Assalamualaikum.
dah nak dekat 3 minggu cuti. dok kat rumah. tak buat apa-apa.
kemas rumah,masak,tengok tv. tu je la kerja aku.
nak cari kerja pun tak ada mood lagi. tak pa hold on dulu.
mungkin lepas habis kerja-kerja menghadiri kenduri kahwin BFF dan sepupu kot baru rasa nak cari. ngeh.
sekarang ni dah jarang update sebab busy mengenai hal dunia yang tak habis-habis menaikkan harga barang. ke Malaysia je? heh. semua barang nak naik. naik la nak naik sangat. puas hati tengok rakyat melarat ye. orang-orang besor makin 'besor' perut. heh.
hidup kadang-kadang perlu bersendirian. kena duduk sorang-sorang. bukan sebab nak jauhkan diri dari orang. tapi nak berfikir pasal apa yang sudah berlaku,yang sedang berlaku, dan yang bakal berlaku. membaikpulih benda yang dah berlaku, berbahagia dengan apa yang sedang berlaku, dan merencana yang bakal berlaku. dalam sesaat ke hadapan, kita tak tau apa yang akan berlaku. mungkin saat ini kita bergembira, satu saat ke hadapan kita menangis. jadi persediaan amat diperlukan agar kita tak terus jatuh terduduk.
kadang-kadang kita terpikir. kenapa hidup kita tak pernah dapat apa yang kita nak. kenapa kita tengok orang lain senang je dapat apa yang diorg nak? sebab diorang amat bertuah. ini tak bermaksud kita tidak bertuah tetapi sesetengah orang, Allah suka menguji dengan dugaan yang banyak. jadi orang itu lebih bersedia. bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bersedia menjadi kuat andai ada badai datang melanda. =) ribut petir datang tak kira masa, tanpa dijemput. kitalah yang kena bersedia. hidup kena sentiasa bersedia. jangan terlalu bergantung kepada manusia, sebab kadangkala manusia tak kan ada untuk kita. tapi satu kita kena tahu. hanya ALLAH yang ada dengan kita. selalu ada. akan ada.
Notis: hidup mesti berani terima kenyataan.
Sunday, May 29, 2011
Sunday, May 8, 2011
SELAMAT HARI IBU
Assalamualaikum.
lama gilos tak update blog ni. minggu exam kan. mestilah busy study. next week hari rabu aku punya last paper. non-core subject. aku ambil subjek dari Geology Department. Introduction to Earth System. so sekarang tengah dalam mood geologi kejap.
eh sebelum aku melalut. ni entry khas untuk Emak saya yang berada di rumah *lambai-lambai sikit* hye Mak! hehe. hari ni hari ibu kan? korang dah ucap selamat hari ibu belum? hah jangan dok buat lupa. hari kekasih laju je korang ingat. hari ibu buat-buat lupa. sekeh kang. uih tiba-tiba pulak marah.haha.
ok ok kembali ke pangkal jalan. mood: sayu.
mak, terima kasih kerana sudi melahirkan Kak Lang walaupun lambat sehari. ye la mak, best kot dok dalam rahim tu. sejuk ja. nak makan pun tak payah masak, ada saluran straight terus masuk dalam perut Kak Lang. sebab tu Kak Lang keluar lambat kan? =p walaupun muka Kak Lang tak macam muka mak, tapi Kak Lang tetap sayang mak. mak ajar Kak Lang erti sabar, mengalah dengan orang, mak ajar Kak Lang masak, ajar buat kek, kuih raya, jahit baju, ajar Kak Lang angkat sofa,almari berat-berat sampai tangan Kak Lang dah ada muscle. teeheee.
Mak seorang yang sangat kuat dan penyabar. sangat-sangat penyabar sampai orang lain pun kata depa tak sanggup nak tahan sabar macam mak. dalam hati dan fikiran mak banyak benda mak pikir sampai mata ke dalam *yela mak mata sapa tersembur keluar ye?* kurus je. sifat seorang ibu,tak nak bagi anak-anak dia tau apa yang dia rasa. masalah tanggung sorang-sorang. kalau boleh simpan,simpan je. dan sifat mak yang satu ni, ada kat Kak Lang. tiap kali anak-anak mak ni exam,mesti mak baca yassin kan.paling lawak waktu Kak Lang pmr, kalau mak baca tersekat, Kak Lang pun tersekat gak nak jawab exam. terus blank.seriously.haha.tapi alhamdulillah tersekat-sekat pun jawab exam,Kak Lang still boleh score.straight! doa ibu kan selalu makbul.=)
mak pernah pesan kat Kak Lang, ' tak payah dok kapel la,kawan-kawan ja sudah.jauh lagi nak hang nak pi,nak jumpa ramai orang lagi,kalau ada pakwe ni nanti dia dok kongkong,habeh belajaq nanti cari la.' betul apa yang mak cakap. Kak Lang ikut cakap mak. sebab tak nak derhaka. dua malam lepas call mak,wish mak selamat hari ibu. ingatkan nak cakap terima kasih. mak boleh tanya,'nak bagi apa?' =.=' mak sapa la nih. materialistik sungguh! hahaha. but don't worry mum,i've made something special for u. handmade meyh! tak terharu gak tak tau la.

lastly, SELAMAT HARI IBU!!!!
Kak Lang sayang mak ketat-ketat!
<3<3<3<3<3
Kak Lang sayang mak ketat-ketat!
<3<3<3<3<3
Subscribe to:
Posts (Atom)