Tuesday, June 29, 2010

dah dekat, dah dekat!!!

whoah! whoah! whoah! dah dekat dah aku nak pegi daftar U. huhu. nervous meyh. barang banyak tak pack lagi sebab malas nak pikir barang apa lagi yang nak bawa. aishh~~ malas! malas! ye saya seorang yang pemalas. so what! haha

semalam keluar dengan Suriani, pegi cop sijil. hajat asal nak pi cop ja, tapi biasa la kan, sambil menyelam telan air sama, so jalan2 cuci mata la sama. oh aku pegi skolah jumpa la cikgu2 aku kan. jumpa cg kimia aku,Cg. Norafiza, nak tau tak before aku balik, aku salam,peluk dia, then dia advice belajar elok2, wahh! aku rasa cam nak nangis weyh, sedih gilak aku rasa. haha. pastu terjumpa Cg. Abdullah. uishh dia nampak ja muka aku terus cakap, 'laa marka lama ka!' kuat2 ok. aishh~ cikgu ni. haha. hajat di hati nak jumpa cikgu Noni tapi dia tak da lak sebab pegi kem pengakap. warghhh!!! cikgu kesayangan tuh! huhu

Sue suruh teman dia pegi CIMB bank sebab nak bayar yuran dia. serius aku terkejut tengok yuran pengajian dia setahun, bapak mahal doe!!! dia sama course ja dengan aku just yang beza U ja tapi mak aih yuran dia.. aishh.. tak tau la nak cakap. tiba2 aku bersyukur yuran aku murah ja. Alhamdulillah.
citer lawak masa kat sana, UPM dah bagi slip bank untuk bayar yuran. so kat slip tu tulis bumiputra commerce. so tiba2 dah sampai, masuk dalam dan duduk, Sue tanya,
Sue: eh betoi ka dak CIMB bank ni ah?
Aku: ye la kot. cuba tengok logo sama tak?
Sue: tak sama r logo dia.
Aku: ya ka? uishh.. biaq betoi salah kang buat malu ja. tak pa la aku try call abah aku.

so aku call la abah aku. pengetahuan am untuk semua= CIMB bank dan Bumiputra Commerce adalah SAMA. diulangi SAMA ya. jangan jadi macam aku lak. haha. aku lupa kot benda tu dah tukar nama (hah cover2!)

pastu pegi pejabat Daerah adan Tanah sebab Sue nak bagi borang permohonan wang pendahuluan untuk sambung pengajian. ok citer pasal ni, memang serius aku tak tau yang kerajaan Pulau Pinang ada sediakan duit untuk anak2 jati Penang yang nak further study sebanyak RM1000! banyak kot. kalau tak silap aku tu duit zakat kot. tapiiiiiiiii kan, orang2 Melayu ramai yang tak tau, so yang paling banyak mintak adalah budak2 Cina yang dah konpem kaya raya kan. serius aku pegi teman Sue pun terlalu la ramainya budak Cina dan budak Melayu sikiiiiiiiiiit ja. Sue cakap la masa dia mintak borang tu dulu, makcik yang jaga kaunter cam bising la sebab budak2 Melayu tak mintak, budak2 Cina ja ramai mintak. duit tu sepatutnya untuk budak2 Melayu, ye la duit zakat kan. sorry la makcik sebenarnya kami memang TAK TAU LANGSUNG! kalau tau muka aku la yang first mintak. ngehngeh.

then tunggu Efa kat situ sebab dia nak join sekali. dia ajak pegi Jusco sebab nak cari baju. but kitaorg pegi Jusco kejaaaap ja, kalau tunggu order KFC pun tak sempat dapat sebab tak ada baju yang Efa minat. so kitaorg terus pegi kedai Longwan. kedai tu memang murah gilak. haha. so dah alang2 pegi dan jumpa barang yang aku nak, tunggu lagi. haruslah membeli belah. huahua.
aku beli t-shirt 2helai, kasut Crocs cap China ( haha, aku tak kisah janji boleh pakai), beli backpack sebab tiba2 terasa nak pegi kelas nanti nak guna backpack ja dan nampak cam rawks! ahakz!

then pegi beli charger hp SE ku yang ntah bila nak hantar pegi kedai sebab problem dengan mic dia. ah tunggu ada duit la. haha. ayat zaman tok naduk!
lepas tu singgah rumah Kak Long sebab dia suruh datang tengok baju2 kurung kakak dia yang dah tak muat. dulu before masuk matrik pun, kakak dia banyak bagi baju kat aku. lawa2 lak tu. sepp duit sikit weyh. dulu tak pa la boleh beli kain je then mak akan jahit baju kurung untuk aku, tapi dah mak tak berapa sihat, haruslah beli tapiiiii dah sehelai baju dah nak dekat rm100, huh memang susah la kan. dah la nak guna duit banyak. so dah da orang nak bagi, haruslah kita terima dengan hati yang terbuka dan tangan yang menyambut. haha. ok duit untuk baju kurung dah save. bagus2! oh oh oh! Sinchan,saya dah ada banyak baju kurung warna biru. hahaha
lepak2 dulu jap kat rumah Kak Long, then abang balik. sembang2 jap dengan dia sebab nanti dah tak jumpa sebab dia sibuk keja, dannnnnn ayat dia yang sama jugak dia guna waktu aku nak masuk matrik dulu adalah........ ' tu la dulu orang nak buat baju kurung tak mau, nak pakai seluar, tengok kan dah tak dak baju kurung, tu la dulu tomboi sangat' baikkkkkkkkkk abang ku =.=

sekarang ni kan abang aku suka sangat panggil aku tomboi tau tak. aishh~~ tahpapetah. hari tu balik tiba2 panggil 'oit tomboi!' . ye abang ku sangat sopan. huh. antara aku dan Kak Ngah memang beza kot, bukan setakat beza muka, tapi beza sifat pun. Kak Ngah dok rumah pakai kain batik, baju2 dia semua feminin2 punya, kalau marah pun macam tak marah ja,lemah lembut , sensitif sikit jiwa dia. haha. tapi aku pulak, dok rumah pakai shorts, suara kuat, kalau marah memang scary la, baju2 lak semua tshirt @ kemeja, susah la nak tengok aku pakai blouse ke whatsoever, suka panjat2, angkat benda2 berat. so memang kasar habeh la. haha.
sebab tu la abang aku panggil tomboi. tapiiiiiiiiiiiii ada aku kisah??? ahakz!
tak tau dah nak pikir apa. ok la. tata~





Notis: mata saya sakit!

Sunday, June 27, 2010

urghh!!!! i cry again last night...
i've promised myself to not let my tears down again..
i want to be strong..
but what had happened last night...
make me feel so miserable..
God! please give me strength..
You have given me such hard tests...
i have to take it eventhough i wont...
what should i do??
being in this situation made me feel sooooo sad..
damn sad....
...............................................................





Notis: it's not about lovey-dovey things.. that thing has doesnt meant anything to me now..

Friday, June 25, 2010

my new life will begin soon~

lebih kurang seminggu lagi, aku akan naik pangkat jadi mahasiswi. hehe. akhirnya termakbul jugak impian aku nak masuk U ( Akhirnyaaaaaaaaa!!! -nyanyi macam lagu Kak Nita kita ye) dan dapat course yang berkaitan dengan sains-bidang yang aku minat. Alhamdulillah la kan.
ye la weyh aku dah la dapat masuk matrik program 2 tahun, so journey nak masuk U tu lambat sikit la, sama macam budak STPM. tak kisah la kan janji dapat masuk. so bila dah dapat masuk tu wajib la bergumbira, bersuka ria. ada paham??
ok2! aku akhirnya berjaya mendapat tawaran dari Universiti Malaya dalam course Sains Mikrobiologi. big applause! huahuahua. Alhamdulillah. 4th choice aku kot, mau tak bersyukur sangat2 kan.
kalau boleh aku nak jadi Dentist tapi dah tak dapat dentist,microbiologist pun ok what. macam mana aku boleh tiba2 minta course ni??? hah sebab terpengaruh dengan cerita Korea- Cinderella's Stepsister- aku selalu perasan aku ni heroin cerita tu- Gu Eunjo- ahakz! so dalam citer tu dia jadi microbiologist so aku pon saja syok2 mintak dikuatkan lagi dengan suggestion Kak Ngah suruh mintak course tu gak. ok laaaaaaaaaaaaaa...
4hb Julai 2010 aku akan mendaftar kat sana. huhu. actually aku tersangat la takut tapi still boleh cool lagi.=D ye la tempat baru, pastu nak kena cari kawan baru lagi, pastu nak kena dapat roommates baru lagi, pastu nak kena adapt dengan tempat baru lagi, pastu nak kena belajar benda baru lagi, pastu nak kena orientasi lagi sekalik!!!!, pastu nak kena usha mamat2 hencem lagi, pastu... ehh! tercakap lak yang last tu. ahh! sudah2! yang last tu cancel ye, tiba2 tak boleh tekan Backspace lak. lalalalalala~~~
hmmm... lepas ni tak boleh balik rumah selalu dah. dulu dok matrik tak apa la rumah dekat, Abah lak buka kafe kat situ, hari2 makan free, kalau rasa nak keluar, buat selamba badak ja seludup keluar.
pasni kena jadi budak baik, makan pun dah kena catu, kena jimat duit, so hari2 kena makan buah je atau roti. nanti balik raya harap2 la semua orang still kenal aku lagi sebab aku dah semakin kurus.....
hah diam kau Laila!!!! merepek je kau. berangan je lebih, peginya belum lagi. tah2 makin bertambah tembam ada la.
Ye laaaaaa.......



Notis: saya akan menjadi warga UM, doakan keselamatan, kejayaan dan semoga saya bertemu jodoh kat sana ya. Dush!!! diam kau Laila!

Wednesday, June 23, 2010

wahhh!!!!!!!!! malu nya saya!!!!

seperti entry di atas, aku telah mengalami perasaan yang malu teramat sangat. huhu. nak tau pasai pa? meh cheq nak cerita naa....
semalam aku dan Abah pegi Klinik Kesihatan Sungai Dua nak buat medical checkup untuk nak masuk U ni. owh pasal U mana aku masuk nanti aku cerita kat next entry yer. mintak2 la aku ingat nak buat benda tu sebab aku ni pelupa sikit. sikiiiiiiiiiiiit jer la. huhu
nama pun medical checkup kan, so semua benda mesti la kena check. whole body, from head to toe.
aku gerak pegi sana dalam pukul 9.30ish. at first aku nak pegi sendiri tapi Abah aku volunteer nak bawakan so aku sebagai anak yang solehah kena la ikut je.
sampai2 sana ja Ya Allah! ramai gilak. masa aku pegi daftar tu, pakcik tu kata dah tak nak terima sebab dah ramai sangat dan dia bagi kad suruh datang esok.
masa jalan nak keluar tuh aku telah ditahan oleh Rose (ayat macam kena tahan dengan polis je. haha. biarkan.)
so sembang2 jap then nampak Abah masuk dengan Pak Ngah apa tah. Abah yang cakap.
then aku citer kat Abah yang kena datang esok, terus Pak Ngah tu mintak kad dan tolong arrangekan aku buat checkup in that day gak.
haha.. bahagia hidup ada orang dalam. (jangan buat selalu ekk kalau terdesak dibenarkan)
kena tunggu turn nak kena panggil tu mestilah lama kan. so aku pun gebang2 dulu dengan cik Rose.
then nama dipanggil, isi borang X-Ray, then kakak tu cakap filem X-Ray dah habis so kena pergi buat checkup lain dulu.
so aku pegi check berat,ketinggian dan blood pressure. owh talk about weight yang membuatkan aku senyum sampai tak cukup telinga bila nurse tu cakap yang berat aku adalah 50 kg.. ye 50 kg thats mean dah turun 3kilo!!! hahaha. dulu timbang kat rumah berat 53 then dah turun. wahhh tak sia2 bangun awal2 pagi, kemas rumah, kurangkan makan, puasa sunat Isnin Khamis (ok puasa ganti sebenarnya =p)
lepas tu dah habeh check mata, gigi, buat urine test semua so aku pegi la nak buat X-ray.
memang tinggal aku je la yang tinggal. haha. tak kisah punya.
juru X-ray tu adalah lelaki. ye kawan2 LELAKI. aku memang buat selamba badak je tapi yang abang ni ramah nak mampus. dia cakap kat aku :
ok adik masuk bilik tu buang baju semua, baju dalam, rantai semua, pastu pakai baju hijau
tu. bukak tudung tapi kalau ada anak tudung pakai anak tudung je.

aku angguk2 je la kan. buat selamba badak je. haha. dah siap semua abang tu suruh pegi kat mesin dia bla bla bla then dia kata adik tarik nafas bila abang kata dah,dah ye. then pap! abang tu kata ok dah. aku pun cam, eh dah?? aku salin baju nak pakai baju hijau ni lagi lama kot. haha.
then dah tukar baju semua, keluar pegi ambil X-ray tu dengan muka yang selamba badak gilak. haha. then say TQ kat abang tu (saja manis muka kan padahal nak cover malu) masa aku nak bukak pintu nak keluar aku dengar abang tu sebut nama aku kat kakak nurse tu.
hailorh!!! perlu ka??? aishh.. tapi tak pa aku teruskan kemachoan aku.
pastu dah settle semua, ingat nak balik sebab lapar gilak kan pagi tu tak sempat makan then Abah kata nak pegi bukak akaun Bank Islam bila?
aku decide nak pegi esok je sebab takut Abah ada kerja kan tapi Abah kata, kalau hang pi sorang esok kalau hujan pun Abah kena hantar gak. ok la saya mengikut kata Big Boss....
pegi Bank Islam lak. nasib dekat je. agak ramai gak tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.
so Abah kata nak bayar siap2 yuran Haluansiswa tu so ok la. dah bayar apa semua dan nak pegi aktifkan kad bank tiba2 aku terpandang akan slip pembayaran yuran aku tuh.
ehh?? awat kat bawah ni print komputer tulis universiti utara malaysia??
so aku pun pegi la kaunter tu balik dan tanya pasal tu kan. then kakak tu cakap. dengar macam UUM.
O.K F.I.N.E~~ aku sebut UM kat dia. single pronounce of letter U. bukan aku sebut UUUUU M.
ok la kalau dia tak dengar la kan suara aku yang merdu ni.. ok la yang garau gemersik ni kan.. ehem3.. tapi kan dekat slip tu aku tulis bayar kepada BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
besar gilak aku tulis. baca la kan. nak kalut apa nya.
ok la aku baik semalam so aku sabar je. kalau nak diikutkan kenangan lampau kalau orang cari pasal dengan aku time aku tengah lapar menggila, perut bunyi lagu Kasihnya Laila kan, ehh silap lagu Skillet- Awake and Alive, memang orang tu tak bernasib baik la. hahahaha. gilak gangsta aku.
ok dah settle semua so Abah ajak pegi makan. aku nak makan nasi kandar. so kat area2 tu memang berlambak kedai nasi kandar. so pegi je la makan.
nasi beriani + ayam madu + sayur kobis goreng + milo ais.
fuhh aku makan tak toleh kiri kanan dah. hahaha
so habeh la sudah hari aku yang hectic tu.


Notis : Alhamdulillah.. lega gilak semua benda penting dah settle. tinggal benda2 kecik ja. =)

Tuesday, June 22, 2010

soalan membawa maut~~

hahaha.. seperti tajuk di atas, ok aku ada akaun formspring kan. so aku punya la promote kat kawan2 aku through FB suruh tanya kat aku soalan kan.
so bermula sesi soal menyoal ni kan kat formspring. so sebut pasal formspring, kalau kita dah ada akaun, kita boleh follow kawan2 kita yang ada akaun gak. jadi kalau kita tanya soalan kat kawan2 kita tu so diowang boleh tau sapa yang tanya soalan tu.
but the worst thing bila ada anonymous yang tanya soalan. kalau soalan yang biasa2 je ok la kan. but if soalan yang fuhh!!! mencekik tengkuk macam mana lak??? hahaha
1stly, member aku penah alami this kind of thing. tak tau la sapa kan tapi kitaorg rasa budak tu perempuan.
dia tanya soalan kenapa kawan aku ni broke up dengan BF dia yang dulu. then macam maki2 kawan aku, kata macam2 la.
sebagai kawan yang baik, aku dan few members back up my friend and kutuk balik that B****. so apa lagi, memang panas meletopp la page kawan aku nie. ye la about 5 persons vs 1 person so who do you think gonna win??? hahaha
lama2 kan nampak B**** tu dah gilak bengang sebab semua pakat attack dia beramai2 sampai dia sendiri tak terlayan dan tak terkeluar perkataan nak maki2 apa lagi so kitaorang declare dia as LOSER! hahaha..
2ndly kena kat aku lak. but it's not to worst la.
pada satu pagi yang indah tu kan, aku baru lepas sembahyang Subuh then online la kan sebab time2 Subuh macam ni line laju.
so aku pun bukak la formspring aku mana la nak tau kot2 ada soalan2 walaupun jarang la nak ada orang tanya soalan kat aku. huhu. pathetic gilak.
tiba2....... terkejut gilak aku. da anonnymous ni tanya soalan ni kat aku.

r u still a virgin??

pastu aku jawab la balik.

if am virgin or not does it matter to u??

dia reply pulak.

yeah u r not virgin is dat rite??

aku servis dia balik.

i am still virgin. what do u expect me?? i am not?? hahaha.. well since i dont know u, i dont care what u think about me. i know who i am. that's it. tq for ur question. =) enjoy ur life dude.

then terus tak tanya dah soalan kat aku. hahaha. padan muka.
aku dah prepare ayat power2 punya if dia attack aku balik but dia dah senyap so biar ja la. haha.
kadang2 macam geram gak tiba2 tanya soalan yang tah pape kan. tapi kita kena la pandai nak jawab soalan tu.
jangan asyik nak melenting kalau soalan yang dia tanya tu memang tak betul LANGSUNG!
kadang2 orang saja ja nak tengok cara kita jawab soalan (ehh macam nak jawab exam pulakk dah). so just be cool bebeh. hahaha.



Notis : pic bukti pasal anonymous tu tanya soalan kat aku tak ditangkap sebab malas nak transfer masuk lappy. sapa yang nak tengok just - formspring.me/lailalatif

Saturday, June 19, 2010

besday kakak!!!


haaa... hari tu aku kata aku nak citer pasal besday party my niece kan.. ni ada few photos.. malas nak citer panjang sebab... sebab...sebab.. aku malas la.. photos speak louder than actions.. hahahahaha. aku dah start merepek. so tengok je la.

Event : Nor Farizatul Izzati bt Muhamad Razlan birthday party.
Venue : rumah Tok Ayah dia aka rumah pak mertua abang aku.
Time : ikut suka bila nak pegi.





tengok tu demand gilak nak kek ada wonderpets. nasib baik ada upin ipin ja.
haha. terima semua.


nampak sangat bukan tangan anak sedara aku la kan. tak kan besar gedabak macam tu. mak dia yang potong kek sebab budak tu sangat la malunya.



masa ni tengah pujuk dia soh tiup lilin. tapi macam biasa la kan dia kan pemalu jadi mak dia la yang tolong tiup kan. huh


perut abang yang kempis sikit sebab tiup belon yang banyak tu. kata dia la kan. haha


masa ni baru lepas berjaya keluarkan dia dari rumah sebab dia malu sangat la kan sampai tak mau keluar. apa kes la budak ni.




lepas tu baru la dia mau pegang pisau tu tau tak. haha.
anak sapa la ni.


nak tau tak Kak Long aku kata apa? lepas habis tu kan baru la anak sedara aku tu kata kat Kak Long aku yang dia malu sebenarnya tadi. hahaha. tak boleh blah betul. dia memang macam tu. kalau lama tak balik rumah aku, then tiba2 balik, dia jadi sombong gilakk sebab malu padahal bukan tak kenal sapa kan. memang habit dia macam tu. rasanya sebab dia ni ikut belah abah dia la ni. malu tak bertempat. huh. hahaha. OMG aku ada bagi hadiah kat dia tapi lupa nak snap. aku bagi hairclip bentuk hat dengan getah rambut ja. tu pun beli kat pasar malam ja sebab tak sempat nak pegi jauh2 sebab abang bagitau last minute. alasan ja tu sebenarnya aku tak ada duit pon. haha. plan nak kongsi duit dengan Kak Ngah tapi last2 aku ja yang bayar semua. ceh. dia tolong balut je hadiah tu. tu pon guna kotak aku dan pembalut hadiah aku. so kira total hadiah tu memang fully dari aku la kan? hahaha.



Notis : gambar tak banyak sebab aku lebih tumpukan pada makanan dan kek dia yang yummy2 tu. haha. aku tambah sampai 3 kali ok. kempunan punya pasal. hahaha.


Friday, June 18, 2010

hatinya tak tahan~~



kau pernah rasa tak, kau nak gembirakan hati semua orang tapi kau tak mampu..
sebab hati kau pun tak sekuat mana..
kau kena tahan segala keperitan, sebab kau tak mahu orang lain tahu masalah kau..
bila kau senyum, bergelak ketawa, pernah tak kau rasa senyuman dan gelak ketawa kau tu tak dapat puaskan kau???
kau rasa nak sangat menangis, tapi air mata kau tak keluar..
kau rasa nak bagitau orang2 yang rapat dengan kau apa yang kau rasa, apa yang kau alami, tapi kau takut diowg tinggalkan kau lepas tahu pasal tu..
kau nak seseorang yang dapat beri kegembiraan, buat kau lupa semua masalah kau, tapi orang tu tak ada masa kau perlu kan dia...
bila kau cuba untuk melupakan masalah kau, cuba bergelak ketawa dengan dia tapi dia macam tak hendak je layan kau...
kau dapat rasa tak betapa sedihnya hati kau bila dia buat macam tu kat kau...
perlukah dia menambahkan kesedihan yang sedia ada dalam hati kau?
kau cuba jadi kuat supaya orang lain tak pandang rendah akan kau..
tapi pada masa yang sama kau tak boleh bila lihat orang2 yang kau sayang di sekeliling kau sedih, menderita..
kau nak orang2 yang kau sayang gembira walaupun kau berduka...
kau cuba jadi seorang yang tak ada perasaan, tapi jauh kat dalam hati kau, kau tau apa itu cemburu,sakit hati, marah, bengang...
bila kau kena tahan dengan semua perasaan yang menyeksa kau, jiwa kau bergelodak..
kau rasa kau nak je mengamuk, pukul orang, tapi kau tahan je perasaan tu..
sebab kau fikir akan akibat apa yang akan berlaku nanti...
kau rasa kau nak ada orang yang ambil berat pasal kau tapi orang tu tak ada..
dan kau bertekad kau nak lalui semua ni sorang2..
biar semua orang tau kau adalah independent girl..
kau pendam je apa yang kau rasa sebab kau tak nak orang terluka atau terasa dengan apa yang kau fikirkan dan ikut sama merasai kesedihan itu sebab kau takut orang2 itu tak faham isi hati kau..
kadang2 bila kau nak cuba jadi jahat tapi kau tak boleh buat sebab hati kau rasa kasihan terhadap orang yang kau nak buat tu..
kau rasa penat sangat nak menghadapi setiap dugaan yang Allah bagi sebab tak pernah putus2..

sesungguhnya.....

aku rasa semua perasaan di atas..
aku tak kuat lagi bila aku tengok orang yang aku sayang, rupa2nya menderita di dalam..
dia senyap saja, dia sembunyikan perasaan dia sebab dia tak nak anak2 dia tahu kesedihan dia..
bila dia terpaksa menahan perasaan melihat apa yang terjadi..
sebab dia fikir akan anak2 dia..
aku memang tak kuat nak lalui semua ni..
tapi aku terpaksa berlagak aku kuat sebab aku tak nak orang yang aku sayang jadi lagi sedih..
aku tau Allah tak kan bagi ujian yang hamba-Nya tak mampu lakukan...
bila aku fikir betapa dahsyatnya ujian Allah kepada aku, aku mesti ingat ada yang lagi teruk keadaan daripada aku...
aku terpaksa pasrah terhadap perjalanan hidup aku..
memang sudah suratan dan takdir memang hidup aku macam nie..
biar kan pahit ini aku telan asalkan aku tau Allah sentiasa disisi aku..


ya...
i can't do this anymore..
i feel hurt deep inside..
very very much...
anything occurs around me everyday make me feel extremely sad..
i'll choose to die if suicide is not guilty..
i just dont want to live like this..
i cant take it anymore..
God please give me strength to go through this..
im really really cant take it anymore...
it is so exhausted... so so so much...



Notis: so many things happened around me everyday. i'm so exhausted to go through this. it is not about love matter but it included all of the things around me...

Wednesday, June 16, 2010

dia tu kakak aku la!


kalau kena belajar asyik nak cuti je. kalau dah start cuti nak masuk belajar balik. aishhh. manusia2. memang macam nie la. hahaha. cuti2 ni aku dok rumah je tau tak. tak ada initiative langsung nak keluar rumah sebab malas nak merempit. ye la kan dah accident tahun lepas so still tak ada kereta lagi. kalau nak keluar mana2 kena naik motor. apa jadah lak nak naik motor panas2 yang amat nie. huhu. so terpaksa la jadi katak bawah tempurung jap ye dan menjaga kesucian kulit aku yang tak berapa nak putih sangat ni. hahaha. so sekarang ni nak bagi hilang boring kan so aku pun usha2 la balik video2 DBSK oppas aku kan. terubat rindu gilak weyh. terus tak ingat sapa dah aih. so mintak maaf kepada Sinchan sebab lama tak contact ye. sebab busy spend time with my oppas kan jadi cam tiba2 terlupa Sinchan. mampus aku nak kena pujuk dengan Cocobi budak ni. haha. OMG entry lepas aku ada tulis pasal besday my niece kan. Sabtu- 6hb tu abg aku pon buat la majlis hari jadi anak dia tu. sebab boring kan dan ni kira 1st time depa buat so pegi je la. nanti la aku tulis kat next entry kayyyy.


sebenarnya sekarang ni kan selain aku dok layan video2 DBSK oppas aku, aku rajin buka blog2 orang @ orang panggil blogwalking. best wooo!!! dapat baca diowang punya life. macam busybody lak kan tapi dah nama pun blog dan diowg tulis tu untuk di baca so baca je la. haha.
aku bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. tiba2 masa aku dok melayan perasaan frust sebab TV3 tak tayang cerita She Wolf-The Last Sentinal. aku rindu la kat Noah Ortega tau tak!!!!!! udah2 la tayang citer mengarut Indon tuh!! aishhh. yang tiba2 aku teringat ni pasal keluarga aku.

kalau nak tau, adik beradik aku semua ada nama pangkat sendiri. bukan nama panggilan yang pelik2 tau. tapi ni macam nama panggilan mengikut kedudukan dalam keluarga la. ala kalau anak sulung orang panggil Along, kalau yang nombor 2 panggil Angah dan so on. so parents aku ada 4 orang anak- abang aku anak 1st so kitaorg panggil dia Abang/ Abang Long. tapi jarang la panggil dia Abang Long sebab dia sorang je abang dalam siblings aku kan. tapi bini dia kitaorg panggil Kak Long. then kakak aku nombor 2 jadi kitaorg panggil dia Kak Ngah. so dah boleh agak la kan laki dia nanti kami panggil apa kan. haha. aku lak anak nombor 3 jadi diorg panggil aku Kak Lang dan adik aku mesti la panggil Adik kan sebab dia ja yang paling kecil sekali.

Abah aku buka kafe kat matriks. sama tempat dengan matriks yang aku belaja la. so korg boleh paham la kan kenapa aku ni tembam sebab dok matriks pun makan free. bahagia gilak hidup. haha. after SPM aku kerja la kat situ jadi cashier, kira2 nasi, lauk2 semua. memang jaga duit la keja aku kan ye la dah nama pun cashier kan. aishhh. pekerja2 sana semua panggil aku Kak Lang tak kira la tua atau muda. masa abang aku kerja sana pun diowg panggil abang aku abang. masa kakak aku kerja pun sama gak semua pakat panggil Kak Ngah. memang kalau aku nak makan goreng2 panas, aku tulis order letak nama Kak Lang konpem cepat je order aku siap. hahaha. specialty for anak tokey lorh. nasib baik tak dak sapa2 galak nak tiru letak nama Kak Lang kan kalau tak memang nak kena la. dush3!!

masa aku form berapa tah, 1 family aku balik la kampung kan. so macam biasa la kalau mak, abah aku nak panggil kami semua dengan panggilan - Abang, Kak Ngah, Kak Lang, Adik- then 1 hari tu tok aku tegur tau. dia cakap:

tok : nama sedap2, Baizura, Laila tapi panggil Kak Ngah, Kak Lang.
aku : sedap pe tok daripada panggil nama yang tah pape.

so Tok aku pun senyap je. ye la kan kita boleh tau pangkat seseorang dalam family. tapi aku rasa sweet je panggil nama cam tu sebab kalau aku keluar dengan kakak aku kan mesti semua orang ingat aku keluar dengan kawan. ye la weyh muka memang tak sama 100%. sorang ikut muka belah mak, aku lak ikut muka belah abah so mana nak sama nya.
ada 1 incident ni aku tengah tunggu kakak aku kat luar fitting room, dia tengah try2 baju kan. so salesgirl tu nak buat ramah dengan aku, dia tanya la:

SG : kawan ke?
aku : tak dak la. adik-beradik.
SG : yang ni kakak ka? * tunjuk belah aku*
aku : ehh tak la yang ni adik yang kat dalam tu kakak.
SG : owhh... muka tak sama ek..
aku : biasa la muka mak dengan abah pun tak sama.

selalu la kejadian di atas berlaku kat aku. kakak aku kan macam rendah sikit dari aku dan badan dia pun chubby2 sket memang nampak dia cam muda sikit la dari aku.. yeke???? eleh mana ada padahal dia tu paling kurang senyum, mana boleh nampak awet muda. aku lain la asyik senyum ja perlu la nampka selalu muda kan?kan?kan?

so bila aku pi mana2 dengan dia, bila aku cakap dengan dia mesti aku saja ja cakap kuat2, panggil nama dia - Kak Ngah!!!!! hahaha. so orang boleh tau la dia tu kakak aku. see??? hahahhahaha.


ni gambar poyo kakak aku. masa ni baru lepas ambik dia dari jeti. kat dalam kereta Kenari yang accident tu.. sedih2.. sobs2..



Notis : seronok ek citer merapu2 ni. hahaha. kawan2 aku selalu kata aku ni suka mengarut. well. nama pun panda cool. kahkahkah.

Saturday, June 5, 2010

Tag : Survivor!!

tag ni aku jumpa masa blogwalking. aku nampak macam interesting so aku nak try buat la. Let's do it!!!!



RULES
1. Put your iTunes, Winamp, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Do NOT cheat & have fun!








1.IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Youre my melody ; DBSK.

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Baby ; Justin Bieber.

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Why Did I Fall In Love With You ;DBSK.

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Yang Terindah ; Dakmie-Adamaya OST.

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Sexy Lady ; Jaejoong DBSK.

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Hahaha Song ; DBSK.

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Billionaire ; Travie McCoy ft Bruno Mars.

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Im A Loner ; CN Blue.

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
One Of A Kind ; CN Blue.

10. WHAT IS 2 + 2?
Dont Say Goodbye ; DBSK.

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Young Forever ; Jay-Z ft Mr Hudson.

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
After Love ; FT Island.

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Cinta Kosmik ; Fabulous Cats.

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Secret Game ringtone ; DBSK.

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Secret Game ; DBSK.

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Y,Why?? ; CN Blue.

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Acapella ; DBSK collection.

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Hey! Dont Bring Me Down ; DBSK.

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Anggun ; Bau

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Hahaha Song ( Acapella ) ; DBSK.

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Wonderwall ; Oasis.

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Survivor ; DBSK.

P/s ; Sapa sapa nak buat, silakan ;) Yeah!



Notis : aku tak tipu ye main benda nie.. serius memang best. tak sangka next songs masa jawab soalan macam its real answer. hahaha. =D

Wednesday, June 2, 2010

kamu... dah 3 tahun...

this entry suppose to be posted on yesterday- 1st June- but because of your Mak Lang is quite nyanyuk so terpaksa post hari ini..
ok la tu.. oooo.. semalam Mak Lang call Kakak, Kakak tak mau cakap ekk..
malu2 konon padahal kalau nak coklat laju je..
tambah2 kalau tengok iklan KFC kat tv laju je ajak pegi mkn KFC..huh
kalau nak manja2 suruh dukung walaupun dah berat, Mak Lang still dukung tau..
pastu kalau Mak Lang nak pegi ambik Pak Cik dari sekolah dia pun kalut je nak ikut sekali..
kalau orang2 besar tengah sembang2,gosip2 dia pun kalut nak sumbangkan suara dia jugak..
tak boleh berenggang dari air teh langsung.. tea's girl..
manusia paling malas nak gosok gigi-ikut Pak Cik la ni....
penat paksa suruh potong rambut sebab dah panjang dan malas nak ikat...
suka merajuk + angin puting beliung + suka arah2 orang..
itulah anak sedara aku..
nampak macam dah besar tapi baru 3 tahun..

hepy buffday Kakak!

kecik2 pun dah pandai posing yer.. like aunty,like niece.. =)



Notis : even sometimes you are quite annoying me, but you are still my fav niece meyhhh!!! <3