kat RnR Seremban. on the way balik UM
Disebabkan majority yang ambil tu semua budak-budak Geologi, so mesti la aku yang kesorangan ni akan mengikut je apa yang dirancang oleh dorang. So memang dorang dah rancang nak buat tajuk yang berkaitan dengan Melaka sebab nanti boleh pergi Melaka. Kata mereka lah. So ke Melaka la kita. Tapi tak apa sebab budak-budak Geologi ni semua kaya-kaya pakai kereta semua, so just menumpang dan menghulur duit apa yang patut. Kalau nak diikutkan buat kerja nya sikit tapi enjoy nya lebih. Standard la kan. Huhu.
kat Muzium Baba Nyonya bersama ahli group.
Bertolak sabtu pagi, sampai lebih kurang tengah hari + sesat pula nak cari Muzium Baba Nyonya tu. Berapa kali pusing tempat tu dah rasa macam nak muntah aku. Kitaorang bermalam kat homestay. Bukan kat kampung tapi kat taman. Bagus gila sebab rumah teres 3 bilik, 2 bilik depan ada aircond, rumah bersih dan luas, tv ada astro. Semalam kena bayar RM180. Ok la kan. Lagipun semalam je tido.
kat pantai apa tah, lunch dulu before mandi pantai
Malam tu dinner makan ikan bakar kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Kot. Tak la dinner sangat sebab masa tu dah pukul 10 ++ . tapi tak sesedap macam ikan bakar kat Kelana Jaya. Hari Ahad pulak tak ada aktiviti sangat. Aku ingatkan dorang nak bertolak balik awal. Rupa-rupanya nak mandi pantai la pulak. Bagus la aku tak bawa baju lebih plus masa tu pulak miss 'Moon' datang melawat so tunggu tepi pantai je la layan novel sambil dengar lagu. Lagipun mood macam kureng sikit kan. Huhuhu. Dalam pukul 5.30 dah bertolak balik, tapi pegi ambil Ayin dulu sebab dia pegi dating. Hehe. Then terus bertolak balik. Singgah kat RnR Seremban, makan-makan dulu dan sembahyang. Lepas tu terus bertolak balik UM. Sampai dah pukul 10 kot. Kalau tak silap la. Tapi overall memang best sebab tak la buat fieldwork sangat pun, enjoy je lebih duit pun kurang. Uhuk!
Notis : sejarah tak mungkin berulang
No comments:
Post a Comment