Saturday, March 24, 2012

Negara K - University of Seoul (UOS)

entry kali ni aku nak tunjuk serba sedikit persekitaran aku sekarang.
perghhh! ayat BM aku makin mantap sekarang.hakhak
nak tunjuk sikit University of Seoul.
jom tengok!

gigih beli pujuk Fara soh beli jugak semata-mata gambar kesayangan kat tin tu. ye la buy 1 free 1 kan.harus simpan bawak balik Msia. kenangan tu! hakhak

Roti potong Korea. tak ada Gardenia , High 5 kat sini. =(

buku teks aku kat sini. alololo comel nya sebut buku teks. yang kecik tu buku nota. kiut khennnn.

aku sewa hp kat sini.memang ada disediakan untuk exchange student. sewa akan ditolak melalui kredit. nak call Msia kena ada International Calling Card.baru la murah sikit. orang2 kat korea ni tak main la hp cikai. hp yang aku guna tu tahap paling low la. orang kat sini guna smartphone je. =.='

air coffe milk dari vending machine. harga 150 won ja. bersamaan 40sen kot duit Msia. murah lagi dari air vending machine kat library UM. zzzzzz..

buah strawberry pun murah ja. ni yang Erica bagi kat aku. ye la buah strawberry yang Fara beli dia tak sempat makan puas-puas sebab kitaorang perabih. hahaha. terus dia beli. buah epal tu sebijik 990 won bersamaan RM2.60 kot. lebih kurang la. mahal kan? tau tak pa.

fast food company kat dalam UOS ni. W.E.B. yang boleh dimakan shrimp burger je la. yang lain semua ayam dan daging. nasib baik ada gak yang boleh dimakan. kalau tak makin sadis aku dok sini. tskkk!

antara minuman2 yang dijual kat mart dalam dormitory. semua brand yang tak pernah tengok kat Msia. 100plus pun tak ada. tadi aku belek-belek baru perasan ada pepsi dan coca cola. =.='

Starbuck pun ada air dalam tin ok. kat Msia tak dapat nya nak jumpa benda tu.

ni minuman dalam kotak. semua jenis susu pelbagai perasa. perghh!

aku datang sini baru aku tau Hershey's ada air kotak jugak. aku ingatkan coklat je. haha

cold coffee jenama Barista. first time dengar. tapi aku tak pernah try. tunggu berado dulu la. kehkeh
ni Humanities Building. aku punya kelas semua kat bangunan ni. bilik yang sama pulak tu. memang tak berkembang mata la.
ni kat dalam mart. tengok la banyak tak banyak brand ramen kat sini. aku rasa ramen ada makanan ruji kedua kat Korea ni. sumpah banyak dan besar dan murah. tak macam megi kat Msia. megi cup dia kecik ja. tak kenyang perut. tapi yang tu semua tak boleh la aku makan. tak halal. =(
ni dari luar dorm. tingkap bulat2 tu adalah dorm pompuan. yang laki hujung sana, tingkap petak. tak ada nya banyak2 blok macam hostel kat Msia. dia sambung direct ja 1 blok.
ni bahagian bawah dorm. disebabkan still sejuk terketar, memang tak ada la orang nak melepak kat situ. tak tahan sejuk. brrrrr!

orang yang tengok semua jeles aku dapat datang sini.
tapi korang tak tau apa cabaran yang aku dan kawan-kawan aku dah lalui.
ya still negara sendiri paling terbaik. no doubt.
but still dok negara orang buat kita berpikir dengan matang.

Friday, March 23, 2012

Negara K - Pa Jeon

weekend hari ni. Ahad kalau tak silap aku.
buddy aku - Sohyun ajak dinner sekali. so on ja la.
aku ajak Fara,Wawa dan Erica.
lepas Maghrib terus gerak, Sohyun dan Hyun Young dah tunggu kat depan dorm.
berjalan kaki pergi makan Korean Pancake atau Pa Jeon.

 
sementara tunggu Pa Jeon sampai, tangkap gambar dulu. side dishes dia adalah  sup kepah kot aku rasa la. dah la free, siap boleh refill lagi. hehehe. pastu ada kimchi than soy sauce.
Hyun Young dan Sohyun
aku dan Sohyun. memang style Sohyun ni tangkap gambar tutup mata. sabar ja la. hahaha
ni la rupa Pa Jeon tu. rasa macam cucur udang. ni kami order seafood Pa Jeon. makan panas2 memang masyyukk! malam tu 3 Pa Jeon kami makan. ambik! hahaha. kenyang macam Ju On dah.
tu bukan makan ala2 ayu tutup mulut. tak ada maknanya aku nak malu2 bila jumpa makanan. tu tengah cover mulut sebba panas makan Pa Jeon. hahaha. gila lahap. buruk lantak. anak sapa la ni.

lepas makan jalan balik dorm. dah la sejuk. brrrrrrr! nasib baik sedap Pa Jeon tu. kalau tak memang tak berbaloi aku jalan kaki sejuk-sejuk nak pegi makan tu.
banyak songeh pulak hang ni Laila, dah orang nak bawak makan kira baik dah tu. aisshhh.

Negara K - Dongdaemun dan Kebab Istanbul

 

sebagai pembuka entry, layan kan je gambar awek kat atas tu ya. hahaha
aku tak ingat ni hari ke berapa. tapi weekend la.
 Wawa dan Fara ajak aku dan Erica pergi Dongdaemun.
shopping la apa lagi kan plus dorang nak jumpa kawan dorang yang exchange ke Inha University kan.
so ke Dongdaaemun la kita. 
kat sini tetiba jumpa kedai kebab Istanbul. yang penting halal la kan. perghhh! gila nak menangis makan. sedap!
nah layan gambar kebab ayam ni. gugugugu. sedap!      


then jalan2 kat situ. terjumpa la sungai ni. sungai yang famous kat Korea sebab terletak kat tengah2 bandar Seoul. kalau tak silap aku, sungai ni dulu di kambus guna tanah.then disebabkan suhu kat bandar terlalu tinggi, panas la.then dorang korek balik nak turunkan suhu. sangat jernih airnya. tapi buddy aku cakap sungai ni fake sebenarnya. dan ada dia punya power generator ke apa tah kat Seoul Forest.


pusing2 sikit kat Dongdaemun, pastu dorang ajak ke Myeongdong pulak. situ pun tempat shopping gak uh. tapi macam mahal sikit kot barang nya. 
 so disebabkan aku nak jimat, biasa lah tak berado orangnya, so aku dan Erica decided nak stay je kat Dongdaemun ni.
Fara, Wawa, Neil dan Malin ja yang pegi sana.
aku dan Erica sambung pusing2 kat Dongdaemun. sempat la aku beli tshirt I Love Korea untuk kawan2 aku yang pesan. 
Erica yang gila shopping. hahaha.
dia shopping barang-barang mekap gila banyak! aku beli BB cream ja la. hehehe.
BB cream yang berharga 4000 won bersamaan rm12 kot. ke tambah2 sikit. murah gak la.
lepas menggila kat kedai kosmetik tu, terus naik subway balik.
sampai kat Cheongnyangni station, Erica sambung beli baju dan legging.
aku pegi beli kuih ikan ni nama apa tah. sebab bentuk dia macam ikan so aku panggil kuih ikan la kan.
inti dia kacang merah. makan panas2 sedap, tapi kau nak bagi melecur mulut ke apa makan panas2 kan.


tapi hari tu memang sejuk sebab still ada saki baki sejuk. eh ye la. winter tak habis lagi time tu memang la kan. =.='

Thursday, March 22, 2012

Negara K- part 2

Hari ketiga kat sini, aku keluar jalan-jalan sebab dorang nak beli barang.
so Erica ajak buddy dia, Su Hee untuk teman kitaorang.
ye la dah la tak tau jalan kat sini, sesat kang menangis pulak kat sini.
hari tu 1 Mac bersamaan hari merdeka kat Korea ni. kira public holiday la.
konpem2 ramai orang. 

kitaorang pegi makan dulu kat Lotte Plaza. UOS ni sama macam UM ja la.
UM dekat dengan stesen U, tengah2 bandar.
UOS pun dekat dengan Cheongnyangni station dan subway.
gambar-gambar kat bawah memang tak tersusun. seperti biasa. hahaha.


 
kat subway. tengah tunggu trasnfer subway nak pergi Anguk sebab kitaorang nak pegi Insadong. salah satu tempat famous kat Korea. tarikan pelancong.
 
hikhik. omel tak kittew? *muntah* ok baru 4 hari kat Korea dah boleh pakai Hanbok. korang hado? ni kat Insadong. macam mana boleh tetiba terpakai Hanbok? ce tengok gambar bawah.
sebab kitaorang pergi photobooth! hahaha. so kat booth ni boleh pakai Hanbok for free! tunggu lagi. haruslah laju kan. balik tu terus tukar profile pic FB letak gambar kat atas tu. nampak sangat jakun nya.
ni lunch aku hari tu.makan kat foodcourt je. Sondubu jjigae. tang gambar makanan ja terus keluar sparkle2 tu kan.haha. sedap la jugak. biasa la macam kat msia la. ada tempat yang jual yong tau foo sedap ada yang jual tak sedap. oh mai rindu yong tau foo!!!
hah ni nak habaq mai. any kedai makan kat korea, foodcourt ke apa ke memang tak dapat la korang nak order air milo ke, air i love u ke, jus oren ke apa ke. memang tak ada. orang Korea makan tak minum air. then memang tak ada nya gerai kat foodcourt ni jual air. dorang lepas makan baru minum air.hah tu la mesin air nya. kat dalam macam almari tu ada lah cawan nya. lepas minum terus letak dalam lubang tu. orang2 kat sini memang disiplin,lepas makan angkat dulang letak kat tempat yang disediakan.tak ada lah tinggal ja pinggan macam kita ni hah.sebab tu tak ada bangla indon keja kat korea ni.eh? hah lagi 1, sini punya sistem makanan ada nombor giliran.masa kita order kat kaunter depan,dorang bagi resit dan nombor giliran. so tunggu ja la nombor kita naik kat skrin then pegi ambil.senang kan? 



dengan Su Hee. masa ni dia selalu tertukar aku dan Wawa. ye la kami dua orang ja pakai tudung. tapi sekarang dah ok dah dia. syukur la. 


ni kat Cultural Complex kat Insadong. kompleks ni dibina oleh para artis. bukan artis kpop tu, tapi artis yang art punya. bentuk bangunan ni memang senget atau orang panggil mereng.
Fara dengan apa tah nama kuih tu. inti dia syrup. sedap makan panas2. apa je la makanan yang tak sedap kan bagi aku? haha. oh si Fara ni sama je perangai dengan aku.pantang dengar makanan atau nampak makanan, memang muka tak boleh nak cover dah excitednya. serius.
ni Korea Traditional Sweet. tapi tak manis belecas pun macam kat Msia punya. benda ni diperbuat dari madu diorang uli macam nak buat mee tu sampai la jadi macam very fine strands, then diorang letak la inti then pusing2 pufff! jadi la bentuk tu. ni aku dan Fara share beli yang inti kacang. sedap!

hoih! penat nak taip. sakit pinggang dah aih. tapi demi hangpa semua. akan ku gagahi. acecece.
dah la sampai sini je. aku sebenarnya dah hilang banyak gambar. sebab tu macam tak banyak je kan gambar.
bukan macam ,tapi memang tak banyak pun gambar. ni pun aku cilok dari FB.
terpaksa la demi hangpa kan. hekhek.

Negara K - part 1

benda dah nak dekat sebulan baru tergedik-gedik nak cerita.
sebab tak ada mood nak menaip panjang-panjang walaupun tak ada la busy mana pun. 
 seperti yang diketahui, oh ke korang tak tahu? eh aku ada cakap dah kan.
aduyai tu la lama tak post entry baru sampai lupa. nyanyuk!
aku datang ke Korea selama 1 semester untuk program pertukaran pelajar.
weehooooo!!!! tak sangka weyh aku dah sampai Korea. 
tetiba happy pulak Laila masa kau taip benda ni padahal punya la jiwa kacau sepanjang dok sini apa kes? 
hikhikhik. 

aku ada banyak gambar tapi aku upload sikit je. nanti kata nak menunjuk pulak kan.
tapi dah kata blog aku kan. AAK?
aku memang malas nak menaip ni, so tengok gambar je la. =))
 oh gambar pun tak tersusun. main campak ja ni. XD

ni pintu masuk ke dorm. canggih la. sebab kena scan dulu access card baru boleh masuk. pak guard pun ada tepi tu tapi tak ada la aku nak tangkap gambar kan. apa ke gila?
ni floor aku. nasib baik dapat 1st floor. tak ada la seksa sangat. eh tapi ada lif tau sebab dorm ni 7 tingkat. so dorm dia ada 1 ja memanjang ala rumah panjang. pompuan punya dorm kat tengah2, diapit kiri kanan oleh dorm lelaki. ngehngehngeh.
 hah ni bilik aku. dikongsi bersama Erica. kawan2 aku semua tau mana satu katil aku bila dorg tengok Spongebob tu. =.=' merata-rata aku bawak benda kuning tu.kesayangan tuh! cuba tengok tingkap bilik tu, comel kan? tengok owners bilik tu la. eh? sini tak ada Wifi, so nak online kena guna cable LAN. memang laju terbaik tertarik kau memang debomm la internet ni punya laju. memang kalah Malaysia tertiarap terus. dan tengok kerusi like a boss tu. nak kata apa lagi. better dari UM la ceritanya.

ni masa Welcoming Party tu. aku dengan buddy aku yang tercantik- Sohyun. Farah dengan buddy dia jugak- Hyun Young. Wawa kesorangan sebab buddy dia ada hal.
lepas habis majlis. Erica dengan Wawa dengan hadiah bertuah mereka. tak rugi bawak dorang. bertuah rupanya.haha. Wawa dapat raket badminton, Erica dapat megi 1 kotak. cukup bekalan untuk 4 bulan kat sini.
ni makanan masa parti tu. seafood banyak gila! sedap2 pulak tu.kitaorang apa lagi bedal la. bukan senang tu nak makan banyak2. ni sebahagian daripada makanan yang ada la. gambar lain mana tah cari tak jumpa.

hah ni pulak muka budak mana tah. tiba-tiba bahagia dapat makan banyak. tak paham aku.
ni masa baru sampai kat Incheon airport. suhu waktu ni -1 darjah Celcius. ini serius! nampak muka bahagia kan semua padahal letih. oh kitaorang sampai malam, dorg dari UOS pulak pick up keesokkannya pukul 2 petang, nah kau merasa tido kat airport dengan sejuk-sejuk gedi tu. padan muka aku. nasib baik airport ada wifi. at least tak ada la boring sangat kan.
naik train nak ke tempat imigresen. lagi muka bahagia.
bersama En Nas di kiri dan Bos dia di kanan. dia la penyebab aku sampai kat Korea ni. so kena buat baik-baik dengan dia. padahal......! bertekak je dengan dia. XD ni before taklimat dua hari lepas sampai Korea. 



tu baru cerita dua hari kat Korea. banyak lagi nak story. tunggu yeeeee! *ceh bajet ada orang nak tunggu hang lettew*