Friday, September 13, 2013

8 minggu yang pahit-masam-manis

Assalamualaikum~~~
lama tak update. almaklum tak ada internet connection. ni dah balik UM, harus lah qada balik surfing internet. whahahahaha.
time cuti sem hari tu aku buat LI - Latihan Industri kat Institut Pergigian dan Perubatan Termaju, USM, Bertam, Kepala Batas, P.Pinang. tu diaaaaa panjang kemain nama aku bagi. senang hangpa nak google cari ye dak. 
minggu pertama masuk kerja, bapak la boring ! memberontak aku dalam hati. dok pikiaq betoi ka decision aku buat LI kat sini ni. rasa macam buat pilihan yang salah. wuwuwuwu. tapi aku sabaq kan jugak hati untuk menempuh 8 minggu nak keja kat situ. nasib baik 8 minggu ja. kalau tak... sadis aku nak cakap!
dah la kena rotate lab, kena masuk lab yang aku tak pernah tau sebab tempat tu macam hospital jugak. asalnya research center, tapi depa nak dapat kelulusan apa tah, so kena ada wad, klinik bagai. sebab tu kat sini tak ramai patient then keja aku pun tak banyak. nasib baik tak dapat elaun, kalau tak macam makan gaji buta ja. LOL

aku tak pernah belajaq pasal medical microb, so bila mai sini memang blur la aku. apajad semua ini???????? T.T tapi nasib baik staff-staff mikrob semua jenis baik, satu kepala sikit-sikit dok cari bufet ja (LOL) dan sangat happening compared to other labs la. Alhamdulillah sangat. :)

 so first week kena rotate lab, masuk lab lain. memang aku tak suka dan bosan. nasib baik satu hari satu lab. mai pagi dengaq depa explain skop keja depa, pastu aku buat-buat catat sikit, padahal aku tak fokus pun apa yang depa cakap. whahahaha. then dah habis briefing, dok ja la tengok depa buat keja, kalau ada keja la kan. sambil dok tengok jam nak balik pukul berapa. minggu pertama memang lambat macam siput jam tu bergerak.

ni blood smear aku buat time rotate masuk lab Blood Bank. tapi ni bukan darah aku, darah sample.

haaaa.... ni baru darah aku. saja derma kat Chemical pathology Lab sebab depa nak buat percentage baru untuk rakyat malaysia. before ni apa-apa pun guna UK punya je kan. tak maju sungguh.
 kalau ikut  dalam jadual kan yang SV aku bagi, sepatutnya minggu kelima baru aku masuk microb lab. tapi sebab ketua jabatan mikrob nak suruh kami buat satu projek ni, so kami request la nak masuk minggu kedua. nasib baik boleh. yay!!!

aku dan Adila, partner aku dalam Microb lab, dia budak USM major Mikrobiologi jugak. so kami discuss better buat projek sekali tajuk sama, nanti boleh present sama-sama. hehehe. minggu keempat start buat projek. barang semua dah ada just nak buat je kan. so tak ada masalah apa. plus kena buat cepat sebab aku nak kena hantar report LI kat Dr Bong lagi lepas raya plus nak cuti raya kan. so kena settle cepat-cepat la. tak bermakna betoi raya aku kena buat report. sobs!

haaa. ni gambar Gram positive bacteria - Bacillus sp. salah satu bakteria yang aku dapat time buat projek tu. cantik kan? macam rantai. aku memang suka puji hasil kerja aku pun . whahahahaha

 next gambar nak tunjuk la kan microb lab aku tu macam keadaan dalam dia. walaupun kecik tapi cosy dan sejukk!!!!

pintu masuk. lab mikrob hujung sekali. ala-ala terpinggir gituuu.



pintu masuk bahagian dalam.

kat dalam microb lab ni ada 4 bilik. labwork memang buat kat dalam bilik bacteriology ni. semua alatan ada kat situ.

BSL 2. labwork semua buat kat dalam kotak tu. bukan masuk dalam kotak tu. tangan je masuk ye. sebab handle bacteria, so kena extra careful.bacteria senang merebak dan membiak. glove kena sentiasa pakai time buat keja, kalau tak Mohan marah. huahahaha.

yang monitor besar tu, antibiotic reader. nak tengok antibiotic apa yang sensitive dengan bacteria. monitor tu touchscreen weyh! jakun gila aku. first time nampak. LOL. dua komputer tu jugak la aku curi-curi online FB, Twitter. tapi tak boleh selalu sangat sebab takut penyelia nampak plus dua-dua komputer tu dah disambung dengan LIS, takut depa detect. takut je la. tapi semua pakat online situ. hahahaha

bilik no dua - bilik TB. lepas buat kerja, kena cuci tangan dengan detergent. tapi picit guna tangan, tekan guna kaki je kalau nak keluarkan detergent tu. punya la apply aseptic technique.

dalam ni ada dua bilik lagi.

kat sini tempat buat gram staining. mesin besar tu tak ingat nama apa tapi guna untuk incubate blood. gram staining sini basuh guna air paip je. tak payah guna distilled water pun. hmpph!

bilik ketiga- Media/Autoclave preparation room atau pantri rahsia microb lab. kat sini memang tempat online besar-besaran + tempat lepak+ tempat aku buat report. aku banyak habiskan masa dalam bilik ni time nak hujung-hujung LI. nampak komputer besar tu? yg tu tak link dengan LIS so senang la nak online. hewhewhew
ni buktinya.... kak Nurul tengah buka FB. hyepppp!

bilik penyakit berjangkit aka bilik encik zul. badan dia memang dah kebal, so tak kisah pun dia dok bilik ni. luls.


mesin autoclave. satu untuk sterilization, satu lagu untuk decontamination.

ok dua orang ni, yang datang LI sama batch dengan aku. yang dok satu lab dengan aku si Adila tu - sebelah kiri. yang belah kanan Anis. dia ni dok lab sebelah tapi dia memang suka datang microb lab. ala-ala staff pelatih angkat microb lab la ni. si Anis ni dah nak kahwin raya haji nanti. si Adila ni nak bertunang bulan 12 ni. si Laila ni tunggu kawan-kawan dia kahwin dulu. alhamdulillah semua jodoh cepat! eh semua pulak, dua orang ni jodoh cepat. lol.

dari kiri - Anis, Kak Diyana, Mohan dan Kak Nurul. last day. aku bagi souvenir dari Korea. ada lebihkan. kak D untung dia dapat dua magnet fridge sebab time aku mula-mula masuk, dia ada mintak magnet fridge lebih once dia tahu aku pegi Korea kan. dia kata hobi baru dia kumpul magnet fridge. time aku bagi magnet fridge kat depa ni, kesian pulak kan dia tak dapat, dok buat muka sedih2 pulak depan aku. sadis sangat tengok. bagi jela. whahahaha
Adila! sekepala dengan dia ni. suka gaduh-gaduh manja dengan aku. pembela kucing tegar. berbelas-belas ekor kucing kat rumah dia.


ni time kena buat presentation apa yang kami dah belajar dan buat sepanjang LI. aku dan Adila present sekali sebab buat tajuk sama. time ni la kami pekena Mohan. dia suruh letak nama dia besar-besar tang part acknowledgement. memang aku buat betoi ok!! semua dah gelak-gelak dah. kami memang suka gaduh-gaduh dengan Mohan ni sebab dia suka cari pasai. sabaq ja la. aku punya report LI nak hantar kat Dr Bong pun dia ubah part acknowledgement. kira macam aku appreciate dia lebih la. berjela-jela dia tulis. perasan habis! hahahahaha

nampak tak nama Mohan yang besar tu? LOL



second day LI. pakat belek handphone. time ni aku mesej dengan my boss, settle kan something. :P
dengan semua staff microb lab! minus Kak Lin dan Dr Zainoodin.

last day kan tiba-tiba Adila bagi hadiah kat aku!! yay!
dia kata dia buat sendiri, pastu pesan dekat aku jangan gelak time bukak siap suruh buka kat rumah lagi. tapi aku gelak la siap-siap time dia bagi tu. hahaha.
dia kata penat dia buat dengan penuh ikhlas dan khusyuk nya dan cantik! katanyaaaa.
tengok-tengok dia bagi sarung bantal! dia ni macam tau-tau ja kat bilik aku ada satu bantal tu tak ada sarung, bogel macam tu ja. so terus la aku sarung kan and bawak mai UM. hehehe.
terharu sungguh aku tau tak. walaupun dia bagi sarung bantal, kain ambil dari sisa kain yang orang tempah baju kat mak dia, tapi effort tu yang penting dan keikhlasan dan niat tu. mahal ke murah tak penting bagi aku. sentimental value tu penting!
 tapi kan dia ni memang baik sangat. kan aku pegi LI abah dok hantar, dia bawak motor sendiri. kalau aku nak beli barang apa-apa untuk merealisasikan beberapa projek aku tu, dia la tolong bawak. aku bagi duit minyak tak mau. yang aku post parcel kat ehem pun dia yang tolong bawak kan. terharu weyh!!! wuwuwuwu.
dia pernah kata kat aku, time kami nak ponteng keja lepas raya hari tu kan, aku ada konvoi hari isnin, so aku text la dia kata aku tak pegi keja. dia cakap," kalau hang tak pi, aku pun tak pi. kalau nak kena pun, biaq dua-dua orang kena. susah senang sama-sama la weyh" T.T wuwuwuwuwu. tak sangka dia lagi baik dari aku. T.T
 aku harap Dila baca. luls.

ok aku dah malas dah nak taip. sampai disini aja. =))))

No comments: