Saturday, August 28, 2010

♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Notis: ~ALLAH knows BESt!~♥


Sunday, August 22, 2010

kau datang lagi~

minggu ni minggu kedua aku tak keluar outing. big applause for me. yay! haha. so perancangan minggu depan nak keluar pegi usha2 baju raya jap tengok kalau ada yang berkenan kat jantung ke hempedu ke.

oh minggu ni. hmmm. tiba2 lak aku demam. aishh. lepas makan sahur dengan my sons kalau tak silap aku malam hari jumaat kot bersamaan hari sabtu, balik bilik teros rasa sakit tekak. badan rasa kejap panas kejap sejuk. anak aku yang bongsu- Bambang- cakap aku kena demam 2 musim. musim panas dan musim sejuk. hailaaaaa.. hahaha. ngeng betol! sejak bila lak ada demam 2 musim? hanya dia ja yang tahu.

mula2 sakit tekak, badan macam dok dalam microwave, pastu selsema, batuk, then sekarang ni tengah sakit kepala. siang tadi buat planning nak beli panadol, telan dan tido. tapi sekarang dah tak boleh sebab tiba2 teringat ada meeting JKKK (bukan Jawatankuasa Keamanan Kampung ok!!). kena gak la pegi. masa interview punya konfiden semua boleh bagi komitmen, hah nah kau. demam2 pon kau turun jugak. memang bagi 124% komitmen la.

nak rest jap. tak tahu dah nak pikir apa. urghhhh!!!!



Notis: saya demam 2 musim! =D

Friday, August 20, 2010

me + budak2 batu punya havoc!


semalam aku dan budak2 batu pegi buka puasa kat luar. Ieka ajak aku pegi,so pegi je la walaupun aku ni bukan budak batu. huhu. hentam je la. oh jalan petang semalam bapak bunya busy! nak keluar dari UM pun dah sesak nak mampus. nak dekat sejam kot kat atas jalan je. padahal nak pegi sunway je kot. mula2 pegi Sunway Pyramid, hahaha. kena stop kat sini je. malas nak cerita panjang2,sembahyang Maghrib kat sana, then pegi cari kedai makan kat area2 situ. tapi last2 makan kat Kelana Jaya. tak ingat lak apa nama kedai makan tu. tapi makanan dia sedap2 doe! uishh.. around kul 10.30ish dah sampai kolej. terima kasih kepada pak cik guard main gate yang chumell sebab tak tahan kitaorg yang bawa kereta tak ada sticker UM. haha. kecut perut Ieka takut kena tahan. ingatkan ada latihan gamelan semalam, tapi tak ada pon. ceh. so balik bilik,mandi,sembahyang, rehat ( online lagi tepat),mengantuk2 tunggu nak sahur,then sahur pastu tido! malas nak type panjang2, aku nak letak pic je. ok!



pic mahal Ieka

fatan comel!!!! hahaha

oops! Ieka terlebey sudayy. Bambang over ok!

olololololo sweetnyaaaaaa. hahaha

teha pilih nak soh sapa suap! konpius2~

Ayin tgh pikir nak mkn ke x ikan tu =.=. muka Bambang mcm org kurang kasih syg je nokk! =D

menu berbuka untuk semalam

lompat si 'batu'an lompat!

sedut angin semua. 1 2 3 ahhhh!!!!

muka2 kenyang melantak

muka bajet semua! haha

bajet comel + gediks =D

shweet tak dia??? =D

ni la akibatnya kalu dah boring dlm keta, jam kotttt!

aku terbelah dua! Boboy nmpk cam patah lak. =D

mulut bg muncung skit = pipi kempis =p

muka2 hepy sbb dpt makan!



Notis: happening gilak! lets rock again!!!!

Monday, August 16, 2010

Abang Charlie @ Mr Charlie?



eh korang kenal tak cali aka charlie. ala yang warna belang2 oren hitam tu. yang ada 6 kaki. bontot dia tu macam tajam2 sikit. dia ni kan suka tau tak puas hati dengan orang. kadang2 orang tersentuh dia sikit ja pon, tapi akibat dia merana berbulan2 tau tak. gedik tau Abg Charlie ni, dah la suka2 bertenggek kat orang, pastu bila terkena badan dia sikit, tiba2 nak sengat orang lak. banyak hensem muka kau!!!!! kenal tak? tak kenal lagi? eh kau tengok gambar atas ja boleh tak? haha. tiba2 nak emo lak kan.

Abg Charlie ni suka hinggap kat tempat lembap gitu, macam kat bilik air, jamban, tempat ampaian. kenapa entry aku hari ni tiba2 cakap pasal benda alah yang tak berperikemanusiaan ni? dulu kan aku tak kenal pon dia ni, pastu since aku masuk matrik la baru aku dapat peluang berkenalan dengan dia kan. tu pun lepas Siha asyik cerita dia tengah attack blok kitaorang.

scary kot benda alah ni. kau bayangkan kau tengah mandi, tiba2 kau pusing tepi nampak Abg Charlie tengah sengih2 kat kau, landing elok je kat dinding. terkejut mekk! aku di skodeng!!!!!!!!!!!! oh tidak! habis aku kena cabul. kureng asam boi betol tau dia ni. pastu kejahatan Abg Charlie ni bila dia suka landing kat baju2 yang kitaorang basuh tau. kalau kau tak perasan dia ada kat baju kau then kau pakai lak baju tu, alamatnya memang kau bakal kena cabul la dengan dia. dia bagi charlie-bite kat kau, ala adik beradik lovebite gak. seriously sebab kawan2 aku dah banyak kena.

paling kesian kat kawan aku sorang ni, kena kat mata. dua kali pulak tu. kesian tau muka comel2, manis2, tak pasal2 jadi cemey. oh yang ni perbuatan paling kureng yang benda alah ni buat. ada ka patut (tak patut,tak patut) dia pegi sengat kat tempat2 sensitif kawan aku sorang ni. banyak kali pulak tu. habih dicabulnya kawan aku ni. kesian kawan aku terpaksa pasrah dengan bala yang menimpa dia. tak pa la Soyah, bukan kemahuan kau benda ni semua terjadi. hahaha.

tapi kan aku bersyukur la sepanjang aku dok kat matrik 2 tahun, aku tak pernah kena sengat dengan Abg Charlie ni lagi. roommate aku semua kena, aku ja tak. amazing kan? mungkin sebab aku tak pernah gelak atau mengata atau mengutuk kawan2 aku yang kena sengat dengan Abg Charlie tu, so aku tak kena balasan la. eh atau Abg Charlie tu hanya pilih orang yang cantik2, segak2, hensem2 ja untuk dia transfer kan bisa dia tu? kiranya aku tak cantik dan tak comel la sebab tu dia tak sengat aku? =.=' ye laaaaaa... saya faham. huhu. nasib baik aku tak cantik kalau tak lagi huduh kalau kena sengat dengan Abg Charlie ni. dah la tinggalkan parut huduh. tak pasal2 nanti aku jadi pirate lak. tak nak! tak nak!!!!!!



Notis: saya masih dara sebab tak pernah kena cabul dengan Abg Charlie lagi. hakhakhak!

Friday, August 13, 2010

sesak kepala betol~

aku dah boleh lupakan dia. dah 90% tapi kenapa tiba2 aku boleh sedih lak bila aku terpikirkan dia? almost a year kot.
aku rasa sakit hati tengok pic kemesraan dia dengan so-called his new girlfriend. aku rasa sakit hati bukan sebab aku still sayangkan dia tapi sebab aku rasa sampai hati dia buat kat aku macam ni.

aku berusaha jadi sebaik yang mungkin kat depan dia. tapi ini yang aku dapat? aku ni hanya tempat persinggahan dia saja ke? apa posisi aku kat hati dia dulu? tempat untuk dia main2 ja? sakit sangat. sangat2 sakit. Allah ja yang tau apa aku rasa sekarang. Allah ja yang boleh balas setiap perbuatan dia kat aku. aku boleh bersabar sekarang sebab aku ada kawan2 yang selalu disamping aku setiap kali aku down. setiap kali aku rasa sedih. setiap kali aku rasa sakit hati. i owe you all alot! <3

i try to be strong all this time till now. kawan2 aku kata aku jual mahal. diorg suruh aku cari pengganti. tapi macam mana nak cari? aku serik doe. aku takut aku akan dikecewakan lagi sekali. aku serik percaya janji2 manis lelaki. aku serik aku pernah bercinta dengan orang yang tak pernah hargai aku. aku serik kalau aku jatuh cinta dengan orang yang salah. aku takut....... memang aku kata aku nak tunggu ja jodoh aku datang. tapi aku mampu ke? mampu ke aku tunggu selama itu? aku sakit hati tengok dia happy je dengan orang baru. aku? still macam ni. still keseorangan, kawan2 je yang ada disamping aku. selalu ada. selalu selalu ada. heart matters very complicated kan? when it comes to me. i cant make a decision. like i did to my friends. urghhhh!!!



Notis: keep in progress to make it 100% to varnish him from my life!

Wednesday, August 11, 2010

dugaan hari pertama

semalam, tak start puasa lagi, aku dah terima dugaan. laptop aku tak boleh on. nak tau dia tulis apa,'BOOTMGR is compressed, press alt+ctrl+del to restart' . berpuluh2 kali cuba la kan dok restart,tapi hampa hatiku. still macam tu gak. T.T

pastu memang nak bawa pegi jumpa orang yang pakar ja. hari tu tengok kat bus stop ada iklan repair laptop kat kolej aku. sekali aku pegi sana pagi semalam, aku tengok semua flyer dah tak ada. diorg cabut. apakah?? tang orang nak guna la tang tu yang tak dak nya. tak pa2. sabar Laila sabar. then aku citer la kat senior bilik aku pasal ni, then Kak Ika kata, cuba minta tolong kat kawan FSKTM (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat) dulu, takut kalau bawa pegi kedai, nanti diorg tambah macam2 padahal problem kecil je. okkkkk. hah ting! tiba2 teringat kat Sky. dia budak FSKTM. so mesej la dia tanya apa masalah cik Acer aku ni. then dia mintak nak tengok2 dulu lappy aku kalau dia boleh fix, dia fix kan. hehehehe. bagus3!! tabik spring kat mung lorh.


oh semalam kelas sampai pukul 7. lecturer lepas pukul 7 lebih sikit. nak tau malang apanya aku semalam? tak da bas langsung! so end up aku, ieka, shikin dan kawan2 laki Geologi @ batu ieka decided nak jalan kaki ja sebab dah lapar. semua tak nak habiskan duit yang sikit tu nak naik teksi dan dan dannnn teksi pon tak ada! aishh main nyorok2 nampakkkk?? tapi best gak la jalan kaki sebab happening gilak. kawan2 batu ieka ni memang sangat2 lawak squared. aku asyik gelak ja sepanjang jalan. memang tak terasa sangat pon kena jalan jauh. hahaha.

nak tau tak, dugaan lagi ni. masa aku dah naik bilik lepas tapau makanan untuk sahur,baru aku sedar MP3 aku tak ada!!! maksudnya dah hilang! last aku ingat aku letak kat dalam poket jaket UM bahagian dalam jaket. aku tak tau bila masa tercicir sebab tempat tu memang dah selamat. masa aku tau tu, aku hanya mampu senyum ja. aku senyum ja di atas kecuaian aku yang tak reti lepas guna letak balik dalam beg, bukan dalam poket. aku boleh bersabar lagi walaupun MP3 kesayangan aku tu aku beli guna duit gaji aku masa aku keja dengan Abah lepas SPM. huhu. sedih dok!


masa aku ditimpa dugaan2 tu semua, aku hanya boleh senyum ja. aku tak kelam kabut macam dulu. sebab tiba2 aku teringat lagu Dewa-Hadapi Dengan Senyuman. semua masalah kita hadapi ja dengan senyuman. InsyaAllah akan temu penyelesaiannya dan hati kita gak akan tenang. sangat tenang. macam aku rasa tenang bila aku baca al-Quran dan dengar lagu2 DBSK. hehe. nak gak mention DBSK kan. biar laaaa..... blog aku kayyy!!!! =p





Notis: bulan posa ni kena banyak senyum tapi kurangkan cakap. kawan aku kata perangai perasan pun kena kurangkan gak. ye laa.... tau..... =.=

Monday, August 9, 2010

nak jiwang jap. tak pa kan?


lagu ni sangat2 buat aku tersentuh. seriously. lagu yang boleh buat aku menangis. sangat mendalam maksud dia.



Notis: jangan gelakkan aku tau sebab aku nangis dengar lagu ni. haha. lame me. this song i dedicate to someone i just know. =))

Sunday, August 8, 2010

Outing lagi bersama Dot~


semalam pegi jalan2 dengan Dot. first time woh aku keluar outing dengan Dot sepanjang perkenalan kitaorg. hah bagus gilak kan. memang unplanned punya outing, on the spot ja. kitaorang jalan2 pegi Times Square, Pavillion. kiranya pusing2 area situ la. kebetulan kat jalan Bukit Bintang tu ada F&N Fun Fest, macam ada gig la. sempat tengok jap kumpulan Estrella buat rehearsal. tapi masa tu hujan renyai2. kiranya the whole day agak mendung la. tapi stil panas kowt! haha.

first time aku naik public transport. oh bukan kali kedua aku naik public transport. memang best la. beli tiket guna mesin dia, berebut nak naik train dan monorail. best3! rasa macam dok kat Korea lak. haha. izinkan saya berangan satu kejap ya. haha. kan best kalau Penang pun ada macam tu gak kan. kurangkan pengeluaran CO dan CO2, tapi yang azab naik public transport ni adalah kena berhimpit dengan orang. kalau yang bau ok2 tu tak pa la. ni sekali bau yang macam fuhh menusuk kalbu tu pa cerita? sedih hati ni tau tak. hahaha.

kitaorg masuk Pavi sebab Dot nak beli sangat2 purse kat Forever 21. dia dah aim lama kan. so teman la dia pegi. view kat Pavi memang cantik, jadi haruslah tangkap gambar kan. oh sekarang ni tengah sale, so semua tempat ada sale. tambah2 kat TS la kan.aishh. memang sabar Laila sabar. semua sale kottttttt!!!! haha. murah2 gilak. sempat la kan aku sambar kemeja sehelai kat TS. tapi biasa la dah tempat yang ada sale tu haruslah ada ramai orang kan. tambah2 kat Sungei Wang dah la tempat dia kecik, sekali mak aih ramainya umat manusia kat situ. sesak3! tak suka! titik. haha.

aku rasa aku dah nak period, sebab tu aku rasa macam letih gilak semalam, lenguh2 kaki bagai, padahal bukan tak penah jalan2 macam tu. saja ja gedik. kalau nak period tu, period ja la! banyaj betul masalh, kejap sakit kepala, lenguh kaki, nak marah orang, aishh macam mana nak mengandung nanti? lagi terok kot. eh! yang aku melalut ni asal hah? ok maaf atas keterlanjuran saya berkata2. haha.

keluar dari TS awal gak la dalam kul 4 sebab dah penat dan nak pergi FeskUM. oh aku teringin nak beli anak tudung lycra tu. sebab tu aku agak tergedik2 kan nak pegi beli. senior aku kata boleh dapat dalam rm6 ja. murah la tu! semalam last day FeskUM so haruslah pegi kan, tak nak menyesal doh!!!! dapat la aku beli benda tu 2 helai. rm10 ja tau. murah tak murah? haha. suka3!

korang tau semalam adalah hari berjalan sedunia untuk aku tau. dari kolej aku pegi ke kolej Dot aku jalan kaki, pastu jalan2 kat area Bukit Bintang, pastu nak balik kolej aku pon aku kena jalan kaki sebab tak ada bas. korang nak tau lagi tak? masa aku dah sampai kat depan pagar kolej aku, 2 biji bas lalu. korang nak tau lagi? kalau aku tunggu bas kat terminal tu, belom tentu bas akan ada. kejam kan? pakcik bas selalu macam tu. mentang2 la kami semua bergantung hidup kat dia dalam UM ni sukasuki dia ja nak buat apa2. huh! saya tak suka! titik.




oren ja kan.



nak gak ada pic orang galah tu kan.


Dot excited dapat tangkap pic dengan orang galah.

sengal sikit kat F21


nak gak tangkap pic bukti pegi Pavi kan.haha


tanda sale yang besau kat depan Pavi


Dot bising pic ni nampak dia gemok!


adik Xiah Junsu. haha

minggu lepas masa kuar dgn Ain dan Ikhwan pun tangkap pic kat tmpt yg sama gak.




Tuesday, August 3, 2010

dah puluh2 dah pon

kalau nak di imbas balik tarikh 3hb Ogos, 20 tahun yang lepas, masa tu aku baru je dilahirkan. pukul 10.20 am baru la aku keluar dari perut mak aku melihat dunia. mak aku kata aku sepatutnya lahir hujung bulan Julai, tapi tak keluar pon. so doktor soh mak aku pegi hospital 1hb 8, but mak aku pegi 2hb 8, akhirnya aku dilahirkan pun 3hb 8. tengok aku ni susah gilak nak keluar kan. sampai mak aku bising2 kata sebab mak aku kena buat operation baru aku nak keluar dan aku penyebab adik aku pon lahir melalui 'tingkap'. =.= boleh la plak kan. huhu


tahun ni umur aku dah masuk 20 tahun. tak ada dah belas2. tahun depan dah boleh mendaftar untuk jadi pengundi dah!! huhu. tamau3! tapi sekarang aku macam dapat rasa something la. macam aku rasa aku dah matang. acecece! tak la kan macam last year raya, aku cakap kat mak aku," Kak Lang rasa tak payah la beli baju raya kat Kak Lang, baju yang mak buat tu pun tak pakai lagi." see? kan dah matang tu. =D then aku tak excited sangat la nak sambut birthday tahun ni. rasa macam biasa2 ja,macam nak sambut hari2 biasa ja just yang beza ada wish dari member2 aku. hahaha. satu lagi bukti tuh.

aku yang 20 tahun ni dah beza daripada aku yang beberapa tahun lepas, yang masih kebudak2kan, pikiran tak matang lagi, asyik nak memberontak ja, panas baran semua but now i've changed myself dengan sendiri nya. tak payah nak ada sapa2 soh aku berubah ka, apa ka. tak ada. maunya tak beza kan, kalu aku yang dolu2, kalau tak dapat apa2, nangis hentak2 kaki semua, kalau makanan tu kena dahulukan aku dulu, tapi sekarang aku still boleh bersabar kalau anak sedara aku makan makanan aku. see?? tak ke matang tu. hakhakhak.

nak cerita pasal matang lagi ni, dulu kalau ada orang yang kutuk aku, 'Laila gemok!','Laila hitam','Laila busuk','Laila tak cun', mesti aku akan terasa, merajuk2 ni. tapi sekarang nak kutuk pon kutuk la. tak terasa sikit pon. haha. kalau korang nak tahu, masa aku pas beranak pon aku dah kena bahan dah oleh pakcik kat kampung aku ni. boleh dia kata kat mak aku, 'Nab, Pak Njang rasa anak hang yang ni gelap sikit nooo.' perlu ka ungkapkan kata2 sebegitu?? aishh.. tapi tak pa masa tu aku tak paham lagi apa yang pakcik tu cakap.hahaha

birthday aku tahun ni, just simple2 ja. tak ada celebrate apa2 pon. cuma tahun ni aku dapat banyak gilak wish dari kawan2 aku. memang terharu la. ada yang wish 2hb, yang wish 1hb pun ada. semua pakat nak jadi orang first yang wish. tak ke terharu ko? hahhaa. suka! suka! suka! walaupun tak dapat hadiah, tapi doa yang kawan2 aku bagi pun dah cukup bagi aku. hadiah gak tu. tapi kawan2 aku tahun ni suka gilak wish kat aku, " semoga cepat dapat jodoh!', 'moga cepat kahwin!', amboi3 ehkau macam la aku ni dah jadi andartu la kan. sampai doa gitu bagai. tau la korang tak sanggup tengok aku single mingle, tapi awal lagi la nak doa cam tu kottt.. hekhekhek


apa2 pon aku nak ucap banyak2 time kasih kat kawan2 aku semua sebab ingat birthday aku lagi, Dot, Shera dan Izzah yang nyanyi live lagu Happy Birthday. seronok ja aku dengar. hehe. aku sayang korang semua! <3<3<3
muahhh3!




berapa bulan tah masa ni

hoh? pa ni candid!!!

model bunga la kunun...

aku- 20 tahun



Notis: saya sudah besar!