another hectic week dah habis. yay!
nasib baik kelas sampai khamis je, memang susun jadual pun kalau kelas nak pack sampai sesak nafas pun sampai hari khamis jek. hari jumaat tak boleh ada kelas. tak boleh! tak boleh! gituuu.
malas nak merepek panjang-panjang, sebenarnya kan aku nak ceritakan kegembiraan aku pasal kawan aku sorang ni.
kawan dari sekolah rendah okay, darjah 4 dan darjah 5 duduk sekali dalam kelas
ye la sebab darjah 4 dan darjah 5 je satu kelas.hahaha
aku ingat lagi, dulu kan kalau gaduh-gaduh kan, mesti cari geng lain, konon-konon hasut la kawan-kawan lain bagi dok satu geng dengan aku, tak payah kawan dengan dia ni.
bongok kan? budak-budak betul. hahahhaha!
dulu kami sama-sama pengawas. tapi tak reti nak jaga kelas kalau cikgu tak ada. ada kisah pula kan.
masuk sekolah menengah, dia kelas lain sesi petang, aku pulak masuk kelas sukan, so kena pegi sesi pagi la.
masa Form 4 la sempat satu kelas sekali tu pun kejap jek sebab dia pindah pegi sekolah teknik kan.
kalau nak jumpa pun tiap kali raya la time konvoi ramai-ramai.
makin cantik dia ni, tahun bertambah tahun, sebab tu jodoh dia awal. kaitan? bhahahaha!
aku nak cerita dia dah bertunang je sebenarnya. nasib baik dia buat time aku tengah mid sem break
kalau tak boleh bawak gaduh tu. tunang time aku tak cuti. nanti tak boleh la aku nak pegi.
dah tu aku kahwin tak ada sapa nak datang sebab aku tak pergi kenduri dorang. sobsobsob!
dengan ibu mengandung Min yang anytime je boleh beranak ni. tapi tak pa dia nurse, boleh sambut sendiri je anak dia. hahaha. ok tak lawak. krikrikrikrik
dengan Awalia Hanif aka Lia yang tengah emosi ala-ala pelamin anganku musnah. tapi tak pa, dia ni hotsetap, ramai je yang datang merisik. XD
dengan Laila anak Pak Latif yang pandai cari posisi untuk tangkap gambar supaya muka dia tak nampak tembam.heh. oh lupa nak cakap, kawan aku ni la yang bertunang. nama dia Shuhada aka Ada. *mestilah dia yang bertunang kan dah pakai baju cantik-cantik tu.aiyak!*
dengan schoolmates. nampak tinggi je kan aku, thanks to my heels. :') abaikan pinggan yang kat depan tu ye. aishh anak sapa la yang makan banyak tu. *geleng-geleng kepala*
nasib baik aku sempat interframe masuk. kalau tak, tak ada la gambar aku sekali dengan dorang. sobsob.
cuba tengok budak kecik pompuan yang kanan sekali. kitaorang tengah ralit tangkap gambar, dia slow-slow je interframe. tak tau la anak sapa ni. sampai kitaorang sambung masuk tangkap gambar dalam bilik pun, dia follow jugak. gila kamera ye dik. tergugat akak. eh akak ke? ooops! hahaha.
best la yang belakang boleh pegang bunga bulat tu. :D
kemain budak-budak sekarang, kecik-kecik lagi dah pandai main Ipad. aku dulu time-time macam ni dok melayan je orang dok main tu cak tu cak dengan aku tau. tak pernah la nak merasa nak pegang benda-benda alah ni.
budak ni anak sedara Ada, nama dia Omar. tak nak besar lagi kan mata budak ni, dah la melentik bulu mata. tergugat aunty hokay!
lepas membuang masa lebih kurang 2 jam kat situ, terus gerak nak pegi beli jeruk sebab ada orang pesan. tak nak sebut sapa yang pesan sebab orang tu baca blog ni. :P bhahahahaha!
asalnya nak pegi beli kat Penanti je, dekat kan.
pastu kawan-kawan pulak bising, asal dekat sangat beli ni?
aku cakap la,"takpa ke nak pegi jauh ni? kesian pulak kat Lia." driver- Lia tu senyap je, yang lain-lain pulak bising kata boleh je nak pegi jauh pun.malu-malu pulak Laila ni.... over ok dorang. hahahaa.
baiklah kawan-kawan... =.='
so terpaksa la tukar plan pegi beli kat Tesco. sesuatu sangat okay beli kat Tesco. padahal dorang tu nak pegi beli benda lain jugak. habis kedai Mr DIY tu dorang belek macam kedai sendiri jek.
pukul 4.30 pastu plan nak pergi pasar malam sekali. lama kan tak pegi, tambah-tambah Huda ajak pegi rumah dia, ada makan-makan sikit sambut birthday Bapak dia.
tak pegi kecik hati pulak kan. so pegi makan puas-puas dulu kat rumah dia baru pegi pasar malam.
humangaih!!! rumah Huda kalau buat makan-makan tak pernah mengecewakan. Mak dia pandai gila masak. sedap-sedap bak hang.
hari tu mak dia buat laksa penang, mee kari, popia goreng, ada kek, ada roti jala, ada puding. ok puding je aku tak makan sebab lupa. yang lain semua aku bedal dengan jayanya. jyeah!!
singgah pasar malam, dah nak balik baru rasa sengkak perut sebab makan banyak sangat. muahahahah!
tak kisah janji dapat makan. jyeah untuk kali kedua.