Sunday, January 18, 2015

Hari Jubah

Assalamualaikum wbt..
berbulan-bulan sudah aku tak update blog ni.
kemain pemalas! habis study habis la blog ni.hamboihhh kemainnn.
banyak benda nak update, tapi malas nak menaip la. taip sikit je lenguh jari.apa hal?
hahahahaha.

yang lain-lain tu kita ignore kan dulu, aku nak update yang paling penting.
iaitu.... hari konvokesyen aku! atau orang la ni panggil, hari jubah.
16 Oktober 2014, secara rasminya aku bergelar sebagai Alumni UM.
Alhamdulillah tamat sudah pelajaran formal aku sampai ke peringkat tinggi ni.
nak sambung lagi ke peringkat lebih tinggi, in shaa allah ada dalam perancangan tapi bukan dalam waktu terdekat ni.
sebab aku nak keja dulu, duit ptptn pun tak bayar lagi. so nak sambung belajar kalau boleh nak guna duit sendiri la.
takpa yang tu plan lain. hahahaha

aku datang UM sehari awal dari tarikh rehearsal lepas tu aku stay seminggu jugak la.
aku sewa bilik kat kolej kediaman aku dulu. alhamdulillah ada bilik kosong. so aku sewa sehari rm10. murah la tu kan. aku sorang ja pun yang duduk.
aku ingatkan rehearsal macam rehearsal time aku sekolah dulu. sorang-sorang kena naik stage praktis ambil hadiah
rupa-rupanya bagi briefing je pun. nak dekat pukul 11 dah habeh dah pun.
lepas tu pergi merayap la. hahaha
time kat luar tu ramai pakat buat pre-convo photoshoot. tapi jubah aku ada kat Boboy sebab dia tolong ambilkan
dannn aku macam tak ada la excited sangat nak pakai buat pre-convo bagai la
aku pakai jubah tu pun time konvo la.

dengan anak-anak pompuan tapi kurang sorang.huhu

Dengan Geng Batu. kurang dua orang rasanya.





plan asal aku, aku nak stay dengan parents aku bila depa sampai KL
tapi dah bertolak pun pukul 7 petang, sampai tengah malam, memang tak ada la aku nak peginya
sebab aku kena berkumpul 7.30 pagi keesokkannya
parents takpa sampai lambat pun
so aku decide aku tido kat bilik sewa aku tu je la, pagi tu suruh Boboy ambil aku

yang lawaknya aku dah bangun awal, tapi saja buat-buat bersiap lambat
sekali Boboy whatsapp kata dah sampai
time tu pukul 7 pun belum lagi
aku punya la kelam kabut tapi sempat la mekap-mekap
hahahha
pastu Boboy whatsapp sekali lagi, "uitt kau nak ke jalan jauh??"
terus cepat-cepat aku pakai tudung. hahaha
ye la parking konpem penuh, tak nak la parking jauh-jauh nanti kena jalan penat weyh
so aku dengan pegang jubah, bawak beg, makanan untuk si Boboy lagi
penuh tangan aku. masuk-masuk keta ja aku kata kat Boboy,
"memang patut la aku jadi mak, bekalan makanan semua aku bawak"
selamba ja Boboy kata," ha ah memang patut pun" -,-'
dia makan kenyang je, last-last aku yang tak makan sebab takut sakit perut!
dah pakai jubah besar gedabak tu nak pi tandas pun aku rasa macam masalah je nak selak-selak bagai.hahahah
lepas tu hadap la aku tahan nak buang air kecil sampai habis majlis. aku berdoa aku tak kena batu karang.amin!

aku punya seat kat Block D. okay semua ada 4 Blocks.
Geng anak-anak aku tu semua kat Block C sebab depa satu course kan. so aku tercampak la jauh sikit
so dah sampai turn untuk aku bangun pergi beratur
bangun-bangun aku tak ingat sapa yang dok belakang aku panggil-panggil aku.
sempat la aku babai, muka tengah excited nak naik stage hengkoooo!
pastu jalan antara Block C dan Block D, geng anak-anak aku dan coursemates depa dok panggil, Laila! Laila!
time tu dah kena cepat-cepat kan. sempat la aku babai and sengih-sengih macam kerang busuk
excited nak naik stage hengkoooo! (again)
dah naik stage tengah tunggu turn, Bambang pulak jerit, Laila!
sempat aku pusing tengok babai2 sedas.
tempat dia dekat dengan stage.
eh rasa macam retis pulak aku time tu. punya la excited sengih, gambar on stage pun dah macam apa dah. ceh

dengan coursemates time dalam dewan
aku bersyukur jugak aku kena sesi pagi. sebab tiap-tiap petang selalu hujan
tapi panas nya Masya Allah, memang cari tempat aircond ja aku hari tu
yang kawan-kawan pakat dok call tanya aku ada kat mana, nak jumpa tangkap gambar semua
time tu aku tengah busy makan dengan parents aku dan Inche T. sebab parents aku tak nak la tunggu lama-lama sebab petang tu depa nak gerak balik dah.
dah settle makan hantar parents aku balik, aku pegi balik DTC cari balik kawan-kawan aku tu
dah jumpa tangkap gambar bagai, terus lari pegi tempat ada aircond. rehat-rehat situ
hahahahha dengan kaki aku dah melecet kat belakang tu almaklum la pakai kasut baru khennnn.
memang malas la aku nak jalan-jalan
siap junior aku dok ulang-ulang call pun aku suruh datang kat tempat aku rehat
kuangajaq punya senior. hahahha
sory untuk junior-junior yang lain yang gigih buat banner semua tu
akak tak tau hangpa ada kat mana time tu
nasib baik sehari sebelum tu dah jumpa. hehehehehe

plan awalnya nak buat photoshoot dengan Syiqeen, Boboy T kat somewhere la
tapi masing-masing dah penat dan panas kan
cancel je la. on the way nak pegi kereta, lalu depan Jabatan Kimia ada lagi depa serve makanan untuk majlis tengah hari tu.
majlis untuk budak-budak dekan and graduates tapi aku tak pegi pun.whahahaha
tengok ada makanan lagi, pegi la singgah nak minum air. haus gilos kot.
aku dan Syiqeen dok pakai lagi jubah, so kira kalau pegi makan pun orang tak kata apa la.whahahaha
balik bilik, terus tido sampai la nak masuk asar. teruk betoi. penat sangat weyh ditambah dengan panas kan. badan dehydrated.
malam tu lepas je maghrib terus keluar pegi tengok UM Mocktrial kat Auditorium API.
tahun lepas tengok, tahun ni pun tengok. memang best weyh! rasa macam nak tengok tiap-tiap tahun!
tapi bagi aku yang tahun ni punya kureng sikit la berbanding tahun lepas.
tahun lepas punya memang sakit rahang aku gelak! serius enjoy dan best!

gambar dengan geng gediks ni kena ada. barulah namanya meraikan kebahagiaan bersama-sama

akhir kata, (cehhh tiba-tiba akhir kata)
hari yang aku tunggu dah pun sampai.
dari first year aku tunggu. aku tengok senior-senior aku pakat pakai jubah, mortar board, aku rasa sebak gila. aku pasti memang time turn aku, aku akan nangis.
memang nangis weyh! rasa sebak memang dah ada lama dah. dok dalam dewan time tunggu turn, boleh pulak depa nyanyi lagu pasal parents kan, aku tak ingat plak tajuk.
berair mata aku. tapi kena cover la takut orang nampak. hahahaha.
keluar dewan jumpa mak dan abah, peluk depa, nangis terus.
aku rasa macam, akhirnyaaaaa!! aku dah boleh bagi kat mak dan abah ijazah yang depa nanti-nantikan sebelum ni. sebab aku anak yang first dapat ijazah. mesti la depa happy. wpon aku bukan first class degree punya, tapi aku still happy dapat habeskan juga study dalam UM.
UM kot, exam bapak susah gila. tambah-tambah course aku ni, budak medic pun repeat banyak kali amek subjek microb, bahkan aku ni haaa. alhamdulillah dengan keputusan aku yang still boleh dibanggakan. hehehe.
okay sampai disini aja. bye!

Abah dan Mak! :)

1 comment:

Wak Lat said...

Salam. Hee tahniahnya. Mana the boss . ;p