lama gilos tak update blog ni. minggu exam kan. mestilah busy study. next week hari rabu aku punya last paper. non-core subject. aku ambil subjek dari Geology Department. Introduction to Earth System. so sekarang tengah dalam mood geologi kejap.
eh sebelum aku melalut. ni entry khas untuk Emak saya yang berada di rumah *lambai-lambai sikit* hye Mak! hehe. hari ni hari ibu kan? korang dah ucap selamat hari ibu belum? hah jangan dok buat lupa. hari kekasih laju je korang ingat. hari ibu buat-buat lupa. sekeh kang. uih tiba-tiba pulak marah.haha.
ok ok kembali ke pangkal jalan. mood: sayu.
mak, terima kasih kerana sudi melahirkan Kak Lang walaupun lambat sehari. ye la mak, best kot dok dalam rahim tu. sejuk ja. nak makan pun tak payah masak, ada saluran straight terus masuk dalam perut Kak Lang. sebab tu Kak Lang keluar lambat kan? =p walaupun muka Kak Lang tak macam muka mak, tapi Kak Lang tetap sayang mak. mak ajar Kak Lang erti sabar, mengalah dengan orang, mak ajar Kak Lang masak, ajar buat kek, kuih raya, jahit baju, ajar Kak Lang angkat sofa,almari berat-berat sampai tangan Kak Lang dah ada muscle. teeheee.
Mak seorang yang sangat kuat dan penyabar. sangat-sangat penyabar sampai orang lain pun kata depa tak sanggup nak tahan sabar macam mak. dalam hati dan fikiran mak banyak benda mak pikir sampai mata ke dalam *yela mak mata sapa tersembur keluar ye?* kurus je. sifat seorang ibu,tak nak bagi anak-anak dia tau apa yang dia rasa. masalah tanggung sorang-sorang. kalau boleh simpan,simpan je. dan sifat mak yang satu ni, ada kat Kak Lang. tiap kali anak-anak mak ni exam,mesti mak baca yassin kan.paling lawak waktu Kak Lang pmr, kalau mak baca tersekat, Kak Lang pun tersekat gak nak jawab exam. terus blank.seriously.haha.tapi alhamdulillah tersekat-sekat pun jawab exam,Kak Lang still boleh score.straight! doa ibu kan selalu makbul.=)
mak pernah pesan kat Kak Lang, ' tak payah dok kapel la,kawan-kawan ja sudah.jauh lagi nak hang nak pi,nak jumpa ramai orang lagi,kalau ada pakwe ni nanti dia dok kongkong,habeh belajaq nanti cari la.' betul apa yang mak cakap. Kak Lang ikut cakap mak. sebab tak nak derhaka. dua malam lepas call mak,wish mak selamat hari ibu. ingatkan nak cakap terima kasih. mak boleh tanya,'nak bagi apa?' =.=' mak sapa la nih. materialistik sungguh! hahaha. but don't worry mum,i've made something special for u. handmade meyh! tak terharu gak tak tau la.
lastly, SELAMAT HARI IBU!!!!
Kak Lang sayang mak ketat-ketat!
<3<3<3<3<3
Kak Lang sayang mak ketat-ketat!
<3<3<3<3<3
No comments:
Post a Comment