korang tau tak apa kepentingan mata? ye la sebab boleh melihat,usha2 aweks balaks semua kan.aku tau korang akan cakap macam tu. heh. aku kan Laila. tapi korang tau tak mata kena jaga elok2? mestila kena jaga taknak nanti tiba2 tak boleh nampak jatuh saham beb!.heh. aku tau korang akan cakap macam tu. tapi korang jaga ke mata korang? tambah2 girlss kat luar tu hah. bertepek eye shadow berwarna warni macam pelangi naik selepas hujan ja.
korang tau tak apa kandungan eyeshadow dan celak yang korang tenyeh kat mata tu? haaaaa. tak tau kan? tak tau kan? mestila ada bahan kimia. ye aku tau memang ada yang 100% guna natural resources but still ada kan bahan kimia. and then girlss mesti la beli jenama yang apakejadah tu.
dannn kenapa aku mesti merepek pasal mata kat korang di hari selasa yang indah ini? sebab.. sebab.. sebab.. aku tak nak korang jadi macam aku. tiba2 lak ada something dalam mata aku. aku pun heran dan ajaib binti pelik macam mana boleh wujud benda ni sebab aku tak pernah pakai eyeliner eyeshadow maskara blablabla semua tu, so probability nak ada habuk masuk mata atau kuman macam kureng sikit kan. tapi kenapa mata aku boleh jadi macam ni?
nampak tak benda yang dalam bulatan tu? tak nampak sangat? terlindung dengan spek mahal aku? hah jap! tengok yang ni pulak.
haaaa... nampak tak ? nampak tak? dah nak dekat setahun ada kat mata aku. mula2 suspek ketumbit. ikut la petua orang dolu dolu,pakai benang hitam kat jari manis ala ala macam cincin gitu jie. sampai putus benang tu tapi hampeh! tak pe,takpe. so beli ubat ketumbit. sampai kabur mata aku tapi hampeh jugak! tak pe,takpe. kena pergi check kat doktor mata ni. risau la jugak buatnya ketumbuhan. haaaa.... nangis I jie! tak sanggup!
mula-mula pergi check kat hospital bukit mertajam,doktor kata ada bendalir je. pheewwww! lega hati aku dengar. tapi biasa la hospital kerajaan kan. nak tunggu turn tu lembap nak mampus. rasa macam nak give up je. pastu masa aku demam kat UM ni,aku pergi la klinik, then tanya la kat doktor tu apasal mata saya macam ni? dia kata jerawat batu. perghhh! jerawat batu la pulok. hemm. dia kata kena buang je kalau tak dia naik balik. hem ok!
akhirnya,akhirnya,akhirnyaaaaaaa! appointment date aku dah sampai! so masa cuti sem hari tu aku pun pergi la bertemankan akak kesayangan ku yang debommmm! vogie de vast!kenapa aku puji dia sedemikian rupa ? sebab aku tunggu dia bersiap punya lama! sampai aku konpius aku ke atau dia yang nak pergi jumpa doc ni? over tau dia ni.tak suka jie.dah sampai sana, penat gak menunggu dari pukul 2 petang sampai pukul 6 baru sampai turn aku nak operate mata aku ni. waaah! operate mata tuh! macam gerun je kan. hekhek.
gila la diorang operate bawah mata aku ni tak letak ubat bius! mentah2 cam tu je. scary tak scary sebab nak buang jugak malu bila tangkap gambar mata sepet sebelah yang amat ketara. walaupun bila aku senyum gelak ketawa mata sebelah kiri aku lebih kecil dari mata kanan tapi tak la obvious sangat. taaaapi bila kemunculan benda tu,terus obvious! heh menci jie tau!
lepastu dah lepas operate terus aku jadi macam Kamen Rider.
tengok! tengok! aku tak kena tahan kat wad, so lepas operate terus balik rumah menaiki skuter Ego kakak kesayanganku yang berwarna purple. perghhh! gaduh tutup muka sebelah je nak cover balutan tu sebab rasa visor tu tak cukup kemampuan nak cover benda tu. tsskk! so benda tu aku pakai semalaman sebab tak berani lagi nak buka. sakit kot! bengkak sebelah mataku.nasib darah tak banyak sebab doc tak jahit pun lepas belah benda tu. jenuh la aku dok titis ubat kan,malam2 letak ubat gel kat mata sampai kabur mataku. then,after 2 weeks dah nak fully recover but still boleh nampak garisan kena hiris tu! paastu muka aku dah kembali seperti sediakala seperti ini:
pic sebelah aku terpaksa ditapis atas MoU diantara tuan punya badan dengan aku. tak nak kontroversi katanya. ehem. tak pa kita ikutkan je. huuuuu.
hah and then before aku balik tu nurse ada pesan kat aku, if anything goes wrong with my eyes or ada petanda dia nak jadi balik ke, cepat2 dengan sepantas kilat demah atau tuam bak kata orang key ell dengan air panas. and then kita kena selalu cuci mata la. sometimes bulu mata kita tak dapat nak menepis segala habuk semua2 tu. cuba guna sabun baby yang tak pedihkan mata tu. gosok2 kat mata sekuat rasa,then bilas dan perah mata anda. tak pun ikut petua moyang2 dolu-dolu, sediakan semangkuk air dan rendam muka ke dalam mangkuk berisi air sambil buka mata. insyaAllah habuk kat mata akan keluar dan menjadi sihat dan bersih dan bersinar2 bak mentari di ufuk timur.
Notis: Atiqah Abdullah,entry ni khas untuk kau. aku tau kau tertanya-tanya kan kenapa aku tiba2 buat minor surgery kan.hehehe.^^
5 comments:
well done laila ! :)
da mkin cantik da pasni. haha. gile lame kann ko kene ketumbit tu. dr matrik smpi skang bru hilang. HAHAH
tq2! =)
mmg lama pun!! tu pun nsb bek aku decide nak g jmpa doc kalu tak mmg xkn hlg smpai skang! huuuuu. xnak3!
thnx for the dedicated entry. hahaha. yelaa.. operate xbgtaw pon. mcm ni ke kwn. nk jd kwn susah sng ko. tp klu ko xcter jd kwn wktu sng je. xnk mcmtu. heheheh. bak kate dot,lame giler kot. setaun ape. seb baek la bijak nk g jmpe doc. heheheh.
alhamdulillah! :)
huhuhu. mian-nae! mian-nae! (sorry)
i thought it just minor surgery so mls nak ckp.hehe.
ha ah nsb bek aku terbijak sikit nak pegi jmpa doc. hahaha
nak tanya, kenapa haa mata sebelah sepet ? sebelah kecik sebelah besar.
Post a Comment