Saturday, October 22, 2011

malam Eksplorasi Budaya

aku kan stay kolej. biasa la budak jauh. rumah kat Penang la katakan. nak sewa rumah tak mampu. sobsob. *taboh sedas baru tau dok boh ayat sedih plak* kahkah. ada 1 hari ahad yang lepas, 9hb Oktober yang dulu, kolej Aminudin Baki,UPSI datang kolej aku buat lawatan. anjuran Exco Seni kolej Aminuddin Baki tu la. aku pun heran. kolej aku dah la buruk, nak buat lawatan bukan ada apa pun.haha. matik la kutuk kolej sendirikan.


dengan Ina =)


tapi malam tu, ada malam eksplorasi budaya. so aku kena main gamelan. ketuk-ketuk bonang tu la. and then few days back, Hasina Hassan aka Ina ada bagitau dia datang jugak. excited habis aku. lama tak jumpa budak kecik ni. memang tak berubah langsung perangai kanak-kanak dia tu padahal nak jadi cikgu tu. =.=' dia pulak bila jumpa asyik bising, ' kenapa Kak Laila makin kurus niiii???' *blushing* malu ittew tau. ihik.

Ina pulak kena perform koir malam tu. best koir dorang walaupun dah nak hujung tu suara macam dah tak semangat kan nampak macam penat je kan.haha. sory Ina terkutuk lak. hik.

ada gaya tak aku main Bonang tu? hekhek.




me and my lovely pet. eh?

ngedate sama Dot dan Shera

hari rabu lepas je habih kelas Eukaryotic Microorganism terus keluar pegi Mid Valley dengan Amni dan Mira. nak release tension la kononnya kan. selesai semua test dan presentation blablabla. yang merunsingkan jiwa aku dan mengacau bilaukan hidup aku selama beberapa minggu ni. ayat nak dramatis je kan. =.='

plan nak beli barang makanan je,buat stok dalam bilik. bila lapar boleh terus ngap je. tapiiiiiiiii tiba-tiba Mira ajak tengok wayang pulak. dah keluar pun hari rabu, konpem la kan tiketnya murah. terus on. tengok citer Real Steel. sangat best aku habaq mai. rugi sapa tak tengok. tapi still tak boleh lawan citer fast five lagi la. hehe.

masa tengah dok teman Amni dan Mira beli baju, *nama je teman pada awalnya,last2 sekali aku pun TERbeli jugak baju* tiba-tiba dapat mesej dari Shera,kawan kamceng waktu matrik dulu sebab sama-sama buat jahat. eh? tanya free ke tak nak ajak keluar. sekali dengan Dot pun ikut. aku pun apa lagi. on je la. sebab memang dah lama tak jumpa budak2 ni. *bajet hang besaq la Laila* haha. so malam pukul 730 Shera datang ambil denga Kelisa birunya. walaupun tengah hujan, aku redahi jugak sebab naik kereta,bukan basah pun kan. pegi ambil Dot kat kolej dia. then terus pegi Mid. sebab dekat je Mid dengan UM tu.

bagusla kan. tak sampai 5 jam balik dari Mid, pegi Mid lagi. =.=' hajat hati nak tengok wayang, lepas tu tengok semua waktu yang lambat, then Shera ajak pegi tengok kat The Gardens, ok waktu wayang awal, tapi tengok harga boleh meninggal kat situ. satu tiket ENAM PULUH LIMA RINGGIT! meninggal terus aku. lepas tu patah balik pegi Mid. then discuss punya discuss, cancel tengok wayang, kita pegi makan je.





so habeskan masa kat food junction. aku dan Dot makan makanan Korea. ehem. aku makan nasi goreng Kimchi, Dot makan Kimchi ramyun. sedap ouh! Shera makan Pepper Lunch. motif aku citer apa yang kami makan? haaaa tu maknanya aku tengah rajin menaip la ni. hahaha.

sembang punya sembang,gosip punya gosip dah nak pukul 10, Mid pun dah nak tutup sebab nampak mat2 bangla tu tengah dok susun kerusi meja semua. terus gerak. tapi rasa tak puas jumpa lagi. aku suruh Shera pusing-pusing lagi, sembang dalam kereta, then decide nak singgah KFC dekat dengan U aku. sambung situ pulak hah. terbaik! pukul 11 terus gerak balik sebab dah lambat, and kesiankan Shera nak balik Shah Alam sorang2. terus release tension aku betul2 hari tu.haha.






gambar Shera tak ada sebab dia ni low profile sikit. eh? haha. tak ada maknanya si Shera low profile. dia yang tangkap gambar konpem la mukanya tak ada. haha. Rindu terubat!!!! tapi rindu sama Nasiha Yusof dan Atiqah Ab belum terubat lagi. T.T

Sunday, October 16, 2011

open house Izzah yang dah sebulan berlalu.

dah lama kan habis Syawal? tapi benda ni aku baru nak post. boleh? XD
tadi godek-godek laptop,tengok gambar-gambar yang ada dalam folder,baru teringat,eh ni gambar waktu open house Izzah la!
tu la masalahnya sebab diri jenis pelupa *sedar diri pun* semua benda nak lupa. aishhh.
disebabkan Izzah photographer terbaik aku, so dah kena jemput tak kan tak pegi pulak kan. kecik hati kawan tu. Aku, Ieka,Ayin,Fatan,Bambang dan Arep telah menuju ke rumah Izzah berbekalkan perut yang kosong dengan harapan dapat melahap di rumah Izzah dengan jayanya. dari pagi tak makan semata-mata nak makan kat rumah dia tau.
open house dia masa cuti Hari Malaysia tu. hari jumaat kan. so lepas tunggu jejantans tu balik sembahyang jumaat, semua terus gerak naik KTM sebab Boboy tak ada. tskk! nah la tengok gambar je. malas aku nak taip. heeee.


 motip diorang kata gambar ni boleh buat cover album?

kat stesen KTM bangi nak balik U dah. abaikan budak dua ekor yang tak berapa nak center sangat otaknya. hahaa.

 kat rumah Izzah. sebelum balik. makan kuih raya dulu. hmm. kuih raya tu aku je la yang makan. hik.

kat depan rumah Izzah. yang tengah tu Izzah. =)

kalau aku kat U, tak sah kalau tak ada gambar dengan budak ni. Iekakei.

memang betul-betul melahap. tengok meja pun dah tau. penuh dengan pinggan,gelas bagai. oh menu hari tu adalah mee kari,nasi ayam,moist choc cupcake,dadih yang Izzah buat sendiri. *beria-ia dia kata tu dia buat,so terpaksa la makan walaupun was-was kan. eh?*

tengok! ada lagi gambar dengan budak ni. ish2.

Saturday, October 15, 2011

the first gathering evaaa!

 untuk pertama kalinya, course aku ada buat gathering untuk budak-budak 1st year, 2nd year and final year.
waktu aku 1st year dulu, tak ada pun gathering-gathering bagai ni. almaklum la senior aku dulu busy.
tapi untuk junior-junior aku ni,kitaorang pastikan diorang kenal senior-senior diorang ni haa.
tak ada terkapai-kapai di lautan. 

then disebabkan senior 3rd year busy,so diorang serahkan kat kitaorang je handle semua ni. walaupun last minute, tapi Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. makanan pun sodap nyo hah. disebabkan kat Dataran Sains dorang lambat approve nak guna tempat tu,terpaksa la switch ke foyer bangunan mikrob je. jauh pun jauh la janji semua happy!

menu malam tu nasi ayam. kalau tak plan nak makan fast food je tau. nasib baik ada dua orang coursemate aku volunteer nak masak, sebab diorang dok luar kan. then sebab senior aku nak something yang mengenyangkan, so coursemates aku order la nasi ayam. tapi berbaloi gila kot. bayangkan rm4.50  je sebungkus,tapi nasi punya berlambak tambah ayam pulak besar. berbaloi-baloi !

buah tembikai,kek pisang,jeli. diorang kata pencuci mulut,tapi semua bedal sekali dengan nasi. apa kes?


kenalkan my buddy! eh dah kenal kan masa dinner dulu. hekhek. kak Haziqah yang cantik tertarik ko memang dabooom!

ni coursemates aku yang gila-gila punya. eh ada Kak Emma and senior sorang pulak kat depan tu.

dari kiri : Ziela, Laila Lopes,Fara,Lisa,Kak Mira

2nd year + 3rd year. budak 1st year malu-malu kucing lagi. standard la tu kan. kitaorang ni hentam je. padahal before ni tak ada la rapat sangat. kehkeh.

ok bergabung!!! 1st + 2nd + 3rd year students!! microb-bytesss!


percubaan hazeem wachacha untuk menyelit berjaya. =.='

sapa je yang tak kenal aku? kalau makan pun boleh lagi detect kamera kat mana. haha. hai Kak Ziqah serius nampak.


sebelum ni Abg Razman dah agihkan buddy semua. tapi bak kata Kak Ziqah disebabkan dia tak ada keja, dia rombak balik. nak menangis-nangis aku dan Kak Ziqah tak nak kena pisah. nasib baik still sama. phewww! gathering malam tu tamat lebih kurang pukul 10 malam la. tak banyak buat aktiviti pun,lebih kepada rilek,santai-santai ja, buat ice breaking, tangkap gambar then balik. tapi best. sebab boleh bising-bising. nasib baik Ieka bagi pinjamkan kereta ,kalau tak sedih je aku kena balik jalan kaki malam tu. tsskkk! heart Ieka! hihihi.









Sunday, October 2, 2011

perform untuk FESKUM 11

sekarang ni update blog macam biskut Kapten Munch je. kejap update kejap tak. biasa la sekarang busy. kalau online pun tak sempat nak buat entry baru. *auta je tu,FB,Twitter boleh pulak hang layan lama2* ihik.
sebenarnya ada la few updates nak buat tapi tu la tengah tunggu gambar dari orang. ye la diorang kan guna kamera mahal. sebab tu lambat upload. *mata ke atas,tangan ke bahu*

aku nak cerita pasal hal semalam. kumpulan gamelan kolej aku dapat jemputan untuk perform masa perasmian FESKUM (Festival Konvokesyen UM) kat Audi KPS. Raja Dr Nazrin Shah datang rasmi. hah main2 kau. kitaorang main depan raja okai. hmm. tak la depan sangat. kitaorang dok tepi je. tapi still boleh bangga la. *astagfirullahalazim* rehearsal berapa puluh kali buat. kejap orang ni nak tengok,kejap TNC nak tengok,kejap wakil raja nak tengok. tapi nasib baik la aku tak kena main. just jadi penanda je. ala yang bagi que tu. haa. aku bagi que la kat teammates aku bila dorang kena start main. sebab agak susah kalau tak ada penanda. tengah fokus main,nak tengok notes lagi,nak ketuk besi2 tu lagi,nak tengok depan lagi. hoih! terus blank kepala otak. sempat la aku buat cun kat situ. kahkah.


 kitaorang terpaksa pakai baju biru blink2 ni sebab ada syarat tak boleh pakai warna gold,kuning,ungu dan hitam. tu warna Diraja. hah ambik kau! menghelip kitaorang waktu tu. oh yang tu semua senior2 aku. dorang request nak perform for the last time before nak retire. so yang junior,aku dan Bambang je la.




yang ni lepas habis event. tangkap gambar atas stage dengan budak2 tadika yang perform. sangat comel ok. even dorang punya steps tarian ada silap still nampak comel. cuba tengok kalau kita yang dah besar ni buat mistakes,mesti kena halau turun stage on the spot jugak. kijam! eh nampak badan aku macam bulat kan? haha. salah baju yang besar gedabak. ye la baju pinjam kan. mana nak ada saiz badan sendiri. 

 
hah yang kat belakang tu, alat gamelan yang aku main. bonang mak namanya. kira dalam ni aku jadi lead la. kadang2 gendang yang lead. ikut la mana dulu. =D penat aku mekap tapi tak nampak apa pun. T.T


kalau nak tau ni la experience yang paling best sekali. dapat perform depan raja, perform untuk event U yang besar, untuk graduan semua. walaupun kitaorang perform untuk perasmian je tapi still best ok. ingat senang nak dapat peluang ni. sekali seumur hidup ok. dah la raja hensem. nak jadi warga Perak boleh? nak tukar no IC 08. ihik. dah mengada2 je hang Laila. and yang best nya. semua orang puji kitaorang main bagus. Alhamdulillah. NC siap tunjuk thumbs up dan kata bagus kat kitaorang.haha. tapi Bambang lagi untung sebab NC tegur dia. siap tanya makanan sedap ke tak. hmmm.  untung laaaa NC tegur. kahkahkah.