Thursday, April 21, 2011

game yang tak pernah tua.

masa dalam kelas Introduction to Earth Systems hari tu kan, aku tertiba-tiba teringat game yang aku suka main masa sekolah rendah dulu *perghh nampak sangat kantoi tak fokus dalam kelas*.
nak tau aku suka main game apa? haa aku suka main game Hercules. hahaha. gelak kuat lagi. entah pape la main game Hercules. tapi best kot.


bila tengah lawan dengan burung gagak ke, kena langgar dengan orang kayu ke kan kalau kita tak boleh lawan, asyik kena langgar ke apa ke, nanti ada la suara keluar konon-konon bagi semangat la. suara tu akan cakap, "hey! what are you doing?? concentrate!" lepas tu kan kalau kita dapat atasi halangan ke apa ke, nanti dia cakap la, " well done!" atau "excellente!". dan lagi satu suara tu sangat bising bila kau dah masuk level 2. hingaq gila bak kata orang Penang. asyik dok berletiaq ja. sabor ja la =.=' tapi aku main tak pernah dapat masuk sampai level 4 dan seterusnya. selalu tersekat kat level 3. hehehe.


gila kenangan game tu. lepas tu kan aku suka main game Mario. ala yang muka dia macam duta Mister Potato tu. misai tebal,pakai topi merah, muka penyek-penyek sikit tu. sapa yang tak pernah main game Mario ni kan? kalau ada sila benam diri sendiri dalam tanah. =p dulu-dulu kan main game pakai tape kan. memang best la. aku sanggup bangun awal pagi nak main game tu dulu sebelum abang aku bangun dan buat rampasan kuasa. tskk! gila kejam.


serius tu semua kenangan yang best. tiba-tiba rasa nak jadi kecik balik. boleh tak?? *buat muka comel*

No comments: