Friday, June 28, 2013

dah habis perasan muda

 Assalamualaikum~~
Alhamdulillah selesai sudah pengajian tahun ketiga. yay!
sem yang takut untuk aku nak hadapi before ni dah habis. syukur sangat!
Terima kasih semua yang made my semester became easier and joyful. less stress uolls.
so dah habis dah perasan jadi budak second year, perasan muda. hahaha. lepas ni dah jadi budak final year. ngeeeee~~ takuit.

buat pertama kali nya exam sem ni, aku gila punya stress. tambah-tambah dua paper terakhir pada minggu terakhir. ramai dah balik, habis exam, aku masih pulun study. heh.
habeh exam terus pergi Mid Valley, berjimba-jimba kejap dengan Eida dan Erica.
makan-makan dan jalan-jalan window shopping.

Eida Yus Me
lepas habis paper. lama tak jumpa Yus.

nampak muka stress disitu? dah la subjek genetik. memang la budak-budak mikrob paling tak sukaaa! time ni aku tengah tanya Adnan soalan tutorial yang aku tak paham. last minute aku tanya. thanks Adnan, buat akak paham bab tu. Alhamdulillah boleh jawab soalan, walaupun terketar-ketar sikit time nak jawab tu sebab tak berapa pakar kang. InsyaAllah okay kot. :')


time ni tengah tunggu Erica dok cat kuku dia. sempat lagi warna kuku dia guna tester punya. hahaha. eh aku pun sama je, habis semua lipstik aku try. tak padan dengan gelap, nak ambil warna merah je uolls. pfftt.
depan exam hall pun boleh



masked rider

start hari Ahad, KL telah dilanda jerebu.! aku keluar breakfast dekat roti kahwin tu, terkejut tengok menara pucuk rebung tu dah kabur. tak jelas dipandangan mata. gila ah.
first time aku alami jerebu yang teruk time aku dah dewasa. Isnin nya pulak lagi la teruk! aku ada paper pukul 8.30, memang keluar-keluar dari exam hall je terus bau asap. dalam bilik pun bau asap. kat floor pun kabus je. aku tidur pun pakai mask. over kan? tapi untuk kesihatan aku yang antibodi lemah ni  terpaksa la. air masak pun minum banyak je. tambah-tambah time tekak rasa berpasir, lain macam je. terus pakai mask.
dah jerebu tu, redup je la tak ada matahari. tak panas tapi bahang. =.='
akhirnya turun hujan Alhamdulillah. hari rabu cuaca dah sihat. dah tak ada jerebu. syukur. =)

so minggu depan dah nak start LI. rasa malas dan nervous ni. haha. nasib baik lapan minggu je. walaupun tak ber elaun, tapi tak pa la. nak gain experience kan. may Allah ease everything. amin.

No comments: