Sunday, April 13, 2014

My new cutie pie

Assalamualaikum wbt.
mid sem break dengan rasminya berakhir hari ni untuk budak-budak lain
aku punya cuti habes esok sebab aku tak ada kelas hari Isnin. jyeahhh!
tak ada apa sangat la nak hupdate. just rasa lama tak ngepost entry baru ye dokkkk

aku pernah habaq kan Kak Ngah dah beranak, baby girl. 
nama baby dia : Nur Damia Zahra bt Mohd Faisal
kemain kan Damia Zahra, dah macam nak watak-watak dalam drama dah haa
hari tu sembang dengan Kak Ngah dia tanya, ada nama untuk baby boy best-best tak? yang kat dalam novel tu mesti banyak nama mantap-mantap kannn
aihhh, Damia baru 4 bulan dah planning untuk next ke? ngehngeh
bagi Kak Lang menyumbang cucu ke 4 untuk Mak Abah boleh? whahahahha!

masa aku tinggalkan Damia, dia baru masuk 2 bulan.
2 bulan aku tinggalkan dia, haaa kemain terkejut bila aku tengok dia.
memang la Kak Ngah ada whatsapp gambar-gambar latest Damia. 
tapi bila tengok depan-depan! Ya Allah isi dah semakin banyak terkumpul!
pergelangan tangan pun jenuh cari tak jumpa. 

ni muka bahagia baru bangun tidoq. dia tidoq dari petang sampai laaaa pukul 10.30 pagi esoknya. Kak Ngah cerita time ni depa ikut Abang Ngah outstation, tidoq hotel kan aircond melampau-lampau sejuk.
si Damia bambam ni memang suka tempat ada aircond. 
memang tak banyak ragam la dia.
tu yang all out tidoq. bangun-bangun pagi muka nak gembira jaaa.


time ni baru masuk sebulan. kecikkkk jeee. mata bulat spotlight Damia ni
suka aku dukung dia kalau keluaq p mana-mana dah macam anak aku kan. 
kahkahkah
tapi la ni kalau dukung lama-lama mau terasa gak la kat lengan. muatan padat la ni kann. *cubit paha*

headband Mama dia buat. ni bukan dia saja-saja kembungkan pipi dia eaaa. ni memang semulajadi tembam bamm bammm bammmm!


nampak spotlight tak spotlight mata dia? lalat pun boleh masuk rehat sat.


tiap kali aku tengok gambaq ni mesti aku nak tergelak. 
lawak gila muka Damia, macam penat sangat-sangat laaa berjalan. padahal orang dukung dia ja pun. 
ishhh2 *geleng-geleng kepala*

ni dah nak masuk 4 bulan. dah pandai gelak-gelak bila orang acan. dah keluar suara dah.
dia suka kalau orang nyanyi kat dia, nanti dia pun macam ala-ala ikut sekali.
dok humming bagai. comels jeeee
aku nyanyi lagu dangdut depan dia pun dia tergelak besar, macam happy sangat jeee
dia gelak sebab dia suka lagu tu ka atau dia gelak tengok aku yang konpiden nyanyi walau suara sumbang. 
aku pun dah konpius dah.

sama la kalau aku panggil dia pwincess, kemain gelak.
macam paham je. hahaha

bantal yang aku buat kat dia. gigih jahit sendiri nama tuuu. comels kan? kahkahkah!

look into my eyes~~~ be a good + solehah girl okay dear ;)

No comments: