Wednesday, August 11, 2010

dugaan hari pertama

semalam, tak start puasa lagi, aku dah terima dugaan. laptop aku tak boleh on. nak tau dia tulis apa,'BOOTMGR is compressed, press alt+ctrl+del to restart' . berpuluh2 kali cuba la kan dok restart,tapi hampa hatiku. still macam tu gak. T.T

pastu memang nak bawa pegi jumpa orang yang pakar ja. hari tu tengok kat bus stop ada iklan repair laptop kat kolej aku. sekali aku pegi sana pagi semalam, aku tengok semua flyer dah tak ada. diorg cabut. apakah?? tang orang nak guna la tang tu yang tak dak nya. tak pa2. sabar Laila sabar. then aku citer la kat senior bilik aku pasal ni, then Kak Ika kata, cuba minta tolong kat kawan FSKTM (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat) dulu, takut kalau bawa pegi kedai, nanti diorg tambah macam2 padahal problem kecil je. okkkkk. hah ting! tiba2 teringat kat Sky. dia budak FSKTM. so mesej la dia tanya apa masalah cik Acer aku ni. then dia mintak nak tengok2 dulu lappy aku kalau dia boleh fix, dia fix kan. hehehehe. bagus3!! tabik spring kat mung lorh.


oh semalam kelas sampai pukul 7. lecturer lepas pukul 7 lebih sikit. nak tau malang apanya aku semalam? tak da bas langsung! so end up aku, ieka, shikin dan kawan2 laki Geologi @ batu ieka decided nak jalan kaki ja sebab dah lapar. semua tak nak habiskan duit yang sikit tu nak naik teksi dan dan dannnn teksi pon tak ada! aishh main nyorok2 nampakkkk?? tapi best gak la jalan kaki sebab happening gilak. kawan2 batu ieka ni memang sangat2 lawak squared. aku asyik gelak ja sepanjang jalan. memang tak terasa sangat pon kena jalan jauh. hahaha.

nak tau tak, dugaan lagi ni. masa aku dah naik bilik lepas tapau makanan untuk sahur,baru aku sedar MP3 aku tak ada!!! maksudnya dah hilang! last aku ingat aku letak kat dalam poket jaket UM bahagian dalam jaket. aku tak tau bila masa tercicir sebab tempat tu memang dah selamat. masa aku tau tu, aku hanya mampu senyum ja. aku senyum ja di atas kecuaian aku yang tak reti lepas guna letak balik dalam beg, bukan dalam poket. aku boleh bersabar lagi walaupun MP3 kesayangan aku tu aku beli guna duit gaji aku masa aku keja dengan Abah lepas SPM. huhu. sedih dok!


masa aku ditimpa dugaan2 tu semua, aku hanya boleh senyum ja. aku tak kelam kabut macam dulu. sebab tiba2 aku teringat lagu Dewa-Hadapi Dengan Senyuman. semua masalah kita hadapi ja dengan senyuman. InsyaAllah akan temu penyelesaiannya dan hati kita gak akan tenang. sangat tenang. macam aku rasa tenang bila aku baca al-Quran dan dengar lagu2 DBSK. hehe. nak gak mention DBSK kan. biar laaaa..... blog aku kayyy!!!! =p





Notis: bulan posa ni kena banyak senyum tapi kurangkan cakap. kawan aku kata perangai perasan pun kena kurangkan gak. ye laa.... tau..... =.=

2 comments:

Tr!Pl3 Ay said...

sabar la wehh..
ALLAH xkn uji ko lu ko xmmpu nk handle..
krenye ko mmpu handle sbb tu Allah uji..
klu org len xkmpm lg sekuat ko!!!
dugaan tnda syg dr-NYA..
BE STRONG dear!! mmuuuaaahhh!!:))

laila latif said...

u r d 2nd person told me that.
haha.
im strong now.! yeah!
haha
tq my dear!! :* <3