Assalamualaikum wbt
aku baru teringat ada benda lagi aku tak cerita time aku dok kat Korea dulu.
whahahhaa. asyik lupa je laaa makcik ni!
time dah nak hujung-hujung sem tu kan, Kedutaan Malaysia ada buat majlis BBQ untuk semua students Malaysia yang belajaq kat Korea. aku tau pun sebab Eida habaq kot.
tak ingat dah aku. aku nak pi pun segan, ye la budak exchange je kannn. huhuhu
tapi dah Wawa nak pi, so aku pun pi ja la.
dah budak-budak Inha dok ajak soh pi. depa tu nak ajak berjalan pulak lepas tu.
depa ni memang kuat berjalan. aku yang penat.
sebab memang betoi2 kena berjalan kaki pun weyh. penat tau tak! sebab tu la time kat Korea kaki aku kecik je ala-ala Girls' Generation sebab aku banyak berjalan. kahkahkah!
entry ni dimulakan dengan gambar duta Donyang Mirae Unversity.
ehem.
BBQ ni depa buat kat Donyang Mirae University. aku tak ingat kat mana. dan aku tak ingat jugak aku naik subway turun kat stesen apa. whahahahaha.
yang aku ingat kat stesen tu ada mall la. aishhh apa tah nama stesen tu lupa betoi laaa.
tak pa kita proceed ja. yang dah berlalu biarkan. XD
yang aku perasan la kan, semua events yang Kedutaan Malaysia buat atau yang students punya buat, semua buat kat University ni. aku pun tak tau pasepa.
sebab aku pi dok sana sat ja, so aku malas nak ambil tau. hahahaha
tapi pengarah kedutaan tu ada cakap la, budak-budak yang datang exchange tak melapor diri pun kat dorang.
huhuhu. mana la kami tau. mai pun sat ja. segan nak p jumpa habaq. hahahahaha
ni..... aku tak tau sapa. sebab aku sampai lambat. majlis ucapan pun dah habeh. elok aku sampai budak-budak ni dah keluaq. so teruskan agenda utama untuk makan ja. hahahaa. |
time ni kat kafeteria. makan-makan semua kat sini. yang kami excited nak pi sana sebab boleh makan ayam dan daging panggang.
uihhh mengidam weyh lama tak boleh makan makanan macam ni. tersiksa jiwa raga tau dak! wuwuwuuww.
dah jumpa tu memang makan puas-puas la. XD
ni sebelum majlis start rasanya.
aku gerak dengan Wawa lambat sikit. lepas sampai kat stesen tu kena naik bas pulak p universiti tu.
dah la semua dalam bahasa Korea. nasib baik aku pandai baca bahasa Korea jg.
tu pun dok potpet jugak la dengan Wawa, sebab dia kata, arah nak pi unversiti tu arah sebelah sana.
tapi yang aku baca arah lain.
takpa, bas dah mai, aku pi tanya kat driver bas tu. pastu ahjussi kata bas tu kena tunggu arah yang aku cakap tu.
hmmppph! terus flip tudung. hahahhhaa.
kemain aku cakap dengan drebar bas tu bahasa Korea.
dulu laaaa. la ni dah lupa dah aih. T____T
budak-budak Inha. nasib baik dok 4 bulan ja kat sini. kalau dok setahun ka dua tahun ka, mau semua pakat bertukaq jadi artis Korea.
dressing semua dah macam Korea dah.
aku pun sekali gak la. whahahaaha
balik Malaysia pun dok terikut jugak la. tapi la ni ikut style yang sopan-sopan ja la. hihihi.
time ni dah habeh makan. dengan Mek Yusma.
dengan budak-budak Inha. depa plan nak pi Ewha Women Unversity.
bukan nak p masuk dalam tu pun.
nak p shopping kat luaq U tu.
kat luaq U situ ada macam banyak-banyak kedai jual baju, kasut, handbag semua laaaa.
kedai makan semua la .
aku pun tak pernah pegi kan, so aku ikut ja la sebab dekat la jg dengan Donyang Mirae Univeristy tu.
lagipun aku nak tebus baucer Starbucks yang aku dapat tu. boleh juga p cari Starbucks kat sana kan.
sebelum nak bergerak pi Ewha, dah lepas solat semua, bergambaq sat.
aku tak ingat berapa lama tergendala hajat nak Ewha sebab dok kalut tangkap gambaq ja.
biasa la, dah dok macam tu dah punnnnn. hahhaa
gerak pi Ewha, sampai sana, semua berpecah.
aku jalan dengan Eida. banyak kedai kosmetik Korea dekat area situ pakat buat promosi!
menggila weyhh! the face shop, holika holika, tony moly, etc
memang habeh aku borong beli pencuci muka.
murah gilaaaaa compare dengan harga kat Malaysia.
memang tak mampu la aku nak beli. tengok harga pun dah sebak kat dalam dada ni.
lepas tu pegi cari Starbuck. tebus baucar, aku ambil air yang paling mahai sekali. hmmmppph!
sebelum ni aku tak pernah beli kat Starbucks pun.
sedih kannn? selalu bancuh nescafe je kat rumah.
so dah beli Starbucks, harusla ada gambaq dengan ayaq Starbucks. kihkihkih
lepas tu jalan-jalan lagi dengan Eida. asai nya nak window shopping ja.
tiba tibaaaaaaa!
aku terjumpa kasut yang aku minat gilaaaa
kasut macam heroin Korea pakai time dia berlakon dalam drama yang aku follow tengok la.
dah jumpa beli la kan.
tak silap aku harga 43000 won bersamaan RM 129 la lebih kurang.
whahahahahaha.
haaaa ni la kasut diaaaa
aku baru pakai 3 kali kot. hari tu balik cuti aku check masih dalam keadaan yang elok lagi kasut ni. alhamdulillah.
aku simpan dalam beg plastik biasa tapi aku boh silica gel tu.
satu lagi heels yang aku beli kat Korea, aku boh dalam beg plastik tapi tak boh silica gel tu, lekang weyh tapak dia!! kulit dia pun macam tertanggal sikit. sedih.... hummm.
dah habeh shopping, balik dorm, dengan hati gembira walaupun rasa macam nak nangis sebab duit keluaq banyak. whahahha. padan muka!