pusing kepala nak memilih baju. usha-usha online boutique mana tau kot-kot ada yang berkenan. dah jumpa tak tau lak nak buat pilihan. maunya tak juling biji mata aku tengok, punya la cantik! rambang mata beb rambang mata. dah agak-agak jumpa yang berkenan dibenak kalbu, Ieka dan Sheqeen dan Siha kata ok cantik! dah berbunga-bunga dah hati. lepas tu saja je nak bagi oppa aku tu tengok aku punya pilihan, sekali dia kata apa, "baju tu ok, tapi jaket putih tu tenggelamkan bunga-bunga kat baju tu, nampak tak cun." itulah pendapat ikhlas dari oppa aku. then dia tanya,
oppa : "nak cari baju dinner ke? tema apa?"
aku : "fabolous floral"
oppa : "ok jap"
"pakai macam ni cun,(sambil bagi link), yang ni pun ok. pakai style Hana Tajima,
ko kenal tak hana tajima sapa? google!google!"
aku : "aku kenal la! =.=' "
"mula-mula aku nak pakai style macam ni (sambil bagi link), ok tak ? "
oppa : " hah yang ni ok."
aku : "fabolous floral"
oppa : "ok jap"
"pakai macam ni cun,(sambil bagi link), yang ni pun ok. pakai style Hana Tajima,
ko kenal tak hana tajima sapa? google!google!"
aku : "aku kenal la! =.=' "
"mula-mula aku nak pakai style macam ni (sambil bagi link), ok tak ? "
oppa : " hah yang ni ok."
so conversation kitaorang berterusan dari hal baju, skirt tu nak match kan dengan apa, shawl nak pakai macam mana, kasut apa, mekap macam mana. perghh! gila kentang kan? aku sampai konpius oppa aku ni ambil engineering atau ambil course pasal design baju ni. gila semangat okay! oppa aku boleh dinaik taraf menjadi unni aku jugak. hahahhaa. ok dah stop.
so dah siap baju untuk dinner. yay! malam sebelum dinner fitting baju dulu kat bilik ieka dalam pukul 1 lebih, ada masalah sikit. baju dan skirt tak sesuai lak. nampak pelik. tak pe tak pe. pikirkan jalan penyelesaian. ting! *mentol menyala* Ieka cakap dia ada satu baju ni. perosek almari, ok jumpa. try dulu. ok match! passs!
sepatutnya kitaorang pegi naik bas ke Hotel Istana. kupon bas pun dah ambil. so semua suppose berkumpul kat gate pukul 5 petang. 15 minit sebelum pukul 5, ala kan senang cakap 4.45 je. apa punya olang la puuun! tiba-tiba dapat mesej dari Ieka, "naik dengan boboy. yay! 530 tau!" haruslah bergembira. terus pegi bilik Ieka yang selang 3 bilik je dari bilik aku. mekap-mekap semua. perghhh! Laila mekap? ye saya mekap. sendirian berhad ok. haha. special thanks to Michelle Phan dan cutest girls yang lain sebab berkongsi ilmu mekap anda di Youtube. tak sia-sia ada kemudahan internet.
berkumpul di foyer sebab hujan petang tu. sampai kat Hotel Istana lebih kurang pukul 7.50. so yang laki pegi sembahyang sebab yang perempuan ada orang datang melawat. * Miss Moon datang la!*
disebabkan beribu-ribu lemon gilos gambar yang ditangkap semasa kejadian, so aku hanya dapat bagi sikit je. yang lain semua sebagai simpanan sebab nak tunjuk kat mak aku anak perempuan dia dah semakin menunjukkan ciri-ciri wanita sejati. Mak! Kak Lang dah pakai skirt! ok dah stop. kalau agak-agak gambar tak berapa jelas, rajin-rajin kan la diri nak click kat gambar tu bagi besar ye.
besties of mine atau anak-anak perempuan. yang biru Sheqeen, yang pink Ieka. ni la kawan-kawan rapat aku kat U ni. comel + cantik kan?
besties of mine berjantina lelaki atau senang dipanggil anak-anak lelaki aku. kenapa anak? sebab dorang panggil aku mak. kadang-kadang la. =.='
girlfriends of mine. ouh aku dan Ieka je yang umur nak masuk 21. yang lain semua muda setahun. hikhik.tapi nampak macam sama umur je kan semua? hahaha.
guy friends of mine. ada jugak seniors, tapi mostly senior sama umur dengan aku. jangan tanya banyak kenapa. kalau nak tahu sila baca entry aku yang lepas-lepas. tq. ;)
menu pada malam kejadian. yang aku tulis tu bukan nama sebenar makanan terbabit. gila punya panjang nama mustahil aku nak ingat, so aku bantai je.
she is my buddy. Haziqah.taking microbiology same as me, but she's in 2nd year now. i called her kakak sebab ingat dia tua lagi, rupa-rupanya sama umur. tapi jangan cakap kat dia kitaorang sama umur. hikhik.
my logist gang! aku suka gambar kami berlapan. susah nak tangkap gambar 8 orang sekali, but finally we did it! heart you all so much!^^ geng aku kat U cum family.
ni penyelia kolej. Oney.budak master final year dalam kesenian. dia pandai gila menari tarian Melayu. tak keras langsung. dan dia selalu jadi tumpuan budak-budak perempuan untuk bertangkap gambar. tapi kitaorang special case sebab dia yang datang kat kitaorang. haha. banyak cantik muka. masa ni semua orang dah balik sebab naik bas,so kitaorang yang datang sendiri melepak tangkap gambar dulu dan dia datang nak tangkap gambar kat stage tu. so masuk je la sekali since kitaorang dah ada kat atas stage. hekhekhek.
last but not least. gambar yang ditunggu-tunggu....
Tada!!!!
hahaha
saja nak perasan jadi model kejap. credit to Izzah yang comel dan mempunyai kamera yang bagus sehingga berjaya merakam gambar seperti ini. dan seperti biasa dia tak jemu-jemu tangkap gambar aku. perghh! bajet hawttttt hang ek? hahaha.
Notis: 1st time rasa pegi dinner yang betul-betul dinner. haruslah excited lebih. ahakz!
hahaha
saja nak perasan jadi model kejap. credit to Izzah yang comel dan mempunyai kamera yang bagus sehingga berjaya merakam gambar seperti ini. dan seperti biasa dia tak jemu-jemu tangkap gambar aku. perghh! bajet hawttttt hang ek? hahaha.
Notis: 1st time rasa pegi dinner yang betul-betul dinner. haruslah excited lebih. ahakz!
No comments:
Post a Comment