Sunday, February 27, 2011

bebola daging berstrawberri

Isnin hari tu,aku telah mendapat satu panggilan telefon daripada seseorang semasa di dalam kelas KKM. ingin ketemu katanya. hmmm... ok jugak. kelas habis pukul 1, petang tak ada apa nak buat even esoknya tu ada test. ehem. *nampak sangat tak sedar diri kan*

dah lama tak ketemu sama dia. rindu jugek.
.
.
.
.
.
.

Shahira anak Pak Zaki

tu la orangnya. disebabkan dia kata nak datang nak ambil,so terus kata ok. hahaha. then Shera kata Dot nak follow sekali. so silakan. Dot ni pun aku susah nak jumpa even satu U, dan satu FAKULTI! so keluarlah kita. lepas aku menunaikan kewajipan sebagai seorang pelajar yang berdedikasi yakni mengundi.ehem. so terus keluar. decide nak pegi OU. aku pegi OU kalau ada orang jadi driver,kalau tak harem la kan. singgah IKEA makan meatballs kat foodcourt yang decoration sangat cantik. selalu aku blogwalking, banyak blogger suka makan meatballs ni. so aku pun nak try la,perghh! gila tamak 10biji meatballs aku ambil. last-last sekali semput nak habiskan. hehe.



then pergi OU. tengok wayang citer No Strings Attached. citer tu agak 18SX. bukan agak la,but memang. tapi ada moral la jugak yang aku rasa ada dalam itu movie. tapi aku tak ingat apa. hahaha. tiba-tiba dapat mesej dari Syiqin kata ada praktis gamelan pukul 9. ada cikgu datang mengajar. tskkk! wayang habeh pukul 8.45, memang tak la kan nak pegi praktis tu awal. dah la cikgu tu punctual dan garang! grrr. grrrr.



lama tak camwhore dengan Shera dalam tandas.



before masuk wayang kan,kitaorang jalan-jalan dan biasa lah cuci-cuci mata, lepas tu masuk Forever 21. tiba-tiba nampak ERRA FAZIRA. bapak cantikkkkkk gilos dia. Ya Allah memang cantik sangat. macam barbie doll. kurus je. mana ada tembam-tembam macam aku ni. hukhuk. tapi tak tangkap gambar pun, sebab Shera tak bagi, mungkin nampak macam agak mencapap ye. ahakz!







Notis: aku sekarang malas gila nak update blog. ni macam paksa je update. hahahha.

Friday, February 25, 2011

baca dan renungkan......


ANTARA TAULADAN YANG DITAMPILKAN RASULULLAH SAW:

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."





Notis: nak menangis aku baca. sifat-sifat baginda yang terlalu baik,penyabar.sesungguhnya Baginda adalah idola yang patut kita contohi. dan juga bakal calon suami aku kena ada sifat-sifat ni walau tak banyak sikit pun boleh. ahakz! gediks pulaks. ^^

Wednesday, February 16, 2011

rindu la!

baru lepas cuti raya cina. dah rindu. aishhh! walaupun sometimes dia ni irritates aku,tapi aku suka.
nak tunggu bulan 5 nanti baru boleh jumpa? aiyarkkk! mau rindu nak mampus la gamaknya. dah la dia tu jenis malu nak cakap dalam telefon. apakah???
rindu betul sama dia ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.



my niece! the only one. buat masa sekarang la.

name : Nor Farizatul Izzati
umur : bulan ni masuk 4 tahun but she's more matured than her age.kadang-kadang
aku yang kena buli dengan dia ok bukan dia buli aku. hem!
makanan kegemaran: ayam goreng KFC
minuman kegemaran : air teh sejuk
hobi : menyelesaikan kerja sekolah yang diberi cikgu sehingga larut malam,
suka merap orang-orang yang lebih tua dari dia


masa ni tengah kacau aku baru lepas sembahyang.

buat muka tak bersalah kacau aku sembahyang. hem!

masa aku balik cuti hari tu,dia tengah demam. so agak merap la kan. tambah-tambah aku la kena. kalau dia ada kat rumah aku memang aku kena layan dia la. ye la dia jarang nampak aku sebab sekarang aku dah belajar jauh, so kalau aku cuti,aku la kena mandikan dia,suapkan dia makan,main dengan dia,mewarna dengan dia. ok tang part mewarna tu dia selalu kata tu kerja sekolah yang cikgu dia bagi. konon-konon la. so asyik suruh abah dia beli buku warna ja, lepastu paksa semua orang mewarna sekali dengan dia. apakah??? sampai masa cuti sem dulu,aku pun syok ja mewarna dengan dia.

aku teringat satu conversation dengan dia baru-baru ni. aku kata aku lupa nak beli buku warna. tiba-tiba je la aku cakap masa tengah sembang ramai-ramai dok bergosip dengan mak dan kak ipar aku. masa tu dia tengah main. lepas dia dengar aku cakap macam tu, terus dia tanya:

kakak : Mak Lang nak buat apa dengan buku warna?
aku : Mak Lang nak warna la. ingat Mak Lang tak tau warna ka? bukan kakak sorang
ja yang pandai warna. *aku memang suka usik dia sampai nangis!*
kakak : ouh.

lebih kurang 5 minit++ slow-slow dia datang kat aku. nak tau dia cakap apa.

Kakak : kakak pun pandai warna jugak.
aku : dah tu?
Kakak : Mak Lang beli buku warna kat kakak. nanti kakak boleh warna.
aku : tengok la dulu. kalau rajin.
kakak : hmm. Mak Lang beli la. *nak pujuk la tuh*
aku : ye la. nanti Mak Lang beli.
kakak : nanti kakak mai lagi sekali Mak Lang bagi naa.
aku : eh lambat lagi la Mak Lang beli. bila Mak Lang balik sana baru beli. ok?
kakak : ok. Mak Lang beli tau *sambil tunjuk jari kelingking,nak suruh buat
pinky promise*
aku : ok!

tengok! suka-suka hati je kan. hahhaa. tapi aku sayang je kat budak ni. even dia baru 3 tahun ++ tapi cara dia cakap macam makcik-makcik! kalah aku kot. tak tau la ikut belah sapa. aishhh. antaranya :

aku tengah tengok tv, dia tengah mewarna.

kakak : Mak Lang, mai warna dengan kakak.
aku : tak mau la. kakak warna la.
kakak : Mak Lang ni asyik tengok tttttttvvvvv jaaaa!
aku : *speechless*

kureng punya anak sedara. hahahhaa. hah lagi satu kan, aku tak tau la sapa ajar dia ni. dia ni peminat tegar atau lebih tepat kipas-susah-mati Shahir AF8 ok! Tiqah sila terkejut sekarang. haha. dia boleh menyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan lepas tu siap marah lagi kalau aku nyanyi jugak. apakah?? sebab dia bising tu lagu dia. ada la satu malam tu masa tengok separuh akhir AJL kan, Shahir tengah menyanyi, lepastu ada peminat pakat ambil gambar Shahir, nak tau dia cakap apa? " awat depa pakat ambik gambaq shahir?" aku balas, "awat kakak jeles ka?" lepas tu terus buat muka malu. =.=



Notis: apa-apa pun aku rindu gilak kat budak kecik ni! aishhh. geram, geram geram! nak cubit pipi!.

Tuesday, February 15, 2011

yay! dia datang.

hari tu kan, jumaat lepas kawan baik aku aka cinta mati aku datang KL. yay! akhirnya berjaya jugak jumpa dengan Nasiha Yusoff. selalu kalau cuti, plan bagai nak rak mesti tak jadi. rupa-rupanya jodoh kita untuk berjumpa kat KL noh. hekhek.

khamis malam baru dia decide nak datang sini. aku pun volunteer nak pegi ambil dia kat bukit jalil. excited beb! lepas habis kelas TITAS terus pegi stesen U naik LRT semua lepas tu walllahhhh! jumpa Siha!!!! suka suka suka! then balik UM, rehat-rehat semua, malam pukul 11 turun makan kat warung Mak Jah bak kata Syukri. =.='

lepak sekali dengan Ayin dan Fatan dan Arif. diorang tanya apa plan untuk esok, terus cakap nak pegi area BB sebab Siha nak pegi situ. kata pemandu pelancong so aku ikut je kat mana Siha nak pegi.


dia ni shopaholic. pemandangan macam ni biasa je bagi aku. haha. tapi teman dia shopping sumpah tak penat. tak tau kenapa.


muka puas dapat beli mp3. oh kitaorang beli kat Low Yatt


yang ni la mp3 kami berdua. mula-mula nak beli yang sama, yang belah kiri korang tu, lepas tu Siha macam dok belek-belek macam nak sangat je mp3 yang belah kanan tu, so aku kata ambil je kalau nak. so end up dua-dua ambil warna hitam. ouh aku punya yang belah kiri, Siha kanan. nak gantikan mp3 aku yang hilang dulu. tskkk! sadis.


masa ni kat Sungei Wang. lepas masuk TS, pusing-pusing jap then aku dapat mesej dari Ayin (yang dok sebelah aku tu) dia kata dia kat Sg Wang. so join diorang la best sikit. masa ni tengah tunggu Kak Fairuz dan Kak Siti usha sandal.


masa jalan-jalan dengan Siha kat TS, tiba-tiba jumpa kedai photosticker. usha harga berapa. uihhh. murah ja. murah lagi daripada yang aku buat dulu masa kat Penang dengan ex aku. ehem. so aku ajak la Siha buat. ahakz! gedik-gedik ja. comel je. tapi aku lagi suka yang aku buat masa dengan ex aku dulu sebab aku design sendiri. hakhak. yang latest ni diorang suruh pilih siap-siap frame tu. so tak boleh nak tambah corak apa-apa. ouh kenapa aku minat nak buat benda ni? sebab terpengaruh dengan cerita-cerita korea la ni! aisssh. kalau kat Jepun benda ni dipanggil Purikura @ Printclub. paham-paham je la kenapa orang Jepun panggil purikura ye. haha.



kat KL Sentral. on the way nak balik. baru lepas mentekedarah KFC. =p


hari Ahad. kat stesen U. hantar Siha balik. aku hantar sampai kat Masjid Jamek ja. dia kata dia boleh balik sendiri walaupun aku rasa macam berat je nak lepaskan dia sebab dia suka ralit. takut tiba-tiba terlepas LRT lak. tapi dia kata dia ok. so tak pe la.


disebabkan awal lagi, so aku pegi la Mid Valley sorang-sorang. melepak kat MPH, baca novel. ouh baca short novel ditulis oleh Syud, one of my fav author. lepastu pegi beli Big Apple! nyum nyum. oh aku beli novel jugak. ni dia... tapi tak habis baca lagi. huk!




Notis: kejap je Siha datang, macam tak cukup ja bawak dia berjalan. tak pe la next time ye dear!!! sory kalau ada salah silap,kurang apa-apa ke waktu hang kat sini ye. ^^





Monday, February 14, 2011

tiada puisi atau lagu.......

tadi kan aku boring, so aku pun buang la masa aku belek2 fb aku. tengok link aku yang dolu-dolu tu. lepas tu ternampak satu video ni. aku dah sengih sorang-sorang. ahakz! geli je nampak macam orang gila kat depan laptop kan.

tetiba kenangan lampau menjengah kembali. meh rewind balik...................


masa aku form 3, aku suka gila kat satu iklan ni. aku tak tau kenapa aku suka. hmmmmm..... ouh salah satu faktor sebab hero dia hensem. ehem. lepas tu kan gila sweet iklan dia. ya Allah. sangat sweet. sampai aku siap berangan, bila aku pegi library aku nak benda tu happen kat aku. ahakz! berangan bolehhhhh! aku rasa korang semua mesti pernah la tengok benda alah ni kan. nah tengok!





aku ingat lagi masa form 3 aku kena pegi kem sains kat USM. so masa kat sana aku stay kat desasiswa gemilang kot. hostel lama la. bapak lama tapi clean & clear. kira bersih la dan nampak macam rumah panjang banyak bilik kat tengah-tengah ada dining hall. tv semua. so masa rehat, kawan-kawan aku semua tengah tengok tv. kebetulan bilik aku sebelah dining hall memang dapat dengar la kan diorang pasang tv volume tak reti nak slow. tiba2 aku terdengar lagu iklan ni,perghhh! aku terus berlari keluar bilik sambil menjerit-jerit macam orang gila dan terus buat terjunan kat atas sofa. kawan-kawan aku yang ada kat dalam bilik diorang semua keluar tanya, 'awat laila awat? ' dengan muka selamba aku cakap, ' tu iklan tuhhhh!!!' nasib baik tak kena belasah dengan depa kan, kalau tak , tak pasal-pasal keluar headline surat khabar , 'SEORANG PELAJAR KRITIKAL DIBELASAH KAWAN-KAWANNYA DISEBABKAN KESENGALAN DIRI SENDIRI'


memang fanatik gila la aku dengan iklan tu. hahahhaa.




Notis: tiada puisi atau lagu, tiada potrait tiada ratuuuuuu......

Friday, February 11, 2011

Don't worry if you're single. God's looking at you right now, saying,


"I'm saving this girl for someone special "♥



ihik!



Notis: i'm waiting for someone special~

Tuesday, February 8, 2011

CNY yang happy

tajuk mau skema sikit ye. hoho. raya cina yang lepas dapat cuti seminggu so balik rumah. bercuti sakan. ye la baru start semester baru mana ada lagi test, assignment semua. so kali ni balik dengan beg yang ringan. yay! *macam la selama ni bawak balik buku ye Laila oi!*

disebabkan duit ptptn dah masuk so mari kita bershopping! CNY memang banyak sales so tunggu lagi. harus la shopping. tapi tak banyak la aku beli. ingatkan nak belanja mak aku baju sehelai dua tapi tengok2 Kak Ngah srraaap je dia punya kad. bagus2 tak sia2 aku bawak dia ikut sekali as driver. haha.


so aku hanya perlu belanja makan je la. mula pegi beli Big Apple set 6 biji donut ja. meleleh siot. yang mak aku nak makan mee udang, Kak Ngah dan Adik aku nak makan KFC lak. aiyarkk! aku tak tau la apa yang best dengan KFC ni. tapi tak pe layankan je. beli snack plate untuk adik aku, fish donut yang baru tu saja je nak rasa sedap ke tak,nuggets dan fries. kata nak makan mee udang pulak kan, so kena simpan perut. ehem. niat nak beli PappaRoti tapi kedai tu tutup. tauke dia cina kalau tak silap. hem. kempunan saya.


ish2. lapaq la sangat kan.

dah tu pusing2 Jusco jap sebab aku nak beli barang. tapi level bawah je sebab malas nak naik atas + banyak kedai tutup. ye la CNY kan. =.=' tiba2 adik aku pulak nak makan sushi. tak pe layan kan je. diorang ni memang suka makan. tak paham aku. *buat2 marah padahal orang yang cakap tu pun 2x5 ja*

sabar menunggu anak yang sedang shopping


lepastu terus pegi makan mee udang kat Sg Dua. nama kedai tu Restoran Mee Udang Seri Tanjung ke Tambang tah. tak ingat tapi kedai makan ni pernah la Jalan-Jalan Cari Makan datang. kira femes la jugak. sampai2 ja situ,perghh! penuh umat manusia. padahal baru pukul 8. opps! lupa. cuti kan mesti la ramai. ngehngeh. order kat Mak mee udang. ye la dah nama pun kempunan nak makan padahal baru ja lepas kena sound dengan doktor suruh kurangkan berat badan. tapi akhirnya anak2 jugak yang disalahkan sebab beli makanan bawak balik. tak kan nak biaq mak sendiri lapaq kan. hahaha.

aku dan Kak Ngah makan nasi goreng ja. pastu order sate kat adik. perghh! gila kenyang. memang jalan2 cari makan la hari tuh. lepas makan, balik rumah continue makan donut2 yang dibeli. mana sedap simpan esok, so harus habiskan. dalam pada dok bising2 kata kenyang, habis jugak kami bedal. hebat kan uh? hahahaha.


mak resah menanti mee udang nya yang belum tiba.



muka hepy dapat makan banyak

aku bukan pengikut Illuminati

Jusco kesayangan Dot dan Tiqah dan Siha. mesti korang rindu kat Jusco ni kan.heheehe.


dua beradik berbeza rupa



ouh lupa laks. hari ni birthday abah aku yang ke 53. so Happy Birthday Abah! May Allah bless u always, doing well, eat well, take care of your health k. saranghae! <3<3<3 ^^

Notis: seminggu yang best sebab dapat makan!

ting tang ting tang!

cuti seminggu yang lalu, saya telah balik kampung iaitu rumah saya.
ehh awat skema punya ayat macam tengah buat karangan ni? ok2 back to normal.
sampai2 je rumah terus aku kata kat mak aku, "Mummy! esok buat nasi lamuni ye.Kak Lang nak makan!" mak cakap,"oraite!"
matik la kan anak cakap macam tu kat mak.haha. nampak macam ayat kasar tapi intonasi dia lembut ye.


lepastu aku siap senaraikan lagi,kira macam request la nak makan apa kan.
Ahad-nasi lamuni,
Isnin- laksa
Selasa-Bihun sup

perghh2! memang mantap la kan. tapi nama je request nak suruh mak aku masak sebenarnya
tapi last2 aku lak kena masak. apakah???
ok tak pe2. lek luuu!!!
demi nak mantapkan skill memasak aku dan memenuhi permintaan perut yang banyak berjasa,ku turutkan sahaja.

pastu teringin pulak nak makan kek coklat.
memang cuti hari tu aku banyak buat homework.
homework menghabiskan makanan kat rumah.
seronok je mak aku ye. ada orang temankan dia makan.


kek coklat donut.


sedap tak ? sedap tak? hahaha. mesti korang tengok tak selera kan?
tapi sedap woooh! tengok tangan la kan.
ehem.

aku rasa berat badan aku dah naik waktu cuti seminggu hari tuh.
tapi aku tak kisah sebab nak tunggu bulan 5 nanti baru boleh balik rumah.
memang seksa la perut aku tak boleh makan sedap2.
tskkk! sadis!

tapi aku bersyukur skill memasak aku dah bertambah baik gemilang cemerlang dan terbilang.
thanx to dapurku yang banyak berjasa. ngehngeh.



Notis: ehem. lapar kek secret recipe la pulok.