Sunday, October 16, 2011

open house Izzah yang dah sebulan berlalu.

dah lama kan habis Syawal? tapi benda ni aku baru nak post. boleh? XD
tadi godek-godek laptop,tengok gambar-gambar yang ada dalam folder,baru teringat,eh ni gambar waktu open house Izzah la!
tu la masalahnya sebab diri jenis pelupa *sedar diri pun* semua benda nak lupa. aishhh.
disebabkan Izzah photographer terbaik aku, so dah kena jemput tak kan tak pegi pulak kan. kecik hati kawan tu. Aku, Ieka,Ayin,Fatan,Bambang dan Arep telah menuju ke rumah Izzah berbekalkan perut yang kosong dengan harapan dapat melahap di rumah Izzah dengan jayanya. dari pagi tak makan semata-mata nak makan kat rumah dia tau.
open house dia masa cuti Hari Malaysia tu. hari jumaat kan. so lepas tunggu jejantans tu balik sembahyang jumaat, semua terus gerak naik KTM sebab Boboy tak ada. tskk! nah la tengok gambar je. malas aku nak taip. heeee.


 motip diorang kata gambar ni boleh buat cover album?

kat stesen KTM bangi nak balik U dah. abaikan budak dua ekor yang tak berapa nak center sangat otaknya. hahaa.

 kat rumah Izzah. sebelum balik. makan kuih raya dulu. hmm. kuih raya tu aku je la yang makan. hik.

kat depan rumah Izzah. yang tengah tu Izzah. =)

kalau aku kat U, tak sah kalau tak ada gambar dengan budak ni. Iekakei.

memang betul-betul melahap. tengok meja pun dah tau. penuh dengan pinggan,gelas bagai. oh menu hari tu adalah mee kari,nasi ayam,moist choc cupcake,dadih yang Izzah buat sendiri. *beria-ia dia kata tu dia buat,so terpaksa la makan walaupun was-was kan. eh?*

tengok! ada lagi gambar dengan budak ni. ish2.

No comments: