Tuesday, March 29, 2011
Saturday, March 26, 2011
khas untuk yang tersayang
For Now, Goodbye
When we met for the first time
We had awkward moments
But our days shared in music
became our precious memories
Now we have to part
Dont let our sorrow stop our steps
toward our separate paths
Lets wait until time comes
For our steps to join again
The song we sang in joy together
Became our memory
Saying good bye is not eternal farewell
But a promise to see each other again
p/s : to all my friends, especially those who far away from me. don't be sad if you cannot see me often like before because you're still in my mind. ^^ luviu!! *wink*
Friday, March 25, 2011
hana tajima hijab tutorial-special request from Yaya Rashid
cara nak pakai dia lebih kurang sama je, tapi pandai2 la korang belit. aku pun Ieka tolong pakaikan.berapa kali pakai buka pakai buka sebab salah belit la, belakang panjang terlebih la apa la. so kalau cuba sekali tak berjaya sila la cuba banyak2 kali okay.
Notis: let's do this!
bila budak hingusan dah melampau.
actually kan kerja jadi cikgu ni susah tau. sebab tu aku tak nak apply course pendidikan. memang la senang dapat kerja, habeh belajar tunggu masa untuk posting je kat mana-mana. tapi cabaran jadi cikgu ni tinggi ouh. kita tengok jadi cikgu ni cuti banyak. cuti sekolah banyak mana? tak ke heaven sikit-sikit cuti,sikit-sikit cuti. tapi berdasarkan pengalaman aku yang rajin pergi menyembang dengan cikgu memang boleh nampak betapa busy nya kerja cikgu ni. weekend ada kelas tambahan, selalu kalau banyak kerja balik lambat,pergi kursus, meeting, nak organize events kat sekolah. kalau kat sekolah aku dulu, even nak sambut hari guru pun cikgu yang organize. memang tak surprise langsung la kan. hahahaha.
ada lagi satu sebab kenapa aku tak nak apply jadi cikgu. ok cuba bayangkan, kita bila masuk kelas, lecturer / cikgu kat depan dok mengajar, kita yang kat belakang dok menyembang, dengar mp3, baca majalah, masuk lambat, ponteng pulak tu. ok aku tau mostly semua students macam tu. aku pun tak terkecuali la. tambah-tambah tang part dengar mp3 tu. bukan apa nak elakkan dari mengantuk je. tak nak otak aku sebelah kiri tu tido. ehem.
dan kalau kita tengok sekarang, budak-budak sekolah zaman sekarang gila advance kot. dah berani melawan cikgu balik, bila buat salah, cikgu tegur alih-alih cikgu pulak yang kena hentam balik. aikkk??? apa kah?? tengok la newspaper, cikgu sampai tak boleh nak tegur students langsung.bila kena tegur balik rumah ngadu kat mak bapak, lepas tu mak bapak datang serang cikgu tu. dengar sangat cakap anak. cikgu pun sampai dah tak berani nak buat apa-apa sebab takut kena serang. serius cikgu aku pernah cakap macam tu kat aku. ye la aku tau kadang-kadang ada jugak cikgu yang agak over sikit, tapi tak payah la sampai nak masuk newspaper kan? perlu ke?
tadi aku terbaca kat Berita Harian Online *duit tak ada nak beli newspaper, online pun bolehh!* pasal pelajar sekolah maki cikgu lepas kena cekup ponteng sekolah. apakah?? dah la ponteng sekolah, lepas kena tahan marah cikgu balik. apa kes kau nak marah cikgu? sekarang sapa yang buat salah? cikgu ke kau? tak ada akal ke?
Notis: tanpa cikgu siapalah kita. peace.
Thursday, March 24, 2011
baik tak payah la!
Ok dah ye sesi motivate diri sendiri. Sekarang ni aku nak sentuh sikit pa.. eh silap aku nak pegang banyak *baru best sikit ayat* pasal satu benda ni. Aku dah usha lama dah, lama jugak aku dan kawan aku berdiskusi mengenainya. Pasal perangai budak-budak international students kat universiti aku ni. Perghhh! Perangai sorang-sorang kalau tak annoying tak sah. Aku tahu bukan semua International Students (IS) yang perangai teruk, tapi ada la IS daripada satu 'negara tu' yang memang gila punya menyakitkan hati. Bayangkan kalau ada lab. Orang lain semua pulun buat experiment bagai, berpeluh-peluh, pusing habeh satu lab nak siapkan experiment. Tapi IS terbabit hanya berdiam diri, duduk di atas kerusi sambil menyiapkan report untuk lab yang sebelumnya. Get it? Means that, report untuk lab hari selasa, dorang buat hari khamis. So experiment untuk hari khamis memang tak buat la. Dah la suka suki request nak suruh delay hantar report. Suppose habeh je lab pada hari tu, terus kena hantar. No excuses tapi disebabkan IS sekalian, so kena delay. Memang la best tak payah nak sibuk-sibuk siapkan report on that day tapi tutor bagi lagi extra kerja. Contohnya suppose lukis-lukis je binatang dari phylum echinodermata dan arthropoda, lepas tu label. Tapi tak pasal-pasal pulak hah kena cari characteristics untuk setiap binatang. Perghh! Satu keja pulak. Dah la banyak!
Lepas tu suka suki je tak datang kelas, suruh kawan dorang signkan. Ok la aku pun pernah buat tapi tak selalu bila masa tak mengizinkan aku pegi kelas je aku terpaksa buat macam tu. Ehem. Bayangkan kalau sorang je kawan dorang yang pegi kelas, dia kena sign untuk kawan-kawan dia yang lain seramai hampir 10 orang. Tak ke gila? Tapi bukan nak kutuk lebih, tutor lab pun tak puas hati. Dah menyampah dah rasa. Tutor tu tau dorang tak pernah, ok lagi sekali TAK PERNAH buat experiment. Report pun copy dari orang je. Tapi bila dapat A- untuk report, kalut pegi tanya, why I only got A-? I did my report!. Sepatutnya korang dapat F je. Dah la tak pernah buat experiment bising je! Tapi tutor-tutor aku tu bagus. Nak tau dorang buat apa? Diorang letak je A untuk semua report si budak-budak IS tu. Tapi markah sebenar dorang sangat rendah. Ala-ala politik markah gitu. Rasakan! Hohohoho *gelak jahat*
Kadang-kadang aku hairan. Apa gunanya dorang datang sini kalau setakat nak main-main je? Tau la muka tu boleh la nak dikatakan hensem, tapi hensem lagi abang-abang korea aku, so tak payah nak perasan macho sangat la. Nyampah aku tengok nye haih. Tau la duit masing-masing berlambak, bergunung-ganang, tapi kalau datang sini nak berpoya-poya tak menyusahkan orang tak pe, ni masalahnya menyusahkan orang. Bila aku pikir balik, semalas-malas aku ada lagi yang lagi malas. Kalau keluar list sapa yang kena bar dari ambil exam, mesti terselit nama dari budak-budak IS dari 'negara tu'. Mostly budak-budak IS dari 'negara tu' perangai sama je. Adakah mereka sudah berpakat? Hah yang tu kita tak tau. Tapi serius la. Bila aku dok kat sini aku rasa macam aku tak dok kat Malaysia. Banyak gila bendasing kat sini. Lebih baik aku dok Penang, aku tau nak nampak bendasing ni waktu weekend je tambah-tambah hari Ahad kat Summit BM (Bukit Mertajam) tu. Dah macam markas dorang pulak aku tengok.
Notis: sabor je la. *sambil buat tangan macam usop wilcha*
Wednesday, March 23, 2011
bunga-bunga cinta.....!
pusing kepala nak memilih baju. usha-usha online boutique mana tau kot-kot ada yang berkenan. dah jumpa tak tau lak nak buat pilihan. maunya tak juling biji mata aku tengok, punya la cantik! rambang mata beb rambang mata. dah agak-agak jumpa yang berkenan dibenak kalbu, Ieka dan Sheqeen dan Siha kata ok cantik! dah berbunga-bunga dah hati. lepas tu saja je nak bagi oppa aku tu tengok aku punya pilihan, sekali dia kata apa, "baju tu ok, tapi jaket putih tu tenggelamkan bunga-bunga kat baju tu, nampak tak cun." itulah pendapat ikhlas dari oppa aku. then dia tanya,
aku : "fabolous floral"
oppa : "ok jap"
"pakai macam ni cun,(sambil bagi link), yang ni pun ok. pakai style Hana Tajima,
ko kenal tak hana tajima sapa? google!google!"
aku : "aku kenal la! =.=' "
"mula-mula aku nak pakai style macam ni (sambil bagi link), ok tak ? "
oppa : " hah yang ni ok."
so conversation kitaorang berterusan dari hal baju, skirt tu nak match kan dengan apa, shawl nak pakai macam mana, kasut apa, mekap macam mana. perghh! gila kentang kan? aku sampai konpius oppa aku ni ambil engineering atau ambil course pasal design baju ni. gila semangat okay! oppa aku boleh dinaik taraf menjadi unni aku jugak. hahahhaa. ok dah stop.
so dah siap baju untuk dinner. yay! malam sebelum dinner fitting baju dulu kat bilik ieka dalam pukul 1 lebih, ada masalah sikit. baju dan skirt tak sesuai lak. nampak pelik. tak pe tak pe. pikirkan jalan penyelesaian. ting! *mentol menyala* Ieka cakap dia ada satu baju ni. perosek almari, ok jumpa. try dulu. ok match! passs!
sepatutnya kitaorang pegi naik bas ke Hotel Istana. kupon bas pun dah ambil. so semua suppose berkumpul kat gate pukul 5 petang. 15 minit sebelum pukul 5, ala kan senang cakap 4.45 je. apa punya olang la puuun! tiba-tiba dapat mesej dari Ieka, "naik dengan boboy. yay! 530 tau!" haruslah bergembira. terus pegi bilik Ieka yang selang 3 bilik je dari bilik aku. mekap-mekap semua. perghhh! Laila mekap? ye saya mekap. sendirian berhad ok. haha. special thanks to Michelle Phan dan cutest girls yang lain sebab berkongsi ilmu mekap anda di Youtube. tak sia-sia ada kemudahan internet.
berkumpul di foyer sebab hujan petang tu. sampai kat Hotel Istana lebih kurang pukul 7.50. so yang laki pegi sembahyang sebab yang perempuan ada orang datang melawat. * Miss Moon datang la!*
disebabkan beribu-ribu lemon gilos gambar yang ditangkap semasa kejadian, so aku hanya dapat bagi sikit je. yang lain semua sebagai simpanan sebab nak tunjuk kat mak aku anak perempuan dia dah semakin menunjukkan ciri-ciri wanita sejati. Mak! Kak Lang dah pakai skirt! ok dah stop. kalau agak-agak gambar tak berapa jelas, rajin-rajin kan la diri nak click kat gambar tu bagi besar ye.
last but not least. gambar yang ditunggu-tunggu....
hahaha
saja nak perasan jadi model kejap. credit to Izzah yang comel dan mempunyai kamera yang bagus sehingga berjaya merakam gambar seperti ini. dan seperti biasa dia tak jemu-jemu tangkap gambar aku. perghh! bajet hawttttt hang ek? hahaha.
Notis: 1st time rasa pegi dinner yang betul-betul dinner. haruslah excited lebih. ahakz!
dia dah tua la!
hah ni aku nak cerita something ni. misteri ouh. saja bagi suspen sikit kan. haha. setiap manusia kan ada kelebihan masing-masing kan? macam ada orang boleh nampak 'benda' tu, ada orang boleh ingat apa yang dia baca walaupun sekali je, ada orang terer gila masak tapi tak pandai potong bawang *eh ada ke? * , ada orang boleh main gamelan tapi tak pandai nyanyi *ehem ehem*,ada orang pulak boleh.... eh berapa banyak orang daaaa!!! dah stop, kiranya korang paham la apa yang aku nak cuba sampaikan kan?kan?kan? yay!
aku ada berjumpa sorang ni, senior aku yang tak sama fakulti. boleh berjumpa sebab sama kelas English. mula-mula memang tak penah cakap pun dengan dia, dah lama-lama, kenal dengan kawan baik dia,lepas tu baru dia. kitaorang punya connection through FB je. ye la apa gunanya handphone kalau dah ada FB betul tak? jimat sikit kredit. tak payah dok topup selalu.
ehhhh sambung balik. dia ni macam ada kelebihan yang boleh baca mata orang. untuk certain orang je la kot. kenapa aku kata macam tu? sebab dia penah guess aku ada masalah, dan tepat sekali guess dia tu. aku macam terkejut bila masa aku bertentang mata dengan dia ni? sampai boleh tau aku ada masalah ke tak? haaaa. misteri misteri misteri!!!!
since that day, terus boleh ngam. and dah nama pun senior kan. mesti lah tua lagi. we shared everything, dia boleh dengar masalah aku,bagi nasihat semua, so do i. walaupun kami ni punya taste yang tak sama tapi still boleh ngam. macam bila aku kata video matluthfi ni best, dia tunjuk video lain yang dia minat. bila aku kata citer hantu kak limah tu best gila, dia kata dia tengok half je. cisss!! dia layan citer tamil, aku tak layan sangat la. aku minat lagu korea,dia more to hollywood punya.aku suka makan coklat tapi dia tak suka.apa punya orang la.heaven tau tak coklat tu. tapi ada satu persamaan. perangai panas baran. hahahaha. tapi aku punya panas baran sudah terkawal, dia kureng sikit. mungkin sebab kami ni ada darah campuran dari India sebab tu ada la persamaan tang perangai sikit. sikit je la. tapi aku tak la over sangat sampai perasan diri tu Shahid Kapoor ye tak? hahahaha.
aku bukan saja ja nak merepek pasal dia ni, tapi disebabkan minggu lepas,16 Mac 2011 birthday dia, so macam nak buat special entry la konon. eh OH MY MICKY!!!! tiqah maaf banyak-banyak aku lupa nak buat entry pasal birthday kau. tak pe tahun ni aku buat dua special entry untuk ko ye. khas punya! sorry sorry (nyanyi macam lagu SuJu-sorry sorry) ok sambung balik. tahun ni dia sambut umur dia yang ke 22 tahun!!! tua tua sudah. =p
Happy Birthday Shahid Oppa!!! eh silap silap Syukri Oppa!!! May Allah bless u always ya, be more patient like me =p, smile always, success in your life, moga dapat jodoh yang baik tak la jadi bujang terlajak,dimurahkan rezeki. dan berjutaan terima kasih sebab berjaya menjadi oppa aku yang terbaik, ambil berat,jadi penata imej aku untuk dinner kolej kat hotel tu, aku tau even kau pun ada masalah tapi kau still dengar gak masalah aku ye,kalau boleh aku tak nak semakkan kepala kau dengan hal aku tapi disebabkan kau hampir-hampir nak sentap kan hari tu sebab aku tak nak cerita kat kau so aku tarik balik niat aku tu (baca dalam satu nafas) ,aku berharap jugak jangan la nak konpius jantina aku apa ye, aku panggil kau sweet gila oppa, tapi boleh pulak kau bantai aku anney??? anney tu untuk laki ok. tapi tak pe, aku dah nak hampir-hampir boleh terima panggilan anney tu walaupun sadis aku rasa. tssssk!
thanks sebab boleh faham aku la, kau je manusia yang paham aku tanpa perlu aku citer banyak-banyak kat kau, ye la dah nama pun ada darah India kan.hahahha. hah lagi satu, thanks jugak for the cupcake, sepatutnya aku bagi kat kau kan, tapi sapa suruh kau tak makan benda-benda manis, kan tak pasal-pasal kena buat delivery kat aku tengah-tengah malam buta pukul 12 lebih. tapi tak pe kau kan abang yang baik.hahahaha. sorry sebab tak ada hadiah,hanya doa dan entry kat blog aku je aku mampu bagi. terharu la sikit!
Notis: jangan lupa daftar mengundi. chill bro!
Monday, March 21, 2011
makan time!!!
mari kita rewind balik apa yang berlaku ketika dinner fasa 1. trett tret treeeetttt! *ntah aku tak tau bunyi dia macam mana.*
berjimba di luar.volleyball court. 1st time tangkap gambar lompat sebab jersi yang aku pakai tu labuh so tak ada la 'belanja' orang sangat kan. =D pic belah bawah ala-ala pasukan bola wanita yang kaki bangku. gaya mau lebih ye.
masih lagi berjimba di luar. disebabkan meja kat dalam sudah penuh so kitaorang lepak kat luar je. lagi heaven kot. ouh lupa nak cakap. mesti pelik kan korang tengok apasal semua pakat pakai jersi ni kan? kan? kan? ala ngaku je kalau korang pelik. tak pe tak dapat dosa pun. =D tema untuk fasa 1 adalah jeng jeng jeng! FANTASY FOOTBALL. so kena la pakai jersi. jersi aku telah didermakan oleh one of my bestie- wan anak pak kasim. player USM FC sekarang ni. aku nak minta jersi USM FC sebab cantik lepas tu dia kata dia nak pakai jersi apa kalau aku ambil yang tu. huh! by the way dia bagi aku jersi KM NAZA sebab dia pernah main dengan kelab tu dulu.
Fatan begitu excited ye sebab dapat tangkap gambar dengan aku buat gaya macam tu. =.=' aku pernah letak profile pic aku masa projek JKKK buat gaya macam ni. lepas tu terus kena dengan dia. dia kata apa,' gaya nak Korea je' dah tu yang ko asyik-asyik suruh aku tangkap gambar macam ni asal? eleh tau la tergoda dengan gaya aku tu kan. sebab nampak smart kan?kan?kan? hahahhaa. tapi tak pe aku dah ada gaya baru. ehhh apa aku merepek ni. ok kembali ke pangkal jalan.
dah penat berjimba, melompat-lompat seperti kanak-kanak belum baligh di court,bermandi peluh akibat haasil lompatan mari kita teruskan misi photoshoot di atas pentas. berlatar belakangkan design pentas yang emmmm boleh la cantik la jugak. so mempersembahkan gambar-gambar photogedix sekalian. drumroll puh-lissssss!!!
disebabkan aku dah penat, tambah-tambah lak makan banyak gilak tadi,lepas tu main lompat-lompat lak memang sapa tak penat oi! sebab tu aku ambil gambar duduk je. baru style. *dan dan je style*
gila betol photographer tau. ada ka patut dia tangkap gambar dalam kiraan 3.dia kira 1,2,3 click, 1 2 3 click sampai nak dekat sepuluh kali tanpa berhenti. memang kalut la semua pakat nak tukar pose. gila la Ajim!
aku malas nak upload gambar banyak-banyak sebab nak simpan space untuk fasa 2. fasa 1 semua simple-simple je. so tak payah nak upload gambar banyak-banyak sangat.
tapi makanan banyak gila. sedap-sedap la jugak. sampai tak termakan. hahaha.tapi puas sebab enjoy dengan kawan-kawan yang begitu berharga.
NANTIKAN KEMUNCULAN ENTRY UNTUK FASA KEDUA!!!
*bajet pemes la kau kan!*
Notis: ayam panggang yang sedap!
Thursday, March 17, 2011
Bila cinta ini….
Ada la satu weekend ni aku boring gilos, so aku mintak la hard disk kawan aku si Amni ni nak ambil nota movie/drama best-best. Tiba-tiba terasa nak ambil citer Jepun ni. Hoh Jepun la pulok. Tajuk dia Hanazakari no Kimitachi e. before ni aku penah tengok versi Taiwan punya. Memang best. Tapi versi Jepun laaaaaaagi best siot ! Nak tau kenapa best? Tengok sendiri la. Hohoho.
Walaupun citer pasal cinta, tapi citer-citer Jepun ni lain sikit oh. Dari segi elaboration citer dia, sangat mampat dan padat. Episode pun tak panjang berjela meleret-leret bak gaun kahwin Siti Nurhaliza, serius memang sikit gila episode dia. Bagus3! Tak la membuang masa aku sangat kan. Ehem.
Mula-mula aku tengok hero citer ni tak la hensem sangat. Tapi bila dah lama-lama tengok, tiba-tiba ada satu perasaan aneh menular dalam jiwa aku yang ganas halus mulus ni. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Adakah aku sudah jatuh cinta? Ahakz!
Citer ni sangat-sangat lawak. Kau bayangkan dorang tak cover hensem/comel langsung. Buat muka hodoh-hodoh. Ekspressi muka yang memang melampau, kalau pelakon Korea pun tak berani nak buat sebab takut jatuh kemachoan, tapi dorang selamba dekkk ja. Tambah-tambah watak Nanba-senpai, Tennouji-sama,Nakatsu-kun, arghhh! Senang cerita semua pelakon dia la. Aishh. Susah nak cakap ni pung!
Lepas tengok citer ni terus aku minat gila dengan hero dia – Shun Oguri . oh my aniki! Hahaha. Mood gatal dah datang. Tapi dia memang hensem. Selalunya kan kalau aku tengok orang Jepun tak ada pun yang hensem. Tapi si Shun-kun ni mengada-ngada punya hensem. Toma Ikuta pulak punya la comel. Awwwww! Ok ok stop Laila stop!
aniki!!!!!!
Toma Ikuta
Wednesday, March 16, 2011
Video of muddy mess as tsunami waves swallow homes, villages in Japan
aku perasan ada lagi orang yang kat bawah tu. ada yang berlari ada yang dah clueless nak buat apa. moga mereka selamat. amin. macam mana kalau kita ada kat situ?
kalau tak sedar jugak tak tau la.
korang semua WAJIB tengok video-video yang aku post tu. semoga kita semua dapat keinsafan daripada bencana yang berlaku. bumi dah marah dengan perbuatan kita semua,apa yang kita telah buat. Allah telah murka dengan manusia akhir zaman. itu merupakan salah satu petanda kecil kiamat. moga kita semua sedar.
bencana ni berlaku bukan disebabkan Jepun tak melaksanakan go green! bak kata sorang makhluk ni. heh. tapi itu merupakan tanda amarah Allah terhadap apa yang manusia dah lakukan. jadi kita kena sedar, mungkin masa kita kat bumi ni dah tak lama. WAKE UP ALL!!!!
tak payah nak megah sangat kalau korang kaya-raya sekali pun, kereta mewah berlambak-lambak kat porch, every month pegi bercuti kat oversea tapi kalau sikit pun korang tak sedar dan mengutuk kesusahan orang lain, sekejap je Allah nak tarik balik nikmat yang dia bagi. percayalah. Allah Maha Besar. kita semua ni tak ada apa-apa. semua yang terjadi atas kehendak Allah SWT. "Jadilah!" maka jadilah sesuati itu (ayat 82:surah yassin)
pernah fikir tak kalau satu hari nanti kita berada kat tempat dorang, berlari menyelamatkan diri?
so PLEASE!
Japan Earthquake: Helicopter aerial view video of giant tsunami waves
tengok kelajuan ombak dan ketinggiannya. memang dari atas nampak ombak macam tak tinggi, tapi sebenarnya tinggi. dan kenapa bila air tu sampai ke darat, bertukar jadi warna hitam? sebab air laut dari bawah keluar maksudnya air yang dalaaaaammm baaawaaaah laut. paham tak maksud aku? ok.
Raw Video: Tsunami Slams Northeast Japan
tengok kelajuan air. kalau pelari pecut dunia pun tak boleh lawan ok. aku tak tau berapa km/h kelajuan dia. agak-agak kalau korang kat situ sempat tak lari? dorang nak lari dari gempa bumi, tiba-tiba kena tsunami. bak kata pepatah terlepas dari mulut kambing, masuk mulut landak.
dah tengok tak reti-reti nak insaf. *peringatan kepada diri sendiri jugak*
Monday, March 14, 2011
Lawatan TAK sambil belajar
kat RnR Seremban. on the way balik UM
Disebabkan majority yang ambil tu semua budak-budak Geologi, so mesti la aku yang kesorangan ni akan mengikut je apa yang dirancang oleh dorang. So memang dorang dah rancang nak buat tajuk yang berkaitan dengan Melaka sebab nanti boleh pergi Melaka. Kata mereka lah. So ke Melaka la kita. Tapi tak apa sebab budak-budak Geologi ni semua kaya-kaya pakai kereta semua, so just menumpang dan menghulur duit apa yang patut. Kalau nak diikutkan buat kerja nya sikit tapi enjoy nya lebih. Standard la kan. Huhu.
kat Muzium Baba Nyonya bersama ahli group.
Bertolak sabtu pagi, sampai lebih kurang tengah hari + sesat pula nak cari Muzium Baba Nyonya tu. Berapa kali pusing tempat tu dah rasa macam nak muntah aku. Kitaorang bermalam kat homestay. Bukan kat kampung tapi kat taman. Bagus gila sebab rumah teres 3 bilik, 2 bilik depan ada aircond, rumah bersih dan luas, tv ada astro. Semalam kena bayar RM180. Ok la kan. Lagipun semalam je tido.
kat pantai apa tah, lunch dulu before mandi pantai
Malam tu dinner makan ikan bakar kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Kot. Tak la dinner sangat sebab masa tu dah pukul 10 ++ . tapi tak sesedap macam ikan bakar kat Kelana Jaya. Hari Ahad pulak tak ada aktiviti sangat. Aku ingatkan dorang nak bertolak balik awal. Rupa-rupanya nak mandi pantai la pulak. Bagus la aku tak bawa baju lebih plus masa tu pulak miss 'Moon' datang melawat so tunggu tepi pantai je la layan novel sambil dengar lagu. Lagipun mood macam kureng sikit kan. Huhuhu. Dalam pukul 5.30 dah bertolak balik, tapi pegi ambil Ayin dulu sebab dia pegi dating. Hehe. Then terus bertolak balik. Singgah kat RnR Seremban, makan-makan dulu dan sembahyang. Lepas tu terus bertolak balik UM. Sampai dah pukul 10 kot. Kalau tak silap la. Tapi overall memang best sebab tak la buat fieldwork sangat pun, enjoy je lebih duit pun kurang. Uhuk!
Notis : sejarah tak mungkin berulang
Bila bunyi bersatu….
Malas nak menulis kot, lagi suka membaca sampai kalau orang tak update blog aku boleh bising-bising tak reti-reti ke nak update blog padahal diri sendiri pun tak sedor diri pemalas nak update nk marah orang lak kan. Apa kes? Hohoho. Aku nak tanya soalan mencabar minda dan emosi ni. Korang tau tak apa menatang apa tu gamelan? Ah ah ah! Bukan sejenis makanan. Apa la korang ni ingat makan je tau. Cuba fikir secara kreatif dan puitis sikit. Haa ni yang nak cakap ni. Aku baru perasan rupa-rupanya aku ni begitu chentakan benda-benda tradisional Melayu ni. perghhH!
Contohnya bila aku tengok Pesta Pantun kat UM ni, baru aku teringat aku pernah wakil sekolah masuk pertandingan pantun. Haaa caya tak? Caya tak? Lantak korang la nak caya ke tak. Hahaha. Janji aku pernah masuk. Lepas tu masa aku sekolah rendah kan aku pernah perform dikir barat, lagu Dikir Puteri Noraniza Idris nyanyi tu. Lepas tu masa Form 3 perform boria. First and last time la aku perform. Buat malu je dah la orang Penang. Hoih. Orang Penang tak bermaksud kena expert semua pasal Penang tau. So sampai sekarang dah masuk U ni pun, aku terlibat dengan tradisional ni hah. Aku join gamelan. Ala yang macam Maya Karin main dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 tuh. *kembang kempis hidung bangga* ketuk-ketuk besi je punnnnnn! Ye la kau ketuk besi jewww tapi kalau tak pandai ketuk tak berbunyi okaaayyy! Eh ye ke? Eh tak tak tak, kalau tak pandai ketuk jadi la macam sotong yang konpius mana tangan kanan dan kiri dia.
Tambah-tambah kalau main alat yang aku main ni. Nama dia bonang. Ada dua bonang, bonang barong @ mak, dan bonang anak. Aku memang serius lupa nama alat-alat ni sebenarnya. Walaupun cikgu selalu cakap. Teheee. Gamelan yang aku main ni kalau tak silap otak aku gamelan Melayu. Sebenarnya banyak jenis, ada gamelan Jawa, gamelan Melayu pun banyak jenis. Kalau dari Terengganu lain sikit. Perbezaan dia boleh nampak melalui alat-alat yang dimainkan dan cara main. Macam aku, bonang barong ala-ala macam leader la. Kalau main bonang ni, kalau tangan tak macam sotong, baik tak payah main. Eh jap! Tangan tak macam sotong? Apa yang aku merepek ni. Maksudnya kalau tangan kau tak secekap dan sepantas sotong atau pickpocket memang susah nak main. Serius. Kawan aku try main pun dah macam konpius-konpius dah. Tapi practice makes perfect right? Usaha lif kejayaan .
Masa ni 2nd time perform untuk event kolej. Aku main alat kat belakang aku tu. Sila besarkan biji mata.
Dot pernah cakap kat aku, dia macam seram je dengar gamelan ni. Hahaha. Merdu je bunyi dia kot. Mungkin sekarang aku agak obsess dengan gamelan. Serius best. One of the way to get rid of stress, tension whatsoever. Tak boleh la nak hadap buku je kan. Nanti otak tepu. Sometimes kita kena guna otak kiri gak. Tambah-tambah lak gamelan ni main ketuk-ketuk so kalau tension ketuk je sekuat hati. Haaa. Kan dah release tension.
Aku ada dengar pasal pantang larang gamelan ni. Sebab asal usul dia alat muzik diraja kan. Dari dulu sampai sekarang. Memang mistik habisla. Uuuuuu. Alat gamelan ni tak boleh langkah. Mungkin kau nak pergi dari satu alat ke satu alat jangan nak memandai-mandai nak langkah! Akibat dia. Heh! Bunyi dia akan berubah , sumbang la maksudnya. Lepas tu mungkin anda akan dihantui. Huahuahua. Tak ada la. Sesetengah orang kata gamelan ni ada penunggu. Wallahualam. Ye la alat mainan orang dulu-dulu kan. Ada yang pernah aku baca, sometimes bila orang tu nak main gamelan, kena buat upacara apa tah, lepas tu kalau dia akan main alat gamelan mengikut gamelan yang sesuai dengan dia ja. Ala alat gamelan tu yang pilih dia. Paham tak? Tak ek? Paham jugak! Tapi sepanjang aku main gamelan, tak ada apa-apa pun yang happen. Biasa je. Just buat alat gamelan tu as your friend la. Ala macam kadang-kadang korang cakap dengan laptop korang, bagi nama mr Bubu la, mr coco la, miss sweet la apa la. Alat gamelan pun nak jugak macam tu. Mana aci! Hahaha. Hah lagi satu baru teringat. Lepas main gamelan, pengetuk dia kena simpan. Jangan nak buat pandai-pandai tinggal kat tepi alat tu je. Pernah dengar cerita bila malam-malam akan ada dengar bunyi orang main gamelan. Perghhhh! Seram seyh.
masa perform untuk Pesta Pantun. Tapi tak main just nyanyi lagu-lagu gamelan. Baru aku tau gamelan ada nyanyian rupanya. Hekhek.
Notis: jangan lupakan tradisi.
Thursday, March 10, 2011
bukan tak ada benda nak cerita tapi entah la.
aku suka membaca blog orang je sekarang.
tiba-tiba tak ada feel nak buat apa-apa.
nak dok senyap-senyap ja.
tengok drama, movie.
rasa nak keluar jalan-jalan tapi tak nak mengempiskan akaun bank. boleh?
tiba-tiba rasa macam annoying sangat dengan sesetengah orang.
adakah disebabkan terlalu banyak tengok citer Annoying Orange?
hmmmm.
lepas tu terasa nak makan coklat banyak-banyak
sebab 'some says chocolate will make you feel better'
tiba-tiba terasa nak sangat makan choki-choki
adakah ini salah satu simptom jiwa kacau?
Dot dan Tiqah : aku dah lama tak jiwa kacau weyh! tapi tiba-tiba lak rasa sekarang.
Friday, March 4, 2011
JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..
by Puteri Santubong on Saturday, 05 June 2010 at 16:22
Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
Notis: =)
Wednesday, March 2, 2011
Notis: credit to DolceShasha.