Tuesday, December 31, 2013

Le Microbe's Minions Night

Assalamualaikum wbt ~~
Happy New Year to everyone~! 
Tahun baru still sama since 2011 sebab time hujung tahun semua budak-budak IPTA kena struggle sebab ada exam. =.=' tak bermakna tahun baru aku sejak daripada itu. kena mengadap buku.
dengan wifi yuyem yang lembap, kalau dulu boleh gak aku tengok Gayo Daejun live streaming. sekarang tak ada makna der. lembap kemain! hmmpph!
okay sambung balik topik asal.
untuk pertama kalinya aku pegi dinner microb ni. almaklum la dulu pegi korea. mampu buat video je bagi kat dorang suruh tengok dan berasa kejelesan melampau tengok aku kat sana. lol
kali ni punya dinner, adik-adik second year yang organize. buat dekat Crystal Crown Hotel. tempat ni aku dah biasa sebab dah penat buat show gamelan kat sini. 
so lepas maghrib, tunggu Amni dan adik dia datang ambil. adik dia kena jadi driver kitaorang, hantar dan ambil. hehehe.
 susunan gambar berterabur. as usual. hehe. malas nak susun balik. tengok je la ye.

batch 2010 bersama lecturer yang hadir dan tuan punya company yang sponsor dinner malam tu. terima kasih ! hadiah yang disponsor semua gempak weyh!

 kesayangans aku yang sama-sama meniti hari-hari di UM yang indah dah mencekik darah. whahahhaa.

batch 2010 bersama Dr Khanom dan anak lelaki beliau.

dengan Prof Thong, Dr Chai dan CEO Focus Biotech Sdn Bhd.

berposing kat tangga plak. kemain Naqib posing kenyit mata. nak ngorat Juwee lettew. XD

again. Batch 2010/2014. In shaa Allah we'll be graduating on early of October! 
Button badge setiap sorang dapat. kat belakang tu ada nombor cabutan bertuah. my lucky number is 37!

untuk pertama kalinya aku sangat bertuah! menang lucky draw weyhhh! tak sia-sia aku dengaq cakap Junior aku soh amek button badge yg tu. lol.
ALhamdulillah berkat usaha dan kegigihan, dapat jugak DL! whahahhaa. ok poyo ja. tu aku tolong ambil untuk si YC ni. dia tak mai dinner aku pulak terpaksa ganti tempat dia. tetiba pulak kan YC si chinese girl pakai tudung dan baju kebaya? lol. muka kena bahagia seolah-olah aku yang dapat DL tu walaupun sebenarnyaaaaaa... hahahaha
ini epic. Miro pun sama je wakil untuk si Eu ni. muka bahagia terserlah senyum lebaq habis. whahahhaha!

Menu pada malam tu - Malay cuisine. nyumnyum! yg ni meja bufet untuk junior-junior. Senior semua dok meja VIP. wuuhuuu! 

dengan Sophea. Junior 3rd year. kitaorang sama-sama pakai baju warna merah. aku suka skirt dia! comel. dulu teringin nak ada skirt macam tu. hewhewhew


Hikmal- 3rd Year Junior. kemain feeling nyanyi lagu My Way.

dengan Wani. 3rd year junior jugak. =)






junior 1st year buat performance. koir lagu apa tah. aku dah excited makan memang tak kisah dengan orang sekeliling. whahahha

ehem.

Ziela dan Adnan. anak-anak Pak Ali yang berlainan berkolaborasi.

dengan Melissa Aida. kuruih dia la ni. setahun lebih tak makan nasi. hang mampu??? dia ratah lauk ja. ish22. kalau aku mau tinggai tulang ja weyh. sehari tak makan nasi pun dah nak jadi hulk. kan Boss kan? :P

dengan Miro my teddy bear.

they played a game.

hadiah lucky draw. punya la berat. aku dah terbayang set cawan atau set gelas cantik-cantik dah. 

the three ______ . ok isi tempat kosong. XD

King and Queen of the Night!! dua-dua adalah senior! ni nak bodek ke apa ni? kemain tau Amni, baru first time pegi dinner terus dapat title QUeen! wuuhuuuu! sayang tak ada crown je. tak sia-sia abah dia sponsor  baju. hewhewhew.

Dr Khanom dan Ziela berduet nyanyi lagu Zaiton Sameon. kahkahkahk



kopi Davidoff kauuuu! sekali dgn set cawan. T.T sedap ou kopi ni. bagi kat My Boss sikit, kemain tak tido malam dia minum. haaa nak berjaga sangat kannnn?? :P tiap-tiap pagi breakfast dengan dorang, mesti bawak kopi ni. hahaha.

aku malas nak letak banyak-banyak gambar. yang ni je mampu den letak. luls
so untuk pengakhiran tahun 2013, aku up kan entry ni.
sakit-sakit bahu dah aku dok menaip ni o. padahal sikit je pun. nampak takkkkk permainan diaaaa?
umur 23 lagi weyh, dah macam orang tua pulak sakit-sakit bahu bagai, tak masuk umur 24 lagi esok ni. XD

ok sampai disini saja. chow. :D

Friday, December 20, 2013

Muslimah itu.

"Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.”

■■■■■♤♤♤■■■■■■■

Dan, akulah salah seorang daripada Muslimah itu..


c&p : https://www.facebook.com/TheGeometryLovers

Sunday, December 15, 2013

tak sampai setahun

Assalamualaikum~~
mai dah mood nak menaip sebab asyik dok buat progress report aka mini thesis aku tu kan. lama tak menaip panjang-panjang, rasa awkward pulak jari. lewls. padahal tiap-tiap hari dok online. whahahaha.

okay straight to the point, apa yang tak sampai setahun tuuuuuuuu???
bertunang tak sampai setahun, tup tup dah kahwin. hehehehe
nasib baik kenduri dia time aku mid sem break. Alhamdulillah boleh pi. kalau tak boleh tu dia lancarkan perang dingin kat aku sebab tak pi kenduri dia kahwin. walaupun dia tak bagi kah kahwin wangi dia kan. :P

dia akad nikah 1hb November 2013, kenduri nya keesokkan hari 2hb November 2013. 
birthday dia la tu 1hb November tu. tu yang ambil tarikh tu. 
aku kahwin nanti nak buat time birthday aku la. baru senang nak ingat. kehkehkeh. 
dan seperti biasa, pada hari kenduri, kami akan sentiasa mendapat panggilan kasih sayang dari Kak Long aka Siti Nur Huda sorang ni. hahahhaa.
maunya dia tak call. janji pukul berapa, kami sampai pukul berapa. tu la Huda sapa soh pi awai sangat. pastu dah kena dok sorang-sorang, kalut dok call marah awat kami mai lambat. whahahaha.
aku ni tumpang orang ja. so aku ikut la driver mai amek pukul berapa. :D
anddd lama gak la lepak kat kenduri. biasa la kenduri kawan-kawan kena lepak lama-lama sikit sebab nak jumpa kawan-kawan lain jugak kan. dah la lama tak jumpa. tambah-tambah aku ni dok kat perantauan kan memang ketinggalan la pasal update kawan-kawan aku ni. wuwuwuuwwu.

then last minute, depa ni nak pi Kamdar pulak dah. nak pi beli kain nak buat halfmoon shawl. kemain mak-mak budak ni tau. dah tak boleh panggil budak-budak dah sebab ada yang dah ada anak. :P
so ikut ja la. aku survey kain sikit yang elok nak buat baju.
lepas tu semua pakat nak pi rojak tonggek kat Bagan. last-last sekali cancel sebab panas gila time tu pastu kesian kat anak Min yang kecik lagi tu kan. so decide pi kat RnR Bagan je la. lepak-lepak tepi pantai.

time ni dah redup! ke sebab depa guna Camera 360 tah ni. 

sanggup depa ni menghadap matahari semata-mata tak mau bagi muka gelap dalam gambaq. =.='
syukur Alhamdulillah kawan-kawan semua dah kerja, yang baru keja pakat belanja sotong kangkung, rojak la bagai. I feel blessed!!! hehehehehe.aku sorang ja kot dok belajaq lagi,pastu dok buat ayat sedih, "aku kan belajaq lagi, mana nak ada duit sangat." whahaha. tahun depan aku dah keja, depa dah plan nak pow aku pulak. T.T

ni time kenduri. lepas pengantin dah makan beradap, kami pun dok la beradap kat situ. buat macam tak ada orang kat depan dengan dok bertangkap gambaq la bagai. tak malu betoi anak-anak dara  dan bini orang ni. :D meja semua bagi orang lain pulak duduk kan. kalau ikutkan kami ni memang nak dok ja sampai petang. buat tak tau ja kan orang pegang pinggan cari meja. ishhh2 teruk betoi. :D

gambar dengan pengantin! pengantin pakai serba kuning dan Ada pakai heels. sebab tu dia nampak tinggi. hmmpph!

ni time akad nikah. aku tak pi sebab penat naik bas. bus-lag uolls. kemain. ahahahhaa.

ni resepsi belah laki. dia pakai baju ala-ala Arab. cantik gila!!

ni close up pic. Ada ni dah la mata besaq, hidung mancung. dah macam minah Arab la pakai camni. aku ni mata besaq, hidung pun besaq, tak ada maknanya macam minah Arab. sadis aku nak cakap aku macam apa. wuwu. hyepppp! tapi aku still bersyukur Alhamdulilla dengan apa yang aku ada ye. :')
close up pic time kenduri belah perempuan.

then depa plan nak keluar tengok wayang ramai time Maal Hijrah, hari selasa.
kesian kat Huda dan Min sebab tak dapat pi. whahaha
sebab depa ada komitmen ye. almaklum ada laki dan dok jauh la pulak kan.
so Huda kata,' takpa Min kita layan laki kita ja, depa tak ada laki tak pa la." ceh.

unplanned karaoke. dekat Sunway. first time ni aku karok dengan depa ni. selalu banyak p tengok wayang, makan balik. tak sangka depa ni ada bakat menyanyi. tambah Ifa tu hah yang pakai bau merah tu. kemain amek lagu Siti Nurhaliza ja semua. :D

dengan anak Pak Rejab '- Zirah. aku pakai baju ni nampak gemuks pulaks. hiks. 
by Maghrib dah on the way pulang. sekian cerita aku. ni ala-ala throwback punya kisah la ni ye. ngehngeh.
andddd Siti Noor Shuhada, tak lambat lagi nak wish kat sini, Selamat Pengantin Baru kawan yang baik, yang sama-sama selekeh time sekolah rendah dulu, yang selalu gaduh angkut geng. luls. 

sekarang ni kan, tiap-tiap bulan ada ja jemputan kahwin dari member-member sekolah aku. aku macam..."woih hangpa ni semua pakat dok marathon kahwin ka apa ni????" dah macam competition dah weyh. whahahha. tiba-tiba aku rasa macam andartu tau tak tengok kawan-kawan aku pakat kahwin ni. wuwuwu. padahal muda lagi. wuwuwuuwu. tak pa la jodoh depa awai. doakan depa semua berbahagia dengan pasangan masing-masing dunia akhirat. amin. =)

last but not least. gambar hurmmmmm.......














tuan punya blog! whahahhhaa

Thursday, November 28, 2013

PD fieldtrip~!

Assalamualaikum wbt~
tak boleh fokus pulak aku nak taip ni, budak2 Pro M dok berkonvoi naik moto hon2 ni haa depan kolej ni almaklum la menang PRK UM. aku pulak dok blok pertama, bilik ngadap ke luar jalan, memang laaaaa.

okay lupakan pasal tu. oh ya tahniah Pro M! 
sambung balik pasai apa aku buat entry ni. nak cerita pasai aku pegi PD ja free of chargeeeee!
kenapa free? of course la free sebab pergi under department, fieldtrip uols.
kemain kan fieldtrip sampai ke pantai. hahaha. kena ambil sample untuk praktikal. dah ambil subjek elektif Marine and Estuarine Microbiology, kena la ke pantai. baru la ngam dengan subjek ituuu.

students yang ambil subjek ni 15 orang je, sebab subjek elektif kan + budak-budak Mikrob bukan ramai mana pun. tapi yang pegi 10 orang je. Hazeem tak pegi sebab ada lawn ball kot, Amni sebab parents dia datang KL, Miro sebab pegi konsert SuJu (hamboihhhhh!!!!) , You sebab sambut birthday dia Fara kata dia buat pool party,lol dan lagi sorang tak tau sapa. ke students yang ambil subjek ni 14 orang je haaa? tah la aku tak pernah kira pun. whahahahaha

chillax sebelum bertolak. 
 kena berkumpul pukul 8.30 pagi. gigih aku dan Mas tunggu bas depan kolej pukul 7.50.
sampai ke 8.15 tak ada bas. sebab nak dijadikan cerita la pulak kan kat UM ada event Larian Gegar. so peserta kena lari pusing UM dua kali. so dorang tutup satu jalan then bas tak boleh lalu la. kang kena langgar tak pasal-pasal la pulak kan.
so jalan jadi one way je. nak tahan teksi, teksi pulak tak ada. sebab banyak teksi dah ada orang naik.
macam dah nak give up dengan Mas ni. kalau dah sampai 8.30 bas atau teksi tak ada ni, tak payah la pegi.
tup tup ada teksi. alhamdulillah! elok naik teksi, nampak pulak bas ada. cisdel. tapi tak pa naik je teksi sebab dah lambat. nasib baik sampai on time. syukurrrr takut kena tinggal jekkk. hahahahaha

dah sampai. tengah set up barang. 

Kah Ooi. coursemate lain bangsa yang paling sporting. *wink*

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. 
 air pantai ni jernih je. kitaorang sampai dalam pukul 11 lebih. waktu tu panas la jugak tapi tak terik. around 12 kot panas terik lepas tu redup je. Alhamdulillah dah la tak pakai sunblock. harapkan bedak tanaka je aku pakai ni haaa.

coursemates

Dr Lee dan anak-anaknya. mati2 aku ingat anak dia sorang je, yang pompuan tu. rupa2nya ada anak laki jugak.

on the way to the sampling site

Dr Lee tengah explain something. pasal nak ukur kedalaman air laut guna light.

tengah ambil zooplankton

dorang punya gaya macam tengah tangkap gambar dengan retis kan? whahahaha

tengah aliquot Lugol's iodine to preserve seawater sample

muka budak-budak excited naik banana boat....
dorang 5 je yang naik banana boat. aku dan another 4 tak naik. satu sebab mahal la jugak. rm15 sorang habaq mai. then dia bawak pegi pulau kecik ni. pastu nak jatuhkan dua kali pulak tu.
aku ni pulak tak bawak baju salin ke apa-apa. tak terpikir langsung. just pikir macam mana tak nak muka bagi sunburn ja. hahahahaha. so tak naik la benda tu.

sementara menunggu dorang, aku chillax2 la depan pantai. ala-ala macam Ombak Rindu gitu. tenung-tenung pantai walaupun ada view tak best kat depan mata aku sbb ramai orang. cis salah pilih port. hahaha

ni baru bertolak. jauh tersasar gambar  ni.

dengan Athirah yang ada gelang pandora. cuaca redup ja tapi still tak boleh nak buka mata. terpaksa pakay shades uols. annnndddd asal tetiba macam sunburn je muka aku ni? T.T


ni Kak Annie dapat! umang2. hidup lagi. selama ni aku jumpa cengkerang dia je. tak pernah aku jumpa benda ni hidup2. perak sat. hahaha

oh tu selipar yang aku jumpa dalam van. entah siapa punya. sebab aku tak bawak selipar jugak, pakai sneakers takut kaki hitam uols. bengap la jugak aku hari tu. semua benda tak bawak. puihhh.