Malas nak menulis kot, lagi suka membaca sampai kalau orang tak update blog aku boleh bising-bising tak reti-reti ke nak update blog padahal diri sendiri pun tak sedor diri pemalas nak update nk marah orang lak kan. Apa kes? Hohoho. Aku nak tanya soalan mencabar minda dan emosi ni. Korang tau tak apa menatang apa tu gamelan? Ah ah ah! Bukan sejenis makanan. Apa la korang ni ingat makan je tau. Cuba fikir secara kreatif dan puitis sikit. Haa ni yang nak cakap ni. Aku baru perasan rupa-rupanya aku ni begitu chentakan benda-benda tradisional Melayu ni. perghhH!
Contohnya bila aku tengok Pesta Pantun kat UM ni, baru aku teringat aku pernah wakil sekolah masuk pertandingan pantun. Haaa caya tak? Caya tak? Lantak korang la nak caya ke tak. Hahaha. Janji aku pernah masuk. Lepas tu masa aku sekolah rendah kan aku pernah perform dikir barat, lagu Dikir Puteri Noraniza Idris nyanyi tu. Lepas tu masa Form 3 perform boria. First and last time la aku perform. Buat malu je dah la orang Penang. Hoih. Orang Penang tak bermaksud kena expert semua pasal Penang tau. So sampai sekarang dah masuk U ni pun, aku terlibat dengan tradisional ni hah. Aku join gamelan. Ala yang macam Maya Karin main dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 tuh. *kembang kempis hidung bangga* ketuk-ketuk besi je punnnnnn! Ye la kau ketuk besi jewww tapi kalau tak pandai ketuk tak berbunyi okaaayyy! Eh ye ke? Eh tak tak tak, kalau tak pandai ketuk jadi la macam sotong yang konpius mana tangan kanan dan kiri dia.
Tambah-tambah kalau main alat yang aku main ni. Nama dia bonang. Ada dua bonang, bonang barong @ mak, dan bonang anak. Aku memang serius lupa nama alat-alat ni sebenarnya. Walaupun cikgu selalu cakap. Teheee. Gamelan yang aku main ni kalau tak silap otak aku gamelan Melayu. Sebenarnya banyak jenis, ada gamelan Jawa, gamelan Melayu pun banyak jenis. Kalau dari Terengganu lain sikit. Perbezaan dia boleh nampak melalui alat-alat yang dimainkan dan cara main. Macam aku, bonang barong ala-ala macam leader la. Kalau main bonang ni, kalau tangan tak macam sotong, baik tak payah main. Eh jap! Tangan tak macam sotong? Apa yang aku merepek ni. Maksudnya kalau tangan kau tak secekap dan sepantas sotong atau pickpocket memang susah nak main. Serius. Kawan aku try main pun dah macam konpius-konpius dah. Tapi practice makes perfect right? Usaha lif kejayaan .
Masa ni 2nd time perform untuk event kolej. Aku main alat kat belakang aku tu. Sila besarkan biji mata.
Dot pernah cakap kat aku, dia macam seram je dengar gamelan ni. Hahaha. Merdu je bunyi dia kot. Mungkin sekarang aku agak obsess dengan gamelan. Serius best. One of the way to get rid of stress, tension whatsoever. Tak boleh la nak hadap buku je kan. Nanti otak tepu. Sometimes kita kena guna otak kiri gak. Tambah-tambah lak gamelan ni main ketuk-ketuk so kalau tension ketuk je sekuat hati. Haaa. Kan dah release tension.
Aku ada dengar pasal pantang larang gamelan ni. Sebab asal usul dia alat muzik diraja kan. Dari dulu sampai sekarang. Memang mistik habisla. Uuuuuu. Alat gamelan ni tak boleh langkah. Mungkin kau nak pergi dari satu alat ke satu alat jangan nak memandai-mandai nak langkah! Akibat dia. Heh! Bunyi dia akan berubah , sumbang la maksudnya. Lepas tu mungkin anda akan dihantui. Huahuahua. Tak ada la. Sesetengah orang kata gamelan ni ada penunggu. Wallahualam. Ye la alat mainan orang dulu-dulu kan. Ada yang pernah aku baca, sometimes bila orang tu nak main gamelan, kena buat upacara apa tah, lepas tu kalau dia akan main alat gamelan mengikut gamelan yang sesuai dengan dia ja. Ala alat gamelan tu yang pilih dia. Paham tak? Tak ek? Paham jugak! Tapi sepanjang aku main gamelan, tak ada apa-apa pun yang happen. Biasa je. Just buat alat gamelan tu as your friend la. Ala macam kadang-kadang korang cakap dengan laptop korang, bagi nama mr Bubu la, mr coco la, miss sweet la apa la. Alat gamelan pun nak jugak macam tu. Mana aci! Hahaha. Hah lagi satu baru teringat. Lepas main gamelan, pengetuk dia kena simpan. Jangan nak buat pandai-pandai tinggal kat tepi alat tu je. Pernah dengar cerita bila malam-malam akan ada dengar bunyi orang main gamelan. Perghhhh! Seram seyh.
masa perform untuk Pesta Pantun. Tapi tak main just nyanyi lagu-lagu gamelan. Baru aku tau gamelan ada nyanyian rupanya. Hekhek.
Notis: jangan lupakan tradisi.
No comments:
Post a Comment