Friday, June 28, 2013

dah habis perasan muda

 Assalamualaikum~~
Alhamdulillah selesai sudah pengajian tahun ketiga. yay!
sem yang takut untuk aku nak hadapi before ni dah habis. syukur sangat!
Terima kasih semua yang made my semester became easier and joyful. less stress uolls.
so dah habis dah perasan jadi budak second year, perasan muda. hahaha. lepas ni dah jadi budak final year. ngeeeee~~ takuit.

buat pertama kali nya exam sem ni, aku gila punya stress. tambah-tambah dua paper terakhir pada minggu terakhir. ramai dah balik, habis exam, aku masih pulun study. heh.
habeh exam terus pergi Mid Valley, berjimba-jimba kejap dengan Eida dan Erica.
makan-makan dan jalan-jalan window shopping.

Eida Yus Me
lepas habis paper. lama tak jumpa Yus.

nampak muka stress disitu? dah la subjek genetik. memang la budak-budak mikrob paling tak sukaaa! time ni aku tengah tanya Adnan soalan tutorial yang aku tak paham. last minute aku tanya. thanks Adnan, buat akak paham bab tu. Alhamdulillah boleh jawab soalan, walaupun terketar-ketar sikit time nak jawab tu sebab tak berapa pakar kang. InsyaAllah okay kot. :')


time ni tengah tunggu Erica dok cat kuku dia. sempat lagi warna kuku dia guna tester punya. hahaha. eh aku pun sama je, habis semua lipstik aku try. tak padan dengan gelap, nak ambil warna merah je uolls. pfftt.
depan exam hall pun boleh



masked rider

start hari Ahad, KL telah dilanda jerebu.! aku keluar breakfast dekat roti kahwin tu, terkejut tengok menara pucuk rebung tu dah kabur. tak jelas dipandangan mata. gila ah.
first time aku alami jerebu yang teruk time aku dah dewasa. Isnin nya pulak lagi la teruk! aku ada paper pukul 8.30, memang keluar-keluar dari exam hall je terus bau asap. dalam bilik pun bau asap. kat floor pun kabus je. aku tidur pun pakai mask. over kan? tapi untuk kesihatan aku yang antibodi lemah ni  terpaksa la. air masak pun minum banyak je. tambah-tambah time tekak rasa berpasir, lain macam je. terus pakai mask.
dah jerebu tu, redup je la tak ada matahari. tak panas tapi bahang. =.='
akhirnya turun hujan Alhamdulillah. hari rabu cuaca dah sihat. dah tak ada jerebu. syukur. =)

so minggu depan dah nak start LI. rasa malas dan nervous ni. haha. nasib baik lapan minggu je. walaupun tak ber elaun, tapi tak pa la. nak gain experience kan. may Allah ease everything. amin.

Friday, June 21, 2013

genap setahun berpijak di bumi nyata




Assalamualaikum~~
dari pagi tadi lagi aku dah pelik.
aku tengok je tarikh hari ni kat kanan atas laptop aku ni.
ada apa ea dengan tarikh harini? birthday sapa aku lupa ni?
sampai la balik dari lunch, tetiba baca tweet eida yang ni.



terus aku macam....... ohoh! ini la benda yang aku lupa.
dah setahun dah aku kembali ke tanah tumpah darahku Malaysia selepas merantau kat tempat orang almost 4 months. :') undescribable feeling.
terus sedih. bila ingat balik.
tido sejam je sebab nak catch flight awal pagi, nak gerak ke airport. kawan-kawan datang tolong angkut barang bawak ke teksi. barang yang macam ada dua orang manusia dalam luggage beratnya.
sampai tertido-tido dalam bas nak ke airport. sampai airport, check in luggage.
jumpa kawan-kawan UM yang exchange kat InhaDae. sama-sama nak balik Malaysia.
lepas tu pergi makan kat LotteRia, shrimp burger buat kali terakhir.
rasa excited nak balik, jumpa family membuak-buak but at the same time rasa sedih nak tinggalkan Korea juga sama level.
tempat jatuh lagikan dikenang. ni pulak tempat yang simpan 1001 pengalaman suka duka tangis tawa. first time merantau. perempuan pulak tu. quite a big challenging.

aku ingat lagi dalam airplane, masa nak depart, aku tengok luar tingkap. i cried.
aku tak tau bila aku boleh datang balik Korea. kalau datang pun keadaan dia tak sama macam mana aku pergi. nak makan pun nangis, sebak dalam dada.
sampai Malaysia, saat turun dari airplane, menangis. macam tak sangka, pagi tadi ada kat Korea, sekarang dah kat Malaysia. weng kejap.
bangun pagi esok, rasa semua yang berlaku past 4 months just a dream. really like a dream.
because everything back to normal. 
banyak benda aku rindu, kalau pikir balik memang sedih.
truly saying, that are the best thing I ever had. the most memorable year for me. 2012. i will treasure all those sweet-sour-funny-sad moments there alot.

thanks for those yang bantu aku, held me up when i'm down, created memories together with me. i wont forget all of you. :')

Saturday, June 8, 2013

Yang ke 3 =)


Assalamualaikum~~
time nak exam week la aku baru rajin nak update blog. hekhek
nak rilek otak jap dari study, sambung update blog.sem 6 aku dah nak habis. so panggilan 3rd year student pun akan berganti dengan final year student. tssskkkk!
aku tengok kawan-kawan aku semua dah happy riang ria jayanya dah siapkan thesis dorang.
masing-masing syok je upload thesis dorang yang dah siap jilid kat FB.
happy for them, tapi aku takut gak nak tunggu turn aku nanti.
aku tengok dorang, gila punya struggle. time aku nanti tak tau la macam mana.
aku doa Allah permudahkan segalanya. amin.
mentally ready dah ni nak tido kat lab. hehehe.

bila aku tengok-tengok balik gambar-gambar aku time 3rd year.
banyak betul benda aku buat dengan kawan-kawan aku. tight the bond with them =  anak-anak aku tu + my coursemates + kawan-kawan rapat yang lain. dulu kan 1 sem tak ada, so dah masuk balik UM, kira-kira nak ganti kan la masa yang terlepas tu. dorang pun tinggal satu sem je lagi. sobs. so masih ada masa nak create memories sebelum semua terpisah jauh. entry kali ni boleh la nak dikatakan, The Best Thing Ever Happened atau The Best Memories Ever atau sewaktu dengannya. aku memang fail bab-bab nak buat tajuk.=.='
sem 5 atau sem lepas la pakat all out tight kan bond kitaorang tu especially dengan anak-anak. sebab masing-masing tak busy lagi kan sebab tak kena hantar thesis.
sekarang ni kalau lepak dengan dorang, asyik dok dengar dorang sebut pasal thesis je, sampai aku pun terikut sekali dok tanya thesis dorang dah sampai part mana. well mommy kan, of course la concern. hahaha.
awal sem 5, start main pingpong dengan dorang. aku belajar main pingpong walaupun still fail. tapi tak pa, ada gak experience tu. whahaha.
lepas dah boring dengan pingpong, main badminton pulak. malam-malam main. best woo.
paling aku ingat bila kena partner dengan Ayin. adoyai. penat aku gelak dengan perangai dia yang sewel tu.
kitaorang ni main biasa-biasa je, just nak keluarkan peluh, tapi gaya konon-konon macam pro gila. konon-konon buat strategi, teamwork kuat la. tu semua nak psycho pihak lawan je.
boleh pulak la kan time tengah lawan tetiba Ayin ajar aku macam mana nak served dengan betul. cara dia ajar tu buat semua orang gelak, sekali dengan budak-budak kat warung pun yang tengok kitaorang gelak jugak. yang aku ni memang konpem la keras perut punya gelak sampai sakit urat kepala. cisdel punya Ayin.

before habeh sem ni, kitaorang plan nak pegi ice skatingggggg! beli tiket kat Groupon. thanks Groupon sebab buat promotion! *menangis terharu* ingat nak masukkan dalam entry ni sekali tapi nak pegi nya pun tak tau bila sebab jadual exam masing-masing tak sama. tak pa la apa-apa hal boleh repost. dah namanya blog gua kan. heh. XD

[Entry ini akan panjang berjela-jela. harap tabah nak baca. ;)]
tunggu Ieka shopping bersama Fatan the ching ching alexander


habeh sem 5, Ayin ajak makan kat Restoran Sambal Hijau. pengaruh JJCM betul.
ambil Fatan dan Ayin dari fieldwork dorang.
sem 5 gak tiap kali weekend kerja aku menghantar dan mengambil si Ayin dan Fatan pergi buat fieldwork kat API. sebab nak bawak barang banyak dan berat. tu pun kalau dorang suruh aku hantar la, kadang-kadang pergi sendiri. nasib baik dekat, tapi panas la gak bhai. dah macam Mak betul dah ni hah. dah kena Mommyzoned dengan dorang ni hahaha.

first time naik motor keluar jalan-jalan. demi steamboat Johnny's. sanggup weyh aku bawak motor kat KL. selalu merempit kat Penang je. tu pun kalau abah bagi naik. almaklum la, anak dara dia sorang ni, bawak motor bahaya. katanyaaaa. hiks

sokong Mira time Feseni. dia masuk nyanyian solo lagu Melayu dan Inggeris. dua2 acara dapat nombor dua. kelas kau Miraaaaa.

3 kali kena screenshot dengan jurukamera kat DTC time  Pop Band. malu iolls muka keluar kat screen DTC. hewhewhew
Lepas 2 tahun tak jumpa si Nasiha Yusoff ni. padahal dok Penang kot dua2 ni. nampak sangat busy. tsssk!


pegi kilang Yakult dengan adiks juniors. tak ada beza pun kan junior senior? hahaha.

sambut birthday Amnot my honeydew~~~

muka senior-senior yang baru reti nak ambil HE. XD

first experience ever main untuk kenduri kahwin. best gila. upah pun best gila jugak! hahahaha

pagi-pagi buta main pingpong. dah la depan rumah penyelia. habis senyap kitaorang main, tah2 JTK datang kata penyelia suruh balik. ye la time tu dah pukul 2 pagi kot. hahahaha. tapi sempat la makan megi dan jajan. kemain buat piknik kat situ. pon boleh!






 
second time panjat bukit.time study week sem 5 pegi panjat Bukit Broga dengan coursemates.
jahat tau dorang ni tak cakap dorang race nak naik puncak dalam masa 45 minit ke 30 minit. aku yang tak tau apa-apa follow je la dorang ni. aku heran gila asal la laju sangat dorang ni panjat. lek2 sudah.  memang semput habis aku dengan siangnya tak makan. dah la keluar pukul 2.30 pagi sampai Broga lebih kurang pukul 4 pagi okay! niceeee! memang pancit habis la aku time dah nak sampai puncak. rasa macam nak muntah jek. 


sokong Fatan dan Ayin main hoki untuk Sukmum. aku bertugas jadi paramedik mata kat Ayin ni. entah apa kena tetiba nak pakai contact lenses pulak time main. before ni elok je pakai spek. dah la dia tak pandai pakai contact lenses, asyik dok tenyeh mata je. tiap kali habis game, menjerit panggil nama aku soh bukakan contact lenses dia. =.='
start 3rd year, kitaorang layan midnite movie pulak. aktiviti baru la konon. asal ada movie baru dan best. memang semua pakat plan la nak pegi. aku yang bukan jenis berjaga malam pun turut serta. lepas tu dalam wayang tido. macam masa tengok citer Wreck-it-Ralph, aku tengok tang mula then part last je. part tengah-tengah tido. bukan aku sorang, semua macam tu. bagi aku bosan gila citer tuuuuu!
ni kira aktiviti dari 1st year, pegi karok la apa lagi. tapi masuk 3rd year baru sekali aku pegi karok. aissshhh. lama betul tak praktis vokal. asyik praktis vokal dalam bilik jek. hahaha.
time 3rd year jugak Kak Ngah kahwin. time aku cuti sem 1 bulan tu. memang busy habis aku. cuti sem memang busy gila. wuwuwuwuwu. nak kena buat tu, buat ni. penat-penat. tapi tak pa, dengar kata nak tambah anak sedara lagi sorang. hehehehe.

Kak Ieta kahwin pulak time study week sem 5. rushing gak la balik. sebab Kak Oda kahwin aku tak balik, ada kat Korea uolls. Kak Ieta kahwin harus tu balik. nasib baik buat time aku tak ada kelas. hehehe.
 
ni time kenduri Kak Ngah, dorang datang. ala-ala trip la jugak walaupun tak berjalan sangat. huhu.

okay. ni part lawak. time sem 5 la waktu main pingpong kan. aku saja la main hp Boboy, tiba2 nampak satu apps ni macam best je. aku buat-buat la nak ambil gambar Fatan, suruh dia tengok kamera. tangkap gambar dia dan puffff tukar jadi muka tua dia. hahaha. terus aku upload kat FB. lepas tu keesokkannya time breakfast ramai-ramai, Boboy buat bet, semua kena tangkap gambar jadi muka tua, tukar jadi profile picture kat FB, tunggu dapat 20 likes sekurang-kurangnya baru boleh tukar balik. ini janji kita! katanyaaaa.... memang semua kena okay kecuali Arif sebab dia tak ada time tu. dalam masa setengah jam aku dapat 30 lebih likes, tapi aku kesiankan dorang, aku tunggu sampai malam la baru tukar yang lain. hahahahaha.



ni time jamuan raya kolej sem 5 hari tu. event dah habis kitaorang still lepak-lepak kat volley court. tangkap-tangkap gambar kat DM bagai, then AJK suruh pegi makan, makanan lebih banyaaaak gila! terus pegi dapur DM. buat macam rumah sendiri. sorang-sorang perangai tak senonoh makan dalam tray. hahahaha.
first performance lepas satu sem tak main gamelan. ni perform untuk Malam Mesra Kinabalu. perkenalan kelab-kelab seni yang ada kat kolej aku tu. dia punya nervous macam baru first time main. aku ada masa 1 malam untuk belajar lagu baru. memang kelaut aku main. mujur pandai cover. pro katanyaaaa. hahaha

sem 5 aku agak aktif la jadi PM tak rasmi ISC. dah En Nas mintak tolong kan.
tolong je la. nak kena handle budak-budak exchange yang datang UM untuk program-program yang ISC buat. ada la dalam 3 kot event aku join. tapi memang bikin panas je handle budak-budak exchange ni. degil gila. tak dengar kata. pffttt! sabar je la. aku ada ikut pegi homestay program kat Kg Air Manis, Kuala Selangor, so jumpa la budak-budak Korea ni. yang ni la yang baik jugak dengan aku. selalu la jumpa, dinner sekali. salah satu budaya orang Korea ni yang aku terikut-ikut sampai sekarang adalah, walaupun busy mana pun , akan still cari masa jugak untuk jumpa kawan-kawan kalau dah lama tak jumpa. 

macam makes time for your friends la. waktu aku kat sana kan, sanggup ni dorang make time juga untuk jumpa walaupun busy mana, tetiba ada hal ke, dorang still pegang dengan janji la kalau nak jumpa, akan jumpa gak walaupun terpaksa ubah time ke apa ke kan.tak pun sanggup pegi jumpa walaupun dok jauh. best betul tengok. lepas tu kan kalau dah janji nak jumpa contoh nya la kan,"let's meet next week on thursday at 7.30 pm etc,etc." so nanti hari Rabu malam minggu seterusnya dorang yang akan mesej kita tolong ingatkan pasal janji dengan dorang.takut kita lupa. waktu mula-mula terkejut gak la aku. sebab dah biasa kan, baik punya plan tetiba bila tanya balik, terlupa pastu dah ada hal lain pulak.tapi orang Korea lain. bagus betul. so bila aku dah kenal dorang ni, selalu la dorang contact aku ajak makan sekali, lepak-lepak. dorang datang exchange pun untuk 1 sem je. so sem ni dorang dah tak ada. sobsss.

dengan Lucy
dengan Ted si teddy bear
dengan Abang cacat (baju oren) dan kawannya - Yu.







kitaorang jumpa Jay!!! dia datang Malaysia untuk internship 3 bulan kat Korea Tourism Organization. dia ni dulu Ketua Global S Cafe masa aku kerja part time kat dalam UOS dulu tu. kebetulan kitaorang plan nak buat reunion la kami 4 orang yang pegi exchange kat UOS. then Erica kata Jay ada kat Malaysia. ajak la dia sekali. asalnya dia ada hal, so dia tak jadi jumpa kitaorang. then lepas Fara pick up kitaorang, tah-tah Erica kata Jay jadi jumpa kitaorang, dia postpone hal dia tu ke pukul 7.30pm. typical korean. akan make time jugak for you. wahhhhh! oh Erica yang tangkap gambar ni. Ieda pun join the reunion. the more the merrier. =)


senior-senior yang aku kenal dari aku 1st year semua dah grad tahun lepas time aku sem 5 la kira. sedih, sedih. tapi happy la untuk dorang. ada yang dah keja, ada yang tengah sambung Master. tunggu turn aku plak grad insyaAllah tahun depan. Mak ada tanya hari tu, tak nak sambung Master ke? insyaAllah kalau ada rezeki. bukan tak nak, tapi mungkin bukan dalam bidang aku sekarang kot. try ambil benda lain pulak. hehehe.

pegi kenduri rumah Abang Paan kat Melaka. 




Thursday, June 6, 2013

Sesi Luahan Perasaan.

Assalamualaikum~
6hb Jun 2013, hari Khamis.
hari ketiga study week atau minggu belajar untuk sem 6 bagi aku.
dah nak habis dah 3rd year rupanya.
cuti sem nanti aku buat intership.
Alhamdulillah dapat yang dekat dengan rumah, Advance Medical and Dental Institute dekat Bertam.
serabut jugak la aku awal-awal dulu, tak dapat placement lagi.
memang dah redha je la kalau terpaksa buat intern kat KL ni hah.
asalnya aku dapat intern kat Hospital Pulau Pinang, aku pun terima je la walaupun kena ulang-alik naik jambatan tiap-tiap hari. memang terima je la semua kan. daripada tak dapat placement lagi haru.
tetiba bila aku call hospital tu balik, dorang check lain, rupanya jabatan yang aku mintak tu dah penuh. aku dah macam..... whaaaattttt! hilang mood terus aku nak pegi reunion. aishhh.
then, last minute, aku call balik institut dekat rumah aku tu, tiba-tiba dorang kata aku dah dapat. syukur sangat-sangat!
sebab aku pikir balik, time raya nanti waktu tengah intern, so rasa macam alaaaa, malas la nak buat intern jauh-jauh. tapi tu la Allah suruh sabar sikit jek dan Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah. i am happy girl. =)

before ni aku pernah cakap sem ni aku ambil subjek 2nd year kan dengan adik-adik junior.
awalnya aku memang takut gila nak hadapi sem ni. serius.
sebab coursemates aku semua kata, memang busy habis la sem ni. dengan jadual pack nya.
dan banyak lab dan assignment. time dorang la.
ye la masa 1st sem 3rd year, aku ambil subjek sikit je, kelas tak pack but still ada banyak keja.
tapi sem ni dengan kelas pack, banyak kerja lagi dan aku ambil HE. memang jadual aku dari Isnin hingga Khamis memang full. tambah-tambah hari Khamis ada HE dari pukul 5-7 petang.
hari-hari kelas habis pukul 6. =.=
habis lab pukul 5, terus rushing pergi kelas HE pulak. dengan lecturer HE yang strict, tak nak habiskan kelas awal. T.T
nasib baik ada my boss yang baik hati jantung semua sudi nak pick up tiap-tiap hari Khamis lepas kelas HE. thank you so much! hehehe.
dan ucapan terima kasih jugak kepada Kak Mira, yang bawak keta, so tiap kali habis kelas, dia tumpangkan balik kolej. kalau tak memang penat la nak jalan turun tunggu bas.
mungkin disebabkan insan-insan baik hati di atas, so sem ni agak kurang sikit penat nak menunggu bas balik kolej.
syllabus P&P untuk junior, lecturer banyak ubah. so memang agak... urghhh! banyak kemain presentation. dulu kitaorg 2nd year tak ada presentation pun, start 3rd year baru ada banyak presentation.
Dr Lee kata sebab KPT nak suruh gilap softskill students. okayyyyy. memang dah menghelip habis dah softskill ni hah.

minggu depan dah start exam. seperti biasa, exam aku habis sehari sebelum hari terakhir exam. agak sadis ya. kawan-kawan aku banyak habis awal. boss aku tak beragak langsung, minggu kedua dah habis. i was like.... whaaaatttt! tapi dia tak banyak gap. aku ni ada banyak gap la jugak.
total paper exam aku sem ni termasuk HE ada 5 sahaja. 4 subjek wajib Mikrob.
yang 4 subjek tu buat aku rasa nak hempuk kepala kat meja, nak menangis, nak menjerit dari atas bumbung dan macam -macam lagi benda-benda ekstrem yang terlintas kat kepala bila aku pikir nak kena jawab exam 4 paper tu. wuwuwuwuwuwu!
takut weyh! tough kot subjek-subjek tu. tak nak jadi macam time 2nd year 1st sem  hari tu......
then kalau dah tak nak sejarah berulang, tak boleh la malas-malas. ni nak study pun nak ambil mood bagai. kemain!  sesungguhnya aku masih mencari-cari dimana hilangnya Laila waktu sekolah dan waktu matrik dulu. mana Laila tuuuuuu???? kenapa Laila sekarang lain! dulu boleh score, asal kat U tak boleh? hah jawab! jawab! pffftttt!

stress nak exam dah dapat rasa dah. memang mood kejap okay kejap tak okay.
silap-silap boleh bawak gaduh ni. nasib baik bukan aku sorang je, ramai gak mood tak stabil, jiwa kacau time nak exam ni. hahahahahhaa.
sama la kita uolls. sobsobsobs.
oh tadi aku check result untuk stay kolej sesi depan. boleh pulak kan aku tak dapat nak stay 8th.
tak payah la nak tambah ketidakstabilan mood aku ni. boleh hilang mood study tau tak!
aishhhh. ada lagi dua pilihan kolej. tunggu je la ye. takpa nanti buat rayuan.
seperti biasa, Allah suruh sabar dan banyak senyum. Allah nak test la tu. bak kata orang, kena ada ribut petir kilat sabung menyabung sebelum keluarnya pelangi. hah gituuuu.
ok la. sampai sini jek. kalau ada apa-apa, aku membebel lagi. =)

Monday, June 3, 2013

dah lepas salah satu syarat. weeeee~~

 Assalamualaikum~~
berdasarkan tajuk entry, apa yang dah lepas salah satu syarat?
ehem. 
Sabtu dan Ahad- 18 dan 19 hb Mei hari tu aku pergi satu kursus ni.
segan pulak nak cakap kursus apa. kahkahkah.
saja nak cakap, aku pergi kursus kahwin sebenarnya.

pendaftaran start pukul 7.30 sampai 8.30
pukul 8.45 baru bertolak pegi jalan kaki ke APM.
nasib dekat dengan kolej. tapi penat gak la jalan. hahaha.
dah malam sebelum tu kemain tengok midnite movie citer Startrek.
habeh pukul 3 pagi, then balik singgah Murni kejap makan-makan.
pukul 4 lebih gak la sampai kolej.
balik terus tidur.
subuh pun my boss tolong kejutkan sebab dia tak tidur pun. hehehehe.
time tengah kursus slot pagi tu, memang all out la tidur walaupun ustaz tu best bagi ceramah.
sorry ustaz, mata saya tak dapat nak buka dha time tu....!
dapat satu buku free. banyak info berguna dalam buku ini. boleh dipraktikan bila dah sampai masanya. heeee~
hari pertama

asalnya aku dapat tau kursus ni dari Yus. dia tweet hari tu.
then aku tanya Izzah, sebab aku pernah janji nak ambil sekali dengan dia kalau ada kursus kahwin dalam UM ni. almaklum la orang tu dah tak lama dah kan nak akhirkan zaman anak dara dia.
tapi sebab dia busy, so tak dapat la dia join sekali.
then aku pun lupa terus.
lepas tu time lepak dengan Syiqeen, tetiba dia cakap pasal hal ini.
aku terus tanya dia pergi ke, laju je jawab dia pergi.
aku pun apa lagi, cakap la kat dia aku nak pergi jugak. ada geng best sikit kan. tak ada la boring.
so dia tulis nama aku jugak, kena bayar rm60. murah la kan sebab ikut harga student.
kat luar mahal dan dengar kata nanti kursus kahwin nak buat 5 hari.
memang la cepat-cepat aku nak ambil kursus kahwin ni ha. walaupun entah bila nak kahwin.
takpa simpan ja dulu, masa dah time keluarkan je.
ni pun kursus kahwin yang aku pegi dua hari diorang buat before ni 1 hari je.


 brader ni paling sempoi sekali dengan rambut dreadlock nya kan.
kemainnnnnn. hahahhaha.
orang luar ni rasanya. boleh pulak student buat rambut macam ni dalam UM, memang nak kena cukur kepala dengan pak guard la kiranya. hahahaha

hari kedua dengan Eida.

 ingat lagi tak ni benda apa? masa sekolah rendah dulu selalu buat.
padan kan nama dengan nama orang yang kita suka. whahahhaha.
lawak bila teringat balik.
ni aku tengah boring tu yang tetiba tak ada keja buat tu.
so ini menunjukkan jalinan kimia antara aku dan Syiqeen agak kuat ye. bagus!

alhamdulillah. akhirnya dapat jugak sijil.
yay dah boleh kahwin!!! hahahahaha. kbai.

Sunday, June 2, 2013

Izzah E-Day~!

Assalamualaikum~~
nak start macam mana ea? tak ada ayat bunga-bunga malas nak pikir, kita straight to the point jek ea.
semalam. 1hb Jun 2013, kawan baik  + so-called adik  + so-called anak pompuan aku dah bertunang!
Tahniah Izzah! kemain langkah bendul mommy tau. hahahaha
dia dah cakap kat aku awal sem hari tu kot, tapi dia mintak rahsiakan.
tak nak bising-bising. so menghormati permintaan dia, aku diamkan je hingga ke saat terakhir. perghhh!
majlis bertunang Izzah ni sekali dengan majlis kahwin abang dia, cuma dia bertunang pagi la.
pukul 10.30 start bertunang. tapi aku, Syiqin dan Ieka sampai lambat sikit.
elok sampai je baru je majlis habis, baru start sesi tangkap gambar.
dengan sesatnya lagi, dengan GPS bagi jalan jauh lagi. tapi sempat gak la sampai sebelum jalan start jem.


Le Izzah aka my personal photographer. ahem.

tu la tunang dia, Muzzakir Ramlan. eh adik beradik Syiqeen Ramlan ke? kbai

kat belakang tu kawan-kawan sekolah Izzah. Izzah panggil kitaorg tangkap gambar sekali. so terpaksa la masuk. ehem.
 Mino pun sampai lambat sebab jem pastu keta dia pulak tak boleh start pagi tu.
asalnya nak gerak sekali la kan dengan dia sebab dia tau jalan nak ke rumah Izzah ni
aku dulu pernah la pegi, tapi naik KTM, then sampai KTM Izzah datang ambil.
nak pergi ke rumah dia kat Bangi Lama tu challenging betul.
tapi sampai gak akhirnya walau lambat sikit kan. nasib awal-awal tu dah mesej Izzah minta maaf siap-siap kalau sampai lambat. hehehe

kitaorang yang last tangkap gambar dengan Izzah, so memang conquer la pelamin sebelum dorang ubah pelamin tu.

gambar polaroid. suka gambar ni. nampak kami 3 orang yang overshadow kan. muahahahaha.

Ahkak Laila.

kawan-kawan dari UM. yang tudung merah tu, Nadia, international student dari Indonesia, satu course dengan Izzah ni. dah 3 tahun dok Malaysia, hilang dah slang Indonesia dia tu.

 habis sesi tangkap gambar, terus serbu makan.
masing-masing lapar oih!
orang tak ramai lagi kan, best la. dapat makan nasi dan lauk panas-panas lagi. wuuhuuuuu!

Ahkak Syiqeen kita.

Ahak Ieka kita
 merasa la budak-budak ni nak pegang bunga kan. nak tunggu turn sendiri tak tau la bila. tsssskkkk!

Le Izzah + Le Laila. dengan anak pompuan yang langkah bendul. hmppph! :P


bersama ibu bapa kedua-dua belah pasangan.

 dengan newly-fiancees. muka Muzzakir malu-malu. hahahhaha

Izzah dan bakal adik-acik ipar dia.


guestcard =)
kenapa tetiba gambar budak ni?
budak yang Syiqeen bersungguh-sungguh usha. kitaorang rasa budak ni ada kembar, sebab ada lagi sorang budak catering muka macam dia jugak. excited Syiqeen usha, macam Fatan katanya.
aku tengok-tengok macam tu je la. tak ada la usha sangat pun. boleh pulak ada orang tu merajuk. wakakakakaka.
akhir sekali.... sebelum bergerak balik.
port tangkap gambar betul-betul mengadap matahari. amboi. kemain bersinar-sinar semua.
dah zoom gambar baru perasan ada orang tu tak buka mata. apakah? :P