Sunday, August 28, 2011

setelah lama.

hari ni Ahad. tinggal lagi dua hari nak puasa. tskkk! sedih.
dan jugak hari ni,aku secara rasminya dah tak kerja.
last day kerja aku semalam la,hari Sabtu.
sedih,sedih jugak sebab hampir 3 bulan kerja kat situ.
dah rapat semua macam a big family la.
then tiba-tiba quit. sedih jugak la rasa.
tapi tak pa. nanti bila cuti boleh pergi melawat. heee.

disebabkan lagi 2 hari nak raya,aku baru quit kerja,
banyak gila kerja nak kena buat.
kemas rumah bagai.
ada orang kat dalam rumah pun tak boleh harap.
aku jugak yang kena.
nasib baik gak aku rajin. tettttt!


jap lagi pukul 8 nak kena bawak mak pegi pasar.
cari daun palas nak buat ketupat.
orang Utara memang makan ketupat daun palas,yang 3 segi tu.
lepas tu nak cari barang-barang basah semua.
eh ok la. kbai! =))

Sunday, August 14, 2011

hajat tercapai.

setelah beberapa tahun tanpa kek, akhirnya tahun ni termakbul jugak. thanxs to Kak Ngah! lepas kena buat ayat sedih depan dia baru la dia beli. siap ada macaroon lagi. nyum nyum.
tapi sebagai balasan, birthday Kak Ngah 22hb ni aku kena beli kek pulak kat dia. demand nak Secret Recipe punya. oh my!
walaupun kek ni bukan dari secret recipe,tapi rasa dia samaaaa! sedap sedap sedap!



Wednesday, August 3, 2011

syukur umur masih panjang.


Alhamdulillah. umur aku masih panjang lagi untuk sambut hari lahir aku pada hari ni.
niceeee. 3 Ogos bersamaan 3 Ramadhan.
semalam aku suruh mak aku buat pulut kuning. lepastu kan aku suruh mak aku cucuk lilin atas tu.
tapi dah disebabkan aku kena buka puasa kat tempat keja,so tak ada makna la nak tengok lilin tu terpacak elok ja.
sebab aku balik pun, rupa pulut kuning tu dah ada bekas orang senduk. tsskkk! sadis rasa.


balik keja,makan pulut kuning terus ngantuk. macam telan ubat batuk je.
bangun2 sahur ja nampak mesej kat handphone. ouh bila handphone ni bunyi ni???
gila la tidur mati.
lepas sahur check fb,
humangaih!!! banyaknya orang wish. terharu kejap.
balas semua post, then baru rasa lega.
by the way, terima kasih semua kerana mendoakan aku.
banyak betul doa mereka. panjang umur,murah rezeki,cepat jodoh,cepat makan nasi minyak.
erkkk???? perlu ke? uhuk.

tadikan aku baca la blog MachamIzPunya ni.
then aku tengok dia ada check nama dia kat 1 laman web ni.
http://urbandictionary.com
disebabkan aku gatal,terus aku cuba la. taip nama aku tengok.
ni hasilnya. *click untuk pembesaran yang nyata*

aku tau maksud nama aku dalam bahasa arab adalah malam. sebab tu gelap ja aku ni. =p

aku rasa kan macam sama je apa yang depa tulis tu dengan diri aku. kebetulan betul!



yang ni pun sama. hahaha. pandai betul describe aku ye.


ok yang nombor 7 paling tak boleh tahan. dumbass????
pengsannnnn!!! hahahaha.


apa-apa pun. tahun ni aku masuk umur 21 tahun. dah layak mengundi dah ni. tadi pun kawan aku dah remind suruh pergi daftar mengundi. hmmmmmm...!

hye??! i'm 21 now. =p


Notis : Jangan Menyerah - D'masiv