Saturday, June 8, 2013

Yang ke 3 =)


Assalamualaikum~~
time nak exam week la aku baru rajin nak update blog. hekhek
nak rilek otak jap dari study, sambung update blog.sem 6 aku dah nak habis. so panggilan 3rd year student pun akan berganti dengan final year student. tssskkkk!
aku tengok kawan-kawan aku semua dah happy riang ria jayanya dah siapkan thesis dorang.
masing-masing syok je upload thesis dorang yang dah siap jilid kat FB.
happy for them, tapi aku takut gak nak tunggu turn aku nanti.
aku tengok dorang, gila punya struggle. time aku nanti tak tau la macam mana.
aku doa Allah permudahkan segalanya. amin.
mentally ready dah ni nak tido kat lab. hehehe.

bila aku tengok-tengok balik gambar-gambar aku time 3rd year.
banyak betul benda aku buat dengan kawan-kawan aku. tight the bond with them =  anak-anak aku tu + my coursemates + kawan-kawan rapat yang lain. dulu kan 1 sem tak ada, so dah masuk balik UM, kira-kira nak ganti kan la masa yang terlepas tu. dorang pun tinggal satu sem je lagi. sobs. so masih ada masa nak create memories sebelum semua terpisah jauh. entry kali ni boleh la nak dikatakan, The Best Thing Ever Happened atau The Best Memories Ever atau sewaktu dengannya. aku memang fail bab-bab nak buat tajuk.=.='
sem 5 atau sem lepas la pakat all out tight kan bond kitaorang tu especially dengan anak-anak. sebab masing-masing tak busy lagi kan sebab tak kena hantar thesis.
sekarang ni kalau lepak dengan dorang, asyik dok dengar dorang sebut pasal thesis je, sampai aku pun terikut sekali dok tanya thesis dorang dah sampai part mana. well mommy kan, of course la concern. hahaha.
awal sem 5, start main pingpong dengan dorang. aku belajar main pingpong walaupun still fail. tapi tak pa, ada gak experience tu. whahaha.
lepas dah boring dengan pingpong, main badminton pulak. malam-malam main. best woo.
paling aku ingat bila kena partner dengan Ayin. adoyai. penat aku gelak dengan perangai dia yang sewel tu.
kitaorang ni main biasa-biasa je, just nak keluarkan peluh, tapi gaya konon-konon macam pro gila. konon-konon buat strategi, teamwork kuat la. tu semua nak psycho pihak lawan je.
boleh pulak la kan time tengah lawan tetiba Ayin ajar aku macam mana nak served dengan betul. cara dia ajar tu buat semua orang gelak, sekali dengan budak-budak kat warung pun yang tengok kitaorang gelak jugak. yang aku ni memang konpem la keras perut punya gelak sampai sakit urat kepala. cisdel punya Ayin.

before habeh sem ni, kitaorang plan nak pegi ice skatingggggg! beli tiket kat Groupon. thanks Groupon sebab buat promotion! *menangis terharu* ingat nak masukkan dalam entry ni sekali tapi nak pegi nya pun tak tau bila sebab jadual exam masing-masing tak sama. tak pa la apa-apa hal boleh repost. dah namanya blog gua kan. heh. XD

[Entry ini akan panjang berjela-jela. harap tabah nak baca. ;)]
tunggu Ieka shopping bersama Fatan the ching ching alexander


habeh sem 5, Ayin ajak makan kat Restoran Sambal Hijau. pengaruh JJCM betul.
ambil Fatan dan Ayin dari fieldwork dorang.
sem 5 gak tiap kali weekend kerja aku menghantar dan mengambil si Ayin dan Fatan pergi buat fieldwork kat API. sebab nak bawak barang banyak dan berat. tu pun kalau dorang suruh aku hantar la, kadang-kadang pergi sendiri. nasib baik dekat, tapi panas la gak bhai. dah macam Mak betul dah ni hah. dah kena Mommyzoned dengan dorang ni hahaha.

first time naik motor keluar jalan-jalan. demi steamboat Johnny's. sanggup weyh aku bawak motor kat KL. selalu merempit kat Penang je. tu pun kalau abah bagi naik. almaklum la, anak dara dia sorang ni, bawak motor bahaya. katanyaaaa. hiks

sokong Mira time Feseni. dia masuk nyanyian solo lagu Melayu dan Inggeris. dua2 acara dapat nombor dua. kelas kau Miraaaaa.

3 kali kena screenshot dengan jurukamera kat DTC time  Pop Band. malu iolls muka keluar kat screen DTC. hewhewhew
Lepas 2 tahun tak jumpa si Nasiha Yusoff ni. padahal dok Penang kot dua2 ni. nampak sangat busy. tsssk!


pegi kilang Yakult dengan adiks juniors. tak ada beza pun kan junior senior? hahaha.

sambut birthday Amnot my honeydew~~~

muka senior-senior yang baru reti nak ambil HE. XD

first experience ever main untuk kenduri kahwin. best gila. upah pun best gila jugak! hahahaha

pagi-pagi buta main pingpong. dah la depan rumah penyelia. habis senyap kitaorang main, tah2 JTK datang kata penyelia suruh balik. ye la time tu dah pukul 2 pagi kot. hahahaha. tapi sempat la makan megi dan jajan. kemain buat piknik kat situ. pon boleh!






 
second time panjat bukit.time study week sem 5 pegi panjat Bukit Broga dengan coursemates.
jahat tau dorang ni tak cakap dorang race nak naik puncak dalam masa 45 minit ke 30 minit. aku yang tak tau apa-apa follow je la dorang ni. aku heran gila asal la laju sangat dorang ni panjat. lek2 sudah.  memang semput habis aku dengan siangnya tak makan. dah la keluar pukul 2.30 pagi sampai Broga lebih kurang pukul 4 pagi okay! niceeee! memang pancit habis la aku time dah nak sampai puncak. rasa macam nak muntah jek. 


sokong Fatan dan Ayin main hoki untuk Sukmum. aku bertugas jadi paramedik mata kat Ayin ni. entah apa kena tetiba nak pakai contact lenses pulak time main. before ni elok je pakai spek. dah la dia tak pandai pakai contact lenses, asyik dok tenyeh mata je. tiap kali habis game, menjerit panggil nama aku soh bukakan contact lenses dia. =.='
start 3rd year, kitaorang layan midnite movie pulak. aktiviti baru la konon. asal ada movie baru dan best. memang semua pakat plan la nak pegi. aku yang bukan jenis berjaga malam pun turut serta. lepas tu dalam wayang tido. macam masa tengok citer Wreck-it-Ralph, aku tengok tang mula then part last je. part tengah-tengah tido. bukan aku sorang, semua macam tu. bagi aku bosan gila citer tuuuuu!
ni kira aktiviti dari 1st year, pegi karok la apa lagi. tapi masuk 3rd year baru sekali aku pegi karok. aissshhh. lama betul tak praktis vokal. asyik praktis vokal dalam bilik jek. hahaha.
time 3rd year jugak Kak Ngah kahwin. time aku cuti sem 1 bulan tu. memang busy habis aku. cuti sem memang busy gila. wuwuwuwuwu. nak kena buat tu, buat ni. penat-penat. tapi tak pa, dengar kata nak tambah anak sedara lagi sorang. hehehehe.

Kak Ieta kahwin pulak time study week sem 5. rushing gak la balik. sebab Kak Oda kahwin aku tak balik, ada kat Korea uolls. Kak Ieta kahwin harus tu balik. nasib baik buat time aku tak ada kelas. hehehe.
 
ni time kenduri Kak Ngah, dorang datang. ala-ala trip la jugak walaupun tak berjalan sangat. huhu.

okay. ni part lawak. time sem 5 la waktu main pingpong kan. aku saja la main hp Boboy, tiba2 nampak satu apps ni macam best je. aku buat-buat la nak ambil gambar Fatan, suruh dia tengok kamera. tangkap gambar dia dan puffff tukar jadi muka tua dia. hahaha. terus aku upload kat FB. lepas tu keesokkannya time breakfast ramai-ramai, Boboy buat bet, semua kena tangkap gambar jadi muka tua, tukar jadi profile picture kat FB, tunggu dapat 20 likes sekurang-kurangnya baru boleh tukar balik. ini janji kita! katanyaaaa.... memang semua kena okay kecuali Arif sebab dia tak ada time tu. dalam masa setengah jam aku dapat 30 lebih likes, tapi aku kesiankan dorang, aku tunggu sampai malam la baru tukar yang lain. hahahahaha.



ni time jamuan raya kolej sem 5 hari tu. event dah habis kitaorang still lepak-lepak kat volley court. tangkap-tangkap gambar kat DM bagai, then AJK suruh pegi makan, makanan lebih banyaaaak gila! terus pegi dapur DM. buat macam rumah sendiri. sorang-sorang perangai tak senonoh makan dalam tray. hahahaha.
first performance lepas satu sem tak main gamelan. ni perform untuk Malam Mesra Kinabalu. perkenalan kelab-kelab seni yang ada kat kolej aku tu. dia punya nervous macam baru first time main. aku ada masa 1 malam untuk belajar lagu baru. memang kelaut aku main. mujur pandai cover. pro katanyaaaa. hahaha

sem 5 aku agak aktif la jadi PM tak rasmi ISC. dah En Nas mintak tolong kan.
tolong je la. nak kena handle budak-budak exchange yang datang UM untuk program-program yang ISC buat. ada la dalam 3 kot event aku join. tapi memang bikin panas je handle budak-budak exchange ni. degil gila. tak dengar kata. pffttt! sabar je la. aku ada ikut pegi homestay program kat Kg Air Manis, Kuala Selangor, so jumpa la budak-budak Korea ni. yang ni la yang baik jugak dengan aku. selalu la jumpa, dinner sekali. salah satu budaya orang Korea ni yang aku terikut-ikut sampai sekarang adalah, walaupun busy mana pun , akan still cari masa jugak untuk jumpa kawan-kawan kalau dah lama tak jumpa. 

macam makes time for your friends la. waktu aku kat sana kan, sanggup ni dorang make time juga untuk jumpa walaupun busy mana, tetiba ada hal ke, dorang still pegang dengan janji la kalau nak jumpa, akan jumpa gak walaupun terpaksa ubah time ke apa ke kan.tak pun sanggup pegi jumpa walaupun dok jauh. best betul tengok. lepas tu kan kalau dah janji nak jumpa contoh nya la kan,"let's meet next week on thursday at 7.30 pm etc,etc." so nanti hari Rabu malam minggu seterusnya dorang yang akan mesej kita tolong ingatkan pasal janji dengan dorang.takut kita lupa. waktu mula-mula terkejut gak la aku. sebab dah biasa kan, baik punya plan tetiba bila tanya balik, terlupa pastu dah ada hal lain pulak.tapi orang Korea lain. bagus betul. so bila aku dah kenal dorang ni, selalu la dorang contact aku ajak makan sekali, lepak-lepak. dorang datang exchange pun untuk 1 sem je. so sem ni dorang dah tak ada. sobsss.

dengan Lucy
dengan Ted si teddy bear
dengan Abang cacat (baju oren) dan kawannya - Yu.







kitaorang jumpa Jay!!! dia datang Malaysia untuk internship 3 bulan kat Korea Tourism Organization. dia ni dulu Ketua Global S Cafe masa aku kerja part time kat dalam UOS dulu tu. kebetulan kitaorang plan nak buat reunion la kami 4 orang yang pegi exchange kat UOS. then Erica kata Jay ada kat Malaysia. ajak la dia sekali. asalnya dia ada hal, so dia tak jadi jumpa kitaorang. then lepas Fara pick up kitaorang, tah-tah Erica kata Jay jadi jumpa kitaorang, dia postpone hal dia tu ke pukul 7.30pm. typical korean. akan make time jugak for you. wahhhhh! oh Erica yang tangkap gambar ni. Ieda pun join the reunion. the more the merrier. =)


senior-senior yang aku kenal dari aku 1st year semua dah grad tahun lepas time aku sem 5 la kira. sedih, sedih. tapi happy la untuk dorang. ada yang dah keja, ada yang tengah sambung Master. tunggu turn aku plak grad insyaAllah tahun depan. Mak ada tanya hari tu, tak nak sambung Master ke? insyaAllah kalau ada rezeki. bukan tak nak, tapi mungkin bukan dalam bidang aku sekarang kot. try ambil benda lain pulak. hehehe.

pegi kenduri rumah Abang Paan kat Melaka. 




2 comments:

mimi said...

kak laila! moga betulla si dia itu the right one for u! hehehe mimi doakan ye

laila latif said...

amin. terima kasih Mimi. =)