Wednesday, March 16, 2011

kalau tak sedar jugak tak tau la.

aku ada post 3 video pasal tsunami kat Jepun. walaupun aku agak lambat, biasalah busy sikit,ehem. tapi aku ikut jugak perkembangan semasa tau! actually aku nak compile kan 3 video sekali dalam satu entry tapi aku tak tau. lame me!

korang semua WAJIB tengok video-video yang aku post tu. semoga kita semua dapat keinsafan daripada bencana yang berlaku. bumi dah marah dengan perbuatan kita semua,apa yang kita telah buat. Allah telah murka dengan manusia akhir zaman. itu merupakan salah satu petanda kecil kiamat. moga kita semua sedar.

bencana ni berlaku bukan disebabkan Jepun tak melaksanakan go green! bak kata sorang makhluk ni. heh. tapi itu merupakan tanda amarah Allah terhadap apa yang manusia dah lakukan. jadi kita kena sedar, mungkin masa kita kat bumi ni dah tak lama. WAKE UP ALL!!!!

tak payah nak megah sangat kalau korang kaya-raya sekali pun, kereta mewah berlambak-lambak kat porch, every month pegi bercuti kat oversea tapi kalau sikit pun korang tak sedar dan mengutuk kesusahan orang lain, sekejap je Allah nak tarik balik nikmat yang dia bagi. percayalah. Allah Maha Besar. kita semua ni tak ada apa-apa. semua yang terjadi atas kehendak Allah SWT. "Jadilah!" maka jadilah sesuati itu (ayat 82:surah yassin)

pernah fikir tak kalau satu hari nanti kita berada di tempat pompuan ni, mengangkat mayat anak/adik/ahli keluarga kita??


pernah fikir tak kalau satu hari nanti kita berada kat tempat dorang, berlari menyelamatkan diri?





so PLEASE!

(bukan gambar aku)


kalau kita tak ada duit banyak untuk menderma, cukuplah dengan berdoa.



Notis: sekarang ni orang lain yang susah, masa kita susah entah bila.

No comments: