Thursday, January 27, 2011

oh please! 2

Dear tears,



Please dry up, you wet my face, ruin my make up.


Sincerely, sick of tears.

Tuesday, January 25, 2011

sharing is caring




dah nak cuti! yay! aku kalau tiap kali balik rumah mesti akan dapat news terbaru dari family aku. news apa? haaaa.. yang tu la kita nak tau sekarang. aku ni dibesarkan di kampung. tanah tumpah darah ku kat kampung la. biasala kan selalu kalau kat kampung ni banyak dengar macam2 cerita. ala yang scary2 tu. kampung aku pun tak terkecuali. bila dengar cerita seram2 ni best tapi still takut.

kat kampung aku ada 2 orang yang boleh berubat2 orang ni. perkataan senang bomoh la. dan kebetulan tok sedara aku salah seorang daripadanya. rumah aku pulak sebelah rumah dia, so kalau ada orang datang nak berubat, tambah2 kalau yang kes rasuk perghhh! wa cakap lu, kitaorang yang ada kat dalam rumah ni terus zzzzuppp! jantung bergetar. seram sejuk badan ni ha. takuuuuut! tapi bila dah lama2 kira dah boleh adapt la. tak macho la nak takut2 sangat kan, sikit sudeh.

pelan rumah- courtesy Google. nampak cam duduk dalam hutan kan? hahaha. tapi ada line tepon gak oh!


2 tahun lepas, rumah aku macam ada satu anasir jahat masuk ke dalam rumah, then banyak benda2 pelik berlaku. so kitaorang pergi jumpa seorang ustaz ni, dia tolong la 'pagarkan' rumah. renjis2 air mawar semua. then dia bagi paku yang panjang dia 4 inci tu soh letak kat setiap penjuru la, so bila 'benda' tu nak masuk, paku tu akan tusuk badan dia, dan jatuh la paku tu. tapi kita tak nampak la kan. kita just tau kalau 'benda' tu nak masuk, paku akan jatuh. so tiap kali dengar bunyi paku jatuh memang terus terkedu. sebab bunyi paku jatuh yang ni memang kuat.


ok aku bukan nak cerita expose mistik ke apa, tapi aku just nak share something yang pak ustaz tu suruh kitaorang amalkan setiap masa, especially nak keluar rumah, kalau rasa something yang tak best di benak hati atau apa2 je la sila baca ayat ini.


ayat ke 9 Surah Yassin. maksud dia pandai2 cari sendiri ye. ^^


Alhamdulillah setiap kali kalau aku nak keluar aku akan baca ayat ini, even nak ke kelas pun, tak ada apa2 yang buruk berlaku even keluar waktu lewat malam pun *kalau kat U la keluar malam kalau kat rumah tak dapat nya aih* tak salah kalau kita ikhtiarkan, mintak daripada Allah SWT untuk selamatkan perjalanan kita masa kat luar. yang ni kira addition kepada doa keluar rumah la. =) InsyaAllah selamat.



Notis: =)

oh please!

Dear bus driver,



Please teach yourself before you can teach others.



Sincerely, annoyed student.

Saturday, January 22, 2011

sukan-sukaneka + larian amal

sambungan lagi ye. kali ni aktiviti buat kat kolej je. kitaorang buat sukaneka. so aku kena incharge untuk mini explorace sekitar kolej. disebabkan buat waktu malam dan esoknya jumaat yang setengah orang ada kelas so tak nak la menyeksa sangat kan. buat simple2 je.

walaupun before nak start tu macam2 benda berlaku, klu tak print lagi, barang tu tak ada, konpius nak agihkan klu la pulak, hahahhaha. tapi alhamdulillah akhirnya titik penyelesaian jumpa jugak. hahaha. tapi last sekali pun ada problem jugak sikit. sikiiiiiit je. tapi tak pe la first time handle explorace kan. hahahaha. tengok aku gelak lagi. hahahaha.

ni game bola susun tin. macam mana nak main? game dia sama macam game tuju selipar.

hah ni la salah satu team yang masuk explorace. putih putih tepung tu bahana task dalam explorace la. plan Boboy nak kenakan diorang dengan tepung menjadi. syabas!


last sekali Timbalan Pengarah - Wady @ Myungdae *nama nak korea je mamat ni.* request nak main bola susun tin. so layan kan je. tapi aku masuk kejap je sebab aku agak blur masa main benda tu. hahaha


yang ni cari gula-gula dalam tepung. memang macam hantu kak limah la diorang ni. perghh!


antara AJK yang terlibat sepanjang projek JKKK ni berlangsung. yang sebelah aku tu Pengarah projek ok. walaupun kecik + rendah tapi mempunyai suara yang besar + lantang. hahahhaha.


lastly, eh eh ada lagi 1 lagi aktiviti larian amal baru dijalankan semalam. tapi disebabkan aku pemalas yang amat dan tak tau gambar kat mana so aku combinekan je la sekali. walaupun target untuk larian amal 60 orang peserta tapi sasaran hampir mencapai 60 orang. alhamdulillah la kan. nasib baik sempat start benda tu kiranya dah ada pemenang terus hujan. so agak kesian la kat diorang yang still kat belakang sebab kena hujan.tskkk! tapi as expected, budak palapes la yang menang untuk kategori lelaki. of cos la kan. heh!

malam semalam jugak kitaorang buat sesi fotografi yang sepatutnya start pukul 9 tapi tunda pukul 10 sebab kelewatan AJK2 yang hadir. =.= so sekarang ni just tunggu malam penutup je. nak lompat tinggi2 sebab sangat penat handle benda ni. 2 minggu berturut2. hah nak kata pe jie? memang habis la tenaga aku. masuk kelas pun tersengguk2 ni hah.

btw aku nak ucapkan terima kasih kepada diorang semua yang involve secara langsung atau tak langsung dalam projek ini daripada mula lagi. korang yang buat projek ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada yang menderma, budi baik korang Allah je akan membalas. ^^



Notis: entry pendek sebab malas. ngeeee.




Friday, January 21, 2011

buat amal di Pasar Seni

ni adalah sambungan kepada buat amal di taman tasik titiwangsa. second day kitaorang pegi ke Pasar Seni pulak. sebenarnya orang atasan yang decide nak buat kat sini konon2 ramai orang la kan. =.=. ye memang ramai orang tapi orang ASING! mat2 bangla,nepal, indon semua ada la. mix gitu jie. tambah2 kat situ stesen bas dan LRT so mestilah ramai orang rushing kan. macam mana nak kutip derma tuh? walaupun macam impossible tapi alhamdulillah we did it! berjaya jugak kutip derma walaupun nak dibandingkan dengan waktu kitaorang buat kat Taman Tasik Titiwangsa yang lagi best.


menurut Bambang, waktu nak minta derma tu, ada jugak orang yang mintak derma kat diorang. apa kes? huhuhu. tapi kat Pasar Seni lagi banyak cabaran gila2. aku berjumpa dengan orang yang tak siuman, orang yang GS *gila s**s* euuuu. aku tak perasan kot. waktu aku pegi kat banner dengan Ieka, tiba2 ada uncle ni lalu, so aku senyum je la. konon2 buat baik kan tanpa menyedari keadaan dia ketika itu. then dia terus stop dan tengok aku. Ieka dah blah balik khemah, so aku pun slow2 blah pegi khemah. tapi dia ikut weyhh!!!! uwaaaaa! takuuuut! TT aku terus jalan masuk khemah pegi kat Kak Aidaah dan Wady. nasib baik dia tak masuk khemah just dia pusing2, kejap ke belakang khemah kejap ke depan. ya Allah takut i jie! lepas ni tak nak dah senyum kat sapa2!!!! Ieka cakap lepas dia berhenti, Ieka perasan zip seluar dia tak tarik, sebab tu dia blah. hukhukhuk.


overall everything ok. tapi memang mencabar gila kat Pasar Seni tu. uuuuuuu.

Ieka eksyen je sebenarnya tu. ala ala Yuna. huh!


sesi bergambar semua orang yang terlibat


walaupun kutipan derma tak la sekencang macam kat Taman Tasik Titiwangsa, tapi Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menderma. semoga Allah membalas budi baik diorang.

gambar di bawah ni tiada motif sebenarnya, sebab ini blog aku so aku nak boh gak gambar2 aku. kalau tak jiwa aku tak tenang. ahakz!








Notis: tunggu sambungan seterusnya aktiviti di kolej!



kawan-kawanku


aku sangat menghargai kawan2 aku
sangat-sangat.
sebab diorang ada di sisi aku waktu aku susah atau senang
terima aku seadanya
aku akan cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati kawan2 aku
tapi biasalah mesti ada salah faham ke apa ke kan

bila aku masuk U, kawan2 aku makin bertambah
kalau dulu aku ada kawan berlainan jantina
tapi mungkin tak serapat seperti kawan berlainan jantina yang aku ada sekarang
walaupun bilangan kitaorang ramai
8 orang semuanya
mungkin pada pandangan orang lain
mesti ada something mushy mushy lovey dovey
sebab memang close
selalu makan sekali, sama2 touching sekali,sama2 share feeling masing2 kau suka sapa aku suka sapa *=D*



tapi diorang lah kawan yang aku rasa kawan.
means kawan yang boleh sekepala.
walaupun setiap sorang ada kelemahan, kekurangan, rasa macam nak boh penyepak je kadang2
tapi itulah kawan yang aku rasa kawan.
korang paham ke tak ni? alahai!
jadi aku tak kisah orang lain nak kata,nak tanya ada relationship ke dengan diorang
sebab aku tau diorang semua suka kat sapa, in a relationship dengan sapa
sebab aku kan mak diorang. ok stop it! hahaha.
relationship yang menyatukan kitaorang adalah - FRIENDSHIP
dan amat bernilai bagi aku. ^^



p/s: so sapa2 yang rasa nak ngorat aku ,tapi nampak aku asyik2 dengan diorang itu adalah kerana diorang bodyguard aku. hahahaha. tak ada lah. tapi itulah yang dinamakan kawan! ^^



Notis: diorang kawan aku la!

Tuesday, January 18, 2011

buat amal di Taman Tasik Titiwangsa

aku ada terlibat dengan satu projek kolej aku. so selama 2 hari kitaorang kena mengutip derma di kawasan luar U untuk disumbangkan kepada persatuan Aqsa Syarif ( sebuah persatuan yang membantu rakyat Palestin) dan Rumah Titian Kasih. 1st day pegi Taman Tasik Titiwangsa dari pagi sampai petang memang ada kat situ je la. pusing2 kat taman tu mengutip derma daripada orang ramai. walaupun penat sebab taman tu tersangat la besar yang amat, tapi still best sebab enjoy!




baru sampai, set up barang2 semua. get ready nak start the program. 1st aktiviti kitaorang buat tarian poco-poco dna senamrobik. panggil orang2 yang tengah joging untuk turut join sekali. teh more the merrier.


lepastu merasmikan acara sign banner. so sapa yang nak derma,dialu2kan. memang tak kisah pun nak derma berapa janji ikhlas nak bantu orang. yang tu paling penting.

ouh kitaorang ada jugak buat jualan untuk kebajikan. jual buku, majalah ,mug,seramik, detox foot patch, barangan Aqsa Syarif, minuman, jajan,buah,dadih. ou lupa. ada gak sukaneka. memang meriah masa pagi sebab ramai yang join. aku suka sebab mostly diorang semua sporting! tu yang best!




tengah hari memang tak ada orang. petang even ramai tapi diorang tak nak sangat involve. tak tau kenapa, tapi tak kisah. kebetulan ada 1 group budak shuffle ni nak menari shuffle la pulak. so apa lagi. kitaorang terus setuju. memang best. AJK2 lain yang tengah berjalan kutip derma pun sanggup patah balik ke main point nak tengok. apa kes ? hahaha.

petang tu, kitaorang buat tarian poco2 again. ramai gila yang berkumpul tengok. ada jugak yang join. rasanya kan diorang ni semua suka tarian poco2 kot. asal buat je mesti ramai yang datang. hemm.


sebagai penutup, banner diarak sekeliling taman untuk di sign. oh tak la sampai satu tama tu half je. penat kot.


motif gambar di atas? budak ni suka nak suruh aku dukung dia. pantang aku pegi dekat dengan dia mesti depang tangan je nak suruh dukung,orang lain tak pun. comel kan? nama dia Damia. ehem. ada ciri2 keibuan tak? huahuahua.

before pergi, tengah tunggu van. budak laki pegi dulu sebab nak setup barang kan so budak perempuan je yang tinggal.

masa ni tengah rehat. aku paksa Syiqeen yang tengah makan tangkap gambar aku. jahat kan? hohoho.

muka Ieka yang stress + penat

tanah tumpahnya darahku

alolololo. shweet shangat!


aku nak komen la sikit pasal projek yang aku telah buat ni. seriously aku cakap, rakyat Malaysia ni memang TAK SUKA menderma. kitaorang rasa betapa payahnya nak mengutip derma, macam2 perangai manusia kitaorang jumpa. perghhh! yang menyakitkan hati pun ada. tapi sebab fikir nak buat kebajikan kan so tak pe. sabar je sabar! kitaorang tak mintak diorang bagi derma sampai rm50 ke rm10 ke. duit syiling pun kitaorang terima. kalau tak nak derma just cakap dengan nada elok. jangan nak kurang ajar. sekarang orang lain susah, kalau satu hari nanti diri sendiri susah sapa yang nak tolong? jangan nak berlagak mentang2 kita berada di atas, orang yang berada di bawah tak tengok langsung. siap kutuk lagi. ingat! tak selamanya kita berada di atas. kalau Allah nak tarik nikmat yang Dia bagi kejap je. masa tu tak payah nak mintak simpati. buat baik dibalas baik. yang tu pegangan aku sekarang. ehh! tengok! aku dha buat tazkirah dah petang2 ni. tapi memang betul apa yang aku cakap.


tiap kali kalau aku tengok orang tua yang minta sedekah, jual tisu, aku sedih. sebab mana anak2 diorang? kenapa sampai kena minta sedekah. diorang dah tua kot. kadang2 aku bayangkan parents ak kat tempat mereka. sanggup ke tengok? aku tak sanggup kot. kalau diorang kata under sindiket, tak pe la janji aku bg ikhlas. kalau diorang nak menipu aku tak kisah, dosa diorang dengan Allah. ok dah stop. kang memang tazkirah aku bagi.


Notis: tunggu entry buat amal di Pasar Seni. =)