Sunday, January 18, 2015

Pilih Kasih

Assalamualaikum wbt..

aku taip-taip je entry tapi tak reti nak post. whahahahaha. tak ada apa pun yang penting just tiba-tiba teringat pasal something yang happened kat aku few months back.
tak payah la nak cerita detail tapi bila benda ni terjadi, lama jugak la aku pikir kenapa jadi macam ni?
kenapa? kenapa? kenapaaaaa???

as we know, things happen for a reason kan? (speaking hengkooo!) hahaha. dah bila benda tu jadi kat aku, penat aku pikir, sampai selalu jadi emosional and moody. which is not good la kan.
then aku cerita kat sorang kawan aku ni, tapi aku tak rasa dia paham apa yang aku rasa. 
so aku terbuka cerita kat sorang lagi kawan aku ni.
yang terkejutnya, dia alami benda yang sama aku alami pada waktu tu. at the same time! terkejut sangat. so kitaorang bincang, cakap-cakap and then aku jadi sangat relieved dan happy!


and then time minggu konvo, aku jumpa kawan aku lagi sekali. then kitaorang cakap-cakap, bincang semua sampai tiba-tiba aku terpikir. hikmah untuk apa yang jadi kat kami ni adalah satu,
Jangan fokus kat sorang sahaja!

maksudnya macam kau rapat satu geng, tapi kau punya tumpuan kat sorang tu je dalam geng tu. so jadi macam tak adil la kan untuk ahli geng yang lain. yang mana kawan-kawan kau yang lain pun ada untuk kau dan pernah buat good deeds untuk kau. tapi kau tak pernah nak nampak apa yang kawan-kawan kau yang lain tu buat. kau asyik nak fokus kat sorang tu je. 

so bila ada something happened, orang yang kau fokus kan sangat-sangat tu, tiba-tiba beralih arah dan tinggalkan kau terkontang-kanting ( second time aku alami macam ni hahaha). kau mesti macam tertanya-tanya dan pelik. whyyyy??? walaupun sebanyak mana kau berusaha nak rapat and get back macam dulu balik, tapi still dia tak kisah pun pasal kau. so end up you will give up and hurt.
menzalimi diri sendiri (petik ayat Syud) padahal kau ada banyak lagi kawan yang appreciate kau. ingat tuuuu! dan jangan rasa tak suka atau benda-benda negatif la pasal someone, mana tahu end up dia la yang ada waktu kau susah dan senang dan rapat dengan kau sekarang. 

sebab benda yang buat aku tiba-tiba terpikir pasal ni adalah bila aku kena datang untuk interview keja (aku tak dapat keja tu hehehe), aku stay kat rumah kawan aku sorang ni, yang mana aku jarang gila contact dia since habis matrik. ye la dah jumpa kawan baru kan. apa ada hal kawan lama. please don't be like this! after interview aku kena pegi kat Abah aku yang stay kat Kg Baru tapi aku tak tau nak pegi macam mana dengan naik LRT/Monorail bagai. at first dia bagi guide je, lastly dia teman aku rempuh hujan lebat dengan tiba-tiba macam salah turun stesen LRT je nak naik monorail. lepas tu jalan sama-sama pegi tempat Abah aku tu dengan hujan. memang terharu weyh! mula la terpikir aku tak pernah nak ambil kisah pasal dia lepas habis matrik. insaf terus.


untuk peringatan kepada diri aku sendiri dan uols yang baca benda ni, jangan jadi macam aku. layan semua orang sama rata dan adil. BFF ke apa ke tak salah pun ada, aku pun ada jugak tapi make sure jangan terus lupa kawan-kawan yang lain. jangan nak tolong kawan rapat kau jeee orang lain tak nak. ke kau sorang je anggap kawan rapat feeling dalam-dalam sanggup bersusah payah untuk kau tapi on the other side tak ada pun. jangan perasan ea. hahaha

p/s: dah berapa bulan taip entry ni tapi baru reti nak post. kbai! hahahaha

No comments: