ingat aku takut dengan senior kan? haha bukan la. aku just malas nak berjumpa dengan senior aku dulu without my rummate. hehe. alasan je tu. ehh betol la.
then bersiap2 semua teros keluar. sebenarnya planning nakkeluar untuk bebudak floor aku je, tapi tiba2 ada 3orang budak laki. arghh! hentam je la, boleh jadik bodyguard. hehe
bas tak ada kat situ sebab waktu kuliah tak start lagi then kena jalan kaki doe! jauh gilak kot. dah la aku punya kolej jauh terdampar ke belakang. memang la kan. aku dan lagi 3 orang kawan aku jalan sampai gate depan, yang lain2 dah surrender awal2 lagi. haha.
then ambik teksi je sebab kesian kat Chinese girls 2 orang tu, asyik tanya jauh lagi ke? jauh lagi ke? so terpaksa la kan.
kitaorang pegi tempat yang paling dekat dulu - Mid Valley- bak kata Afiq, tak best pun pegi Mid tapi suka hati aku la nak pegi mana pun kan? haha. tak da la pegi yang dekat2 dulu. masa masih panjang meyh.
so planning nak tengok wayang, ramai nak mampus orang kat Mid. owh hari Ahad kan. hari untuk rehat2, gedik2 semua. huhu. so budak2 yang dah sampai awal pegi beratur beli tiket. so kitaorg nak tengok cerita Twilight-Eclipse. hehe. excited gilak aku lama tak tengok wayang kan.
then pas makan kat McD, pusing2 Mid sampai la masa nak tengok wayang, oh wayang start kul 4.15pm. then dah masuk dalam panggung, excited gilak ni kitaorg semua nak tengok Eclipse, tapiiii sekali keluar Production Company Siam punya. Nadia kat sebelah dah macam, WT...??? ye la dia yang paling excited nak tengok Eclipse siap marah2 kat Wan lagi kalau dia terlepas even satu part iklan pun. haha. then Wan check balik tiket, then hahahaha.. itu adalah cerita Siam-9 Temples:Death. kahkah. muka Nadia terus down gilak, monyok je dia. sabar je Beb.
so dah beli tiket dan dah masuk pun so sabar je la. rm12 tuh, kena r tengok gak bukan boleh refund pon. tapi memang la, cerita tu satu jadah apa pon aku tak paham tau. bukan aku la, semua orang tak paham. apakah??? aishh~~ ingat seram nak mampus, Wan yang dok sebelah aku siap dok sergah2 aku lagi. kureng tol. Bambang lagi sempoi, tido terus.
malas la nak cerita pasal movie tu lagi. benci I. haha.
masa temankan budak2 laki tu makan kat foodcourt The Garden, Nadia volunteer lak nak makeup kan aku. hehe. bukan selalu meyh tambah2 aku tengah bendera Jepun so tak dak halangan la kan. aku pun tadah je muka aku kat Nadia tu hah. hehe. hasilnya........



muka natural suci bersih polos je

sedang di makeoverkan. muka pasrah gilak apa la nak jadi dengan muka aku ni. kehkeh



selepas di makeover. tak nampak sangat kan? muka aku memang susah nak dimakeupkan sbb eyeshadow sumer xnak lekat. ye la =.= muka aku better natural. kehkeh


agak2 ley jadi duta McD tak? kehkeh


foodcourt The Garden. Wan stop buat muka The Rock boleh tak???


baru sampai kolej. tengah tunggu budak2 lain. kaki aku melecet doe! takit tangat!! huhu. oh tu Nadziha ye..



Notis: penat but fun!!!!

Tuesday, July 13, 2010

oh plezz!!



block your heart Laila!
BLOCK YOUR HEART!!!!
dont make it melt........!!




part 2~


aku sebenarnya plan nak post entry pasal life aku kat UM masa orientasi mengikut hari tapi disebabkan aku malas nak menaip. so aku pendekkan dan aku letak pic je la. haha.
nampak sangat pemalas anak Pak Latif ni. huhu
Minggu Haluansiswa yang hectic sebab jadual ketat gilak, PM (Pembantu Mahasiswa) bagi masa untuk makan, sembahyang, bersiap hanya 30 minit! 30 MINIT ye! aishh~ nak mem'buang' pun tak sempat tau sampai ada orang sakit2 menahan buang air besau. ala senang kata sembelit la then baru la diaorg kesian sikit. haha.
mula2 kan memang aku tak la suka sangat sebab sikit2 kena buat cheers, then nyanyi lagu sambil buat2 gaya. memang nyampah sikit. tapi dah lama2 buat rasa best lak. dan sekarang ni even dah habeh orientasi aku still rindu nak buat cheers. malam penutup tu kan aku rasa sedih dan sebak je sebab after that dah tak boleh buat cheers + nyanyi lagu. haha. lame gilak! argh! biarkan.
then aku ingatkan PM kolej aku ja yang garang2 sebab bila berkumpul kat DTC aku tengok PM2 kolej lain macam happening ja. tapiiiiiii rupa2nya PM kitaorg la yg paling sporting. haha.
so kalau kita ingat kita ja yang alami kesusahan sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. haha. bermadah2 lak kau Laila!
oh oh oh! lagi satu, sepanjang Minggu Haluansiswa, aku paling tak suka tengok Biro Disiplin. haha.
sebab 1st diorg memang garang la kan dan tak SENYUM langsung. ok la yang lg 3 orang tu ada gak la aku nampak diorg senyum but Ketua Biro Disiplin (Chinese Guy) TAK senyum langsung! masam je muka. then malam last orientasi, then tiba2 dia cakap, ' kamu tau tak saya kena tahan senyum satu minggu ni?, susah tau tak' so kitaorg pun dah sorak2 then suruh dia senyum. haha.
best2. then PM2 under Biro Disiplin pun gave a talk about why they became so masam kan. haha. semuanya lakonan semata2.
after that PM2 semua buat cheers thank you untuk kitaorg sebab diorg cakap kitaorg saaaaaaaaangat best! saaaaaaya suka! (bak kata PM Lily).termasuk la Ketua Biro Disiplin- PM Ng pon buat cheers joget2 gak.
oh! kitaorg punya cheers banyak gilak + best2. so bila kat dalam DTC, setiap kolej akan presents cheers utk kolej masing2. then kitaorg sap2 la kan. ala lawan2 cheers. memang best la. haha.
sampai tak ada suara la sakit2 tekak semua menjerit2 buat cheers, CL-cheerleaders pon dah hilang suara. haha.
ok kat bawah ni aku nak letak pic la kan. hehe.. tengok je la malas dah nak menulis.







malam last. PM2 semua tengah nyanyi2.

budak2 laki sel aku, yang depan sekali,ala yg depan budak pakai spek tu ketua sel aku + CL.
nama dia Afiq-mix cina, nama bapa kitaorg sama. saja ja aku nk ckp. huhu

kiri- Kyu, kanan- Arman. dua2 org masuk air.

aku nak candid pic dia, dia pon kalut nak candid aku. aishh~

telur yang tak berjaya dipecahkan. haha.


masa UM cares

taklimat dengan PALAPES,SUKSIS, kitaorg kena dok atas

budak2 kolej aku kat dalam DTC

yang ni Kyu punya. saja ja aku curik sebab nametag tu Korean name- Kim Hyun Joong- ahli SS501





Notis: saaaaaaaya sukaaaa!!!!

Saturday, July 10, 2010

habeh sudayyy~~

aku pernah cakap kan aku daftar UM 4hb Julai 2010 kan? so now im officially become siswa UM!!! yay! big applause for me~~~ haha
so seminggu aku tak update blog aku nie. sebab bz gilak last week sebab ada orientasi atau kitaorg panggil Minggu Haluansiswa.
aku rasa aku kena buat part la untuk cerita apa yang jadi sepanjang minggu ni. haha. satu entry ja tak cukup.
aku cerita masa mula2 k. aku daftar hari Ahad, pagi2 buta aku dah gerak pegi KL dalam kul 5.20 am. memang ngantuk gilak la kan. nasib baik bukan aku yang drive so aku tido ja kat belakang tanpa memikirkan apa2. haha
dalam pukul 9 macam tu aku dah sampai sana tapi disebabkan Kak Ngah nak ikut so kena la ambik dia dulu kat Shah Alam. dah tu nak cari UM lak punya la round2 jalan kat situ dah nak sampai sejam baru la jumpa UM. baguskan UM ni, diorg tak letak langsung signboard kat jalan2 utama. bajet semua orang tau la!!! aishh.. sabar ja tau tak.
then cari kolej aku lak. ok aku dapat Kolej Kediaman Ke 8, belakang sekali. jauh gilak. masa nak pegi kolej tu memang kitaorg guna jalan lagi satu yang tak busy memang nampak jauh la kan. Abah kata jauh gila jenuh jalan kaki la hang. kemudian kata2 itu dipersetujui oleh semua orang dalam kereta kecuali aku. haha. bas ada meyh. so cool ja
masa aku dah sampai memang gelap gilak tanda2 hujan nak turun. adakah hujan ni bermakna kedatangan aku ke UM ni direstui??? Ya Allah.. haha. so masa nak turun daftar dah start hujan. then memang hujan lebat la kan. aku pegi daftar sorang2, settle everything then dah boleh masuk bilik.
so Kak Ngah di paksa untuk teman aku pegi tengok bilik sebab dia yang gedik2 nak ikut so haruslah aku gedik2 gak paksa di ikut aku. apa guna dia ada kalau tak boleh menolong. wahh! ayat baik punya!
bilik aku hujuuuuuung sekali tapi nasib bek bilik air tengah2 buttttttt bilik air dia, bilik mandi ada 4, tandas pun ada 4 so questionnya, adakan akan membawa kesesakan bila tiba peak hours??? haruslah sesak kan.
so adik, aku dan Kak Ngah dah angkat2 barang semua bawak masuk bilik then tengok bilik dah ada sorang masuk,. kat dalam 1 bilik ada 1 katil double decker dan single bed. almari ada dua kat tengah2, so single bed tu telah dimaklumkan hanya untuk senior sahaja. SENIOR sahaja. besar gilak darjat senior kan. dah la ruang besar. space untuk kami kecik je. memang unfair la kan. tapi nak buat macam mana. tima semua.
ni tempat utk senior. luas kan?

ni tmpt freshies. aku katil tgkt atas.

ni bukti betapa sempitnya space kitaorg.

so masa masuk bilik tu aku tak tau single bed untuk senior so aku letak la barang 2 kat situ, then bila aku dah tau aku malas gilak nak angkat barang so aku biar ja sebab senior masuk Ahad after orientation so biar la. lagi pun tak da masa nak kemas2 sebab pukul 2 dah start orientation. see??? UKM pukul 5 baru start tapi kitaorang start awal gilak.
tak pa2. tima semua. macam biasa la masa daftar tu kitaorg dah dapat name tag siap dengan kumpulan memang diorg dah decide. so aku kena Sel 5 sekali dengan roomate aku. kumpulan2 dipanggil sel ok. macam dalam penjara lak kan. apa2 ja la. haha.
so macam biasa dok dalam sel masing2, harus la ada ice breaking kan. nak pecahkan ais then bagi cair pastu boleh jadi air sejuk.
bdk laki sel aku ada 8 orang, pompuan ada 14 orang. so selain dari roomate aku, aku dah dapat kawan baru!! nama dia NOORSYAFIEKA BT MOHD BERA. sama umur dengan aku, budak PDT KMM. dia ni memang gilak2. nampak ja muka tu ayu nak mapus tapi perangai..... MasyaAllah. haha. sampai sekali dengan aku terjangkit gak. apa cerita. tapi aku rasa orientation kali ni memang aku cool gilak, selamba, maybe sebab aku ada geng yang boleh buat macam tu. ceeeeee macam tingkatkan self confident la kan. ye la weyh dulu aku mana boleh nyanyi2 di depan awam especially budak laki, depan kawan2 aku pun hanya selected person je boleh dengar suara aku. tapi kali ni selamba badak ja aku nyanyi2, melawak2, kacau2 orang di depan budak laki. hohoho.
maybe aku sedar aku dah tua dan tak payah malu2 pon. hehe. mampus membe2 aku gelak bila diorg tau aku kata aku ni pemalu. haha. biarkannnnnn...

ni Noorsyafieka anak Pak Bera

ieka + aishah (roomate aku)

kitaorg belajar buat cheers, belajar nyanyi lagu UM, lagu tema Minggu Haluansiswa, dan macam2 lagu yang memang menaikkan semangat aku la. paling best kitaorg nyanyi lagu Faizal Tahir-Gemuruh. semangat gilak weyh!!! semua lagu tu kitaorg buat sekali dengan gaya tau..


bersambung....

Thursday, July 1, 2010

gatal tangan kanan~~

orang kata kalau gatal tangan kanan nak dapat duit kan?
haha. aku few days later asyik gatal tangan kanan ja. rupa2nya nak dapat duit.
bukan sikit banyak ooo.. lagi banyak dari duit elaun kat matrik dulu. ngehngeh~
Alhamdulillah aku dapat duit WPP ( wang pendahuluan ptptn). so dapat la ringankan sikit beban Abah aku kan.
nama ja wang pemdahuluan tapi kena bayar balik. tak per laaaaaaaaaa. for my study's sake, aku relakan saja. cewaaahh!!
petang tadi pegi cashkan check kat CIMB bank dengan Abah. actually aku nak pegi sendiri, biasalah aku kan independent woman, eh2 tak2, independent girl. muda lagi beb tak masuk lagi 20 ye.
tapi nak buat macam mana, disebabkan duit yang dapat tu bukan seringgit dua tapi RM1500.
ok jatuh rahang anda sekarang! ni menandakan aku menjadi orang kaya baru aka OKB hanya untuk beberapa minit kerana selepas itu saya telah mengurangkan duit itu dengan berbelanja.
ok dah! SHUT UP!
then nak bank in kan duit tu dalam akaun Bank Islam sebab aku tak ada akaun CIMB bank, jadi haruslah pegi ke Bank Islam. malangnya terlalu ramai orang kat CDM tu so terpaksa batalkan niat nak bank in kat Bank Islam dan terus menuju ke BSN kesayanganku.
kenapa kesayangan??? sebab ni 1st bank aku. memang aku selalu dok masuk la bank ni, kira dah cekap la kat mana nak ambil nombor,kerusi dia kat mana,mesin ATM dia kat mana, pegawai dia muka macam mana,,,,,,, eh dah la!
lepas tu pegi Penanti beli barang sikit kat Jimat Minimarks. ok nama ja minimarket tu Jimat tapi mostly barang dia mahaaaaaaaaaaaal gilak! lebih baik pegi Econsave lagi jimat. tapi nak buat macam mana sebab aku bukan drivernya, jadi ikutkan saja. see? tak perasan ka aku ni sebenarnya anak yang baik? semua ikuuuuuuuuuuut je. huahuahua. ok aku dah nyampah dengan statement aku tadi. haha. cut it out! cut it out!
then pegi Maybank sebab nak bank in kan duit. aku beli satu jenama syampu ni- Aqura Syampu Tudung- aku tengok syampu ni kat dalam majalah Mingguan Wanita Kak Ngah beli. tiba2 aku nak try sebab aku mengalami rambut gugur yang teruk! sampai hari2 aku kata kat mak aku, ' rambut Kak Lang dah nipis...' sambil buat muka sedih2. huhu.
syampu ni khas untuk wanita @ perempuan @ gadis yang bertudung untuk mengekalkan kecantikan rambut anda even bertudung.
ye la, kan kita pakai tudung sepanjang hari, dengan cuaca panas sekarang, so kulit kepala akan mula berpeluh dan akan menyebabkan kegatalan kulit kepala. so syampu Aqura la penyelesaiannya!
ok kenapa tiba2 aku cerita pasal syampu Aqura ni? aishh.. ok before aku cuba syampu ni, i wont say anything, kalau betul2 berkesan, akan aku bising2 dan hingaq2 dan kecoh2 kat sini. siap buat special entry lagi ok.
haha. tunggu ja.
oh oh oh! tiba2 lapar pulak sebab tak makan tengah hari tadi sebab tension perut sakit sebab makan itik masak merah yang aku masak sebab aku gatal nak makan dah tau diri tu tak boleh makan itik tapi gatal jugak nak makan... fuhh! panjang gilak ayat aku.
jadi singgah pasar wanita jap kat Pokok Sena, beli bihun sup yummy2 , tepung talam dan cucur udang campur. marvellous!
oh hari ni hujan sepanjang hari bersama angin yang meniup kencang membuatkan aku terpaksa memakai baju fasilitator KMPP yang aku dapat yang berwarna merah yang besar gedabak yang boleh pakai baju ja tanpa seluar sebab labuh sangat2 kerana ingin memanaskan badan aku.




Notis: nak tengok Gihun oppa! nak tengok Gihun oppa! luv Cinderella's Stepsister~~