Wednesday, December 12, 2012

12/12/12



baru sedar. hahaha.
dan hari ni aku berdoa benda baik berlaku.
most memorable one. tak kisah la apa pun.
so i hope you guys enjoy this day. make it memorable then.
(^^)/

Saturday, October 6, 2012

Everything seems back to normal... or not?

Assalamualaikum!
tudiaaaa! baru nak update kan blog ni. gila berhabuk.
tiap-tiap hari aku buka blogspot ni. tapi baca blog orang je la. tak ada mood nak update.
so sekarang ni tengah ada mood. mari kita kasi update ini blog.

now dah masuk semester baru. back in UM.
yeah! semua dah kembali normal. mungkin ada something yang berubah.
ok chase it out.
mana boleh ada pelangi sepanjang masa kan. mesti la kena ada hujan ribut petir semua tu.
tapi malas nak fikir. hehehehe.

disebabkan aku tak cukup syarat nak buat FYP stands for Final Year Project,
so aku masuk 3rd Year tanpa buat FYP. yay! =.='
tapi InsyaAllah aku akan buat tahun depan. time 4th Year nanti.
tapi.... walaupun.... aku tak buat FYP tapi aku rasa aku busy gak.
walaupun tak banyak lab macam masa aku 2nd year dulu.
tapi sebab dah makin advance, so experiment yang kitaorang buat tu almost tiap-tiap hari kena check.
kalau dapat lecturer yang kata,"ok extended lab hari sabtu, tak payah la asyik nak balik rumah je, korang tu dah 3rd year, berkorban la sikit - Dr K (bukan nama sebenar) "
memang kau kena berkorban sampai kakak bertunang pun tak boleh balik padahal lecturer yang cakap tu tak datang pun waktu extended lab tu. phewwww!

oh post dulu aku ada cakap nak upload gambar-gambar time aku jadi buddy kan?
tapi tu la. aku tak pilih lagi gambar mana yang aku nak letak. hahahaha.
so entry ni akan kosong.. kosong.. kosong.. tanpa gambar.

Minggu ni ada Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2012
banyak senior aku grad tahun ni.
jenuh kena sediakan hadiah. tapi tak pa. happy kot tengok dorang grad tapi sedih la sebab dah tak ada dorang. T.T
penat la jugak ulang alik dari DTC ke kelas. nasib baik kelas kat PASUM.
dekat sangat la bila tengah happy-happy tangkap gambar dengan senior yang konvo, lepas tu kawan hantar mesej cakap kelas hari tu ada kuiz, baru je plan nak ponteng, terus berlari-lari pegi kelas kat bangunan depan tu je. 
bila aku tengok balik gambar-gambar masa konvo tu, aku rasa kitaorang yang paling excited dari senior-senior yang grad. hahaha. yeah! happy for them sangat!!! tapi memang betul! tak sabar nak tunggu turn aku!
aku rasa FESKUM tahun ni macam kureng  sikit la. tak semeriah macam dulu. mungkin gerai-gerai tak best kot. haha
dengan Kak Salma. Mantan pengurus Gamelan. 

dengan senior-senior Mikrob. yang ni je la yang aku dan Amni rapat. hehee. of course la dengan buddy-buddy kitaorang. heeee

dengan Wady. senior 8th College plus mantan Naib Pengerusi Program JKKK. Korea habeh kan mamat ni? muahaha.

ni aku Ieka dan Ikin prepare hadiah untuk senior-senior kitaorang yang rapat. abaikan paper bag Victoria's Secret tu.



senior-senior gamelan! excited pulak nak pegang bunga. almaklum la tak pernah dapat. :D sekarang kitaorang pulak senior-senior gamelan yang tiada pelapis. oh mai!

Naddy dan Abe Kam senior gamelan. sempoi gila!

abe kammy.

eh terselit pulak! ni gambar dengan coursemates lepas habis lab Dr. K bukan nama sebenar. semua orang akan automatik rasa tension bila masuk kelas dia. ni kira sesi makan berjemaah tak hengat dunia dengan budak- budak JPA mengurangkan sedikit duit JPA dorang untuk membelanja kitaorang. heee suka sangat perut saya! hahaha. Allah murahkan rezeki korang.

patang dan ayinge

liek seriouslayyyy aku nak bear besar ni atau yang lagi besar time aku konvo nanti!

dengan buddy masing-masing. best gila konvo! dorang ni semua sambung master. so Insyallah kitaorang akan grad sama2 jugak dua tahun lagi. nice kannn? hehe

Kak Haziqah! buddy kuuuuu! cantik sangat la.... dah la pandai. i loike!

Hafeez aka Ketua Biro aku dulu. hehe.

ni senior-senior Mikrob jugak. sebelah kiri aku tu Abg Razman, the diligent guy ever. tak pernah tak dapat Dean's List. dan sekarang dia tengah sambung PhD rasanya. Double COngrats! oh yang lagi sorang tu Abg Luqman. dengar kata masuk majalah Cleo untuk ruangan Eligible Bachelor. bangga nya I dapat senior model gituuuu. ahaks

ni hadiah untuk Oppa aku! jauh ni datang hadiah ni. dari korea. hahahaha

dengan my Big Bro! Syukri Oppa! the best ever senior aka Bro i ever have! he's graduated with 1st Class Honour. bangga gila weyh!!! tapi he's decided not to further his study eventhough he can straight make a PhD. muak baca buku katanya.

Sunday, July 29, 2012

sebulan lepas punya cerita

sebulan lebih tak update blog. niceeeeeeee!
lepas balik Malaysia terus senyap ye.
banyak benda aku buat,
ulang-alik UM la jadi buddy untuk summer program budak-budak Korea tu
nanti aku cerita lain sebab mood tengah sedih dorang dah balik + tak ada gambar yang best-best
tengah mintak kat Wooyoung sekarang. mintak2 cepat sikit dia hantar. :D

ok i'm safely landed Malaysia around 3.30 pm.
supposed 2.30 pm tapi sebab cuaca tak best, so lama la sikit ambil masa nya
sikit-sikit turbulence, sikit-sikit turbulence memang la aku pakai safety belt tak buka dah.
rasakan dok dalam flight sampai 7 jam dan aku rasa lama sangat masa berlalu
berapa kali dah tertidur. penat oih

sehari sebelum balik tu memang busy. busy berjalan
habis exam pagi tu, balik bilik, kemas katil, then pulang balik kunci bilik
terus gerak pegi Myeongdong. shopping kali terakhir
ingat nak pegi Namsan Tower tapi tetiba rasa malas. kesian kat Fara. =(
iye aku tak pergi pun Namsan Tower lagi even aku dok sana 4 bulan. huahuahua
insyaAllah ada rezeki lebih aku pergi lagi. this time nak pegi tempat-tempat yang aku tak sempat pergi
Busan, Jeju-do, etc.
dah ada orang yang boleh jadi tour guide. hik

lepas tu jalan-jalan kat backgate
dinner makan fluffy eggs buat kali terakhir
on the way balik terserempak dengan HyunYoung dan Erica
dorang nak keluar jalan-jalan tapi aku tak dapat ikut sebab baru je pergi tempat yang sama dorang nak pegi tu.
balik bilik, online, solat, start packing.
even aku dah pos barang tapi still banyak barang aku!
aku sumbat je semua dalam luggage besar aku tu sampai nak tutup zip pun kena duduk atas luggage tu dulu!
dan confirm la overweight, lebih sekilo. nasib baik yang jaga kaunter kat Incheon Airport kata tak pa la halalkan je terlebih 1 kg ni. lain kali jangan buat lagi. awwwww~~! sweet!

kotak yang paling besar aku beli.

Fluffy eggs atau kyeran jjim

ok sambung balik
tetiba Erica kata HyunYoung dan Sohyun buddy aku tu nak datang
nak dekat pukul 12 dorang datang. sembang-sembang
dorang bagi gifts untuk kami berempat.
buddy aku bagi stokin Onew!! suka! sebab aku dah cari tapi susah gila nak jumpa
hikhik.
lepas tu sambung balik packing. tetiba lagi Erica kata luggage tak cukup! barang dia banyak lagi tak pack!
then aku kata kena pos la barang-barang tu. cari pulak kotak.
nasib baik Family Mart tutup pukul 2pagi
terus la kalut-kalut packing, turun bawah post
nasib baik aku ingat step macam mana nak guan machine tu dah la totally dalam bahasa Korea. sabor je la.

gift dari HyunYoung

gift dari Sohyun - buddy aku


aku plan macam tak nak tido. tapi takut penat sangat pulak kan.
then around 1.30 am aku tertido
bangun balik 3.15 am. solat. then mandi
ouh subuh sana awal. pukul 3.++ dah masuk. nice kan? :D
bersiap-siap. final packing.
pastu Erica tanya dah gerak dorang belum (Wawa dan Fara)
terus pegi gerak dorang dalam pukul 4 something kot.
ingatkan dorang dah bangun rupa-rupanya belum. sebab dah janji nak gerak pegi airport paling lambat 5.30 am
then lepas siap semua, aku dan Erica turun bawah, angkat barang-barang semua
kawan-kawan Jepun dah tunggu kat bawah. then minta tolong pakcik guard call teksi.
rupa-rupanya semua pemandu teksi tengah mogok la pulak sebab apa tah. nasib baik ada gak pakcik teksi yang tak mogok.
hantar sampai Cheongnyangni Station
naik bas airport dari situ. sebenarnya boleh je naik depan U aku tapi sebab barang banyak then nak kena menapak bagai. so kawan -kawan aku suruh naik teksi jek.

selamat naik bas. fuhh! lega tak terkata.
tertido dalam bas.
sampai airport terus check in.
pegi makan jap kat Lotte Ria sebab flight pukul 9.25 am
dalam 8.30 am terus pegi masuk departure hall.
umangai! jauh betul platform kitaorang!
dengan masa kena check barang dengan security tu,
gochunjang,lotion dengan air mineral kena ambil.
padahal gochunjang tu bukannya liquid. paste. dah la Hyunyoung bagi. sedih je.
pastu berlari-lari pegi ke platform. jauh gilos!
dah selamat naik plane. lega.



Erica

Laila =.='

Mohon lihat luggage aku. fully loaded + crowded. timbang-timbang 31kg!!! hamek!

dengan Wawa. dok dalam flight pun muka berminyak. apa kes?


gambar awan mendung. cuaca tak elok. =(

masa ni dah nak landing. motif apply lipstick? retis sangat.

sampai Malaysia, terus pegi bahagian domesti departure pulak. nak balik Penang
tak ada sapa nak jemput kat LCCT sebab jauh.
so jemput kat airport penang je.
flight pukul 6.05 pm
lepas ambil luggage semua pakat lesap. last-last sekali aku terus je masuk check in luggage
kat Korea tak kena bayarkan luggage overweight, dia kira halal je
tapi kat Malaysia harus la kena bayar. rm20. kira halal gak sudah la.
huhu
then masuk departure hall. solat siap-siap
tunggu masa je. then naik plane.
around 7 pm dah sampai penang. cepat ouh! hahaa

Abang, mak, adik dan anak sedara aku jemput.
lepas tu Kak Oda aku nak belanja makan
Alhamdulillah. rezeki.

Kak Oda dan Mak

Nyumnyum







Thursday, June 7, 2012

Menghitung Hari

pejam celik pejam celik dah nak masuk 4 bulan aku kat bumi asing ni
rasa macam minggu lepas baru sampai,
terketar-ketar tahan sejuk,
merangkak-rangkak nak sesuaikan diri kat tempat orang *ok menipu merangkak,tu bunga-bunga bahasa,harap maklum*
diam tak diam dah nak sampai penghujungnya kehadiran aku kat Korea ni.
akhirnya dapat balik rumah!!! yay!!

macam biasa sekarang perasaan bercampur-baur,
rasa sayang nak tinggalkan Korea
tapi nak sangat balik Malaysia.
rindu family, rindu kawan-kawan
tapi i'm gonna miss my friends here, and also in other countries.
sedih tau tak!!
tetiba teremo harap maaf le.

aku dok sini kan, aku kerja part time kat S cafe
cafe dalam UOS jugak la.
jadi conversation partner untuk budak-budak Korea ni la
so aku incharge untuk English
then everytime budak-budak Korea datang S cafe,
aku kena approach dorang,speaking la kan
bagi dorang cakap English jugak-jugak sebab akan ada merit la sapa yang kerap pegi sana
konon la conversation partner for English padahal aku dok Malaysia pun tak pernah nak cakap English sangat
tapi dok sini semua orang puji English budak-budak Malaysia. Alhamdulillah. ;)

even kelas yang aku ambil kat sini tak ada langsung budak-budak Korea
tapi aku still boleh jumpa dorang kat S cafe.
adalah jugak kawan Korea kan selain buddy aku yang busy memanjang.
nasib badan la kan. huhu
and the keepers dalam S cafe sangat-sangat baik and friendly
mostly la. just fews macam kerek.
hey hengat aku heran sangat?
gitu la ayat aku kalau nampak yang kerek-kerek ni.

ramai kawan-kawan aku ingat aku happy je kat sini.
ye aku memang happy,enjoy semua
tapi korang tak tau apa yang aku dah alami
kena discriminate dengan orang Asia sendiri.
apa yang hang akan rasa?
nak kawan dengan budak-budak Western ja padahal tak sedar diri sendiri pun orang Asia gak
menyampah aku.
lepas tu buat kerek je tau. kau hengat kau cantekkkk?
kat UOS ni aku dan Wawa ja yang pakai tudung
memang weird la bagi dorang. jakun la sikit
macam mana orang pandang pelik bila pi mana-mana
semua tu aku dah rasa
ada yang tanya aku tak ada rambut ke?
adoiiiii! sabor je la
kadang-kadang dalam subway ahjumma ahjussi usha semacam ja
aku senyum je kat dorang then buat tak tau.

lepas tu nak cari makanan halal lagi memang susah sangat
dengan kat dorm tak boleh masak
sampai kitaorang kena curi-curi masak,beli dapur semua
aku dah rasa semua tu
bulan pertama kat sini, memang teruk sangat!
aku dan Erica pernah menangis sama-sama
sangat tough
tiap-tiap hari doa hari-hari yang akan datang akan bawa kebahagiaan la dalam hidup aku
sampai aku rasa aku buat keputusan yang salah datang sini
aku rasa nak lari balik ja,
siap check lagi kat buku panduan macam mana nak quit exchange ni

sebab tu aku salute sangat-sangat budak-budak Malaysia yang belajar kat oversea
dorang memang kuat, dan terpaksa kuat

walaupun dalam hidup aku pernah melalui dugaan yang paling mencabar
tapi aku tak pernah rasa seteruk ni masa aku kat sini.
serius!
apa-apa hal pun sekarang keadaan dah semakin baik
dah adapt dengan Korea, tapi dah kena balik. T.T
sedih tau tak! bila tah boleh datang balik.
=(

tapi aku bersyukur, ada benda lain yang aku dapat disebalik kesusahan yang aku lalui ni
hanya aku dan Allah ja yang tahu. =)

ok dah selesai luahan perasaan. dah macam post mortem aku rasa.hahaha

Thursday, May 31, 2012

Negara K - Akhirnya makanan Malaysia!

Friendship Fair anjuran Hi Seoul!
aku dapat tau fair ni pun lepas Wawa bagitau
then aku dan Erica nekad nak pegi bila tengok kat poster tu ada nasi lemak,sate,roti jala, air bandung,
nyumnyum
Eida overnight kat tempat aku sebab budak-budak Inha plan nak pegi Nami hari sabtunya
tapi last-last cancel. so pegi la sekali dengan dia sebab dia pun nak balik kan.

mula-mula singgah Dongdaemun dulu sebab Eida tak pernah pegi lagi
jalan-jalan cuci mata jap.
then gerak terus pegi sana. dekat City Hall
keluar-keluar subway station je terus jumpa
kawasan besar macam padang kat tengah-tengah bandar
then dah nampak booth banyakkkkk gila!
lepas tangkap gambar sepam dua *ok tipu banyak jugak gambar*

gigih la cari booth Malaysia
dah jumpa tapi tak ada makanan pun!!!!
pegi la tengok apa ada kat booth tu
then dorang yang jaga booth tu pun students Malaysia jugak
dorang kata ada lagi satu booth hujung sana.
so mintak diri dulu lepas tangkap gambar
*tangkap gambar lagi* hahahha
terus gigih cari lagi satu booth



muka tak sabar nak makan tapi kena tangkap gambar pulak.

sate dan nasi impit

 budak-budak Inha

another budak-budak Inha
lepas jumpa terus beli makanan
makan terus la. mengidam lama dah.
rasa fully Malaysia!!!
dengan beras dari Malaysia
rasa sambal Malaysia
sate Malaysia
Kuah kacang Malaysia
i'm proud to be Malaysian!!!!

dah lepas makan, jalan-jalan situ
jenguk-jenguk booths lain
tapi aku tak ada perasaan pun nak makan makanan dari negara lain.
nasi lemak dan sate dah cukup untuk aku. hohhohoho
sementara nak tunggu yang lain-lain sampai
kitaorang masuk Dunkin Donut dulu
chillax, minum-minum air dulu
sebab angin kat luar punya laaaaaa kuat!
nak melayang nok!
perarakan masuk kontijen negara lain







tak tahu la ni model ka atau Miss Korea. memang cantik depa ni. aku berdiri sebelah depa jatuh tersungkur terguling kalah.

yang ni pakai Hanbok pulak.


tengok-tengok sebelum balik terjumpa booth yang bagi pakai baju-baju tradisional negara lain free.terus pakai. aku baru sedar baju yang aku pakai tu saiz budak-budak. *batukbatuk*

antara yang jaga booth. orang Borneo. geng Erica la ni. XD

ni stage nya. tak ada artis perform. sedih.




even panas, ramai gak yang lepak kat tengah-tengah padang tu. sini walaupun panas, dok bawah panas pun cool lagi. kalau kat Malaysia dah cabut lari dah. ala-ala puteri lilin gitu. ahaks

tengah ajar orang-orang Korea main congkak

sapa dapat masukkan duit syiling dalam kotak kat tengah-tengah tu akan dapat hadiah. aku tengok ramai je tak berjaya. aku rasa ni salah satu dorang nak kutip derma ni. cool kan?

Capoiera


lukisan

aku suka tengok dia ni. muka pure Korean. cantik sangat! baju hanbok yang depa pakai pun macam dah lalui transformasi. agak-agak kalau buat baju kahwin ok tak? hahaha. aku dah pesan kat Erica soh pakai baju kahwin macam ni. nasib baik dia pun ada pemikiran yang sama. kahkahkah!

nasi lemak. 5000 won bersamaan rm15. T.T bapak mahal! negara lain jual murah je tau dak! grr grr
gambar penutup. with my oppas. ihik.