Assalamualaikum~
6hb Jun 2013, hari Khamis.
hari ketiga study week atau minggu belajar untuk sem 6 bagi aku.
dah nak habis dah 3rd year rupanya.
cuti sem nanti aku buat intership.
Alhamdulillah dapat yang dekat dengan rumah, Advance Medical and Dental Institute dekat Bertam.
serabut jugak la aku awal-awal dulu, tak dapat placement lagi.
memang dah redha je la kalau terpaksa buat intern kat KL ni hah.
asalnya aku dapat intern kat Hospital Pulau Pinang, aku pun terima je la walaupun kena ulang-alik naik jambatan tiap-tiap hari. memang terima je la semua kan. daripada tak dapat placement lagi haru.
tetiba bila aku call hospital tu balik, dorang check lain, rupanya jabatan yang aku mintak tu dah penuh. aku dah macam..... whaaaattttt! hilang mood terus aku nak pegi reunion. aishhh.
then, last minute, aku call balik institut dekat rumah aku tu, tiba-tiba dorang kata aku dah dapat. syukur sangat-sangat!
sebab aku pikir balik, time raya nanti waktu tengah intern, so rasa macam alaaaa, malas la nak buat intern jauh-jauh. tapi tu la Allah suruh sabar sikit jek dan Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah. i am happy girl. =)
before ni aku pernah cakap sem ni aku ambil subjek 2nd year kan dengan adik-adik junior.
awalnya aku memang takut gila nak hadapi sem ni. serius.
sebab coursemates aku semua kata, memang busy habis la sem ni. dengan jadual pack nya.
dan banyak lab dan assignment. time dorang la.
ye la masa 1st sem 3rd year, aku ambil subjek sikit je, kelas tak pack but still ada banyak keja.
tapi sem ni dengan kelas pack, banyak kerja lagi dan aku ambil HE. memang jadual aku dari Isnin hingga Khamis memang full. tambah-tambah hari Khamis ada HE dari pukul 5-7 petang.
hari-hari kelas habis pukul 6. =.=
habis lab pukul 5, terus rushing pergi kelas HE pulak. dengan lecturer HE yang strict, tak nak habiskan kelas awal. T.T
nasib baik ada my boss yang baik hati jantung semua sudi nak pick up tiap-tiap hari Khamis lepas kelas HE. thank you so much! hehehe.
dan ucapan terima kasih jugak kepada Kak Mira, yang bawak keta, so tiap kali habis kelas, dia tumpangkan balik kolej. kalau tak memang penat la nak jalan turun tunggu bas.
mungkin disebabkan insan-insan baik hati di atas, so sem ni agak kurang sikit penat nak menunggu bas balik kolej.
syllabus P&P untuk junior, lecturer banyak ubah. so memang agak... urghhh! banyak kemain presentation. dulu kitaorg 2nd year tak ada presentation pun, start 3rd year baru ada banyak presentation.
Dr Lee kata sebab KPT nak suruh gilap softskill students. okayyyyy. memang dah menghelip habis dah softskill ni hah.
minggu depan dah start exam. seperti biasa, exam aku habis sehari sebelum hari terakhir exam. agak sadis ya. kawan-kawan aku banyak habis awal. boss aku tak beragak langsung, minggu kedua dah habis. i was like.... whaaaatttt! tapi dia tak banyak gap. aku ni ada banyak gap la jugak.
total paper exam aku sem ni termasuk HE ada 5 sahaja. 4 subjek wajib Mikrob.
yang 4 subjek tu buat aku rasa nak hempuk kepala kat meja, nak menangis, nak menjerit dari atas bumbung dan macam -macam lagi benda-benda ekstrem yang terlintas kat kepala bila aku pikir nak kena jawab exam 4 paper tu. wuwuwuwuwuwu!
takut weyh! tough kot subjek-subjek tu. tak nak jadi macam time 2nd year 1st sem hari tu......
then kalau dah tak nak sejarah berulang, tak boleh la malas-malas. ni nak study pun nak ambil mood bagai. kemain! sesungguhnya aku masih mencari-cari dimana hilangnya Laila waktu sekolah dan waktu matrik dulu. mana Laila tuuuuuu???? kenapa Laila sekarang lain! dulu boleh score, asal kat U tak boleh? hah jawab! jawab! pffftttt!
stress nak exam dah dapat rasa dah. memang mood kejap okay kejap tak okay.
silap-silap boleh bawak gaduh ni. nasib baik bukan aku sorang je, ramai gak mood tak stabil, jiwa kacau time nak exam ni. hahahahahhaa.
sama la kita uolls. sobsobsobs.
oh tadi aku check result untuk stay kolej sesi depan. boleh pulak kan aku tak dapat nak stay 8th.
tak payah la nak tambah ketidakstabilan mood aku ni. boleh hilang mood study tau tak!
aishhhh. ada lagi dua pilihan kolej. tunggu je la ye. takpa nanti buat rayuan.
seperti biasa, Allah suruh sabar dan banyak senyum. Allah nak test la tu. bak kata orang, kena ada ribut petir kilat sabung menyabung sebelum keluarnya pelangi. hah gituuuu.
ok la. sampai sini jek. kalau ada apa-apa, aku membebel lagi. =)
No comments:
Post a Comment