Sunday, April 29, 2012

Negara K - Yeouido Hangang Festival

sekarang dah masuk Spring. yay! 
bunga-bunga berguguran gitu.
mula-mula masuk spring memang sejuk gila. biasa la global warming kan.
iklim kacau bilau. grrr!

pertengahan April tiap-tiap tahun akan ada Cherry Blossom Festival.
kiranya waktu ni bunga-bunga sakura akan berkembang dengan jayanya
dan couple-couple akan pulun bergambar pegi memeriahkan suasan dan buat orang single jeles. eh?
Fara dan Wawa dah pegi hari Jumaat tu tapi bunga tak berkembang lagi katanya.
so aku dan Erica decide nak pegi Selasa depannya. nak tengok bunga berkembang-kembang

tetiba malam Jumaat tu tengok si Malin tweet SHINee nak datang festival tu hari Sabtu.
aku terus... zapppp!
SHINee weyh! Onew oppa aku weyh! rugi ouh tak pegi.
then aku terus tweet si Eida ni. dia tak balas pulak.
aku pun pulun la check kat website SHINee pukul berapa dorang pegi situ.
dorang buat show pukul 6 petang. 



dah malam! tapi angin yang sejuk. semua dah tak tahan tapi still buat cool!

lepas Subuh aku pun pikir nak pegi ke tak. Erica keluar pulak kan.
si Wawa kata pegi ja la, tapi malas pegi sorang.
Eida pulak tak balas tweet aku.
dalam pukul 1 petang aku berbalas-balas tweet dengan Eida
mula -mula dia tak pegi sebab nak test katanya
dalam dok balas-balas tweet tiba-tiba dia tweet aku kata dia pegi
hell no!!!!
terus aku chat si Fara, tanya nak teman aku ke tak.
nasib baik dia dengan Wawa nak pegi lagi sekali.
dua hari berturut-turut
4.30 petang gerak keluar. telinga aku dah bersumbat dengan MP3
laju ja aku jalan. sampai kat subway. aku sempat naik tapi Wawa dan Fara tak sempat naik.
nasib baik aku ingat macam mana nak pegi sana.
last-last sorang jugak aku pegi. memang aku alone la sampai la sana
pegi tengok konsert, sampai habis konsert baru la jumpa budak-budka Inha.
:D lepas tu terus kena bahan dnegan Fara dan Wawa.



dah nak gerak balik. tapi still ramai orang kat situ. aku tak tau la depa ni tak reti sejuk ke apa.

senja

dengan Fara

SHINee!!!!!!!

Shinhwa!
group Shinhwa ni last tau perform
mula-mula masa dorang masuk, aku tak tau group mana ni.
lepas kamera fokus kat Eric baru la aku tau. hewhew

SHINee!!! lagi!
aku ada rakam video dorang perform.
disebabkan kamera aku tak boleh nak zoom sampai ke stage
biasa la bukan kamera DSLR.
so aku punya tangan pegang kamera dan aku fokus ke arah skrin besar kat tepi
tapi mata aku tumpu kat stage ja
uihhh. nak tengok Onew live mana boleh tengok kat skrin.
dah la selama ni aku dok tengok through laptop je. sedih!
aku punya port hari tu, betul-betul tengah stage.
lepas seludup masuk,selit-selit kan. tapi kena berdiri la
even tengah stage tapi ada cameraman pulak kat tengah
ah lantak sebab aku rasa tempat aku memang strategik dah.
dah la aku berdiri row yang kedua dari depan. heaven!

kumpulan SISTAR! *aku tak minat sangat*
after concert, kitaorang picnic. even sejuk. tapi bedal je. kisah?

group photo. muka happy semua. hahaha. tersengih riang ala-ala model ubat gigi

ni K.Will kot. lagu dia sedpa jugak. nanti la cari kat Youtube.

4 Minute. Ihsan gambar dari kamera Fara.




masa Shinhwa nyanyi lagu Venus, kira last group la perform ni
terus ada bunga api.
terkejut aku!
lama pulak tu. sampai depa habis nyanyi pun ada lagi bunga api ni. cantik la tapi.

 kan aku ada cakap aku ada rakam kan video SHINee perform?
tapi semua tu dah missing. hilang
sebab aku format laptop aku
aku letak dalam disk D
selalu kan tak kan hilang kan benda tu
aku suruh kawan France aku formatkan
tengok-tengok dia tak buat partition pun kat drive disk tu
so aku gtau dia, dia bagi satu software untuk recover balik.
but still tak jumpa video-video tu. =(
tu la lain kali terus update blog. letak terus dalam ni.

salah sendiri. hukhuk
yang aku upload kat FB video yang aku dah edit.
aku cut, dan join dua lagu SHINee nyanyi. adoi!
tapi tak pa la cari kat Youtube sudah. lagi clear. hahaha.



Friday, April 20, 2012

Negara K - Namiseom


aku dok kat sini kan, semua orang dapat buddy.
team buddy tu dipanggil SeoulMate. ala-ala soulmate gitu kan.
so hari Rabu masa Malaysia cuti umum sebab pertabalan agong kan,
kat Korea pun cuti umum jugak sebab pilihanraya.
so Seoulmate team buat la trip pegi Nami Island nya hah.
ala yang famous sebab citer Winter Sonata berlakon kat situ.

so dalam pukul 10 pagi kitaorg gerak pegi Hoegi Station.
naik train sampai ke mana tah aku tak ingat then transfer pegi ke Gapyeong Station.
nak dekat 1 jam setengah la dalam train.dah la tak ada seat.merasa la hang berdiri Laila.
nasib baik ada kawan boleh sembang-sembang.
dah sampai kat Gapyeong Station,jalan kaki tu pegi Nami Island atau Namiseom bahasa Koreanya.

nak dekat sejam gak la jalan kaki pegi situ. 
bukannya tak ada bas,saja ouh depa. cisdel!

Group photo.
almost 60 exchange students pegi included buddy.

aku dah malas nak susun gambar ikut turutan.haha.
then dah sampai situ,beratur beli tiket.bagus la sebab untuk foreigner ada diskaun.
untuk orang Korea tak ada diskaun. :D
nak pegi ke Namiseom ada dua cara sebenarnya.
1) naik feri. -> 8,000 won untuk foreigner
2) guna Zip Line. ala flying fox tu.tapi gila la punya jauh kot. tapi mahal la 38,000 won.

tempat ni kan yang paling banyak datang adalah ORANG LUAR je.
maksudnya pelancong ja la yang suka pi situ.
Orang Korea tak ada la sangat.
effect Winter Sonata lettew.
nampak ramai gak orang Malaysia.
ada la kami tegur 1 group budak perempuan ni,tapi tak mesra la dorang.
kami punya la excited jumpa orang Malaysia kan. agak sedih la jugak. huhu





masa kami pegi ni baru masuk Spring.
so bunga tak sempat nak berbunga lagi kan.
ada la sikit2.
pokok pun tak ada daun hijau sangat,
so macam tak cantik sangat la bagi aku.
paling cantik waktu Winter dan Fall.
so kalau nak pi,pi antara dua musim tu ok.

tiba-tiba nampak ni.excited ouh. terus suruh Simon baca.haha. pandai oh dia baca.jangan main-main.

aku rasa bunga ni dorg baru letak.

yang ni pun sama.


ni foodcourt
kat sini banyak restoran,tapi agak mahal.
so kena sediakan duit la kan. kat foodcourt murah tapi sebab ramai sangat orang
biasa la cuti umum so dorg tak nak ambil banyak-banyak sangat order.
sebenarnya kan kami dah plan nak bawak bekal
pakat nak masak la kan. sebab kami curi-curi beli dapur elektrik
tapi last-last sekali cancel sebab takut budak-budak lain tanya
masak kat mana. macam nak kantoi ja kan.
pastu menyesal sebab tak bawak bekal. T.T




ni pamphlet Namiseom. ada banyak version. so dalamnya ada map.

ni tiket.

lunch aku. Soy Sauce Noodles. ni kat Restoran Jepun. harga 8000 won. banyak nak mampus ok. mangkuk yang besar, mee yang banyak even mahal tapi berbaloi. memang kenyang sampai ke malam. cayalah.

ada service basikal jugak. tapi kami tak sempat nak ambil sebab ramai sangat orang beratur dan mengejar masa kan. tak pe la. jalan-jalan kaki sambil tangkap gambar ja la.
kat Namiseom ni, aku jalan sama Fara dan Wawa dan Simon oppa.
haha.
tak tau la kenapa si Simon ni ikut ja kitaorang. so kitaorang ber4 la berjalan-jalan kat situ.



pakcik dan makcik tu nak pose ala-ala Choi Jiwoo dan Bae Yong Jun. sweet!

wawa dengan Cici dan Meng Ya. students dari China



ni basikal yang Kang Junsang dan nama apa tah heroin tu naik. terus gantung kat pokok kan.


korang tau kan Park Yongha tu dah mati sebab bunuh diri. so dorg letak la benda tu. Kawan baik si Jaejoong oppa Park Yongha ni sebenarnya. ok aku tau hangpa tak kisah tapi aku nak cakap jugak. XD


lagi cantik kalau musim luruh.

patung depa pun ada. perghh!





playground

nak sewa basikal kat sini.

tandas. penuh dengan nota kaki.

aku pun buat jugak. tapi ni kat snowman kecik2 yang pelakon Winter Sonata buat tu. aku tau hangpa tak ingat. lantak.

first Kiss bridge kalau tak silap nama jambatan ni.

ni la snowman yang hero heroin Winter Sonata buat tu.







masa sampai kat Namiseom ni akan nampak la dua ekor Snowman tu sambut hangpa.

masa tengah tunggu feri dengan Fara,Phillips dan Roy

ni masa kat Hoegi Station tengah tunggu train nak pegi.



dengan Jenny. student China


muka-muka orang kena jalan jauh.


nampak tak bendera Malaysia? bangga ouh!

kami naik feri ni la. baru cool!




dah nak sampai .



dengan Simon oppa.


ala-ala sweet gitu. kahkahkah.

ni muzium ceramic. ada kristal gak dalam ni.

yang petak-petak tu adalah tin yang telah dicompress


kite kiss Yong Jun oppa. hikhik.

rumah kuno

you've been caught!

ostrich ni terkeluar dari kandang dia. scary! buatnya dia kejar aku kan.naya je buat adegan lari-lari kat Namiseom tu.

ni serius muka penat,senyum tak ikhlas.
kami dok situ sampai pukul 4pm.
masa tengah tunggu orang lain, tetiba ada sorang pakcik Korea ni datang kat aku
tanya aku dari mana,masa tu aku dengan Wawa.
so aku cakap dari Malaysia. terus pakcik tu tanya nak tangkap gambar boleh?
aku pun ok ja la kan. dia bagi kamera dia kat Wawa suruh tolong tangkapkan
kemain tarik lengan aku pakcik tu tau nak cari port tangkap gambar.
memang blur habis muka aku. senyum pun terpaksa. pastu dia minta emel kan sebab nak send gambar
tapi aku tak nak letak gambar kat sini. hahaha.

lepas tu habis la kena hanjeng dengan fara dan wawa. cisdel!
ni dah kali kedua laki Korea mintak nak tangkap gambar dengan aku ok.
takut weyh! seram aku.
yang paling menakutkan masa kat Itaewon la. scary!

ok sambung balik cerita.
kami naik bas pegi ke Gapyeong station. tak mampu dah nak jalan. penat!
dalam train, nasib baik dapat seat. sempat la aku terlelap dalam tu.hahaha.
penat punya pasal. sampai kat Hoegi Station, naik teksi balik U.
malas dah nak tunggu dorg yang lain tu.
dah sampai dorm baru aku teringat aku tak bawa kunci. naisssss!
merempat kat bilik wawa dan fara sampai la Erica balik. sadis!