Friday, December 28, 2012

Negara K - Everland

[ entry ni ada banyak gambar, mohon tabah nak scroll sampai bawah ye]

ok nak sambung balik pasal Korea. sory tertangguh lamaaaaaaaaa gila. hehee.
time ni kitaorang pegi amusement park - Everland.
sebenarnya kitaorang ( budak-budak Inha + budak-budak UOS ) plan nak pergi Lotte World.
lepas check website Lotte World, harga tiket tak ada pun untuk student price punya. 
so Erica kata jom la pergi Everland. cantik tempat dia sebab  parents dia dah pernah pergi kan.

lepas check kat website Everland, wow!
kebetulan time tu baru masuk spring, ada Tulip Festival.
aku ni dah memang suka tulip, memang menggedik la nak pergi tengok bunga-bunga tulip ni.
lepas tu try tanya kat Eida kita tukar plan nak tak?
suruh dia cuba cakap kat budak-budak Inha lain.
Alhamdulillah dorang nak pergi Everland. yay!



sama-sama belajar kat UM, tapi datang Korea terpisah pulak.

parade

something like Juggler kot. tak ingat nama!

taman tulip. wow!



so plan punya plan.... kitaorang decide nak gerak awal.
pegi amusement park kena gerak awal. rugi kalau sampai lambat.
bangun awal, masak untuk bawa bekal.
naik subway turun kat Jamsil
tukar naik bas 5800 kalau tak silap. bas ni direct ke Everland.
aku tak ingat kena bayar ke tak, tapi rasanya free. hehehe
almost 1 hour jugak la perjalanannya nak sampai sana.
sampai dalam pukul 10 pagi atau awal lagi la.
dah sampai, bas parking, then kena amek shuttle bus untuk pergi ke Everland.
dalam 5 minit macam tu la tapi kalau jalan mau gak nak dekat setengah jam.
sampai kat depan Everland, umakaih! banyak gila orang.
padahal kitaorang pergi time weekdays kot!
setahu aku tak ada pulak cuti umum time tu. alahai....



time ni naik gondola turun ke bawah. gondola ni serius lembap! kat depan tu adalah T-Express rollercoaster.

before nak masuk 4D punya ride. aku tak ingat nama buat kesekian kalinya.


pintu masuk

tulip tulip!!!

kat bahagian depan, masa mula-mula masuk. nampak tak betapa ramai manusia kat situ.

walaupun ramai orang, tapi sebab kawasan Everland tu seriously punya besar,
so tak ada la kena beratur lama sangat.
cuma tang T-express rollercoaster tu la kena beratur almost sejam!
tapi berbaloi - baloi la sebab lepas tu memang kau tak rasa nak naik lagi dah benda tu

ok info pasal T-Express ni kan.
waktu berjalan-jalan dalam tu,
Erica kata,"di Korea, ada satu rollercoaster yang paling curam di dunia"
lepas dah balik dorm malam tu,
rupa-rupanya rollercoaster T-Express  yang kitaorang naik itu ada lah
THE WORLD'S STEEPEST WOODEN ROLLERCOASTER ! (-.-')

memang gila! tu ada lah pertama kali aku naik rollercoaster, tapi terus naik yang world's steepest rollercoaster terus. kau mampu??
hahahhahaa. tapi masa tengah beratur tu, banyak la signboard instruction before naik atas.
buat senaman kepala. memang berulang-ulang kali aku buat walaupun aku tak tau time tu
mesti ada sebab kenapa dorang letak kan signboard tu? hehe.
so lepas naik tak ada la sakit sangat tengkuk.









masa naik T-Express tu,
masa mula-mula memang ok la kan
dah dia start menjunam ke bawah, aku tak tau nak buat posisi kepala aku macam mana!
memang aku kena mendongak je!
dan mata tak boleh bukak sebab terlalu laju.!
walaupun Fara disebelah paksa suruh buka mata, aku menjerit-jerit," tak boleh buka!"
tak memang menjerit bersungguh-sungguh aku time tu.
ke memang semua rides aku menjerit?? hahaha
release tension kot! serius best menjerit,
orang tak heran pun kalau kau menjerit kuat-kuat kat sini. hahahahaha













masa kat sana, memang kami naik semua rides yang adventure gila la.
tak main la yang biasa-biasa punya.
punya la berlagak kan. hahaha
tapi ikut standard umur dan kekuatan jantung la kan.
memang aku naik semua yang gila punya adventure, non stop
sampai yang rollercoaster X-trail tu aku tak dapat naik sebab denyutan jantung aku macam tak stabil.
hahahaha. lame excuse! :P

dari siang sampai ke malam, sampai most rides dah nak tutup, around 8 malam
baru kitaorang gerak balik.
actually dia buka 24 jam,
oh pasal tiket kan.
kitaorang beli 1 Day Pass - 40k won
tapi sebab kitaorang ada student card, so tiket hanya berharga - 29k won.
ada jugak 2 Days Pass, so sapa yang rasa tak cukup nak jelajah Everland satu hari je, boleh la beli  tiket tu.
so apa2 hal better pergi awal, sebab tempat dia sangat besar! penat hoih!
 time tu Spring sejuk gila, tapi masa kat Everland ni agak panas, dan aku berpeluh sedikit! yay!
tapi tak ada la panas nak meninggal macam kat Malaysia kan.
panas yang kau boleh tadah muka bawah matahari ala-ala macam dalam iklan la kan.

Amazon Express

tengah tunggu bas merah 5800 kat Jamsil


naik-naik bas je terus makan. nampak sangat lapar sebab keluar awal. haha


patung tu agak sexy. hihihi








terkejut! nama aku pun famous gak kat sana. hahaha



masuk dalam ni, memang enjoy gila. sebab pekerja-pekerja kat sini pun
ramah dan sangat mesra alam.
tiap kali nak naik rides dorang ada buat gesture tangan, dua-dua tangan diorang lambai dan sentiasa tersenyum
tak macam kat Malaysia, penat sikit je muka nak ketat macam asam jeruk!



masa tengah beratur untuk T-Express. <3 br="br">

time ni kitaorang dua je yang naik. gigih cari rollercoaster ni dalam map tau tak. almaklum la tempat besar.

wuuuuuu!

sapa-sapa pompuan yang tetiba ter'period' time kat sana, boleh beli pad kat situ. siap ada vending machine lagi okay. bagus.






tiap kali datang tempat-tempat macam ni, jangan lupa ambil map ye. agar tak sesat.











time malam. cantik je bunga tulip tu keluar cahaya!




tengok dalam map pun dah boleh agak besar ke tak tempat ni.
so daripada Jamsil, kitaorang naik bas je balik UOS.
nampak tak kat sini kitaorang dah semakin pandai guna bas kat sini. selalu naik subway je. hahaha
sebenarnya lagi dekat naik bas dan lagi murah.
kalau naik subway kena transfer line, malas, dah la penat. huhuhu

another info - disebabkan Korea ni negara 4 musim,
so setiap musim akan ada theme dia tersendiri untuk setiap amusement park.
so disebabkan aku pergi time Spring, so ada la Tulip Festival.
kalau musim lain, tema lain pulak. hah macam tu la.

kalau nak pergi mana-mana sila bawak bekal,
tak pun sediakan duit yang banyak sebab susah nak cari makanan jugak satu hal, dan sangat mahal.
so better prepare ye.


Wednesday, December 12, 2012

12/12/12



baru sedar. hahaha.
dan hari ni aku berdoa benda baik berlaku.
most memorable one. tak kisah la apa pun.
so i hope you guys enjoy this day. make it memorable then.
(^^)/

Saturday, October 6, 2012

Everything seems back to normal... or not?

Assalamualaikum!
tudiaaaa! baru nak update kan blog ni. gila berhabuk.
tiap-tiap hari aku buka blogspot ni. tapi baca blog orang je la. tak ada mood nak update.
so sekarang ni tengah ada mood. mari kita kasi update ini blog.

now dah masuk semester baru. back in UM.
yeah! semua dah kembali normal. mungkin ada something yang berubah.
ok chase it out.
mana boleh ada pelangi sepanjang masa kan. mesti la kena ada hujan ribut petir semua tu.
tapi malas nak fikir. hehehehe.

disebabkan aku tak cukup syarat nak buat FYP stands for Final Year Project,
so aku masuk 3rd Year tanpa buat FYP. yay! =.='
tapi InsyaAllah aku akan buat tahun depan. time 4th Year nanti.
tapi.... walaupun.... aku tak buat FYP tapi aku rasa aku busy gak.
walaupun tak banyak lab macam masa aku 2nd year dulu.
tapi sebab dah makin advance, so experiment yang kitaorang buat tu almost tiap-tiap hari kena check.
kalau dapat lecturer yang kata,"ok extended lab hari sabtu, tak payah la asyik nak balik rumah je, korang tu dah 3rd year, berkorban la sikit - Dr K (bukan nama sebenar) "
memang kau kena berkorban sampai kakak bertunang pun tak boleh balik padahal lecturer yang cakap tu tak datang pun waktu extended lab tu. phewwww!

oh post dulu aku ada cakap nak upload gambar-gambar time aku jadi buddy kan?
tapi tu la. aku tak pilih lagi gambar mana yang aku nak letak. hahahaha.
so entry ni akan kosong.. kosong.. kosong.. tanpa gambar.

Minggu ni ada Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2012
banyak senior aku grad tahun ni.
jenuh kena sediakan hadiah. tapi tak pa. happy kot tengok dorang grad tapi sedih la sebab dah tak ada dorang. T.T
penat la jugak ulang alik dari DTC ke kelas. nasib baik kelas kat PASUM.
dekat sangat la bila tengah happy-happy tangkap gambar dengan senior yang konvo, lepas tu kawan hantar mesej cakap kelas hari tu ada kuiz, baru je plan nak ponteng, terus berlari-lari pegi kelas kat bangunan depan tu je. 
bila aku tengok balik gambar-gambar masa konvo tu, aku rasa kitaorang yang paling excited dari senior-senior yang grad. hahaha. yeah! happy for them sangat!!! tapi memang betul! tak sabar nak tunggu turn aku!
aku rasa FESKUM tahun ni macam kureng  sikit la. tak semeriah macam dulu. mungkin gerai-gerai tak best kot. haha
dengan Kak Salma. Mantan pengurus Gamelan. 

dengan senior-senior Mikrob. yang ni je la yang aku dan Amni rapat. hehee. of course la dengan buddy-buddy kitaorang. heeee

dengan Wady. senior 8th College plus mantan Naib Pengerusi Program JKKK. Korea habeh kan mamat ni? muahaha.

ni aku Ieka dan Ikin prepare hadiah untuk senior-senior kitaorang yang rapat. abaikan paper bag Victoria's Secret tu.



senior-senior gamelan! excited pulak nak pegang bunga. almaklum la tak pernah dapat. :D sekarang kitaorang pulak senior-senior gamelan yang tiada pelapis. oh mai!

Naddy dan Abe Kam senior gamelan. sempoi gila!

abe kammy.

eh terselit pulak! ni gambar dengan coursemates lepas habis lab Dr. K bukan nama sebenar. semua orang akan automatik rasa tension bila masuk kelas dia. ni kira sesi makan berjemaah tak hengat dunia dengan budak- budak JPA mengurangkan sedikit duit JPA dorang untuk membelanja kitaorang. heee suka sangat perut saya! hahaha. Allah murahkan rezeki korang.

patang dan ayinge

liek seriouslayyyy aku nak bear besar ni atau yang lagi besar time aku konvo nanti!

dengan buddy masing-masing. best gila konvo! dorang ni semua sambung master. so Insyallah kitaorang akan grad sama2 jugak dua tahun lagi. nice kannn? hehe

Kak Haziqah! buddy kuuuuu! cantik sangat la.... dah la pandai. i loike!

Hafeez aka Ketua Biro aku dulu. hehe.

ni senior-senior Mikrob jugak. sebelah kiri aku tu Abg Razman, the diligent guy ever. tak pernah tak dapat Dean's List. dan sekarang dia tengah sambung PhD rasanya. Double COngrats! oh yang lagi sorang tu Abg Luqman. dengar kata masuk majalah Cleo untuk ruangan Eligible Bachelor. bangga nya I dapat senior model gituuuu. ahaks

ni hadiah untuk Oppa aku! jauh ni datang hadiah ni. dari korea. hahahaha

dengan my Big Bro! Syukri Oppa! the best ever senior aka Bro i ever have! he's graduated with 1st Class Honour. bangga gila weyh!!! tapi he's decided not to further his study eventhough he can straight make a PhD. muak baca buku katanya.

Sunday, July 29, 2012

sebulan lepas punya cerita

sebulan lebih tak update blog. niceeeeeeee!
lepas balik Malaysia terus senyap ye.
banyak benda aku buat,
ulang-alik UM la jadi buddy untuk summer program budak-budak Korea tu
nanti aku cerita lain sebab mood tengah sedih dorang dah balik + tak ada gambar yang best-best
tengah mintak kat Wooyoung sekarang. mintak2 cepat sikit dia hantar. :D

ok i'm safely landed Malaysia around 3.30 pm.
supposed 2.30 pm tapi sebab cuaca tak best, so lama la sikit ambil masa nya
sikit-sikit turbulence, sikit-sikit turbulence memang la aku pakai safety belt tak buka dah.
rasakan dok dalam flight sampai 7 jam dan aku rasa lama sangat masa berlalu
berapa kali dah tertidur. penat oih

sehari sebelum balik tu memang busy. busy berjalan
habis exam pagi tu, balik bilik, kemas katil, then pulang balik kunci bilik
terus gerak pegi Myeongdong. shopping kali terakhir
ingat nak pegi Namsan Tower tapi tetiba rasa malas. kesian kat Fara. =(
iye aku tak pergi pun Namsan Tower lagi even aku dok sana 4 bulan. huahuahua
insyaAllah ada rezeki lebih aku pergi lagi. this time nak pegi tempat-tempat yang aku tak sempat pergi
Busan, Jeju-do, etc.
dah ada orang yang boleh jadi tour guide. hik

lepas tu jalan-jalan kat backgate
dinner makan fluffy eggs buat kali terakhir
on the way balik terserempak dengan HyunYoung dan Erica
dorang nak keluar jalan-jalan tapi aku tak dapat ikut sebab baru je pergi tempat yang sama dorang nak pegi tu.
balik bilik, online, solat, start packing.
even aku dah pos barang tapi still banyak barang aku!
aku sumbat je semua dalam luggage besar aku tu sampai nak tutup zip pun kena duduk atas luggage tu dulu!
dan confirm la overweight, lebih sekilo. nasib baik yang jaga kaunter kat Incheon Airport kata tak pa la halalkan je terlebih 1 kg ni. lain kali jangan buat lagi. awwwww~~! sweet!

kotak yang paling besar aku beli.

Fluffy eggs atau kyeran jjim

ok sambung balik
tetiba Erica kata HyunYoung dan Sohyun buddy aku tu nak datang
nak dekat pukul 12 dorang datang. sembang-sembang
dorang bagi gifts untuk kami berempat.
buddy aku bagi stokin Onew!! suka! sebab aku dah cari tapi susah gila nak jumpa
hikhik.
lepas tu sambung balik packing. tetiba lagi Erica kata luggage tak cukup! barang dia banyak lagi tak pack!
then aku kata kena pos la barang-barang tu. cari pulak kotak.
nasib baik Family Mart tutup pukul 2pagi
terus la kalut-kalut packing, turun bawah post
nasib baik aku ingat step macam mana nak guan machine tu dah la totally dalam bahasa Korea. sabor je la.

gift dari HyunYoung

gift dari Sohyun - buddy aku


aku plan macam tak nak tido. tapi takut penat sangat pulak kan.
then around 1.30 am aku tertido
bangun balik 3.15 am. solat. then mandi
ouh subuh sana awal. pukul 3.++ dah masuk. nice kan? :D
bersiap-siap. final packing.
pastu Erica tanya dah gerak dorang belum (Wawa dan Fara)
terus pegi gerak dorang dalam pukul 4 something kot.
ingatkan dorang dah bangun rupa-rupanya belum. sebab dah janji nak gerak pegi airport paling lambat 5.30 am
then lepas siap semua, aku dan Erica turun bawah, angkat barang-barang semua
kawan-kawan Jepun dah tunggu kat bawah. then minta tolong pakcik guard call teksi.
rupa-rupanya semua pemandu teksi tengah mogok la pulak sebab apa tah. nasib baik ada gak pakcik teksi yang tak mogok.
hantar sampai Cheongnyangni Station
naik bas airport dari situ. sebenarnya boleh je naik depan U aku tapi sebab barang banyak then nak kena menapak bagai. so kawan -kawan aku suruh naik teksi jek.

selamat naik bas. fuhh! lega tak terkata.
tertido dalam bas.
sampai airport terus check in.
pegi makan jap kat Lotte Ria sebab flight pukul 9.25 am
dalam 8.30 am terus pegi masuk departure hall.
umangai! jauh betul platform kitaorang!
dengan masa kena check barang dengan security tu,
gochunjang,lotion dengan air mineral kena ambil.
padahal gochunjang tu bukannya liquid. paste. dah la Hyunyoung bagi. sedih je.
pastu berlari-lari pegi ke platform. jauh gilos!
dah selamat naik plane. lega.



Erica

Laila =.='

Mohon lihat luggage aku. fully loaded + crowded. timbang-timbang 31kg!!! hamek!

dengan Wawa. dok dalam flight pun muka berminyak. apa kes?


gambar awan mendung. cuaca tak elok. =(

masa ni dah nak landing. motif apply lipstick? retis sangat.

sampai Malaysia, terus pegi bahagian domesti departure pulak. nak balik Penang
tak ada sapa nak jemput kat LCCT sebab jauh.
so jemput kat airport penang je.
flight pukul 6.05 pm
lepas ambil luggage semua pakat lesap. last-last sekali aku terus je masuk check in luggage
kat Korea tak kena bayarkan luggage overweight, dia kira halal je
tapi kat Malaysia harus la kena bayar. rm20. kira halal gak sudah la.
huhu
then masuk departure hall. solat siap-siap
tunggu masa je. then naik plane.
around 7 pm dah sampai penang. cepat ouh! hahaa

Abang, mak, adik dan anak sedara aku jemput.
lepas tu Kak Oda aku nak belanja makan
Alhamdulillah. rezeki.

Kak Oda dan Mak

Nyumnyum