Assalamualaikum~~
dah habis 2 minggu semester 7 start.
sem ni kelas tak ada la pack macam sem lepas, tapi sem ni FYP aku dah start! wuhuuuu!
tajuk baru confirm khamis hari tu.
aku ambil tajuk pasal food. memang kegemaran aku tu. aku dah aim dari second year lagi nak buat FYP pasal food sebab nanti aku nak kerja dalam food industries. insyaAllah.
tiba-tiba pulak ramai junior aku nak ambil food gak! dah la tajuk ada 4 je. satu tajuk tu memang aku berkenan sungguh la. dah la yang nak compete dengan aku tu pointer lagi tinggi dari aku. sobs.
aku beralah je la. then pilih satu lagi tajuk food yang lain.
tiba-tiba tajuk tu pun ada orang nak compete dengan aku!!! @.@!!
takpa, takpaaa... then Prof Thong yang keluar kan tajuk pasal food tu buat meeting,tapi aku tak pegi,sebab malas nak tunggu kelas dia habis, tiba-tiba dapat news 8 orang nak ambil tajuk food!! @.@!!!
gila ramai! yang dah decide nak ambil tajuk lain tiba-tiba tukar nak ambil food pulak. =.='
Prof Thong terpaksa keluarkan banyak lagi tajuk. aku dah down dah ni.
so aku jumpa Dr Chai, then discuss sikit dengan dia kebetulan Prof Thong pun ada, diorang bagi tajuk lain kat aku. yang totally lain dari tajuk-tajuk food yang dalam list tu + lagi gempak. Alhamdulillah.
then budak yang nak tiba-tiba nak ambil food tu nak drop pulak tajuk tu, nak ambil tajuk yang mula-mula dia decide. and aku tau benda tu pun lepas aku dapat tajuk dari Dr Chai. then dia nak bagi tajuk tu kat aku.
of course la aku tak nak. awalnya nak sangat kan ambil food, ambil je la. lepas tu tiba-tiba nak tukar pulak. then nak main pass tajuk dia tu kat aku.
memang tak teringin aku nak ambil sebab tajuk aku lagi best. hahahaha.
kenapa tiba-tiba aku cerita pasal ni? ( perasan tak aku banyak kali taip tiba-tiba? :D)
as a reminder, jangan nak tamak sangat boleh tak. and please do many references before you want to decide something. ni kejap macam ni, kejap macam tu. menyusahkan orang lain tau tak.
sorang cakap macam ni, terus ikut. then another cakap macam tu, ikut yang tu pulak.
ni bukan sebab tak tau nak buat keputusan tapi sebab tamak.
hello! setakat undergrad kalau buat projek takada nya nak letak nama kau first kalau publish paper pun. we just helper tau tak. budak PhD nak publish pun susah bertahun-tahun ambil masa. yang level undergrad nak perasan boleh publish paper. pleaseeee! =.=
ok dah habeh membebel. sekian terima kasih. nak sambung buat research pasal my new pets. ;)
Saturday, September 21, 2013
Friday, September 13, 2013
8 minggu yang pahit-masam-manis
Assalamualaikum~~~
lama tak update. almaklum tak ada internet connection. ni dah balik UM, harus lah qada balik surfing internet. whahahahaha.
time cuti sem hari tu aku buat LI - Latihan Industri kat Institut Pergigian dan Perubatan Termaju, USM, Bertam, Kepala Batas, P.Pinang. tu diaaaaa panjang kemain nama aku bagi. senang hangpa nak google cari ye dak.
minggu pertama masuk kerja, bapak la boring ! memberontak aku dalam hati. dok pikiaq betoi ka decision aku buat LI kat sini ni. rasa macam buat pilihan yang salah. wuwuwuwu. tapi aku sabaq kan jugak hati untuk menempuh 8 minggu nak keja kat situ. nasib baik 8 minggu ja. kalau tak... sadis aku nak cakap!
dah la kena rotate lab, kena masuk lab yang aku tak pernah tau sebab tempat tu macam hospital jugak. asalnya research center, tapi depa nak dapat kelulusan apa tah, so kena ada wad, klinik bagai. sebab tu kat sini tak ramai patient then keja aku pun tak banyak. nasib baik tak dapat elaun, kalau tak macam makan gaji buta ja. LOL
aku tak pernah belajaq pasal medical microb, so bila mai sini memang blur la aku. apajad semua ini???????? T.T tapi nasib baik staff-staff mikrob semua jenis baik, satu kepala sikit-sikit dok cari bufet ja (LOL) dan sangat happening compared to other labs la. Alhamdulillah sangat. :)
ni blood smear aku buat time rotate masuk lab Blood Bank. tapi ni bukan darah aku, darah sample. |
haaaa.... ni baru darah aku. saja derma kat Chemical pathology Lab sebab depa nak buat percentage baru untuk rakyat malaysia. before ni apa-apa pun guna UK punya je kan. tak maju sungguh. |
aku dan Adila, partner aku dalam Microb lab, dia budak USM major Mikrobiologi jugak. so kami discuss better buat projek sekali tajuk sama, nanti boleh present sama-sama. hehehe. minggu keempat start buat projek. barang semua dah ada just nak buat je kan. so tak ada masalah apa. plus kena buat cepat sebab aku nak kena hantar report LI kat Dr Bong lagi lepas raya plus nak cuti raya kan. so kena settle cepat-cepat la. tak bermakna betoi raya aku kena buat report. sobs!
haaa. ni gambar Gram positive bacteria - Bacillus sp. salah satu bakteria yang aku dapat time buat projek tu. cantik kan? macam rantai. aku memang suka puji hasil kerja aku pun . whahahahaha |
next gambar nak tunjuk la kan microb lab aku tu macam keadaan dalam dia. walaupun kecik tapi cosy dan sejukk!!!!
pintu masuk. lab mikrob hujung sekali. ala-ala terpinggir gituuu. |
pintu masuk bahagian dalam. |
kat dalam microb lab ni ada 4 bilik. labwork memang buat kat dalam bilik bacteriology ni. semua alatan ada kat situ. |
bilik no dua - bilik TB. lepas buat kerja, kena cuci tangan dengan detergent. tapi picit guna tangan, tekan guna kaki je kalau nak keluarkan detergent tu. punya la apply aseptic technique. |
dalam ni ada dua bilik lagi. |
kat sini tempat buat gram staining. mesin besar tu tak ingat nama apa tapi guna untuk incubate blood. gram staining sini basuh guna air paip je. tak payah guna distilled water pun. hmpph! |
ni buktinya.... kak Nurul tengah buka FB. hyepppp! |
bilik penyakit berjangkit aka bilik encik zul. badan dia memang dah kebal, so tak kisah pun dia dok bilik ni. luls. |
mesin autoclave. satu untuk sterilization, satu lagu untuk decontamination. |
Adila! sekepala dengan dia ni. suka gaduh-gaduh manja dengan aku. pembela kucing tegar. berbelas-belas ekor kucing kat rumah dia. |
ni time kena buat presentation apa yang kami dah belajar dan buat sepanjang LI. aku dan Adila present sekali sebab buat tajuk sama. time ni la kami pekena Mohan. dia suruh letak nama dia besar-besar tang part acknowledgement. memang aku buat betoi ok!! semua dah gelak-gelak dah. kami memang suka gaduh-gaduh dengan Mohan ni sebab dia suka cari pasai. sabaq ja la. aku punya report LI nak hantar kat Dr Bong pun dia ubah part acknowledgement. kira macam aku appreciate dia lebih la. berjela-jela dia tulis. perasan habis! hahahahaha
nampak tak nama Mohan yang besar tu? LOL |
second day LI. pakat belek handphone. time ni aku mesej dengan my boss, settle kan something. :P |
dengan semua staff microb lab! minus Kak Lin dan Dr Zainoodin. |
dia kata dia buat sendiri, pastu pesan dekat aku jangan gelak time bukak siap suruh buka kat rumah lagi. tapi aku gelak la siap-siap time dia bagi tu. hahaha.
dia kata penat dia buat dengan penuh ikhlas dan khusyuk nya dan cantik! katanyaaaa.
tengok-tengok dia bagi sarung bantal! dia ni macam tau-tau ja kat bilik aku ada satu bantal tu tak ada sarung, bogel macam tu ja. so terus la aku sarung kan and bawak mai UM. hehehe.
terharu sungguh aku tau tak. walaupun dia bagi sarung bantal, kain ambil dari sisa kain yang orang tempah baju kat mak dia, tapi effort tu yang penting dan keikhlasan dan niat tu. mahal ke murah tak penting bagi aku. sentimental value tu penting!
tapi kan dia ni memang baik sangat. kan aku pegi LI abah dok hantar, dia bawak motor sendiri. kalau aku nak beli barang apa-apa untuk merealisasikan beberapa projek aku tu, dia la tolong bawak. aku bagi duit minyak tak mau. yang aku post parcel kat ehem pun dia yang tolong bawak kan. terharu weyh!!! wuwuwuwu.
dia pernah kata kat aku, time kami nak ponteng keja lepas raya hari tu kan, aku ada konvoi hari isnin, so aku text la dia kata aku tak pegi keja. dia cakap," kalau hang tak pi, aku pun tak pi. kalau nak kena pun, biaq dua-dua orang kena. susah senang sama-sama la weyh" T.T wuwuwuwuwu. tak sangka dia lagi baik dari aku. T.T
aku harap Dila baca. luls.
ok aku dah malas dah nak taip. sampai disini aja. =))))
Subscribe to:
Posts (Atom)