Wednesday, December 28, 2011

bila tak sedar diri

tudia tajuk entry, sentap hati mak nak! hahha.
hari ni aku membebel je. nak relaks otak jap lepas study ni. almaklum la nak exam la katakan.
tadi kat FB aku tengok practicum-mate aku waktu kat matrik aka junior aku post kata dia nak bertunang insyaAllah hujung tahun depan. tahniah Ayu!
aku terpikir, hari bertambah hari, dah makin ramai orang yang aku kenal berkahwin @ bertunang. yang muda lagi dari aku, yang sama umur. kawan-kawan aku semua.
tskkk! terasa diri tua dan tak laku. padahal muda lagi walaupun kalau ikut zaman dulu-dulu, umur macam aku ni dah masuk dalam golongan anak dara tua. *sentap lagi hati mak nak*

tu la kadang-kadang aku lupa yang aku ni dah masuk 21 tahun. bila tengok perangai Ya Allah macam budak-budak bila dengan kawan-kawan  tapi sebenarnya dah boleh jadi mak budak ok.
ya memang susah nak terima realiti. realiti memang pahit.
but now aku rasa even aku macam sometimes perangai sengal terlebih macam budak-budak ke apa,
tapi aku punya pemikiran dah semakin matang. ceaaaa. puji diri sendiri matang! hahaa
fikir benda-benda yang perlu je. hal remeh temeh tolak tendang sepak jauh-jauh.
dan semakin lama, Alhamdulillah makin berubah ke arah kebaikan. insyaAllah. =)

baru-baru ni aku tengok gambar kawan kelas aku masa sekolah menengah dulu, dia ambil course pendidikan, so dia jadi guru ganti jap masa cuti 4 bulan dulu.
aku tengok gambar dia dress up like a teacher, dengan nametag, handbag bagai buat aku terkejut.
'oh kita dah masuk 21'.
rasa macam baru ja aku habis sekolah menengah, ponteng kelas, bergelak-ketawa dengan dorang semua, buat benda-benda bodoh.
now semua dah ada hala tuju hidup masing-masing. makin berjaya dan berjaya. InsyaAllah.
serius aku agak terkejut dengan keadaan sekarang. ala-ala culture shock gitu haa.
ye la cukture shock dengan umur sendiri. =.='

tambah-tambah tengok kawan-kawan yang ramai dah kahwin. serius aku rasa macam 'damn hang kahwin awal dari aku! '
rasa macam anak dara tua je.hahhaha.
tapi well tu kan jodoh dorang. instead of that, i'm really happy with them.
alhamdulillah dorang dah jumpa soulmate dorang.
aku doakan yang terbaik untuk korang.

jap aku terpikir, macam  ni ke perasaan perempuan yang berumur late 20's? rasa macam sedih sebab tengok kawan-kawan semua dah kahwin?
perghhh! aku baru early 20's ok tapi dah rasa sedih-sedih tengok kawan-kawan dah kahwin.
apa kejadah aku ni? hahaha. serius gelong.

tahun depan umur aku dah 22 tahun.
weyh!!! 22 dah weyhhh!
tapi tu la. nampak tak macam 22.
hati maintain muda, berbunga-bunga bagai.


Tuesday, December 27, 2011

surprise surprise!


berkenaan dengan tajuk entry kali ni, 'surprise surprise!', ye aku telah dikejutkan dengan kejutan yang tak disangka-sangka sama sekali. *dah nama pun surprise,tau pulak hang Laila orang nak buat surprise kat hang =.='*

 cerita dia macam ni, aku dan 4 orang lagi kawan course aku dapat mesej dari Presiden kitaorang, ada meeting untuk bincang pasal projek-projek sem depan dan dinner disediakan sekali. dengar kata ada dinner laju je la aku nak pegi. dah la tak nak kena bayar pun dinner tu. dengan sloppy nye,muka lapar nak makan je,aku pun pergi je la.
dah separuh jalan baru aku teringat yang Fara suruh call dia, sebab dia habeh kelas BI pukul 8 malam,so dia kata dia nak tumpang sekali. *note=aku sama kelas BI dengan Fara tapi aku ponteng.hehehe* so bila aku call dia kata dia dah sampai kat Dataran Mikrob. dah parking keta semua, aku heran tetiba ada sekumpulan perempuan dan laki. apa kejadah dorang buat kat tempat aku ni malam-malam? tak pa biarkan,memang tak fikir sebab tiba-tiba Fara berlari-lari ke kitaorang. takut katanya sebab Ziela tak sampai lagi,dia sorang-sorang. berdegup kencang ok jantung dia,aku rasa macam nak terkeluar je.
walaupun aku agak pelik, asal si Fara ni nak takut padahal kan ada ja 1 kumpulan tu. tapi aku layankan je dah sebab dia punya la takut. malas nak tanya lebih-lebih. dah sampai kat Dataran, aku pelik eh kenapa ada meja,kerusi kat tengah-tengah ni? eh kenapa ada belon? 1 kumpulan tu nak sambut birthday orang ke?
seriously banyak gila persoalan di minda. tiba-tiba ada orang keluar bawa kek dengan lilin yang menyala, sambil nyanyi lagu. dan aku.... ok aku dan 3 orang kawan aku still blur. what the heck is happen right now? aku tengok Amni,'eh birthday Amni ke?' dah sampai ke meja tu, aku terkejut. ooooookkkkkkk! surprise farewell party rupanya. Ya Allah! terkejut kamek! nah layan gambar dulu, nanti aku sambung balik.


based on gambar kat atas pun dah tau, aku yang paling excited potong kek dan tiup lilin. hahhaa. weyh dah lama craving nak makan kek. sekali sebijik nah kau depan mata. tunggu lagi.


 cubaan Kak Zie nak buat effect belon tiba-tiba jatuh dari udara tidak berjaya.
tengok froggy, teringat Tiqa. hehehe.

 dengan masterminds disebalik semua ini.

surprise farewell party for 4 of us. :')

 geng borneo. ok aku sorang je dari semenanjung, tapi dorang dah bagi pengiktirafan darjat kebesaran kat aku  untuk jadi orang borneo. dari Kalimantan kata dorang. =.='

 half of my coursemates. ada yang ada hal tak dapat datang. 

dengan Ketua Makanan. slurrpp!


sebenarnya aku menangis malam tu lepas surprise ni. sangat sedih! terharu aku. tak sangka dorang sanggup plan macam ni, habiskan duit tanpa minta duit sesen pun dari kitaorang. sayang korang ketat-ketat weyh!!! nak tau, PA aku - Dr Lee pun bersubahat sekali. cuma malam tu dia tak dapat datang sebab tak ada babysitter nak jaga baby dia. :') korang memang TERBAIK! <3

Thursday, December 15, 2011

the first show ever.

uishhhh. dah bersawang rupanya blog ni. *ambil duster buang sawang*
super duper busy nowadays, nak uruskan tu,uruskan ni. urghhh! pening.
now dah minggu 13, means ada lagi 1 minggu before ke study week and the final!!!! *buat-buat terkejut*
benda yang aku nak cerita ni sebenarnya dah beberapa minggu lepas terjadi. tapi baru free sekarang sebab banyak kelas dah habeh,lab dah habeh. just nak siapkan lab report and habiskan sisa-sisa test yang tertinggal. 
few weeks back, team gamelan dapat offer buat show kat UITM Puncak Alam sempena Majlis Anugerah Dekan Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran kalau tak silap. first time buat show kat luar, and first time aku menjalankan peranan sebagai pengurus. erkkk! nervous jie! standard la kalau ada dugaan kan, tapi disebabkan ada yang membantu, Alhamdulillah semua dapat settle dengan mudah. thanks alot to them.

tengok gambar dah la ea, malas nak taip panjang-panjang. hahaha. keji tak perangai?



ni masa baru sampai, rehersal time. discuss with the director of the program, Puan Azzah. comel dan pandai masak. eh?

show waktu tu bawa 6 orang je pemain. jimat.

rehearsal time! *motif tiba-tiba happy?*


pagi nak buat show tu kena gerak awal, sebab kena ada kat sana by 8.30 am. tapi yang paling best ada yang bangun lambat. dia je lupa nak kejutkan. kira halal je tak mandi pagi sebab malam sebelum tu dia dah mandi. nama dia S bukan nama sebenar.hahahah!

show time! *motif lagi sekali,asal nak happy ni?*

after the show. Alhamdulillah semua berjalan lancar. bak kata pepatah,'bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.'

dengan orang-orang kuat majlis tu.


dalam tentatif sepatutnya habis pukul 1, dah cakap kat abang van suruh datang ambil pukul 1. sekali before 11 dah habis. merasa la jadi guard kat situ. =.=' apa-apa pun show ni paling best! awesome experience yang susah nak dapat. main tanpa henti masa pemberian anugerah dekan untuk 300 pelajar. kau bayangkan dengan cara aku duduk bila aku main, memang ankle sakit lepas main,kebas-kebas semua. tapi tak ada hal punya. sebab dapat duit. eh?