semalam aku dan Abah pegi Klinik Kesihatan Sungai Dua nak buat medical checkup untuk nak masuk U ni. owh pasal U mana aku masuk nanti aku cerita kat next entry yer. mintak2 la aku ingat nak buat benda tu sebab aku ni pelupa sikit. sikiiiiiiiiiiiit jer la. huhu
nama pun medical checkup kan, so semua benda mesti la kena check. whole body, from head to toe.
aku gerak pegi sana dalam pukul 9.30ish. at first aku nak pegi sendiri tapi Abah aku volunteer nak bawakan so aku sebagai anak yang solehah kena la ikut je.
sampai2 sana ja Ya Allah! ramai gilak. masa aku pegi daftar tu, pakcik tu kata dah tak nak terima sebab dah ramai sangat dan dia bagi kad suruh datang esok.
masa jalan nak keluar tuh aku telah ditahan oleh Rose (ayat macam kena tahan dengan polis je. haha. biarkan.)
so sembang2 jap then nampak Abah masuk dengan Pak Ngah apa tah. Abah yang cakap.
then aku citer kat Abah yang kena datang esok, terus Pak Ngah tu mintak kad dan tolong arrangekan aku buat checkup in that day gak.
haha.. bahagia hidup ada orang dalam. (jangan buat selalu ekk kalau terdesak dibenarkan)
kena tunggu turn nak kena panggil tu mestilah lama kan. so aku pun gebang2 dulu dengan cik Rose.
then nama dipanggil, isi borang X-Ray, then kakak tu cakap filem X-Ray dah habis so kena pergi buat checkup lain dulu.
so aku pegi check berat,ketinggian dan blood pressure. owh talk about weight yang membuatkan aku senyum sampai tak cukup telinga bila nurse tu cakap yang berat aku adalah 50 kg.. ye 50 kg thats mean dah turun 3kilo!!! hahaha. dulu timbang kat rumah berat 53 then dah turun. wahhh tak sia2 bangun awal2 pagi, kemas rumah, kurangkan makan, puasa sunat Isnin Khamis (ok puasa ganti sebenarnya =p)
lepas tu dah habeh check mata, gigi, buat urine test semua so aku pegi la nak buat X-ray.
memang tinggal aku je la yang tinggal. haha. tak kisah punya.
juru X-ray tu adalah lelaki. ye kawan2 LELAKI. aku memang buat selamba badak je tapi yang abang ni ramah nak mampus. dia cakap kat aku :
ok adik masuk bilik tu buang baju semua, baju dalam, rantai semua, pastu pakai baju hijau
tu. bukak tudung tapi kalau ada anak tudung pakai anak tudung je.
aku angguk2 je la kan. buat selamba badak je. haha. dah siap semua abang tu suruh pegi kat mesin dia bla bla bla then dia kata adik tarik nafas bila abang kata dah,dah ye. then pap! abang tu kata ok dah. aku pun cam, eh dah?? aku salin baju nak pakai baju hijau ni lagi lama kot. haha.
then dah tukar baju semua, keluar pegi ambil X-ray tu dengan muka yang selamba badak gilak. haha. then say TQ kat abang tu (saja manis muka kan padahal nak cover malu) masa aku nak bukak pintu nak keluar aku dengar abang tu sebut nama aku kat kakak nurse tu.
hailorh!!! perlu ka??? aishh.. tapi tak pa aku teruskan kemachoan aku.
pastu dah settle semua, ingat nak balik sebab lapar gilak kan pagi tu tak sempat makan then Abah kata nak pegi bukak akaun Bank Islam bila?
aku decide nak pegi esok je sebab takut Abah ada kerja kan tapi Abah kata, kalau hang pi sorang esok kalau hujan pun Abah kena hantar gak. ok la saya mengikut kata Big Boss....
pegi Bank Islam lak. nasib dekat je. agak ramai gak tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.
so Abah kata nak bayar siap2 yuran Haluansiswa tu so ok la. dah bayar apa semua dan nak pegi aktifkan kad bank tiba2 aku terpandang akan slip pembayaran yuran aku tuh.
ehh?? awat kat bawah ni print komputer tulis universiti utara malaysia??
so aku pun pegi la kaunter tu balik dan tanya pasal tu kan. then kakak tu cakap. dengar macam UUM.
O.K F.I.N.E~~ aku sebut UM kat dia. single pronounce of letter U. bukan aku sebut UUUUU M.
ok la kalau dia tak dengar la kan suara aku yang merdu ni.. ok la yang garau gemersik ni kan.. ehem3.. tapi kan dekat slip tu aku tulis bayar kepada BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
besar gilak aku tulis. baca la kan. nak kalut apa nya.
ok la aku baik semalam so aku sabar je. kalau nak diikutkan kenangan lampau kalau orang cari pasal dengan aku time aku tengah lapar menggila, perut bunyi lagu Kasihnya Laila kan, ehh silap lagu Skillet- Awake and Alive, memang orang tu tak bernasib baik la. hahahaha. gilak gangsta aku.
ok dah settle semua so Abah ajak pegi makan. aku nak makan nasi kandar. so kat area2 tu memang berlambak kedai nasi kandar. so pegi je la makan.
nasi beriani + ayam madu + sayur kobis goreng + milo ais.
fuhh aku makan tak toleh kiri kanan dah. hahaha
so habeh la sudah hari aku yang hectic tu.
Notis : Alhamdulillah.. lega gilak semua benda penting dah settle. tinggal benda2 kecik ja. =)
No comments:
Post a Comment