Wednesday, September 14, 2011

untuk awak.... Tiqa!

eh kamu! ye..... kamu la. si NOOR ATIQAH ABDULLAH.
dah tua yek kamu. tengok muka kamu,sepatutnya kamu lagi tua dari saya dan Dot.
tapi umur kamu berbeza sebulan dari kami berdua. apedehel la kan?

seperti yang dijanjikan, tahun lepas aku lupa nak buat entry masa birthday dia. kawan-kawan aku yang lain semua aku dah buat. hikhik. sorry.
so nak tunaikan janji,tahun ni kena buat dua la kan. tak pa,tak pa. aku tak busy lagi minggu ni sebab biasa lah kelas baru start. boleh la relax-relax, buat persediaan mental dulu kan.

aku kenal Tiqa waktu PST. means betul-betul kenal la sebab satu praktikum dengan dia. masa PDT dulu sebenarnya dah kenal,kenal muka ja la. tapi tak tau nama. biasalah. aku memang jenis macam tu. muka kenal,nama tak tau.

mula-mula aku risau gak. boleh masuk ke tak dengan Tiqa ni. sebab nampak dia macam garang je kan. nampak je macam garang. tapi tak ada maknanya. aku lagi garang okaii. semua yang jahat-jahat pass kat aku. hohoho.

then, dah dalam kelas tu,yang budak ex-PDT aku,Dot dan Tiqa je. means kami ni sahaja yang sama umur. yang lain semua adik-adik la kiranya. so mestilah rapat kan. sampai Ina gelarkan kami 'Kakak Tiga Serangkai' =.=' ye la dikkkk.

dah lama kenal,tiap-tiap hari jumpa, kalau tak ngam jugak tak tau la kan. siap ada telepathy jugak tu. kadang-kadang je la. tapi bagusnya pasal Tiqa,dia suka bagi nasihat dan aku suka setiap ayat yang keluar dari mulut dia atau dari hasil jari dia menaip *komen kat FB,Twitter la maksudnya* penggunaan words dia tu sangat bagus. hasil baca novel banyak.

hah sebut pasal novel, aku dan dia sama-sama gila novel tapi dia paling banyak beli novel dari aku. dan Tiqa! terima kasih sebab kenalkan Azril Mustaufi kat aku. disebabkan kau, aku suka dia. dan happily everafter akhirnya kami. *kehkeh*

kau suka gaduh dengan aku. oh bukan-bukan! aku suka carik gaduh dengan kau, *bukan gaduh tumbuk-tumbuk,caci maki semua tu yek* aku suka usik-usik kau. ala apa orang kata? gurau-gurau manja. hah yang tu la. mintak maaf kalau terasa yek. aku gurau-gurau je. suka tengok kau marah. hahaha. *gila jahat kan*
 walaupun kau ambil Mohamad Firas Adam dari aku,  tapi tak pe. aku ok je.*terpaksa mengalah je sebenarnya* sebab aku dah ada Taufik. ngehngeh. 

then aku ingat lagi,kau hampir-hampir merajuk dan nak sentap dengan aku sebab aku tak bagitau kau aku masuk hospital sebab operate mata kan. dekat sapa pun aku tak cakap sebenarnya. sebab ala sikit je benda yang aku operate tu. tak kena tahan wad pun. hari tu jugak aku balik. sebab tu la aku berdiam diri. hik.

aku tahu kau baru hadapi dugaan past few months, tapi aku tahu kau kuat Tiqa! macam mana kau bagi kekuatan kat aku bila aku ada masalah,macam tu la aku nak bagi kekuatan untuk kau jugak bila kau ada masalah. anything kau boleh rely on me. kau tahu nombor handphone aku tak pernah bertukar,sentiasa on, mungkin kadang-kadang silent mode je. biasalah orang solo,handphone jarang bunyi,letak merata je handphone. *ehh??* tapi kau tau mana nak cari aku kan kalau kau ada masalah? aku akan sentiasa ada untuk kau. jangan risau.

macam yang kau pernah kata, "aku tak nak jadi kawan kau waktu senang je" buat aku sangat-sangat terfikir yang aku sangat beruntung dapat kawan macam kau. dan aku bersyukur sangat-sangat, kawan-kawan aku semua baik-baik,ambil berat pasal aku dan terima aku seadanya. terima kasih kawan-kawan! 


  selepas setahun tidak ketemu. =))

























1 comment:

tiqa ab said...

lailaaaa. thnx syg! thnx sgt!!! eh,asl ko kate muka aku lg tua dr ko n dot? OMO!!!! actually aku pon xpenah sgka i'll be this close with you. sbb tu nme ko kat blog aku laila never thought! xpernah sgka aku akn syg ko shbtku! huhuhu. yeaah!! aku mksudkan sumer kata2 aku kat ko. it comes from my heart. ok! kita kwn susah n sng. ape2,i'll let u know ok? just pray for me and our friendship! xsbr nk tggu 2nd entry. heheheh. mmmuuuaaahhh! kamsahamnida!!! :)