Sunday, April 14, 2013

Gamelan show - Pengalaman pertama

 Assalamualaikum.
mid sem break dah habeh. so back to the busy days...... zzzzzzzz
before start cuti, kitaorang dapat show untuk kenduri kahwin.
sebut show boleh perasan ala-ala retis sikit kan.padahal main hancur jugak.
aku la yang banyak lost notes, nervous nok lama tak perform depan orang luar.
alhamdulillah duit show dapat la menampung sikit kehidupan aku kat sini,aceh. padahal esok tu terus beli baju kan. gitu. hahaha

kenduri tu  buat kat Hotel Crystal Crown. dekat je dengan UM. tak sampai setengah jam pun.
hari jumaat petang, pegi hantar barang. penat mengangkat sampai semua orang ketibas.
sabtu pagi pergi rehearsal. kalau ikutkan tentatif program tu, sikit je kitaorang kena perform.
tapi biasalah kesilapan teknikal berlambak-lambak.
last-last banyak part kitaorang kena cover. tapi bila pikir-pikir balik, berbaloi la jugak kan dengan harga bayaran yang Aunty Murni tu bagi.

with the bride dengan adik ipar dia.
Gamelan Team KK8 UM

dengan pengantin
 kitaorang perform untuk kenduri side belah pengantin lelaki.
family dorang sangat bagus, baik dan sporting.
layan kitaorang pun baik sangat.
habis perform dengan muka tak malunya selamba badak je makan kat meja pengantin
buat macam kenduri sendiri kan. shahrul yang ajar. hahaha
lama gak la melepak kat situ sebab kena tunggu semua tetamu balik baru boleh angkat barang kan.
dalam pukul 11 malam, Aunty Murni suruh pekerja hidang makanan kat kitaorang.
padahal dah kenyang pelahap makanan kat meja pengantin.
tapi tak baik tolak rezeki kan kena la makan.
hoih sapa nak tolak makan nasi kenduri. sedap woi!

pantang nampak cermin. dasar senior tak padan dengan umur.
 dalam pukul 12 call abang van tu suruh datang ambil alatan gamelan.
punya la lama melepak kat lobi hotel nak dekat sejam.
shahrul yang tunggu kat luar pun kitaorang suruh balik, lama sangat tunggu kesian pulak kan.
ye la sama-sama penat pastu dah lambat pulak tu.
nak dekat pukul 1 baru van datang.
tunggu la sorang-sorang kat lobi hotel sampai la dapat call dari Bambang, van rosak depan PPUM katanya.
adoi la pulak!
dah lepas kena pick up, on the way balik last-last nampak van yang rosak tu, keta Ieka kat belakang van.
dah la rosak betul-betul depan traffic light! nasib baik van rosak, kalau orang sakit memang terus hantar pegu PPUM je senang, ni tak kan nak hantar van kot.
tunggu la owner van tu datang check van dia.
sempat lagi la dok melepak tepi jalan ramai-ramai, makan kek, buat macam tak ada apa-apa berlaku.
serius lawak.
pukul 1 lebih, owner datang pastu budak-budak laki tolak van ke tepi jalan. thanks you all tolong. hahaha.
wewiiiit! hahaha. kitaorang yang pompuan ni dok bertangkap-tangkap gambar, buat video bagai. ngek ja.

budak ni nama Akif. nampak gaya dia memang bakal jadi pemain gamelan time dia besar nanti. punya la datang tempat kitaorang nak main-main alatan gamelan. pastu nak rebut pemukul bonang dari tangan aku time aku main pulak tu. amboi lawan tokey nampak?

the seniors.

the dais

meja pengantin yang kitaorang pelahap makanan tu dengan muka tak malunya. hahaha


dari time rehearsal lagi aku nampak kakak ni macam familiar jekkkk. rupa-rupanya dia la vokalis kumpulan Gerhana Ska Cinta tu. patut laaaaa.
finally nak dekat pukul dua baru sampai kolej. memang penat tak boleh nak habaq la.
tapi experience tu bagus dengan masalah yang datang pun kitaorang handle macam tak ada apa-apa berlaku.
hahahah.
oh ni ada short video dari keek yang Ieka upload.




Mar 30, 2013 | by Noorsyafieka on Keek.com


Tuesday, March 26, 2013

Microbiologist - to - be

 Assalamualaikum~!
hari ni last lab untuk Bacteriology II, so balik awal. yay!
macam yang aku pernah cakap sebelum ni kan, sem ni aku ambil kelas dengan adik-adik junior kan.
so memang rasa rindu membuak-buak je la kat coursemates aku yang lain tu.
dorang pun now tengah busy nak siapkan FYP sebab dah nak sampai time viva dah ni.
walaupun satu department, susah jugak nak jumpa.

waktu 1st year, kitaorang memang terasing. aku tau Amni je coursemate aku. yang lain semua tak tau sapa.hahaha
masuk second year baru nak kenal-kenal semua coursemates aku.
sempat rapat kejap untuk satu sem je, pastu kan aku, Amni, Mira dan Hazeem pegi exchange program.
terus macam jauh jap. hahaha
masuk 3rd year, baru cantumkan balik yang mana ada gap tu kan.
perghhh! gila! kitaorang punya bonding lagi rapat dari before.
sampai buat team la kira.
Team Single. Kak Mira dan Tyra je masuk Team Taken. hahahaha. dorang selalu sedih sebab terpinggir.


Dr Chai belanja KFC celebrate last class dengan kitaorang. ala-ala jamuan akhir tahun la konon kan. rasanya Dr Chai lega kot dah tak ajar kitaorang, pening kepala je dengan sorang-sorang punya perangai. haha
pergaduhan laki bini. hahahha.
best part kitaorang semua ada Twitter kan. 
tiap-tiap hari setiap orang akan meroyan kat Twitter.
dan selalu kitaorang akan buat unmention.
discuss pasal exam pun kat Twitter.
pun unmention jugak.
followers aku mesti pelik punya apa kejadah budak Laila ni tweet sorang-sorang ni. gila ke apa.
hahaha.
memang sapa yang tak follow kitaorang mesti ingat kitaorg cakap sorang-sorang.
tapi sebenarnya tak pun.
 
time ni bagi sokongan penuh kat Kak Zie sebab dia ada Literature Review presentation. first time sepanjang aku kenal dia, dia pakai baju kurung. pewwittt!

Lab Microbial Pathogenesis. dah macam masak-masak dah gayanya. fokus betul aku nak asingkan putih telur dengan kuning telur tu.

blend sayur dalam Lab Food Microbiology. nasib baik guna blender, tak guna stomacher, kalau tak jenuh berebut.

gigih kupas bawang. ok experiment time Lab Pathogenesis time tu kena paksa keluarkan air mata. gila apa. aku punya la tepek bawang yang dah ditumbuk-tumbuk pun tak nangis-nangis jugak. dok sapu-sapu la kat mata, hampeh je result. Amni je yang jadi penyumbang air mata terbanyak. hahaha

aku, Ziela, Amni, dan Erica. lepas makan durian. budak-budak Borneo tiga orang ni mengidam durian.

before exam Subjek Dr Koshi kesayangan dorang. hahahaha

time Feskum. baru habeh lab Dr Koshi. semua konon nak release tension lepas lab Dr Koshi. thanks untuk budak-budak JPA yang belanja. wkwkwkwkwk

dengan K.Zie. time ni group kitaorang tengah present untuk subjek Pathogenesis pasal Salmonella. sempat je kan dok bergambar. tapi group kitaorang la present paling santai sekali. tak ada nak stress macam group lagi satu tu. hahaha



satu team untuk Pop Quiz Pathogenesis. comel tau Dr Chai ni. suka buat pop quiz macam budak-budak sekolah.

soalan dan group lawan.

serius ye amnot? ahahhaa.


group lawan.

rindu betul nak dok satu kelas dengan dorang. buat benda gila sama-sama.
bising macam tempat tu kitaorang punya.
dorang tinggal satu sem je lagi. best betul.
insyaAllah sem depan boleh satu kelas balik dengan dorang.
entah apa la benda merepek kitaorang nak buat lagi nanti. hahaha.



Saturday, March 23, 2013

They arrived at Penang!

Assalamualaikum~!
hari sabtu yang dikhaskan untuk bermalas-malasan.
walaupun ada kerja nak buat, tapi well..... hold dulu ea.
penat seminggu kelas pack pun tak habis lagi ni.

this time aku nak cerita pasal geng aku kat UM aka anak-anak aku.
masa kenduri kahwin kakak aku, dorang 7 orang pun datang jugak.
sanggup tu. terharu aku rasa! wuwuwuwu.
ye la, masing-masing dok jauh kan, dari Johor la, Negeri Sembilan, KL, dah la masa tu cuti sem.
tapi dah masing-masing tak pernah pegi Penang kan, so ada gak la reason dorang nak turun Penang time kenduri kakak aku.

yang laki stay kat rumah Tok sedara aku kat sebelah rumah je. rumah dia ada macam extension bilik kecik yang dia buat untuk arwah anak dia duduk dulu. tapi sekarang dah kosong.
disebabkan yang anak-anak laki aku ni ramai, terpaksa la lempar dorang kat situ. hahaha.



dengan anak-anak laki
dengan anak-anak perempuan.

so petang lepas habis kenduri dorang nak pegi jalan-jalan.
aku mulanya nak ikut, tapi sebab ada kerja nak kena buat, terpaksa la ditinggalkan. sobsob
aku suruh la dorang pegi pantai yang tak jauh sangat dari rumah aku.
itu je la pun yang ada kat area Bagan ni kan.
pantai tepi highway.


lepastu malam nya dorang pegi makan mee udang Sungai Dua.
pun aku tak ikut sebab kena cuci pinggan. tssskkk! sadis!
lepas tu dorang kata dorang pegi belah pulau, dekat Queensbay kot
lepak-lepak situ. aku tak tau pukul berapa dorang balik.
aku memang dah terbongkang tidur dah. penat nak mampus.
tapi aku dah janji dengan dorang, Ahad tu memang all out la aku keluar dengan dorang.
plannya dorang balik hari Isnin, tapi tetiba Boboy kata adik dia nak guna keta pergi kelas.
so terpaksa la balik jugak petang ahad. kira kejap je la dorang jalan-jalan kat pulau tu.




seperti biasa kalau datang Penang kan kena la pegi Bukit Bendera atau dalam bahasa omputih Penang Hill.
wajib tu pergi.
aku dah la tak ingat jalan. nak pergi pun sesat, dengan jalan jam nya.
aishhh.. drebar-drebar kat Penang memang entah pape punya perangai
minta makian dan cacian je tau tak.
dah sampai Penang Hill, beli tiket, rm4 je sebab guna student card. hahahha. jimat!
dok berposing kat atas tu nak dekat sejam la jugak, pastu semua pakat lapar.
Ayin request nak makan kat Nasi Kandar Line Clear.
dah la aku tak pernah pegi, nasib baik jumpa jugak.
thanks kepada Iphone user. hahaha

tunggu turn nak naik feri
muka-muka first time naik feri

Add caption



baru sampai ke puncak. sempat je kan kitaorg.





pergi naik jambatan, balik naik feri la pulak kan.
bagi experience sikit kat budak-budak tu feeling naik feri.
tapi tu la aku lagi suka naik waktu malam. cantik je view. lampu liplapliplap kan.

waktu dalam train nak naik ke bukit bendera kan,
Boboy kata macam mana la kalau tetiba jadi macam citer Final Destination.
so Ayin terus buat citer, sorang sorang mati. yang first mati, Fatan, sebab kena baham dengan anjing,
lepas Fatan mati, habis la cerita. kira Fatan sorang je mati, yang lain semua hidup lagi.
bengong betul punya cerita. hahaha.

Sunday, March 10, 2013

another kemalasan

Assalamualaikum~

dah selesai minggu ketiga sem baru.
sem ni aku ambil subjek-subjek second year , so kelas semua dengan adik-adik.
terus terasa muda, jumpa coursemates pun panggil kakak je.
fefeeling muda kan. hahahaha
tapi itu la, sem ni ada kelas pukul 8 pagi.... zzzzzzzz
sebab sem lepas rilek je kan, so bila sem ni jadual pack
terus rasa tak sabar-sabar nak habiskan sem ni. :D

kelas pack dari Isnin sampai Khamis. kelas habis pukul 6.
nasib baik jumaat tak ada kelas. tapi kadang-kadang kena pergi lab jugak
check result atau extend lab.
itu lah nasib ambil course yang memang semua kerja dalam lab.
dok dalam aircond putih sikit.
tapi kulit je tak boleh nak licin sebab kena deal dengan bakteria!
huwaaaaa! dah la kulit sensitif. sabaq ja la.

sekarang ni i have 1 year left before graduate.
Ohhh Emmmm Geeee!!
macam tak percaya dah nak grad!
ye la. umur pun dah berapa kan. tssskkk!
dah la tahun lepas, Abah cakap,
Abah bagi tempoh 4 tahun untuk Kak Lang kahwin.
and i was like.... @.@!!!
so tahun ni dah tinggal 3 tahun. hahahha.
aku tak terpikir masa untuk aku fikir bab-bab... "kahwin" dah nak sampai. erkkk!
tapi rilek dulu, stabil kan dulu hidup aku, baru nak pikir.
tapi kalau jodoh awal tak boleh kata apa gak kan. hahahhaha! gatal!

sebab aku extend another 1 sem, so mostly kawan-kawan aku tinggal 1 sem je.
so aku ada masa 1 sem lebih je untuk create memories with them.
sedih kot ingat balik! nanti sem yang aku extend tu tinggal aku dan Amnot jek...
wuwuwuwu. sedih!
nanti dah habis belajar, dah kerja mesti susah nak jumpa.
life......


ok till here.

Sunday, March 3, 2013

She's taken.

Assalamualaikum~!
dah sebulan baru nak cerita kan. :D
masa cuti sem hari tu, Kak Ngah kahwin.
akad nikah 26 Januari, kenduri 2 Februari.
memang busy habes la aku time nak kenduri tu.
buat tu la buat ni la.almaklum la adik beradik sikit.
mujur la ada yang datang tolong. ringan sikit beban kan.


 akad nikah pukul 3.30
around pukul 12 aku teman Kak Ngah mekap. sampai tertido aku kat situ punya la boring.
dah la tak bersiap apa-apa, memang balik pun dah nak pukul 3,
aku pulak yang rushing bersiap. cis.!


gambar ni selepas diijabkabulkan. Abah yang nikahkan. dengar suara abah nervous! time akad nikah ni aku rakam video.


flower hand tu Kak Ngah buat sendiri. dia kata yang butik pengantin tu sediakan typical sangat. =.='

ni time kenduri.
malam sebelum kenduri ada tahlil.
aku pulak malam tu standby nak pickup anak-anak aku tu hah.
semua pakat datang.
terharunya aku! sanggup tu datang dari Johor, KL, Negeri Sembilan. :')
tapi aku terkilan sikit la sebab tak sempat nak bawak dorang jalan-jalan, cuma bawak pergi Penang Hill je.
amboi kelas kau maria~! tak nak sebut Bukit Bendera. hahaha


dengan Mak Njang. Kakak Mak.

ni dengan sepupu sepapat. yang kat bawah tetiba interframe tu anak sepupu.

ni la anak-anak aku. penuh keta Odyssey BGR boboi tu hah. iolls terharu. wuwuwuuwuw. T.T

ni kawan-kawan baik dari sekolah menengah lagi.

yang ni pulak kenduri sebelah lelaki.
seminggu selepas tu time raya cina.
banyak gila kenduri time CNY.
pakat berebut-rebut nak buat kenduri kahwin dorang ni.
kat rumah aku je dapat jemputan 8 kenduri kahwin. jenuh nak pi.

side sana tema warna Royal Blue. aku punya la gigih cari gak warna Royal Blue ni. excited lebih macam kenduri aku pulak kan. wkwkwkwk.


rombongan dari pengantin perempuan. yang ni je tinggal, yang lain dah balik sebab pergi kenduri tempat lain pulak.
sebenarnya banyak je gambar. tapi aku malas nak upload.
hahaha. aku memang pemalas nak update sekarang ni.
arghhhhh~!!! screw me!
 ok sampai sini je. tata.