Monday, March 21, 2011

makan time!!!

2 minggu lepas, kolej aku ada buat dinner. wajib tu semua kolej kena ada dinner. dah la tolak duit dinner senyap-senyap dari akaun bank aku. tak kan tak pegi kan. kena la pegi. so kolej aku je yang melampau buat sampai dua dinner. fasa 1 dan fasa 2. fasa 1 kat kolej je. atau lagi tepat kat dewan makan. tapi tak formal sangat la. more to santai, chill, relax. fasa 2 kat Hotel Istana. selepas fasa 1, baru fasa 2.so semalam aku baru pegi Hotel Istana untuk fasa 2. sepatutnya aku kena post entry ni awal sebelum fasa 2 start, tapi ehem. almaklumlah. ehem. paham-paham je la ye. *saja je tak nak cakap diri sendiri pemalas*

mari kita rewind balik apa yang berlaku ketika dinner fasa 1. trett tret treeeetttt! *ntah aku tak tau bunyi dia macam mana.*




berjimba di luar.volleyball court. 1st time tangkap gambar lompat sebab jersi yang aku pakai tu labuh so tak ada la 'belanja' orang sangat kan. =D pic belah bawah ala-ala pasukan bola wanita yang kaki bangku. gaya mau lebih ye.




masih lagi berjimba di luar. disebabkan meja kat dalam sudah penuh so kitaorang lepak kat luar je. lagi heaven kot. ouh lupa nak cakap. mesti pelik kan korang tengok apasal semua pakat pakai jersi ni kan? kan? kan? ala ngaku je kalau korang pelik. tak pe tak dapat dosa pun. =D tema untuk fasa 1 adalah jeng jeng jeng! FANTASY FOOTBALL. so kena la pakai jersi. jersi aku telah didermakan oleh one of my bestie- wan anak pak kasim. player USM FC sekarang ni. aku nak minta jersi USM FC sebab cantik lepas tu dia kata dia nak pakai jersi apa kalau aku ambil yang tu. huh! by the way dia bagi aku jersi KM NAZA sebab dia pernah main dengan kelab tu dulu.



Fatan begitu excited ye sebab dapat tangkap gambar dengan aku buat gaya macam tu. =.=' aku pernah letak profile pic aku masa projek JKKK buat gaya macam ni. lepas tu terus kena dengan dia. dia kata apa,' gaya nak Korea je' dah tu yang ko asyik-asyik suruh aku tangkap gambar macam ni asal? eleh tau la tergoda dengan gaya aku tu kan. sebab nampak smart kan?kan?kan? hahahhaa. tapi tak pe aku dah ada gaya baru. ehhh apa aku merepek ni. ok kembali ke pangkal jalan.

dah penat berjimba, melompat-lompat seperti kanak-kanak belum baligh di court,bermandi peluh akibat haasil lompatan mari kita teruskan misi photoshoot di atas pentas. berlatar belakangkan design pentas yang emmmm boleh la cantik la jugak. so mempersembahkan gambar-gambar photogedix sekalian. drumroll puh-lissssss!!!





disebabkan aku dah penat, tambah-tambah lak makan banyak gilak tadi,lepas tu main lompat-lompat lak memang sapa tak penat oi! sebab tu aku ambil gambar duduk je. baru style. *dan dan je style*



gila betol photographer tau. ada ka patut dia tangkap gambar dalam kiraan 3.dia kira 1,2,3 click, 1 2 3 click sampai nak dekat sepuluh kali tanpa berhenti. memang kalut la semua pakat nak tukar pose. gila la Ajim!


aku malas nak upload gambar banyak-banyak sebab nak simpan space untuk fasa 2. fasa 1 semua simple-simple je. so tak payah nak upload gambar banyak-banyak sangat.
tapi makanan banyak gila. sedap-sedap la jugak. sampai tak termakan. hahaha.tapi puas sebab enjoy dengan kawan-kawan yang begitu berharga.


NANTIKAN KEMUNCULAN ENTRY UNTUK FASA KEDUA!!!

*bajet pemes la kau kan!*


Notis: ayam panggang yang sedap!

No comments: