hari sabtu yang dikhaskan untuk bermalas-malasan.
walaupun ada kerja nak buat, tapi well..... hold dulu ea.
penat seminggu kelas pack pun tak habis lagi ni.
this time aku nak cerita pasal geng aku kat UM aka anak-anak aku.
masa kenduri kahwin kakak aku, dorang 7 orang pun datang jugak.
sanggup tu. terharu aku rasa! wuwuwuwu.
ye la, masing-masing dok jauh kan, dari Johor la, Negeri Sembilan, KL, dah la masa tu cuti sem.
tapi dah masing-masing tak pernah pegi Penang kan, so ada gak la reason dorang nak turun Penang time kenduri kakak aku.
yang laki stay kat rumah Tok sedara aku kat sebelah rumah je. rumah dia ada macam extension bilik kecik yang dia buat untuk arwah anak dia duduk dulu. tapi sekarang dah kosong.
disebabkan yang anak-anak laki aku ni ramai, terpaksa la lempar dorang kat situ. hahaha.
dengan anak-anak laki |
dengan anak-anak perempuan. |
so petang lepas habis kenduri dorang nak pegi jalan-jalan.
aku mulanya nak ikut, tapi sebab ada kerja nak kena buat, terpaksa la ditinggalkan. sobsob
aku suruh la dorang pegi pantai yang tak jauh sangat dari rumah aku.
itu je la pun yang ada kat area Bagan ni kan.
pantai tepi highway.
lepastu malam nya dorang pegi makan mee udang Sungai Dua.
pun aku tak ikut sebab kena cuci pinggan. tssskkk! sadis!
lepas tu dorang kata dorang pegi belah pulau, dekat Queensbay kot
lepak-lepak situ. aku tak tau pukul berapa dorang balik.
aku memang dah terbongkang tidur dah. penat nak mampus.
tapi aku dah janji dengan dorang, Ahad tu memang all out la aku keluar dengan dorang.
plannya dorang balik hari Isnin, tapi tetiba Boboy kata adik dia nak guna keta pergi kelas.
so terpaksa la balik jugak petang ahad. kira kejap je la dorang jalan-jalan kat pulau tu.
seperti biasa kalau datang Penang kan kena la pegi Bukit Bendera atau dalam bahasa omputih Penang Hill.
wajib tu pergi.
aku dah la tak ingat jalan. nak pergi pun sesat, dengan jalan jam nya.
aishhh.. drebar-drebar kat Penang memang entah pape punya perangai
minta makian dan cacian je tau tak.
dah sampai Penang Hill, beli tiket, rm4 je sebab guna student card. hahahha. jimat!
dok berposing kat atas tu nak dekat sejam la jugak, pastu semua pakat lapar.
Ayin request nak makan kat Nasi Kandar Line Clear.
dah la aku tak pernah pegi, nasib baik jumpa jugak.
thanks kepada Iphone user. hahaha
tunggu turn nak naik feri |
muka-muka first time naik feri |
Add caption |
baru sampai ke puncak. sempat je kan kitaorg. |
pergi naik jambatan, balik naik feri la pulak kan.
bagi experience sikit kat budak-budak tu feeling naik feri.
tapi tu la aku lagi suka naik waktu malam. cantik je view. lampu liplapliplap kan.
waktu dalam train nak naik ke bukit bendera kan,
Boboy kata macam mana la kalau tetiba jadi macam citer Final Destination.
so Ayin terus buat citer, sorang sorang mati. yang first mati, Fatan, sebab kena baham dengan anjing,
lepas Fatan mati, habis la cerita. kira Fatan sorang je mati, yang lain semua hidup lagi.
bengong betul punya cerita. hahaha.
No comments:
Post a Comment